Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

19 August 2008

Menanti kepulangan adik ku....

Erm....di petang yg boring nih, tetiba jer teringat kat adik bujang aku. Kelmarin babah aku bgtahu adikku itu nak balik Kuantan hari ni. Apa lg, seronok la aku dengar...Ye x ye jugak ye, aku jarang sekali mencoret perihal ahli keluarga ku di sini. Oklah, kali ni tiba giliran adikku nih dulu utk perkenalkan diri. Heheheh...Nama dia Bazrisham Bin Bakar..kalo kat umah panggil dia Busu (arwah tok guru ngaji bg nama..) atau Abang atau Pak Ngah kpd Iris..Dia anak ke-2 dari 4 org adik beradik kami. Kiranya di ni bawah aku la...Umor dia skang dah 21 tahun. Skang nih dia belajo kat Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) kat Melaka nuuu...amik kos Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. AKu dan dia kira rapat la...tp masa kecik mmg slalu gadoh ngan dia nih...hehhehehe....
Ok, sambung blk citer pasal dia nak blk bercuti td. Pastu aku pon call la dia..excited x sabar nak jumpa dia kan. Aku call, alih2 dia ckp dia blk esok. Bas mlm katanya...Huh, ingat leh jmpa dah hari ni. Erm...apa pon aku doakan semoga perjalanan dia ke kampung halaman esok dilindungi Allah selalu. Amin...

SOLAT ITU TIANG AGAMA !!!


ASAL USUL SOLAT :

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w..t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah t ersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solatSemoga dengan memahami bacaanAkan membuat Kita lebih khusuk dalam solat

Allah Maha Besar(Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku,Ibadatku,Hidupku,MatikuAdalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidakMenyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai Hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,Kayakan daku,Angkatlah darjatku,Rezekikan daku,Berilah aku hidayah,Sihatkanlah daku DanMaafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah sertaKeberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Eng kau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Aminnn.....


18 August 2008

Sekitar Mini Family Day ACES Yang Lepas...

- Di ofis HQ ACES ader kenduri doa selamat & solat hajat -

- Welcome to Desa Water Park -

- Sukanyer main air...-

- Ayrissa meets her fren @ Sunway Piramid... -

- Yeeaaaahhhhhhh... -

- Di Ice World, The Mines Wonderland -

Ermm...sudah seminggu kisah ini berlalu. Tapi, segala kenangan itu masih segar dlm ingatan ni. X dapat ku gambarkan betapa seronok dan gembiranya kami di sana. Semua family staff ACES berkumpul disamping dpt mengenali antara satu sama lain. Yerlah kan, aku kiranya org baru dlm family ACES. Lebih mengembirakan dgn kehadiran cahayamata kami lagi dapat menceriakan suasana. Ayrissa anak yg paling kecik hari tu. Semua org dok kerumun kat dia laa...Suka sgt dia kalo bab2 jln2 nih. X mengamok pon. Merengek pon bila nak susu n ngantok je. Tp kalo tgh jln2, ngantok pon tahan mata. Sedar x sedar atas dokong pon dia leh lelap. Baiknyer anak mama & ayah nih....Erm, impian aku & hasben nak bawak Ayrissa g jejln lg pas ni. Actually yg bawak dia baru nih nak wat testing camner la 'peel' dia bila keluar dr bumi Kuantan. Hehehe...alhamdulillah, mood & 'peel' dia sgt2 baik. Len kali mama & ayah bawak Ayrissa jejln lg yer sayang? Destinasi seterusnya, kita tungggggggguuuuuuuuuuuuuu......

13 August 2008

Terlupa lah pulaksss.....

- terus ngetest -

- close up snow cap & sepit rambut -

- sourvenir utk Iris -

Aiseyman...gueh terlupa la nak masukkan citer nih dlm entry yg lepas. Gueh x kira gueh nak masukkan jugak. Hihihihihih...Xder apa cuma nak story sket sourvenir yg aku beli utk anakanda kesayanganku masa g Cameron Highlands hari tu. Erm..oleh kerana kebizian dan kesuntukan masa itu jerlah brg2 yg sempat aku rembat utk Iris. Semuanya tema strawberi ok...hehehehhe.
Bantal strawberi, belon strawberi, snow cap strawberi & sepit rambut pon strawberi...OKlah, itu jer nak citer...tata titi tutu...

07 August 2008

KUALA LUMPUR Here I Comeee.... :P

******** Esok aku akan ke KUALA LUMPUR ader Mini Family Day opis hasben ku. Apa2 citer nnt aku update ek. Have a nice day semua. Byeeeeeeeee..... ***********

CAMERON HIGHLANDS PUNYA CERITAAA....

- i LOVE flowers....chantek!!! -

- Jalan2 time.... -

- Petugas Majlis -

- Jalan2 time lagik.... -

Dengan lafaz bismillah aku mulakan entry ini. Hehehe..setelah kebizian menghalang aku utk mengupdate story ini, baru hari ni lah aku dpt bernafas sket utk mencorat-coret apa yg patut. Kenapa aku ke Cameron Highlands ye? Erm..bukan atas tiket melancong or cuti2 mesia, tp atas urusan rasmi seri paduka baginda. Ekekekeke....Aku sebagai salah seorang urusetia sambutan Majlis Perasmian Hospital Baru Cameron Highlands di arah bertugas di atas puncak sana. Hospital baru Cameron Highlands nih baru jer beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun lps kalo x silap aku. Dan pada 31 Julai 2008 baru ni berlangsungnya majlis penamaan hospital baru tersebut. Hospital baru tersebut telah diberi nama oleh Sultan Pahang sempena nama isteri baginda yang tercinta iaitu Sultanah Hajah Kalsom. Erm...sesambil bekerja di atas sana, dpt gak lah kitaorg cecuri masa utk berjln2 kejap. Shopping sket apa yg patut. Tgkla gmbo aku tgh pose tuh semuanya berkain. Hehehehhe....So, itulah ringkasan ceritanya. Apa yg pasti, Cameron Highlands dah x sebest 13 thn lps waktu kali pertama aku jejak kaki ke sana. Huhu.....Kerakusan manusia memusnahkan alam semulajadi itu membuatkan Cameron Highlands tidak sesejuk dulu. Oklah geng, sekian sudah ini cerita. -TAMAT-

06 August 2008

Apa-apa aje tentang DIA......

- "Chomel x Iris pakai skarf mama neh?" Hehehe.... -

- span ball, katak oh katak & picture book -

Salam kengkawan, sudah lama aku x menjenguk sini. Bz babe....huhu..Di petang hari yg boring nih, aku nak update la sket blog nih. Kang berhabuk plak ek. Xder apa..cuma nak citer hari tu g Giant saje jln2 tanpa arah tujuan. Sesambil tu terambik 1,2,3,4,5 brg2 kat atas tu. Heheheh...x lain x bukan mestilah utk anak dara ku yg terchomel tuh...Ekekekek...

Bila sampai je umah bg Iris main menda alah tu kan. Tp aderlah kejap jer dia sentuh pastu wat masuk mulut. Lps pada tu haram x berminat dah..Cuma buku tuh jerlah nmpak dia cam 'selok' sket nak terkam. Hehehhee...Apa yg aku perhati, mainan yg aku beli kat dia semua dia x suka main. Yg brg kita yg bukan mainan tuhlah yg dia naknyer..Adoi...nak2 remote tv ke, remote astro ke, hp ke, plastik beg ke...suka sgt la kalo dpt. Sabo jerlah...Apa2 ajer la Iris oi..yg penting kamu hepiiiiiiiiiiiiii !!!!
p/s : Ya Allah, maafkan Mama Iris dlm kebizian yang teramat sgt nih Mama terlupa yg hari ni genap umo Iris 6 bulan. Semoga Iris sentiasa berada dlm kadaan sehat yer. Luv u so much...Muuaacchhss.