Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

15 June 2009

Rasa Rindu Yang Menusuk2... :(

Ya Allah,
Hilangkanlah dariku rasa rindu yg menusuk ini...
Bawalah rasa rindu ini terbang jauh dari diriku...
Tidak bermakna bila tiada rasa rindu ini, aku melupakan...
Sungguh, tidak sesaat pon aku melupakan...
Cuma, aku tak sanggup utk melalui rasa rindu yg t'lalu memeritkan ini...


Ya Allah,
Bawalah pergi jauh fikiranku dr terus melayang mengingati setiap detik itu...
Datangkan padaku sejumlah mana pun kesibukan tanpa aku memikirkan ia...
Aku cuba redha dan cuba utk tidak menitiskan walau setitik pun air mata ini,
Tp sememangnya aku tidak berdaya...
Aku tidak kuat utk menenangkan perasaanku...
Aku tidak tabah utk meredakan segala apa yg aku rasa...


Ya Allah,
Tenangkan hatiku sebagaimana aku mengharapkan ketenangan dia di sana...
Lapangkan fikiranku sebagaimana aku mengharapkan lapangnya dia di sana...
Tak mahu aku diuji dan diduga dgn rindu yg maha berat ini...
Aku t'lalu lemah utk melalui hari2ku bila rasa rindu ini bertandang...
Hanya pada-Mu aku mengharapkan segala kekuatan...

Amin...ya rabball a'laminnn...


:((

11 June 2009

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung...

Fuh, hari Khamis yg agak memenattkan aku rasa. Huhu...setelah reda sikit kerja kat opis nih, aku nak rehatkan minda kejap dgn meng'update' apa yg ptt. Ermm...tiada apa yg paling menenangkan hati dari melihat keletah dan senyuman yg terukir di wajah permata hati tercinta. So, marilah kita relax2 kejap menengok aksi si kechik Ayrissa belajar menabung. Hehehe...sonok sgt dia bila dpt masukkan syiling dlm 'Mr. Frog' tuh. Baguskan menerapkan nilai2 cam gini kat budak2? Amalan menabung nih perlu dididik dan diasuh dari awl supaya bila beso nnt mereka reti menyimpan duit utk kemudahan masa depan. Jgn masa kecik2 jer rajin, bila beso nnt jadi boros & x berjimat-cermat (aku lah tuuu...) Huhu...InsyaAllah, amalan murni ini akan aku kekalkan utk melatih Ayrissa menabung. Asal nampak jer duit syiling aku suruh dia masukkan dlm tabung tu. Ermmm...mudah-mudahan Ayrissa kekalkan amalan sebegini sehingga beso nnt yer? Nnt bila dah penuh tabung tu, kita simpan dlm bank yer syg? Good gurl anak mama... ;) Xper, sikit-sikit, lama-lama jadi bukitttttttttt !!!



- Sila abaikan keadaan rumah aku yg bersepah & quality video yg teruk yer? -

P/s : Huhu, ptg ni ayah Ayrissa outstation ke KL. Ader exhibition kat KLCC. Mungkin 2-3 hari ayah Ayrissa di sana. Erm, gonna miss u ayah..........Huhu!

10 June 2009

Keluarga Bahagia ^_^


Setiap manusia di muka bumi Allah ini mengimpikan kehidupan keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia akan membuatkan kita sentiasa rasa disayangi dan dikasihi. Kebahagiaan yg dikecapi membuatkan hidup yg kita lalui terasa sgt INDAH. Oleh itu, marilah kita sama2 lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan hargailah mereka yg tersayang selagi mereka masih bersama kita. Moga kehidupan kita sekeluarga sentiasa berada dalam rahmat dan berkatNya selalu. Amin...

09 June 2009

Seiring & Sejalan...


- Eh..eh, siapakah ituuuuu??? -

Nak tauuu??? Jommm.....

*

**

***

**

*

Hari tu, kami 3 beranak pergi mencuci mata sambil window shopping ke East Coast Mall atau lebih dikenali dgn nama ECM kat Kuantan nih. Dan spt. biasa, utk tidak melenguhkan tangan aku or Cik Abg Chomel, kami usunglah Iris dgn buggy disney dia tu. Tp. jgn harapppppp...ader la x sampai beberapa minit dia meronta2 nak turun. Dah buleh kaki paham2 jerlah kan? Huhu...So, angkatla dia letak bwh. Ingatkan nak bebas la berjln sendiri. Rupa2 dia sebuk nak p tolak buggy tu sama. Adoyaiiii...kalo tolak mama xper gak Iris oiiii. Huhu...beria dia marah kalo kita x bagi. Hahhh, tolak la nak tolak sgtttt. So, tolaklah dia dgn si ayah. Lawakkkss pon ader tgk gelagat budok kecik tuh. Layankan ajerlah. Kalo x kang, bantainya mengamok pulak. Kalo jatuh bgnla sendirikkkkkkkkkk yer Iris??? Huh....

Layan video laksss : (quality video sgt terukkkk sbb amik guna hp cam ayam doluuu :P )



04 June 2009

Cutest Baby Photo Contest June-09

Hehehe...musim contest pulak ek skarang nih? Cam seronok jerrrr kan? Menang kalah lain cerita yg penting kita enjoyyyyyyyyyyy!!! Ok, spt contest father's day di bawah, aku jumpa contest ni pon kat blog ciksya. Lepas tu intai2 plak kat blog MomBloggersPlanet. Dan aku pon mengambil keputusan untuk turut serta dlm contest ni.

Untuk menyertai apa jua pertandingan, terma & syarat mestilah ader kan? So, kepada ibu2, bapak2 yg nak joint just click kat blog MomBloggersPlanet ni jer untuk mendapatkan maklumat yg lebih detail.

Dan stp contestant perlulah menepati tema yg telah ditetapkan iaitu “Cutest Baby in RED“. I likeeeeeeeeeeeeeeeee red colorrrrrrrrr :D So, ini sudah menaikkan semangat yg merah membara di dlm jiwaku. Wakakakaka :))


Name : Nur Ayrissa Binti Zairezal

D.O.B : 6th February 2008

Why my baby should grab the title of "Cutest Baby in Red" ?

Becoz Nur Ayrissa kelihatan sgt chomel bila bergaya dgn baju color merah. Cam naik jer seri muka dia tu. Kui kui kui...Kalo x caya tgkla gambar kat atas nuu. Opsss, FYI, gambar ini bukan diambil semata2 utk contest ni tau??? Gambar ni diambil masa Ayrissa dapat voucher utk sesi photoshoot @ Anakku Baby Fair beberapa bulan yg lepas.

W'pon mimik muka dia macam masam/blur/terkejut (sbb pelik agaknya tgk uncle bwk camera besar amik gambar dia), tp dia tetap anggun di mata mama & ayahnya. Nak-nak pulak dgn pipi seloyot dia tu lg lah menampakkan dia begitu cuteeeeeeee!!! Pipi pau orang panggil. Hehehe...ader org ckp muka dia cam amoiiii bermata besor. Betul ke? Ntah...Apapon for me, color merah nih mmg sesuai sgttttt dgn kulit Ayrissa + mama dia pon menjak dua menjak ni suka sgttt color merah. Hahaha....Ader chan menang ke nih??? Huhu...


This month’s Cutest Baby Photo Contest is proudly sponsored by:


&


03 June 2009

Father's Day Contest ;- )



Hehehe...jln2 kat blog ciksya ternampak lak ciksya join contest nih. So, aku pon sebuk jer nak joing jugak. Hehehe..alahhhh bknnya apa, saja suka2...Menang kalah x kesah. Yg penting kita enjoyyyyyyyyyyyyyyy !!! (At least ader something kita buat utk anak kita kan? ) ;- )

And as usual, every contest mestilah ader syarat2 dia kan? So, syarat2 dia sila dapatkan di blog Mama Tisya. Kepada all moms & dads, jom la kita joint contest nih. Manalah tau kot2, rezeki berpihak kpd anak anda. :D



Nama Ayah : Zairezal Bin Zawawi
Nama Anak : Nur Ayrissa Binti Zairezal
Umur Anak : 1 tahun 4 bulan

Cerita pasal gambar :
Moment tersebut dirakamkan di suatu petang yg indah di Taman Gelora, Kuantan. Waktu itu kami membawa anak dara kami bersiar2 di taman yg letaknya di tepi pantai. Cantik jer suasana sbb angin bertiup sepoi2 bahasa dan sesuai dengan mood kami 3 beranak pada hari itu. Gambar tu menjadi pilihan utk contest ini sbb si anak kelihatan sgt riang apabila si ayah menimbang2 dia. Kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar diwajah si anak dan wajah itu amat membahagiakan kami terutama si ayah. Tapi, harap maaf sbb wajah si ayah tidak dpt dirakamkan (gambar belakang je) kerana si mama telah meng'capture' aksi tersebut secara spontan. Hehehe....so, kira bolehlah yer? Ke x boleh??? Huhu....
Utk celebration, x tau lg nak celebrate kat mana. Mungkin just pergi mkn2 jer kot bwk anak dara kami tu. :)

02 June 2009

Dialah Pilihan Hati Ku... ;-)

Salam kengkawan...Fuh, penat badan masih terasa. Sbbnya sekarangkan musim org kawen.. So, weekend 2 hari baru ni kami memenuhi undangan perkahwinan jerlah. Sabtu jer 2 buah rumah, Ahad pon 2 buah rumah. Tp. w'pon penat, seronok tau korang, sbb terimbau pulak kenangan time kita kawen dolu2. Elleh, tipulah kalo x terlintas langsung kat fikiran korang betul x??? :- P Kui3...Dan apa yg paling best, time lunch utk kedua-dua hari tersebut we all mkn free. So, x payah sebuk2 nak masok kat umahhhh. Best2...Hehehe..(camno nak jd isteri mithali nih? Huhu...)

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru lagi sekali kepada Kak Tuty (opismate), Fizah (Jr. masa kat sekolah), Fizan (classmate - Afzan) & Faie (classmate - sekolah rendah). Semoga korang kekal bahagia selamanya yer? Amin...Tp. disebalik keseronokan itu terselit jugaklah kesedihan dan ke-frust-an. Sedih dan frust sbb x sempek nak bergambo ngan korang. Orang sesak & pengantin pon sure bz kan? Apapon, melihat korang cantek da vasss di hari bahagia itu sudah cukup menggembirakan hatiku. Dan kegembiraan bertemu dgn teman2 lama jugak amat menyeronokkan. Thanx to Zana, Ijah, Zehan, Efa & Zira sbb sudi berpakat dan berjumpa sama2 di majlis Fizan & Faie. Next konvoi ke majlis Zehan & Zana plak ek 6hb Jun. Hehehe...i likeeeeeeeee nasik minyakkkk :- P


P/s : Jeng jeng jeng...Setelah meneliti apa kata servey & respon yg diberi, akhirnyaaaaaaaaaa aku memilih dia sbg teman baru ku...TQ kpd semua yg telah memberi komen!


*

**

***

****


*****

****


***


**

*