Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

15 July 2008

SULTAN PAHANG MURKA : BLOG LAGAKAN SESAMA SENDIRI...


Erm....mlm semalam sesambil layan Buletin Utama mengikuti perkembangan semasa terkeluar plak isu ini. Ayahanda beta murka??? Iskkk......sesapa yg gunakan ruangan blog nih utk lagakan sesama sendiri dan mencetuskan sentimen2 kebencian dan persengketaan aku rasa x elok la kan...Blog nih mmg hak peribadi di mana kita bebas meluahkan dan mengutarakan apa jua pendapat kita . Tapi kalo sampai boleh menggugat keharmonian dan kestabilan negara aku rasa x patut la kan..Bagi aku blog nih umpama catatan hidup seseorang yg ingin berkongsi mcm2 perkara dgn org lain. Yerlah..blog dibina utk dibaca oleh kenalan dan sesapa jua yg layak melayarinya dan bkn dicipta utk dibaca oleh diri sendiri kan? Selagi kita masih diberi lesen utk berblog dan mencoret apa jua ttg hidup kita dan dunia hari ini, gunakanlah ia dgn bijaksana yer kengkawan? Bagi aku, sesuatu blog yang dihasilkan boleh membuka minda seseorg ttg banyak menda. Sebagai manusia yg dianugerahkan otak & akal fikiran oleh Allah, hanya kita yg bisa membawa blog ni ke arah kebaikan atau sebaliknya. So, lu pikirlah sendiriiiiiiiiiiiiiiiiii..............

09 July 2008

Keranamu Malaysia !!!

- i LOVE M'sia -

Assalamualaikum kawan2 ku....

Alhamdulillah, dengan semangat kemerdekaan aku kembali menjalani kehidupan seharianku dengan harapan setinggi gunung. Mesti korang pelik kan, ape hal lak Ada nih merapu pasal kemerdekaan padahal Hari Kebangsaan lambat lg. Huh...(mengeluh aku seketika) apabila membicarakan berkenaan topik ini. Aku bernasib baik kerana masih lg berpeluang mendapat kesedaran tentang kemerdekaan negara tumpah darahku ini. Actually sgt touching menda nih.. Dan tanpa sedar aku telah menitiskan air mata kerana sayangkan tanah air tercinta ini.

Malaysia ini ialah negara terpilih oleh Allah. Allah telah berikan keamanan, kesejahteraan, keharmonian dan kesentosaan kepada kita rakyat M'sia. Sebagai rakyat M'sia, kita seharusnya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas kenikmatan yang diberi ini. Tetapi, dlm menghitung detik masa setiap hari, adalah kita semua terfikir adakah keamanan dan kemerdekaan negera kita ini akan berkekalan? Adakah mustahil sejarah kejatuhan Kota Melaka tidak akan berulang? Itu semua tidak mustahil kengkawan. Korang tgk sajalah apa yg berlaku dlm negara kita sejak kebelakangan ini. Perpaduan rakyat semakin tergugat. Musuh2 negara umpama gunting dalam lipatan menunggu peluang utk menghuru-harakan tanah air kita. Sedar dan terfikirkah korang?

Dulu, aku tidak mengendahkan tentang apa jua yg b'laku dalam negara kita ini. Aku x amik kesah pon pasal H****F ke, **A***** ke, S******** ke, A****** ke dll. Apa yg aku kesah ialah asalkan negara aku aman sudah. Buat apa nak ponig kepala yer x? Tuh kerja para pemimpin la yg kena fikirkan camner mau settle. Tetapi rupanya aku silap. Setiap saat kebahagiaan dan keamanan kita semua terancam. Aku sayangkan keluarga aku. Aku sayangkan negara aku. Kesedaran yang diberi telah membuka mata dan minda aku betapa pentingnya aku sebagai rakyat M'sia utk mempertahankan negara ini daripada anasir2 jahanam yang menjadi pembelot di tanah air sendiri. Menjd tanggungjawab aku dan kita semua agar bersama-sama bersatu-padu dalam mempertahankan kemerderkaan tanah air. Renung2 kanlah kengkawan. Aku merayu kepada semua rakyat M'sia. BANGKITLAH...SEDARLAH dari lamunan terhenti korang. Sebagai rakyat M'sia kita punya HAK utk mempertahankan negara kita. Sama2 lah kita memberikan sokongan padu kepada para pemimpin negara utk sama2 memerintah negara M'sia yang bertuah ini. Sama2 lah kita menghargai setiap inci tanah melayu ini dan menghargai setiap pahit getir pemimpin2 terdahulu dalam memartabatkan M'sia di mata dunia. Perjuangan mereka memerdekaan tanah air kita wajar diteruskan. Perjuangan kita masih belum selesai...Hidup M'sia !!! Allahuakbar....!!!

p/s: Terima kasih BTN atas kesedaran yang diberi.....

02 July 2008

Hilang kejap...

- Pose b4 menghilang...ahakss -

Frenz,
AKU HILANG KEJAP DARI 3 -8 JULAI 2008.
KEMANA? AKU G KURSUS BTN (LAMA DAH KEJER TP BR THN NIH AKU NAK POI...)
OK, TAKE CARE SEMUA..9HB NIH KITA JUMPA YER...
DAA...

Kisah-kisah Yang Lalu.....

- WANTED -
Jumaat mlm lps, Cik Abg Chomel ajak dating. Ekekeke..apa lai seronok la rasa dihati kan. Erm...xtvt kitaorg mmg plan nak tgk wayang. Pada mulanya nak g tgk citer Made Of Honour tp time showing xder plak yg sesuwei. So, kitaorg decide nak g dinner dululah sambil terpikio2 nak tgk movie apa. Pas dinner kat Rasamas kitaorg pon naik ke cinema blk & mengambil keputusan utk menonton filem WANTED nih. Heroin dia Angelina Jolie tuh. Best2....Xnak ckp byk aku kasik 3.8 bintang. Not bad!!!So, layannnnnnnnnn.......

- Sekitar Malaysian Rally Champioship -
Sabtu baru ni, bertempat di Felda Lepar Hilir, Pahang beraksinya Malaysian Rally Championship. Agar teruja plak aku bila Cik Abg Chomel mengajak pergi tgk rally tuh. Yerlah, x penah tgk kan..so, quite excited jugaklah Panas terik beb cuaca. Rally tuh b'langsung selama 2 hari (28 & 29 Jun 2008). Best woooooo wa ckp sama lu. Tp. frust sbb byk gmbr yg diambil x jd..camera in trouble lah plaksss...Dpt la jmpa Karamjit Singh. Korang kenal x sapa dia tu?Iskk korang nih, juara rally Asia mamat tu. Hensem tau..(gmbo rosak la..huhu) Dan pemenangnya x lain dan x bukan la si Karamjit Singh tuh la. Dia bawak kete evo....(adoi...gmbo aku bergmbo dgn kete dia pon rosak gak..gerammmmmmmm)Hah, lg satu kalo korang nak tahu, ader sebuah kete satria kuning tuh dreber dia pompuan. Cayalah walak2...Aku nak msk gak leh? So, lu pikir la sendiriiiiii....hehehhehe...Oklah kengkawan, thn dpn insyaAllah, kalo rally nih buat kat Pahang lg aku dtg lg.Kui3....Baiiiiii..

- Akhirnya dapat ketemu Zara -
Pada Ahad yg lalu, kami dikunjungi oleh Yusma & family. Yusma nih x-ofismate aku masa kat MAMPU dulu. Kebetolan dia balik umah mak mertua dia kat Phg, tuh yg dia singgah umah aku tuh bwk baby dia yg chubby tuh ketemu Ayriss. Puteri Zara Sofea nama baby tu. Sgt chomey korang tahu x. Tgkla pipi dia tu. Geyam x????? Rasa nak picit2 jer..kang aku picit kang x pasal2 plak aku masuk jel dera anak org. Huhu....Tuan Puteri nih beza sebulan jer dgn Ayriss. Dia lahir pada 9 Mac 2008 seingat aku. Tp badan dia mak ai, semangat betolllll....Matilah Ayriss kena penyek..Ekekekekkee...Oklah Zara, len kali kita jmpa lg yer. Nnt Chik Ada bg hadiah lg utk Zara tau....See u!!!!Muaaahhhsss....

01 July 2008

Langsung Tak Layannnn.....

- sombong yer xmo tgk camera? -

- Ayrissa yang x mesra camera -

Actually, aku tgh kengantokan di opis nih. Kejer ader tp tetiba mata nih ngantok laks. So, utk hilangkan sedikit kengantokan aku, aku letak la gmbo nih kat sni. Sesaja suka2..Gmbo nih disnap masa aku bwk Ayriss g mkn kat McD. Hah, jgn x tau Ayrissa dah pandai mkn McD tau tp Mama & Ayah dia la yg wakilkan. Muheheheheh...
K lah...jmpa lg..bye2...

30 June 2008

Hari Ini Dalam Sejarah Pemakaian Kasut....

- High heels pertama gueh -

- Kasut/sandal hantaran kawen thn lepas -
Muehehehehe....Kalo korang nak tahu, itulah kasut high heels pertama yg aku beli. Itupon bkn sbb nak pakai sgt tp oleh kerana nak wat hantaran kawen & nak kasi maching sama handbag aku beli lah sandal tuh. Kalo korang nak tahu lagik, aku nih mmg anti high heels. Aku rasa aku dah cukup tinggi kiranya cukup syarat nak jd model cat walk so, x payahlah aku pakai kasut tumit tinggi lg kan?Kui3...(padahal aku nih penakut nak pakai sbb aku x reti nak balance badan time jln. Lagi 1 aku nih jenis ganaz cam tomboi2 sket so, mana nak layan kasut jenis cam gini kan) Tp. org kata naluri wanita nih mesti tingin gak nak pakai. Kasut2 kejer aku semua nyer bwh 1/12 inci tau. Lebih2 aku xnak beli. Pakai 1 1/2 inci pon dah tergelecoh sokmo korang tau x..wat malu je aku control cun jln...Huhu..
Dan hari ni dlm sejarah aku nak umumkan wat kali per-1 nya aku mencuba memakai kasut hantaran kawen ku ini(pas kawen nak terus rasmi takut tergelecoh..pastu peknen lak...heheh). Seblm nih aku dah pektis dah dgn kasut high heels gak dlm 2 1/2 inci cam gitu tp flat tapak dia x batang halus tu...So, dengan bangganya aku nak bgtahu korang aku berjayaaaaaaaaaaaaaa....Hehehe...leh jln cam normal, x mcm org skt kaki dah satu1 melangkah(aku penah kena tegur tau masa memula pakai kasut flat yg 21/2 inci tuh, kwn tu tegur "kaki awk sakit ke?" aku pon jwb "a'ah...melecet" kaber malu..Ngeh3....Apa lai cik puan Ada, lenggang jgn x lenggang...ewaahhhh (kalo pakai high heels jln kena lenggang sket kan kan kan? Tul x Kak Yaya? ratu high heels....ahakssss

27 June 2008

Satu hari di Putrajaya.....

- cenderahati -

- Akhirnya dpt ketemu Raina -

- Gambo yg sempat disnap -

Ermmm...hanya satu rasa yg dapat diucapkan iaitu TAK PUAS !!! Hanya dalam tempoh sehari (x sampai pon) mana mungkin aku dpt leraikan rasa rindu dihati. Tul x? Bertolak dari Kontan kul 7.30am tiba di Putrajaya kul 10.30am. Hati melonjak kegembiraan dgn harapan cptlah sampai...(masa tgh drive mengelamun) Dan tibanya di sign board Putrajaya (lps Hosp. Serdang tuh) aku tersengih kesorangan. Oh Putrajaya, selama 4 bulan aku tinggalkan kau.....Akhirnya aku kembali....tp utk tempoh waktu yang amat sekejap.

Tiba di Putrajaya, drop Mak aku, Ayriss & Adik aku kat umah Kak Nim jap sementara nak menunggu aku selesai majlis. Rinduku terubat buat seketika ketika kereta melangkah masuk kat guard JPM tu. Hehehe..sticker ader lagik so lpsla masuk. Rinduku terubat kejap bila mata sempat melirik ke bangunan MAMPU. Rinduku terubat kejap bila kereta turun ke basement mencari parking. Setiap inci di Kompleks Parcel B menjd kenangan buat aku tau. Rinduku terubat kejap apabila menaiki lift ke PRISMA. Rinduku terubat kejap bila terpandang wajah Nurul & Zira di luar lobi PRISMA. Rinduku terubat kejap selepas dpt ketemu kembali bersama kakak2 n kengkawan di PRISMA. Sayu jer melihat ruang pejabat PRISMA, tempat per-1 aku berkhidmat dgn Kerajaan M'sia. Rindu terubat kejap bila menuju ke Dewan Makan Aras 2, B1. Rinduku terubat kejap bila diserbu oleh kengkawan eKL. Rinduku terubat kejap melihat ruangan Dewan Makan tersebut. Rinduku terubat kejap bila berjumpa pula dgn kengkawan koir. Tak lain dan tak bukan, hanyalah rasa rindu yg ada dijiwaku pada waktu dan ketika itu. (x ingat anak n hasben dah ek...muehehehe)

Lagi satu, aku rasa mcm diawang-awangan. Hehehe..tul ke aku kat JPM nih?Yerlah kan, bila kita bkn lg staff kat situ, mesti kita rasa lain mcm kan. Segan ader, malu ader....Kui3. Berakhirnya majlis aku pon bergegas mengambil Ayriss utk ketemu b'sama kengkawan ofis. Apa lg budak kecik tuh. Menjerit jer kojernya...Nak2 plak time tuh mood dia x berapa baik. Mata dah laloq nak tido. Bila mata nantok, dia x menjd frenly spt biasa...Sabo jerlah yer kengkawan. Riuh rendah bangunan tuh dikejerkan oleh Ayriss. Setiap floor Ayriss pegi tau jmpa kengkawan mama. Dan hatiku tersentuh lg sekali apabila terpandang tempat duduk lama aku di Aras 3. Workspace terakhirku sebelum bertukar.....Sgt touching beb. Huhu.....Oleh kerana Ayriss dah nak start mengamok, aku x sempat nak pegi ke Aras 1, ke lobi MAMPU. Byk gak kenangan di lobi yang manis utk dikenang. Huhu.....Setelah segalanya selesai, bye2 adalah ucapan yg xnak sekali disebut. Beberapa jam cuma...arghhh, x bestnyaa. Rindu dihati masih belum hilang.

Melangkah keluar dari JPM dengan harapan aku akan kembali lg di lain masa. InsyaAllah...Perjalanan diteruskan ke Presint 11 pula. Ke rumah sewa lama utk mengambil sisa2 brg. Adoi...lg la tersentuhnyaa. Bukak jer pintu (kunci spare ader lg) x byk yg berubah dlm umah tuh. Cuma di dapur dah ader peti ais 2 pintu & mesin basuh. Tersenyum aku sendirian...Dulu kitaorg xder peti ssh nak simpan stok makanan. Dulu kitaorg xder mesin basuh, kalo larat + rajin aku cuci tgn, kalo x larat + malas aku anto dobi (time tuh tgh sarat membawa Ayriss dlm pewut). Banyak kenangan di rumah tu. 'Tidur, makan, minum, mandi ' ngan Ayriss time tuh kat umah tuh la..borak2 ngan Ayriss pon kat umah tuh...(hehehhe....cuba teka Ayrissa kat mana?)Tido sorang tanpa suami tercinta di sisi pon kat umah tu. Sib baik ader Ayriss temankan aku. Idaklah sedih sgt b'jauhan dgn suami. Slps selesai angkut brg apa yg muat disumbat, kitaorg pon decide nak ke Alamanda jejln. Rinduku terubat kejap apabila terpandang bangunan Alamanda tu. Tempat lepak paling laris di Putrajaya. Hehehehe...Dan yg plg aku rindu kat Alamanda ialah Chrispy Popia tu...Adoi, sedapnyaaaa......Puas dan jejln, layan la pulak kat Rasa sebelum bertolak pulang ke Kontan. Hari pon semakin gelap. Aku bertolak ke Kontan kul 7.30pm. Lepas maghrib. Cuak gak nak driving jauh2 mlm2 hari ni. Lama dah x drive jauh2 menjak dok Kontan nih. Akhirnya bumi Putrajaya aku tinggalkan jua utk kesekian kali dgn rasa rindu yg masih bersisa di hati. Selamat tinggal semua, panjang umo kita berjumpa lagiii. InsyaAllah....

p/s : x dapat nak bergambo mcm2 pose sbb masa terlalu suntuk....