Semalam yang ditinggalkan hanya mampu untuk dikenang. Hari ini yang dilalui moga dihadapi dengan 1001 ketenangan. Esok yang bakal menjelang akan ditempuhi dengan sejuta harapan.......
16 January 2012
Ini yang TERAKHIR..!!!
07 July 2011
8-9 jam di pejabat tapi hanya 4-5 jam bersama anak2...
Dah berhabuk bersawang blog buruk i nih! Huhu...dek kerana kebizian aku melupakan tempat kesayangan aku nih! Cedihhhh..... :(
Bukan sengaja aku lupakan tetapi ketidaksempatan utk bersua lebih lama di sini membuat aku terpaksa menangguhkan segala cerita-ceriti! Cedihhh..... :(
Mula bekerja pukul 8.30am,....habis kerja kul 5.30pm ke atas! Paling awal blk kejer sharp2 kul 5.30pm, plg lewat pkul 6.40pm! Dr opis kalo xder urusan lain, terus amik double 'A' kat umah wan dia! Biasanya akan sampai umah pkul 6.50pm paling awal. Dah nak senja dah...Huhu! :(
Sampai umah, rehat2 kat sofa jap,...biarkan 2 beradik tu bermaharalela menyepahkan mainan! Sambil2 rehatkan badan, fikir plak nak mkn apa utk dinner, beli or masak? Kalo penat x larat sgt mmg beli jerlah jawabnya! I'm lucky sbb Cik Abg Chomel mmg x cerewet bab2 makanan ni. Apa yg ader dia bedal jerk! Good! Hehehe....
Di rumah, kalo kakak boring sikit main mainan dia, dia akan mintak ayah pasangkan laptop! Melepak la dia dlm bilik mengadap laptop tu. Adik pulak kalo x memanjat, dia p kaco kakak dlm bilik. Menjerit la si kakak sbb adik nak kongker laptop tu! Adik akan tepuk2 keyboard, tutup bukak dan yg paling best dia p kupilkan setiap huruf2 pada keyboard tu! So, mmg la adik diharamkan utk sama2 melepak dgn kakak dlm bilik.
Haiiiihhh...jenuh jaga si adik, sbb kita kena tunggu dia bermain. Dahla badan penat blk dr opis x hilang lg, nak mandi & sembahyang pon bergilir-gilir dgn si ayah. Kakak, kalo dia x tido siang, dia akan tido awal time mlm. Adik pulak mmg jenis x tido lama time siang, pkul 9.30pm paling lewat mmg adik dah laloq! Kiranya kul 9.30pm waktu adik masuk tido. Means, dr blk kejer sampai adik tido, mama & ayah ader masa lebih kurang 3 jam jer dgn adik! Cedihhh... :(
Kakak, paling lewat dia akan tdo pkul 11.30pm. Itupon puas paksa suruh dia tido. Selagi mata dia x ngantok, ader jerlah menda dia ngopeh! Kejap2 layan kartun kat laptop, kejap2 main pondok2, kejap2 itu, kejap2 ini....Kadang tu kesian gak tgk dia main sorang2. Nak main dgn adik, adik x reti lg kan? Mama pulak lepas adik tido buat kerja umah, basuh baju ke, mandi ke, kemas dapur ke, iron baju ke....Mmg x sempat nak spend time layan kakak main. Ayah pulak tgk tv ke & teman gitu2 jerlah kakak tgk kartun! Kdg2 dia ajak kita duduk bacakan buku cerita dgn dia. Bila bdn penat, mama malas nak layan. Huhu...kesian sgt kan? Cedihh.. :(
Hmmm...begitulah hari2 kalo waktu bekerja. So, bila time weekend, sehabis boleh i & Cik Abg Chomel akan spend time dgn diorg 100%. Bawak diorg jln2 kat mall ke, picnic ke. Sbb nak 'qadar' kan hari-hari bekerja yg kita x dpt bersama mereka sepenuhnya. Manfaatkan kualiti hari hujung minggu kita dgn anak2 kan?! Merekalah anugerah terindah yg Allah bagi utk kita. Huhuhuhu...kesian kat diorg! Dek kerana kita perlu bekerja mencari rezeki, kita x sedar yg kadang kala kita sedikit sebanyak mengabaikan mereka! Huhu..... :(
I'm sorry princesses...... :((
13 June 2011
Mr. Zairezal Jr.~
FYI, kedua-dua anak dara aku mewarisi rupa ayah dia. Sejuk perut org ckp ekk kalo anak pompuan ikut muka ayah! ;)
Bila kuar kakak dulu, dah sah2 rupa Mr. Zairezal. Harap2 bila kuar adik aderlah sikit ikut rupa mama, x byk pon xper.....Huhu! Tp, bila adik kuar, terang2 sejibik sejibon rupa ayah! Adoiiii....dah cam rupa bb boy pon ado mama tgk. Hehehe.....Cuma yg lainnyer tang mata. Mata adik bulat, mata ayah kechik. Yang lain2 mmg copy & paste lah.
Kalo korang x caya jom kita tgk wajah2 adik kat bawah neh... :


07 June 2011
Happy 1st Birthday Nur Asyfa~
- I'm 1 years old! -
- Mama, ayah & kakak luv u so muchhhhhh...muaaxxx! -
31 May 2011
Kakak vs Adik
Dan hari ini aku kembali, kembali mengarang & mengarut apa yg patut! Wakakaka......
Oklah, ni nak citer sikit pasal anak2 kesayangan beta; Kakak & Adik~
Kakak, semakin petah b'cakap. Adoiiii, sampai bingit tinga kami ni dok melayan dia berckp. Kdg2 ckp kuat giler! Dahla suara nyaring. Huhu....budak2 nak membeso gitulah peelnya yer x? Yang geram, dia akan mendengki kalo mama nak berborak dgn ayah. Mulalah dia menyampuk, mulalah ader jer citer yg dia nak citer, mulalah ader jer menda yg dia nak bgtahu. Sgt geram hokeyyyyyyyyyyyy...nak2 kalo kita tgh bincang/borak menda2 yg penting ke kan? Haihhhh..mmg sabo jerlah!
Kakak juga belum putus pakai diapers. Huhu....dah cuba dah ajor dia pee pee & poo poo kat toilet, tp x berapa menjadi laaa. Mak aku ckp, 4 thn nnt dia akan pandai sendiri. Adoiiii...kalolah dia dah x pakai diapers, leh la jimat bajet sikit! Huk huk huk..........
Bab makan, dia bknlah jenis yg berselera nak mkn apa jua mknan. Nak suruh mkn pon siap berpaksa kdg2. Tgk mood dia jugak, kadang tu senang jer dia nak mkn nasik ke, mee ke...Kdg tu jgn haraplah dia nak sentuh. Nennen nennen nennen....tuh jerlah yg dia tahu! Tp susu xper kan? Smpai ke tua pon mmg kita kena minum susu yer x? Cuma nak ajor dia x isap botol tu payahlah....Ade tips x korang? Mcm2 jenis botol/cawan dah beli, tp x jalan gak!
Kakak kalo demam mesti cari mama. Walaupon stp mlm dia tido dgn ayah, tp kalo demam mesti nak berkepit je dgn mama. Tu tgklah gambo kat bawah nuu. Time tu kakak tgh demamlah. Menyelit jer dia sebelah adik. Gaya tido 2 beradik ni pon sepesen jer. Hehehehe....

Sekarang adik dah pandai berdiri pegang2, nak lepas tgn berdiri sendiri takut2 lg. Yg dia paling suka ialah memanjat. Pantang dpt tempat yg leh panjat, haruslah dia usaha jugak nak naik. Aduhhhh, sgt letih okey menjaga dia! Kita kena duduk dekat jer dgn dia. Jatuh, tersebam ke mmg sokmo sgtlah. Haiiiihh.....dah nama budak2!
Adik juga paham kalo org azan/sembahyang. Bila dgr azan/nampak org nak sembahyang dia terus letak tgn kat telinga. Konon cam org nak azan tu laa...Lagi 1 kalo nampak masjid pon dia terus letak tgn kat telinga. Huuuhh...huuuhhh dia sebut! Hehehe....
Adik x pandai ckp lg. Yg dia tahu sebut mama, mamam (kdg tu mama & mamam sama jer bunyik), appa (nama dia kot affa kakak dia panggil), bahbahbah, awahhh....dll! Tp mmg x berbutir la. Cuma dia paham kdg tu apa yg kita ckp. Dia akan tunjuk respond. Kalo kita marah/x bagai something dia akan jerit/nanges. Kalo dia dengar muzik, dia akan joget2 sambil henjut2 badan.
Adik jugak dah pandai "bye2" & buat flying kiss. Muummaahhh bunyi dia kalo buat flying kiss tu. Hehehe....
Ermmmm, apa lg yer nak citer pasal diorg ni. Rasanya tu jer kot. Alhamdulillah, anak2 beta membesar dgn sihat! Semoga mereka terus membesar dgn cergas & cerdas!
And last but not least, latest pix of them~

16 May 2011
Banyak menda yg terlepas.............. :(
Tensi tensi tensiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Sbb aku x leh nak update blog ini. Aku xleh nak citer segala menda yg berlaku sepanjang tempoh ini.
Nak citer pasal 7 thn berkhidmat dgn gomen, nak citer pasal mother's day, nak citer pasal kakak demam, nak citer pasal itu, pasal ini,...........uwwwaaaa :((
Xperlah, insyaAllah panjang umor, ader rezki kita akan bertemu lg di sini!
Sorry yeh korang? Walaupon xder sapa yg jenguk, i syok sendiri jerlah yerrr..? :D
Kpd yg x jemu singgah walaupon tiada latest entry dr aku, terima kasih byk2 diucapkan.
Ok, esok cuti yow? Have a nice day..........nite!
29 April 2011
3D2N @ Redang memukau..........~
Adoiii..modem berukband aku wat problem la u olls, baru hari ni aku dpt update blog usangku ini! Huhu....modem dah anto masuk wad, ni pakai modem lg 1 yg rasanya akan dimasukkan wad jugak soon. Adehhh......tensi gak sbb xleh lah aku nak BERSOSIAL dgn aktif. Wakakaka... =)) (baru pdn muko aku kan?)
Oklah, balik kpd tajuk. Sebenaunya aku nak bercerita pasal percutian kami ke Pulau Redang pd minggu lepas. Kami bertolak dari Kuantan pd pukul 3.30am, transit sekejap di Kemaman, Paka & Batu Buruk. Tiba di jeti Merang jam 9.00++am cam gitu. Feri dr jeti pukul 9.30am, sampai di Redang lebih kurang satu jam setgh selepas itu. Kiranya kami sampai sedang tengahari terik laa. Cuaca sgt cantek dan panasssssssssss sgt! Harusslah we olls sun burn kan?! Huhu...
Tiba di jeti Pulau Redang, pemandangan sekitar pulau begitu memukau pandanganku! Ya Allah, terlalu indah ciptaanMU! Air di lautan begitu jernih, berkilau seperti ade kristal di dlmnya. Persisir pantai pula putih memutih, bersih...Cantek sgt! Sejuk & tenang jer mata yg memandang walaupon silau dek panahan cahaya matahari.
Kami check-in di Redang Mutiara Beach Resort. Aku x tahu la berapa pakej kami semlm sbb segalanya diuruskan oleh big bos Cik Abg Chomel. We olls sampei amik kunci jerk. Kebetulan pulak chalet kami betul2 tepi pantai, sea view la org kabo. Lagila syiokkkkkk........ :D
3D2N kami berkampung di sini. Yang aku suka tempat ni, resort ni dia x bercampur dgn resort2 lain di sepanjang pulau. Pantai dia terputus connection dgn pantai2 & resort2 lain. Kiranya cam privacy sikit la resort ni. Kitaorg & beberapa kerat pelancong jer yg ade kat sini. Cam tempat tu kitaorg yg punya laa. Muahahaha......!
Best gak la aktiviti yg dianjurkan oleh urusetia. Ade snorkeling, candat sotong, memancing, games, bbq dan lain2 lagi lah. Ayrissa pon bukan kemain suka dia dok main pasir. Pasir dia halusssssssssss sgt. Cuma si Ayrissa tu penakot air. Dia ckp "Kakak takut ombar becar, kakak takut lemasss...." Adehhh, rasa cam nak campak jer dia dlm laut tu. Huhu...aku lak syokla berendam, sambil perhati Ayrissa bermain pasir a.k.a berjemur di tepi pantai. Hahahaha....!!! Ayah Ayrissa melakukan xtvt bersama geng2 lelaki.
Oklah, maleh nak citer panjang lebo. Korang layan jerlah pix kami yg x seberapa itu. Lain2 gambo dlm FB. Lagipon x dan nak bergambo sgt sbb sibuk dok main pantai. Hehehehe.....
21 April 2011
Counting down the days, hours & minutes to Redang~


InsyaAllah, esok sebelum Subuh aku, Cik Abg Chomel & Kakak Eicha akan bertolak ke Terengganu bersama-sama dengan semua opismate Cik Abg Chomel. Tujuannya adalah untuk meraikan family day company diorg. Alhamdulillah, org kata rezeki jgn ditolak, nak2 pulak bila big bos diorg sanggup untuk sponsor semua kos sepanjang percutian tersebut. Sgtlah bertuahhh kan? TQ bos$..!!! Ekekekeke....
Lokasi percutian family day ini adalah di Pulau Redang. Kalo x silap aku, Redang juga antara pulau yang tercantik di dunia! Ye ke wehhh? Hehehe....FYI jugak, Pulau Redang merupakan pulau ke 4 yg telah aku pergi selepas Pulau Pinang (kui3), Pulau Pangkor & Pulau Tioman. I loveeeeeeeeeeee island so much! InsyaAllah, dengan keberkatanNya mungkin aku sampai ke sana tengahari besok! x sabo nak snorkelinggggg.......... :D
Eh, chopppp...napa adik x ikut heh? Huhu....sebab musababnya ialah adik kecik sgt lg. Lagipun bwk baby leceh sikit kalo main pulau2 nih. Mana nak kendong beg, mana nak pimpin si kakak, mana nak dukung si adik. So, aku & ayah double 'A' decide terpaksalah tinggalkan adik. Adik kecik lg, panjang umor murah rezeki nnt boleh bawa adik pulakkan? Huhu....sian adik ekkk? :(
Oklah u olls, sebenaunya tubuh badan i jer ade kat opis ni, tp jiwa dan raga telah lama sampai di jeti Pulau Redang. Hahahaha......doakan juga semoga perjalanan kami semua ke sana besok selamat dan berharap segala perancangan berjalan dgn lancar.
Yahooooooooooo...esok & isnin i cuti yo?! Hepi holiday to me! :-P
19 April 2011
Ya Allah, pulihkanlah segala rasa di hati!
Rasa yg x menentu!
Rasa yg x seronok!
Dan bermacam-macam rasa lahh yg ade!
Huhu...harapan hanya 1, moga Allah pulihkan dan tenangkan segala rasa yg x sepatutnya ade kat dlm hati ini!
Mohon agar Allah sentiasa berikan aku petunjuk & hidayah-Nya!
Semoga juga aku dpt menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup ini dgn tabah!
Dan sebolehnya juga tidak mahu lagi keperitan dan ketidakselesaan rasa ini mengganggu hari2 berharga aku!
Harapan, biarlah aku beroleh kedamaian & kebahagiaan yg abadi!
Ya Allah, Kau makbulkanlah segala doa & pinta ku!
Buat anak2ku, sesungguhnya kalianlah cahaya & kekuatan diri ini! Tidak tahu bagaimanalah hidup ini tanpa kalian disisi mama!
Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan & anugerah-Mu yg sememangnya tiada tandingan ini! :)

14 April 2011
OurkizunaStore GA~

Kenapa saya sgt2 berminat dgn OurkizunaStore GA ni ialah?
- Hadiah dia yg sgt2 chomel dan menarik! - Ya Allah, jika GA ini rezki saya, pasti saya hadiahkan cloth books ini kepada 2 org permata hati terchenta. Mesti kakak & adik seronok sgt dpt present ni! Hehehe...lgpon ia merupakan toys yg sgt berfaedah utk kanak2 kan? Itupon kalo saya bertuah laa. Wish me luck ok? ;-)
- Haaa, kalo x percaya cer tgk hadiah dia kat bawah nih. Menariks kan utk kita yg ade anak2 kecik ni? i likeeeeeeeeeeee..... :-P

White Pouch GA oleh 'Lulu Caldina' DAN 'Lenloy-Closet'~

Saya nak join!
Saya nak join!
Hehe...byk dah GA yg saya join! Tp x penah menang pon. Huhu...Mungkin tuah atau rezki saya akan melekat pada White Pouch GA ini??? Siapa tahuuuu kan?
Oklah, bagi memenuhi syarat penyertaan, saya nak tag 2 org kwn saya ini :
*Diey*
*Bett*
Wish me luckkkkkkkkkk! ;-)
13 April 2011
Triple "A" in Cameron Highlands~
So, pada Sabtu pagi sesudah subuh bertolaklah kami anak beranak. Atok, Wan, adik2 bujangku 3 org & us, triple "A". Kami ikut jalan baru ikut Raub. Perjalanan Kuantan - Raub mengambil masa lebih kurang 3 jam. Manakala Raub - Cameron Highlands melalui Pos Betau mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan dia xla seteruk laluan Tapah ke Cameron Highlands. Cam laluan ikut Simpang Pulai je. Cuma kalo dari Pahang ni byk lalu jln2 felda lerrr. Jalannya pon xder laa bengkang-bengkok sgt. Oklah, xderlah sampai mabuk2.
Lebih kurang pukul 1.30pm kami pon tiba di Cameron Highlands. Kami sekeluarga stay di hotel di area Brinchang. Kat Brinchang tu senang nak cari kedai2 makan, kedai2 cenderahati, kedai2 runcit dll.
Kami pegi semalaman jer. Hari Ahad tu balik la Kuantan lagipon bukannya ade apa kat puncak sana kan? Setakat pegi tgk ladang teh, tgk buah strawberi jadi lerrr....Heheheh! Oklah, layannnnnnnnnnn.... :P
- Triple "A" di ladang teh... -07 April 2011
1st experience Ayrissa jumpa dentist~

Mama : Kakak sakit gigi ke?
Ayrissa : Ermm....
Mama : Esok kita g klinik nak, dekat Chuchu (Pak Su Ayrissa) pegi hari tu? Lps pegi klinik, gigi kakak x sakit dah, dah boleh isap nenen dah.
Ayrissa : Ermm..xnak (sambil geleng).
Mama : Eh, kenalah pegi. Dr. nak tgk jer gigi kakak. Mama ade, ayah ade. Kan kakak dah besar, dah nak pegi skool.
Ayrissa : Ermm.....(sambil angguk).
07-04-11 (Khamis) : Berjaya pujuk bawak dia pegi klinik hari ni.
Mama : Nnt masuk jmpa Dr. kakak bukak mulut besar2 tau? Dr. nak tgk jer.
Ayrissa : Kakak xnak..(sambil geleng).
Mama : Kenalah bukak besar2 baru Dr. boleh tgk. Kalo kakak x bukak besar2, nnt gigi sakit. Nnt ade kuar ulat dr gigi.
Ayrissa : (senyap je dia sambil memandang aku, angguk x geleng pon x).
Mama : Kejap je Dr. nak tgk. X sakit pon. Kakak kan dah besar, kakak kan gud gal?
Ayrissa : Ermm....(sambil angguk).
Ketika dalam bilik dentist,
Nurse : Duduk atas kusi ni yer? (sambil arahkan aku & Ayrissa)
Mama : Mehla kakak, kita duduk atas kusi tu?
Ayrissa : X nak..xnak...(sambil geleng kepala & berdiri keras je).
Mama : Mama dukung kakak heh?
Ayrissa : X nak..xnak...(sambil geleng kepala & berdiri keras jugak)
Last2 aku pon amik dukung dia sambil pujuk2 laa.
Mama : Mama kan ade. Dr. nak tgk kejap jer. (sambil dukung dia then duduk atas kusi rawatan tu).
Dentist : Baring ye? Mama pon baring sekali. (sambil nurse menekan button, kusi tu pon turun dgn sndiri).
Mama : Kakak, marilah baring dgn mama. Mama pegang kakak. (Ayrissa masih duduk atas riba aku, tgk jer aku terlentang sorang2).
Ayrissa : (Geleng kepala)
Mama : Cptlah kakak, Dr. nak tgk jer. Sekejap jer. Mcm kat dlm tv tu. (iklan colgate ke apa ntah yg ade budak2 main chek2 gigi).
Ayrissa : (Akhirnya turut baring jugak atas aku, aku pon peluk dia sambil pegang tgn dia. Kang bantai dia meronta tolak tgn Dr. kang nayaaa....)
Dentist : Ok, bukak mulut besar2. Dr. nak tgk jer...(pandai Dr. tu psiko).
Ayrissa : (Menurut perintah & duduk diam - good)
Setelah selesai, Ayrissa pon bgn dgn rilek jer. Dr. kata mmg ade rosak. Tp biasanya kalo budak 3 thn dia x cabut. Dia bg ubat dulu. Kalo melarat non stop, br kena dtg check blk. Fuhhh, sib baik. Seriau dah aku kot2 kena cabut ke. Sakittt woooooo....(aku pulak cuka gila vavas). Hahahaha... =))
Oklah, Ayrissa pon nampak cool jer lps jmpa Dr. tu. Harap2 lps ni dia x takut lg. Usah kata budak kecik fobia tgk dentist + klinik gigi + kerusi rawatan + peralatan dia, aku yg tua bangka ni pon fobia + seriauuuu tauuu??? Ngeriiiiiiiiiiiiiii beb! Huhu......
Dan, ketika perjalanan pulang ke kereta, Ayrissa berkata, "Kakak gud gal kan mama?" Aku hanya angguk sambil tersenyum! :)
Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. ;)
06 April 2011
Bila budak 3 tahun bercerita tentang tsunami.......


Mula2 mmg aku langsung x terpikir yg Ayrissa tahu pasal tsunami2 ni. Hinggalah di suatu kejadian semasa kenduri kawen di Rawang tempoh hari. Aku sambil kendong adik berjalan menuju ke kereta dgn Ayrissa sbb Ayrissa dah merengek2 ngantok nak nennen! Utk meredakan keboringan & kerengekan Ayrissa, sambil jalan dan lepak dlm kereta aku pon pujuk2 la dia.
Mama : Kakak, lps ni kita nak g KL. Kakak nak ikut x?
Ayrissa : Nak g KL ke mama? Kakak nak ikut. Ade KL-chi chi kan mama kat KL?"
(Tetiba dia cam excited. Hilang kejap rengek2 & ngada2 dia td)
Mama : A'ah ade KLCC. Tp kakak x mo lah nanges2. Kakak kan gud girl. Gud girl kena dgr ckp mama..!
Ayrissa : Kakak takutlah pegi KL-chi chi..apa tu nnt ade tschunami, apa tu kakak takut, kakak x mo mati!
(Aku terkujat + terkedu seketika m'dgr jawapan dia. Tp aku buat2 jerlah layan apa yg dia ckp tu. Ooo lg 1, Ayrissa kalo bercerita suka ckp apa tu, apa tu....huhu!)
Mama : Eh, kakak tahu ke tsunami tu? Tsunami tu kat Jepun bkn kat sini.
Ayrissa : Haaaa...kat Jepun, car pecah, apa tu umah pecah, apa tu lori pecah...Kakak takutlah mama tschunami! Ombak becarr cangattt kan mama kan?
(Hehehe...nak tergelak pon ado aku dgr dia berceloteh)
Mama : A'ah..ombak besar. Sbb tu x boleh pegi pantai. (Ayrissa sgt suka pegi pantai)
Ayrissa : Kakak xmo pegi pantai mama. Kakak takut....
Haaaaaa...gitulah lebih kurang kesahnya. Budak2 pon paham ek bencana alam yg melanda!
Ya Allah, lindungilah bumi M'sia ini daripada segala malapetaka dan bencana buruk. Amin.....
04 April 2011
Jatuh Chenta............ ;)
Sekarang, fesyen ni makin menjadi2. Kalo x silap dulu2 artis yg mulakan fesyen ni ialah Wardina, pastu tenggelam sekejap fesyen ala2 cam gini. Pastu bila si Yuna tu muncul dlm industri hiburan, fesyen ni kembali menambat hati anak2 dara, mak2 dara & nenek2 dara pon ado! :P
Sekarang jugak mcm2 jenis material ade. Ade kain licin, kain cotton, kain jala/jaring, ala2 kain langsir pon ade! Hehehehe...semua jenis itu mengikut keselesaan si pemakai. Dgn kegilaan fesyen ini yg telah melanda 1 Malaysia, aku terasa tercabar dan terdetik di dlm hati ingin mencubanya. Agak mengambil masa dan cuba belajar sikit demi sikit camner lah nak pakai menda alah ni. Nak2 pulak bila tgk org pakai cam shantek jer kan..? Lagi la i teruja...........! Tp, aku x terburu2. Pegi kat kedai survey2 belek2 dulu jenis kainnya. Dan aku pon membuat cubaan pertama dgn memilih kain jenis cotton! Yeahhhh....kainnya x panas, senang nak pakai bak kata org terletak jerk!
So, bermulalah saat itu aku telahpon jatuh chenta kepada tudung jenis SHAWL ini! Dan cubaan pertamaku mendapat respon yg +ve drpd pelbagai pihak terutama opismate! Seronoksss i..........Mula2 tu cam kekok, pastu dah sokmo2 try rasa cam best pulak. Hehehe....Tp, masalahnya kalo aku nak bersiap pakai shawl ni ia mengambil masa yg agak lama. Senang jer nak lilit dia tp nak bg dia terletak elok tu agak menguji kesabaran! Hahaha....Cik Abg Chomel akan membebel panjang kalo aku pakai shawl ni! Berejammmmmmm siap katanya. Huhu....
Oklah, dgn ini aku bersembahkan picha poyosssssss aku memakai shawl! Kui3.... :P

*
*

:-P
Saya nak join bloglist lulu-pages oleh Lulu Caldina~

Saya nak join!
Saya nak join!
Makk aiii...canteknya si pemilik blog lulu-pages nih! Bukan bodek tauuuu tp realiti! Saya ingat artis manalah td. Seyes...sgt chantek! Leh x cik Lulu Caldina bg sket tips2 kecantikan dgn kami2 org nih? Ekekekekee.... :P
Oklah, kepada u olls yg berminat nak jd bloglist lulu-pages ni silalah melayari blog beliau!
Sekian, terima kasih.
01 April 2011
I'm proud to be a mother to my both PRINCESS !!!
Seorg kakak di pejabatku telah peknen anak yg ke-3. FYI, kedua2 anak yg seblm ini adalah PEREMPUAN! Sekarang kandungan kakak tu dah mencecah hampir 7 bln. Yg menjadi kegusaran kakak itu adalah jantina baby yg bakal lahir nnt. Perempuan lagi kah atau rezki utk mendapat baby boy berpihak kepadanya? Apa yg boleh aku jwb, "Akak jgn pikir sgtlah...x penting pon jantina tu, semua tu kejer Tuhan....yg penting baby & ibu selamat! Akak xyah la scan2 nak tahu jantina, scan utk tgk keadaan bb jer. Biar jer surprise..." Kakak itu hanya tersenyum tawar. Mungkin jawapan aku itu jawapan yg standard utk menyedapkan hati dia kan? Huhu...
Sebenarnya, jauh di sudut hati, kegusaran dia mungkin akan terjadi jua kepada aku nnt. Iyer, siapa kata x risau. 2-2 org sblm ni dah perempuan + harapan si ayah yg terlalu tinggi utk mengharapkan seorg anak LELAKI! Fuhhhhhhhhh.....cam terasa berat jer beban bila kita memikul harapan org ni kan?
Teringat dulu waktu pegi scan utk bb ke-2. Excited sgt nak tahu jantina bb. Siap pegi jumpa pakar buat scan 4D bagai. Konon nak terang lg jelas laaa. Xperlah caj mahal pon. Berdebar hanya Tuhan jer yg tahu. Sampai2, Dr. check2 semua, aku tanya Dr. dia ckp maybe girl again. Cik Abg Chomel cam x puas hati, dia suruh Dr. tu scan kat bahagian 'situ' sekali lagi for confirmation. Dr. tu pon tunjukkanlah sekali lagi. Yup, confirm bb girl sbb kalo boy 'burung' dia akan jelas nampak Dr. tu ckp! Time tu aku cam berderau dah. Bkn berderau sbb apa, sbb kesian kat Cik Abg Chomel! For me, aku mmg x kesah dpt bb apa pon janji bb tu sihat dr segi segalanya. Tp, dari raut wajah Cik Abg Chomel nampak la dia cam frust! Huhu...
Mungkin Cik Abg Chomel masih teringat2 kata seorg kenalan dia. Brader tu penah ckp kat dia dpn aku cam gini, "Kalo kita x dpt anak lelaki maknanya kita belom betul2 ader waris!..." Aku sentap giler dengar. Brader ni waras ke x? Dia x tahu ke yg segala kejadian itu penentunya adalah dr Allah? Tp aku buat2 ok, buat x layan jer apa yg brader tu ckp. Cik Abg Chomel pon cam blur2 tp xderlah kitaorg bertanya blk or ber'beta' dgn dia. Senyap jerlah....
Pelik kan segelintir lelaki ni? Ego x bertempat! Sampaikan kejadian Allah pon mereka boleh persoalkan. Ade satu kes kematian ibu mengandung di hospital, ibu tu meninggal masa kandungan brp bln ntah atas sbb sakit jantung kalo x silap. Ibu tu dah ade 3 org anak perempuan sblm ni. Utk seterusnya Dr. mmg x bg dia mengandung dah sbb risiko yg dia hadapi. Tp dek kerana permintaan dan keegoaan suami dia yg terlalu inginkan anak lelaki maka ibu itu pon mengandunglah. Akhirnya belum tiba waktu utk bersalin ibu itu telah meninggal bersama bb dlm kandungannya akibat sakit jantung yg dialami. Tp, x tahu lah suami dia tu menyesal ke idak, apa dia kesah kalo isteri dia mati pon, bolehhhh kawen lain kan kan kan??? Huhu.....
Td aku terjah blog Kak Zai, terbaca entry di blog dia. Terbaca pasal fadhilat mengasihi anak2. Antara fadhilatnya yg berkaitan dgn tajuk entry aku ni adalah :
- Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Kepada kaum2 ibu yg kegusaran spt aku dah ibu2 yg senasib, muhasabahlah diri. Jgn kerana dek keinginan suami kita menjadi serba salah dan rasa bersalah! Ade juga sesetgh mereka berpendapat selagi tidak mendapat anak lelaki & perempuan, kehidupan ini seolah-olah tidak lengkap! Istigfarlahh panjang2...atas segala ketentuan itu bersyukurlah kerana masih ramai di luar sana yg terlalu kepinginkan zuriat!
Begitu juga dengan aku, aku sgt berbangga memiliki dua org cahayamata perempuan ini! Allah itu maha mengetahui kenapa Dia bagi ini kepada kita dan tidak yang itu! Kannnnnnnnnnnn??? :-)
Aku kembali BERJIMBA! ;-)

Rindunya nak mencoret. Mencoret yer bkn mencarut! Hehehe...dan rindu jugak nak p jln2 kat blog kwn2. InsyaAllah, kalo ader masa dan kelapangan sat lagi aku p terjah yer? Tungguuuu.....
Sebenarnya, hari Jumaat yg mulia ni hari mengulor or hari tido kt opis! Nak2 pulak br gaji kan, lunch time nnt bersepah lah umat2 menjamu mata di shopping2 complex. Aku juga masih lagi berkira2 hendak ke mana waktu rehat karang? Tido jer kt opis or turut sama menjoinkan diri berlibur dia mall or bazar2 tertentu? Haiiihhh...tgh planning2 lg nih. :P
Tetiba tgh aku berkira2 mahu ke mana tghari ni, teringat Cik Abg Chomel pesan semalam, kemungkinan hujung bln 4 ni ofis dia wat family day di Pulau Redang. So, dia suruh saving la sikit bln ni. Hehehehehe....baiklah! Saya janji saya xkan shopping apa2 brg pon. Cuci mata jerrr...Hahahahah....! Bleh caya ker? :P
Oklah u olls, i nak rekod surat kejap! W'pon kita bersosialll, tugas di pejabat jgn dilupakan yow! Byeeeeeeeeee......adios!
31 March 2011
'Look a Like Contest' by Ummiaqeef & Mom's Diary~

Ok, kali ni turn adik pulak masuk contest. Ni dia gambonyer....
*
*
*
29 March 2011
'Look a Like Contest' by Ummiaqeef & Mom's Diary ~

Oklah, picha di bwh adalah picha yg i pertaruhkan. Hehehe...Gud luck to me! :P
*
*
*
Umur : 3 tahun
Nama Ayah : Zairezal Bin Zawawi
Nama Mama : Azdalina Binti Bakar


















