Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

29 August 2008

Selamat Hari Merdeka M'sia & Selamat Datang Ramadhan....

- Salam Merdeka & Ramadhan dari kami sekeluarga -

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

p/s : Kepada rakyat M'sia yg melayari blog aku nih, aku nak ucapakan SELAMAT HARI MERDEKA yg ke-51. Dengan penuh harapan agar semua warga M'sia dapat bersatu padu dan mempertahankan kemerdekaan yg dimiliki ini selamanya. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH !!! MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!

Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua umat Islam seluruh dunia. Dengan harapan, semoga kita semua dapat melakukan ibadah dgn penuh keberkatan di bulan yg mulia ini. Jgn puasa yang yok yer...Hehehe...Tahun nih berlainan sket, aku menyambut puasa ber-3, thn lps ber-2. Semoga dgn kehadiran Nur Ayrissa ini dapat memeriahkan dan mengharukan lagi suasana berbuka poser ku nanti. Kui kui kui...

28 August 2008

SPECIAL ENTRY TO SIS IDA...

Salam Khamis penuh mesra dariku utk semua...

Hehehe...1st of all congratulation once again to teman tp mesraku Sis Ida (mampu, jpm) atas pertunangan dia pada 23.08.08 yg lalu. Vavavaa...seronoknyer bila mendpt kabar berita yg Sis Ida ni akan melangsungkan pertunangan dan perkahwinan. Akhirnya sis, u find ur Mr. Right !!! Erm..br hari ni aku dpt tgk gmbo2 sepanjang majlis pertunangan tu. Thanx to Kak Hanim sbb berjaya mengforwardkan gambo2 tu kat aku. (sbb Sis Ida wat x leh...file berat kot)

So sweettt la Sis lu hari tu... Mana ader make up lu tebal. Ok jer wa tgk...Huahuahua..camner la lu control cun ek? Hihihi..kaler tema utk majlis tu cantek laa. i likeeeeeeeee.....Oklah sis, wa doakan lu & bakal abg ipar wa tu berada dlm kadaan gumbira bunga2 cinta selalu yer. X sabo giler nak tggu majlis perkahwinan lu. Kepak kepak..kepong kepong....x lama dah kan? Ahaksss ahaksss....

27 August 2008

Apa2 ajer tentang Azdalina...

- kenangan waktu berkursus bersama semua P.A MAMPU. Cik Puan Hajar pon ader.. (aku tgh ngandungkan Ayrissa 7 bulan time tu) -

Adoiii...kena tag la ngan Cik Puan Hajar, Mama Cahaya & Ayang laa. Jawap jgn x jawab Cik Puan Ada....Oklah, check it out babeh :
Nama-nama timbangan anda : Kalo kat umah, family aku panggil aku A.L.O.N.G, kalo sedara-mara panggil aku NANA atau Dalina. Kengkawan panggil aku ADA, Cik Abg Chomel panggil aku B @ SAYANG..Ahaksss..malu i u..... :P
Anda seorang yang : Kalo sifat2 +ve, aku seorang yg SIMPLE, PENYAYANG, MANJA (sometime...), BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, CERIA dan SWEET (ahakksss...) Erm, lelain lu pikirlah sendiriiiiiiiiiiiiii.....Heheheheh. Kalo yg -ve pulak, aku ialah seorang yg. KERAS KEPALA, AGAK MALAS, MENGADA2, SOMBONG (sometime...), PEMENDAM, BERANGIN, KEBANDAR-AN (aku akan bermasalah beso kalo blk ke kampung yg betol2 kampung), SAMBIL-LEWA, KUAT MELAWAN, AGAK PEMARAH DLL. Kepada meraka yg mengenali aku, hanya korang yg layak menilai....
Insan teristimewa di hati anda : Per-1 mestilah MAMA, BABAH, ADIK2 & WAN (tanpa mereka, sapalah aku...), Ke-2 SUAMIKU YG TERCINTA, Ke-3 ANAKANDA KU YG TERSAYANG, Ke-4 Sesiapa jua yg menggembirakan hidup aku.....
Lagu kesukaan anda : aku seorang yg universal. Semua music aku layan. Dangdut ka, rock ka, balada ka, jazz ka, irama m'sia ka, nasyid ka....Tp. yg paling aku suka lagu MORE THAN WORDS & SEGALANYA UNTUKMU (Anuar Zain)....
Makanan kesukaan anda : Apa jua jenis masakan AYAM.
Sikap yg membuatkan anda bengang : PEMALAS, PENGOTOR, POYO MCM BAGUSSS, PENDENGKI, GEDIKSSSS, BERLAGAK, X AMIK PEDULI, X BERTANGGUNGJAWAB, DLL yg sama maksud dengannya....
3 benda yg mesti ader dlm beg anda : WALLET ( sbb dlm dia ader ic, lesen, atm kad, dll kad yg dirasakan perlu), HANDPHONE, & LIP GLOSS....
Kali terakhir anda menangis : PAGI SEMALAM, sbb marah sgt kat Cik bag Chomel tuh laa...huhu
Tag 6 rakan anda : NANARIZMAN * ADHA * AD3CK * LILY LOTUS * MASVIONA * XENTARI
Adoii...sekian sudah ini tag mengetag....kpd siapa yg kena, rajin2 kan diri menjawab ek..TQ

26 August 2008

Bila API AMARAH Melanda Diri !!!

- Hanya Ayrissa penawar segala duka... -

Astarafirullahal'azim...Beristigfar panjang2 aku pagi td. Benci, marah, geram, sakit hati semua ader. Dan kadang2 juga aku rasa mcm nak lari jauh2...nak pergi jauh dari mereka2 yang berada disekelilingku ni. Tp. Ayrissa la penyelamat semuanya. Bila aku berada dlm keadaan x stabil atau pendek kata hati x senang, wajah dia terus terlintas kat fikiran aku. Wajah dia juga byk menyabarkan aku ttg byk perkara. Ya Allah, sesungguhnya anugerahmu ini tidak ternilai harganya. Anugerahmu ini sering kali menenangkan aku. Terima kasih Tuhanku....
Bila kita terlihat mcm ader sinar matahari yg akan muncul, kita juga x sangka dgn tiba2 awan mendung datang menutupi sinar cahaya itu. Dan bila kita pasti awan mendung itu akan menurunkan hujan, tanpa sedar sinar cahaya matahari tadi tiba2 menjelma mencerahkan bumi....Begitulah kehidupan kita ini. Pahit manis, suka duka, tangis tawa adalah pelengkap kpd sebuah kehidupan. Sebagai manusia, kita x boleh lari dari semua ini. Dan kadang kala segala keperitan dan penderitaan hidup ini sedikit sebyk menguji tahap kesabaran dan menggoncang keimanan kita.
p/s : Orang yg aku geram dan marah tu ialah hasben ku. Biasalah kan, asam garam rumahtangga....Walaupon kemaafan telah dipohon, marah ini belum lg reda dan sejuk.... :(

25 August 2008

PERKEMBANGAN TERKINI NUR AYRISSA...

- "Underneath pokok kelapak, I will wait for you..
Oh Ayriss hear me lah..I always love u...." -

Salam Monday Blues semuaaa....

Actually xder citer yg menarik pon nih. Sekadar ingin berkongsi perkembangan terkini anak dara kesayangan ku itu. Sekarang di usia 6 bulan ++ Ayrissa dah pandai menarik badan ke depan. Laju betol..nak2 bila ader something yg menarik perhatian dia. Adoi, buas sungguh.....Semalam ke rumah ibu mertuaku. FYI, rumah ibu mertuaku itu dipenuhi dgn kucing2. Almaklum le, mereka di rumah tu penggemor kucing. Heheheh...so, bila Ayrissa 'dilepaskan' dlm umah itu, apa lg...bergerak laju lah dia mengejor kucing2 tu. Eeee..sabo jerlah..smpai kucing2 tu pulak terpaksa larikan diri dari dia. Bila dah dekat kat kucing tu, dia mcm nak telan je kucing tu. Adoiiii....aku bkn apa, maleh nak bg dia pegang bulu2 kucing tu sgt. Yerlah kan, skang ni tgn/jari dia nak masuk mulut je. Kang takut batuk/alergic lak....So, aku bg lah di usap sket2..tahu plak dia geli...Hehehehe...pastu basuh ler tgn dia tu. (Harap maaf, segala aksi x sempat dirakamkan. Len kali yer?)

Selain daripada perkembangan menarik bdn ke dpn, rambut Ayrissa dah boleh wat tocang pokok kelapak tau. Hehehe..rambut dia jarang2 tp pnjang. Biasa le, urusan mendandan serahlah pada Wan dia. Aku x reti...Hihihihi...Erm, perkembangan lain tu biasalah, sudah mula menyebut Mak, mamamamama...papapapa, babababa, yayayayaya...Heheheh..indahnya rasa kan? Selain dari tu, dia dah mula mkn bubur nasik yg diblend bersama ayam, kentang, carrot...tp dia x berapa nakkk...sikit jer mkn. Masa mula2 buat dulu byk gak dia mkn. Skang dia dah makin xnak dah..x kena ngan selera dia kot. Lepas pada tu, Wan dia pon dah maleh nak buatkan. Last2 mak aku suapkan nestum je..Biskut nestum tu...tp x bersungguh sgt la dia mkn. Menyembur jer bila mkn...Aduh Ayrissa oii, camno mau naik bdn tu. Huhu....

Oklah gengstarz, takat itu sajalah story mori aku di pagi yg gelap kini sudah terang ni. Semoga berjumpa lagi di lain waktu...Bye2....

p/s: Yeeeaaahhhhh...One Nation Emmcee menang Gangstarz smlm. Dah agak dah...


21 August 2008

Cerita2 Lapok Yang Ingin Dikongsi....

- "My 1st walking shoe" -
Cerita 1 :
Hehehehe....Itulah kasut jln pertama Ayrissa. Cam ala2 kasut sport gitu. Kelako pon ader sbb ngalahkan org yg dah pandai berjln. X kesah la Ayrissa oii, yg penting bleh pakai & u look so cuteeeeee !!! ;-)

- Ayrissa giler stereng... -
Cerita 2 :
Aksi ni diambil sewaktu dia mengamok nak tido masa menunggu opismate Cik Abg Chomel di KL baru ni. Hari panas terik, then dia pulak ssh kalo nak tido kalo xder buai. Kena baringkan dia baru dia nak tdo. Ayrissa x suka org baringkan dia atas riba. Dia x suka org kepit2 dia..Kalo dlm kete, dia akan baring dan tdo dlm kadaan kete bergerak. Hehehehe...sgt mudah. Time menunggu tu kan kete x bergerak. So, dia xnak lah baring. Mata dah layu dah. At last, utk menghilangkan rasa mengamok dia tuh, ayah dia letak kat stereng. Huh, terus senyap...Hantu stereng rupanya minah kecik nih. Pasni kalo dia wat 'peel' lg, letak dia kat stereng. Kompim diam....Ekekekekke.

- Detik pertemuan yang dinantikan -
Cerita 3 :
Permergian aku ke KL baru nih juga menjurus kpd pertemuan ini. Antara detik yg plg aku x sabar nak tunggu. Huhu, aku rindu sgt mereka2 ni. FYI, mereka2 ni adalah teman tp mesra sejak dr Poli lg. Pertemuan ini adalah untuk melepaskan rindu masing2. Dan yang paling utama utk bertemu dgn Baby Damien. Hehehe...hensem lah Baby Damien nih. Leh booking jd menantu x?ahaksss.....Btw, thanx a lot atas kesudian korang berjumpa dgn aku. I'm really appreciate it.

- Bila Ayrissa xder mood & bermuka masam.... -
Cerita 4 :
Alalala bucuk2 mama nih. Awat hang Ayrissa oi muka masam mencuka? Jebek jerrr...Hehehe..itulah rupanya bila anak dara aku nih xder mood atau nak tido. Aksi ni dirakamkan waktu on da way to Desa Water Park tempoh hari. Actually, dia bgn tdo awl..biasanya pas bgn tdo, siap2 mamam nestum dia akan tdo semula. Tp. hari tu tidak. Lepas mandi & mamam nestum, dia terus diusung ke Desa Water Park. Tp. yg peliknya, dia x merengek sikit pon dlm kete. Diam jer tgk ke aran depan. FYI, Ayrissa nih mmg suka benor naik kete. Hehehehe...ngantok mcm mana pon dia akan tahan. Dan tanpa sedar jugak, dia telah terlelap di atas riba aku dgn rupa yg masam itu. Hehehe...Ayrissa oh Ayrissa....
p/s : Sekian sudah ini cerita lapok. Diharap korang x boring membacanya yer. See u again..

20 August 2008

Pengurusan Jenazah !!!


Assalamualaikum...

Ikhwah Dikasihi, sekadar ingatan dan renungan kita bersama,

Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika. Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya.Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB,itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.
Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya.Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal (US lah!).Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh diadikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah.

Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah. Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana diatahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan.Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?
Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan diUS dan dia tidak perlu disedut apa2.Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung.Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yangakan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahajasebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja diaboleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah.

Marilah kita sama2 ambil iktibar.

wallahua'lam bissawwab...
p/s : Terima email daripada seorg rakan, letakkan di sini utk renungan kita bersama...tq