Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

25 June 2008

PUTRAJAYA, HERE I COMEEEEEEEE.....

- Bangunan terindah di Putrajaya -

- Tempat pertama berkhidmat dgn Kerajaan M'sia -

- Jom, Ayriss nak g Putrajaya nih.... -

InsyaAllah...kalo xder aral yg melintang patah esok aku akan ke Putrajaya bg menghadiri Jemputan ke Majlis Jasamu Dikenang - MAMPU. Wah....sgt seronok dan excited aku menerima call dari Kak Ina semalam. X sabarnyaaaaaaaaaaaaaaaaa...............FYI, aku rindu banget kat Putrajaya..rindu segalanya di Putrajaya....Rindu nih x terbendung lg rasanya. Cewahhhh..... So, Putrajaya yg dirindui, tunggu aku datang yer?Ermmm.....lg 1 aku drive sendiri ke Putrajaya esok ditemani Mama aku, Ayriss & Busu (adik aku). Cik Abg Chomelku bz and kena stand by kat ofis x leh cuti. Huhu...Doakan semoga perjalanan aku selamat yer kengkawan. Yahoooooooo....yabedabedooooooo !!!

23 June 2008

New Born Baby lagiiiiiii.....

- Baby Haris 'Allam, yg kat belah kiri tuh mummy dia -

- Ayriss nak interprem gak dlm entry Baby Haris nih -

Ramai tul kemunculan baby baru bln nih. COngratsz to my dear fren; Yad atas kelahiran putera sulungnya pada 17 Jun 2008 baru2 ni. So, hari tu aku, Cik Abg Chomel & Ayriss berkesempatan melawat mereka. Sgt chomel Baby Haris. Hehehe....Oklah, semoga baby Haris membesar dgn bijak dan sehat yer.

20 June 2008

Apa Ada Pada Nama?

- My name is NUR AYRISSA -

Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik. Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan :

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

*********************************************
Disebalik nama NUR AYRISSA, my lil' princess :

NUR = Cahaya

AYRIS (Ejaan sebenar Airis @ Iris, tp aku saja letak AY) = Sejenis bunga @ kalau dari segi saintifiknya bermaksud anak mata.

SA = Sajer menambah...

NUR AYRIS^SA = CAHAYA BUNGA IRIS / CAHAYA ANAK MATA (Hehehehe....)

***************************************************
Asal boleh...oklah tuh. Ahaksss...

19 June 2008

New born baby...

- Muhammad Luqman -

- Mak Ngah Luqman yg kat sebelah tuh -
Okeh, kali nih aku nak interprem kan baby Luqman laks. Baby nih anak sedara per-1 kepada Nurul (x-ofismate & x-hosmate aku kat Putrajaya dulu). Baby Luqman adalah anak kpd abg Nurul. So, Nurul ni Mak Ngah Baby Luqman laa...Baby Luqman lahir pada 14 Jun 2008 hari tu..Mancung tul hidung Baby Luqman nih. Chik Ada nak tuko hidung leh x?Muehehehhee....

18 June 2008

Windu Ayrissa...

- Ayrissa & her butterfly -

- Mengaco Ayrissa tido...nuehehhe -

Hehehe...mcm lah x jumpa beberapa hari ek. Baru pg td tinggalkan dia, tp rindu dihati ini x penah pudar...Ermm, "Ayriss, mama rindu sama kamu....tunggu mama blk yer syg?"
Hehehe..Ayrissa rambut tako'k..aku gunting tepi rambut dia kat area telinga tu. Dah asyik tergaru2 kat situ, aku gunting la...Oleh kerana aku nih t'lalu profesional, bertako'k lah rambut budak kecik tuh...Muahahaha..mak aku sikit punya belebel kat aku...gunting cam lelaki la apalah..Hehehhe...mmg kelako la muka dia. Nnt aku upload gmbo muka kelako dia tu. Sian anak mama..Nak sedapkan hati, Cik Abg Chomel ku ckp "Alaah...bukannya x tumbuh blk...asalkan dia selesa x rimas." Erm...iyolahhhhh....

17 June 2008

Jom Layan Teater...


GENG, SESAPA YG MINAT LAYAN TEATER, SAKSIKANLAHHHH!!!
HUHU...AKU BERMINAT..TP JAUH SGT NAK G...SO, AKU PROMOTE NIH, SUPPORTLAH INDUSTRI TEATER KITA...AHAKSSSS

16 June 2008

KURSUS BASIC LIFE SUPPORT SKILL (CPR)


Assalamualaikum semua...

Kengkawan, sori bebyk ek sbb x sempat nak inform yg aku terpaksa g kursus pada 11 - 13 Jun 2008 baru ni. So, sunyi sepi lah kejap blog nih sbb aku x dapek nak update apa jua story. Oleh yg demikian, hari nih aku post lah serba sedikit maklumat berkenaan dgn kursus yg aku hadiri itu. Hehehe...mentang-mentanglah aku kojer kat Jab. Kesihatan, kursus yg dibuat pon mesti nak ader kaitan dgn kesihatan kan. Kursus CPR yg aku hadiri tuh sebenonya sgt2 berguna tau. Ermm..sedar x sedar, malang mmg tak berbau kan. At least, bila kita ader basic berkenaan dgn CPR nih, kita mampu menyelamatkan nyawa org ramai..nak2 nyawa org2 t'sayang dikeliling kita. Ilmu yg diperolehi amat2 berharga. Aku belajar camner nak menyelamatkan nyawa org sesak nafas ke, tercekik ke dll. CPR tuh bermaksud "CardioPulmonary Resuscitation" atau dlm Bahase Malaysianya Pemulihan Jantung dan Paru2 (lebih kuang laa..ekekekke)

Erm..selain menyelamatkan org dewasa, fesi turut ajo cara nak selamatkan baby jugak tau. Lagilah aku bersemangat nak belajarnyer. Yerlah, sbb kita ader baby kan, so kena take serius jugak laa..Kpd korang yg tetiba nampak tawaran utk mengikuti kursus nih, aku nasihatkan baik korang pegi. Sgt2 bagus...i give 5 stars...Hehehehhehe...Pas dah abis kursus n praktikal semua, aderlah exam..Exam nih bg menentukan kita layak x dpt lesen CPR ni. Lesen nih kita boleh tunjukkan utk tolong org2 awam..kiranya org confident lah kat kita bila tgk lesen tu kan. So, keputusannya masih belum diumumkan. Ujian teori cam susah sket sbb aku x study. Ujian praktikal tuh senang sket la tp terabur jugak...hehehehhe...Oklah kengkawan, itu jer kesah aku berkursus hari tu. Jumpa lai..bye!!!