Semalam yang ditinggalkan hanya mampu untuk dikenang. Hari ini yang dilalui moga dihadapi dengan 1001 ketenangan. Esok yang bakal menjelang akan ditempuhi dengan sejuta harapan.......
29 September 2008
TAG MENJELANG RAYA....
26 September 2008
KEMERIAHAN RAYA MULAI DIRASAI PART II :
^ SALAM LEBARAN DARI KAMI SEKELUARGA ^
25 September 2008
:: HADIAH ISTIMEWA RAYA UNTUK ANAKANDA ::
- Raya nanti la Iris melaram dgn gelang tgn tu ek? -
Kad Raya Situ Sana Sini.....
24 September 2008
Kemeriahan Raya Mulai Dirasai : Part I
Erm...apa lg yer nak direkodkan di sini, rasanya itu sajer kot buat masa ni. Semoga kita berjumpa di episod yg ke-2 plaks...Selamat berbuka puasa lg seminggu yer kengkawan. Ceria2 sokmo !!! Bye....
22 September 2008
KAU PERGI JUAAAA.... :- ((
Anugerah Bintang Popular !!! Ahaksss.....
Feewwiitttt.....aku dapat award lah dr Khas Lysha. Terharunyer rasa dihatiku. 3 award sekaligus tu. TQ very2 much Khas Lysha atas award yg diberi. TQ very2 much jugak sbb ingat kat den...I lap u lahhhh...Ummmuuaaahhhh.... So dengan ini, aku pon bermurah hati utk memberi award ini kpd kwn2 ku yg tercinta spt di bawah :
19 September 2008
DON'T WANT LET U GO... :- [
PENGUMUMAN : Kereta kesayangan kami ini akan dijual !!! Diulang, akan dijual !!! Huhu..cedih giler. Byk kenangan ngan kete tu. Kenangan bwk Ayrissa dlm perut sampailah bawak Ayrissa blk umah dr lps bersalin hari tu. Kereta Honda - Accord lama versi Cik Abg Chomel ini begitu dekat di hati aku. Ntahla, masa memula Cik Abg Chomel mengatakan akan jual kete tu, aku rasa sayu jerk..x tahu napa air mata ni leh bergenang. Huk huk huk...
Tp. xperlah...nak wat camner kan. Kami ader perancangan yg lebih baik lg slps menjual kereta itu. Nak settle urusan utk memiliki rumah kediaman sendiri. Biasalah kan, bila kita nak sesuatu yg lebih baik, kita ke korbankan apa yg kita ader sekarang kan? Semuanya utk kebaikan masa depan. Di harap kereta lama kami, Iswara sedan (tiada dlm gambo) akan membawa rezki yg lebih lg pd masa akan datang. Bye bye Honda....I gonna miss u !!! Uuuwwwaaaa.....
p/s : Kepada sesiapa yg berminat utk memiliki honda kami itu, leh la tinggalkan msg kat sni yer? TQ...Dah ramai org call tanya, tp blm ader keconfirman lg....
16 September 2008
SPECIAL ENTRY TO MUMMY RAINA :
Apa-apa Ajer Tentang Azdalina Part IV :
15 September 2008
Apa-apa Ajer Tentang Azdalina Part III :
What were you doing 5 years ago?
- Tolak 5 thn lalu aku berumo 20 thn. Time tu aku berada di thn akhir pengajian aku di Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan. Sonoknyer bila tingat zaman muda2 ek. Enjoy ajerrrrr....Rinduuuu !!!
what are 5 snacks that you enjoy?
- Cheezels (original), Twisties (merah), Chachos, Mr. Potato (hijau) & Double Decker (udaang)
what are 5 things that you do if you were bilionaire?
- 1st : Hantar Mama & Babah, Wan, & Mak g Mekah umrah & haji (bersama aku & Cik Abg Chomel sekali ler), 2nd : Simpanan utk anakanda tercinta dr. segi insurans, pendidikan dan sbgnya, 3rd : Derma kpd anak2 yatim & fakir miskin, 4th : Bina rumah yg lebih selesa utk family aku & family mertua, 5th : Melancong ke obersea...InsyaAllah.....
what are 5 jobs you've had?
- Jd salesgirl kat butik (part-time), kejer kat kedai gmbo (pas abis poli), last jd kerja skarang ler...3 jerk kejer aku penah wat.
who are 5 persons you want to tag?
- Anim ^ Kak Masviona ^ Sis Arnirina ^ Sis Lily Lotus ^ Husiah
p/s : abaikan kalo anda dah penah buat tag ini. TQ
12 September 2008
KESILAPAN KITA DI BULAN RAMADHAN... :- (
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.
11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda y
ang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
10 September 2008
Apa-apa Ajer Tentang Azdalina Part II :
Aiseyman, kena tag lg ler. Kali neh kena ngan Sis Arnirina laks. Errrkkk..sori sis, lambat sket post tag nih sbb kebizian sket. Okehlah, dgn jayanyer kome menjawab tag dr Sis Arnirina nih yer. Tp. ader plaks rules2 nyer...Layankan ajer. Zaazzzzz....
* Each blogger must post these rules first
* Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
* Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules.
* At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
* Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve been tagged, and to read your blog
8 random facts/habits about me :
1) Sempoi a.k.a simple - Yeszaa...itu kata mereka2 yg mengenali aku. X terlalu berlebih dan x jugak terlalu berkurang dr segala segi. Yang sedang2 aja.. (ikut melodi lagu dangdut Ewan) Kui3....
2) Suka senyum a.k.a sengih - Hehehe..oleh kerana senyuman itu satu sedekah, aku pon senyumlah sokmo. Even tgh serabut ke apa ke, kalo org tuh xder kaitan dgn serabut aku, aku akan senyum. "Senyumlah..senyumlah..wahai cik mek molek..." (cam lagu M. Daud Kilau tu) :-) kui3....(kwn2 & kakak2 kat opis selalu ckp, "Senyum jer Ada nih..." Hehehe...bukti tu.
3) X suka basuh, jemur, lipat & gosok baju - Argghhh...x suka, x suka, x sukaaaaa..Aku x suka wat menda alah tu. Iskk...kalo sesapa dtg umah aku tgk kain berlonggok x lipat tu faham2 jerlah yer. Basuh leh tahan lg laa..Jemur dah kurang tahan, lipat bertambah kurang tahan, gosok lagilah x tahannnn. Huhu, tp nak wat camner kan. Kita sbg isteri, anak, ibu & bibik kat umah tuh kenalah wat. Tp. Cik Abg Chomel leh harap dlm urusan basuh & jemur baju. Lipat & gosok baju, sori mori naik lori katanya. Huh....hampeh :-(
4) Kuat berangan - Hik hik hik...aku pasti korang pon mesti suka berangan kan kan kan? Yerlah, berangan jd org kaya ke, berangan g melancong obersea ke, berangan jd artis ke, berangan dpt kawen ngan anak raja ke dan mcm2 angan2 lg lah...Isk, x mustahil tau kengkawan, kalo anganan kita tuh akan tercapai suatu hari nnt. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahuuuuuuuu...x gitu? :-P
5) Suka tido - Muehehehe...aku suka tido. Tp. org kata x elok kan? Ermmm...ssh nak hilang habit nih. Pantang xder menda nak buat, aku buat kojer nih lah. Tp skarang agak terbatas sket aktiviti ku ini sbb dah ader baby. Huhu...rasanya skarang dah kurang aku wat perangai nih. Tp. xperlah..yg penting aku seronok.
6) Kuat Makan - FYI kengkawan, aku nih kuat makan tau? (makanan feveret aku jerlah...) Tgk badan laaa..Muahahaha..tp aku rasa aku x gemok lg, cuma berisi sket jer. Oleh kerana aku tinggi, jd aku x nmpak gemok la kan. Bagus gak dpt kaki panjang cam model ni. Hehehehe....Tp. aku agak cerewet dlm soal pemakanan nih. Sbg contoh, aku x reti atau x brp gemar mkn ikan sungai, aku gak xkan mkn menda pelik2. Nak2 mknan tradisional sesetgh masyarakat atau kaum. Eeee..x leh terima tekak aku nih. Aku tingat 1 cerita 1st time mkn makanan Jepung. Kak ipar aku pekena kan aku dgn wasabi. Giler pedas & cam *&%#%$@*^ apa rasanya. Terus aku keluarkan dr dlm mulut aku time tu gak. Sejak dr itu, aku blacklist makanan Jepung. Huhu...
7) Cintakan keindahan bumi - Akulah pencinta alam. Aku suka pantai, aku suka pulau, aku suka bukit-bukau, aku suka gunung-ganang dan seerti dgnnya. Oleh sbb itu, aku suka melancong ke tempat2 spt di atas. Dan salah satu impian aku nak g ke pulau (x tercapai lg hasrat nih)..thn dpn kot anniversary planning. InsyaAllah kalo dimurahkan rezki oleh Allah. Tp. aku takut hutan. Pelik tp benar. Sukakan keindahan bumi tp takut hutan. Heheheh..ntah la aku nih, ntah apa2 jer kan.
8) Pemarah dan garang - Bahaya gak kan sifat2 tu kan? Itu lah aku...Tp. aku xkan marah x tentu pasal. Angin marah tuh x datang selalu. Tgk kadaan dan situasi jugak. Kalo aku dah betol2 marah, aku akan nangis. Nak2 bila kemarahan tu kita xleh lepaskan kan? Smpai bengkak mata la aku nangisss...Huhu..Selain tu, aku garang tau? Kalo korang x caya, tanya adik2 aku. Tanya Ayrissa pon xper...hehheheh. Kalo aku dah start garang + marah, tgn aku nih kekadang tuh ringan jer naik. Adik2 aku tahu la sapa Along dia. Tp. aku garang pon bertempat la kan. Xkan nak garang x tentu pasal. Giler ke apa....Muahahahhaha !!!
Yesss....akhirnya dpt gak aku siapkan urusan seri paduka nih. Ekekeke...Dan oleh kerana, aku nih mengikut peraturan, aku akan tag plak kpd 8 org mangsa2 tersebut. Go to :
1) Anim a.k.a Baby Tiger
2) Sis Lily a.k.a Lily Lotus
3) Khas Lysha
4) Xentari
5) Kak Ijah
6) Azura
7) Cik Star
8) Nurmala
p/s : Sila abaikan kalo korang dah penah kena tag ini. TQ
09 September 2008
NUR AYRISSA Di Usia 7 Bulan...
- Latihan Vokal... -
06.09.08 baru nih genaplah umo Nur Ayrissa 7 bulan. Alhamdulillah...berysukur ke hadrat Illahi, Nur Ayrissa semakin membesar dgn sehat. Nur Ayrissa juga semakin lasak dan nakal. Merayap serata tempat. Dah mula mengutip benda. Selain tu, dia dah pandai syg (kiss) org kalo org suruh dia syg. Hehehe..sgt seronok. Dia syg tuh siap dgn sedut nafas sekali tau..(ala..x reti nak explain camner..cam nak bau tu la...) Respon yg menarik bila dok layan iklan. Dari 6 bln hari tu, dah mula tunjuk respon kat iklan. Nak2 iklan TV3 tu kan. Suka benor dia.. ralik...So, jgn kacau dia time tu, kompim bo layan..Hehehehe...
Sesungguhnya anugerah Allah ini amat berharga. Setiap inci perkembangan dia adalah detik yg paling bahagia dlm hidup. Bertuah dan bersyukurnya diri ini apabila diberi peluang oleh Allah utk bergelar seorg ibu. Sepenat mana pon kita melayan karenah dia, kenikmatan pasti dirasai. Percayalah....
05 September 2008
Antara Jejaka Yang Terpilih... ;- P
04 September 2008
MERDEKA Punya Cerita....
- Aksi Ayrissa di mlm merdeka... -