Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

30 June 2010

Dilemma Mama....

- Kakak oh kakak... -
Dah 24 hari aku berpantang. Sikit lagi nak abis. Hehe..sabo2!!! Pengalaman sepanjang 24 hari bergelar mama kpd 2 orang cahayamata ini amat2 memeningkan. Pening sbb kakak masih lagi berada di luar kawalan, masih lagi tunjuk perangai. Nasihat drp kawan2 agar aku sabar melayan karenahnya. Nnt bila adik dah besar, dah pandai main dgn dia, keadaan akan menjadi OK! Huhu...i hope so! Dan lamanyaaaaaaa nak tunggu adik beso!!!

Dengan kadaan aku & suami yg masih lg tgh menyesuaikan diri dgn situasi baru kitaorg, kami cuba belajar macamana nak menawan hati si kakak. Macamana juga nak mengajar dia menjadi seorang yg lebih behave & indepedent! Macamana juga nak membuatkan dia supaya lebih mendengar kata. Kadang tu dia bukannya x faham apa yg kita ckp, tp dia buat2 x faham dan cuba melawan apa yg kita ckp! Dgn usia dia yg 2 thn 4 bln, dia dah petah bercakap. Dan dia juga dah byk memahami apa yg kami perkatakan. So, dari segi itu tidak byk masalah yg dihadapi utk berkomunikasi dgn dia.

Kelmarin tgk rancangan Nanny 911 kat ntv7, dlm rancangan tu dia ckp budak yg berumur 2 thn ++ faham apa situasi yg berlaku pd dia. Dia juga faham arahan kita dan dia juga boleh mengawal kita jika kita tidak pandai mengawal dia. Fuhhh, mmg berpeluh aku tgk rancangan tu. Dan tetiba terlintas, xder ke Nanny mcm tu kat Mesia ni? Huhu.....aku & suami terlalu perlukan tunjuk ajar. Dan apa yg makin membelenggu aku tika ini ialah macamana jika aku dah start kejer nnt. Boleh ke wan dia handle dia dan boleh ke bertahan dgn perangai dia sbb at da same time nak jaga adik lg kan? Adoiiii...makin bertambah pening aku dibuatnya.

Dengan persoalan itu, timbul mcm2 cara kat otak aku ni. Pertama, samada adik kena hantar ke baby sitter lain dan yg kedua, samada kakak kena hantar pegi taska utk dia lebih explore/belajar dgn dunia luar???? Argghhh...stressnya bila fikir. Mana nak survey taska, mana nak biasakan kakak dgn suasana baru, mana nak cari baby sitter time2 skarang ni? Dan mana mampu nak hilangkan rasa risau dan kurang kepercayaan terhadap org lain selain ahli keluarga sendiri! Argghh...tolonggggggggg!!!!

Bila discuss dgn suami dia ckp kita tgk dulu kadaan dalam tempoh 2-3 bulan ni macamana. Kalo wan (mama aku) memang x larat nak control si kakak baru kita try & error cara lain. Huhu...Kadang tu fikir mcm aku menyusahkan mak aku jer tapi tuhla buat masa sekarang aku terlalu perlukan bantuan mama sementara nak tunggu anak2 tu besar sikit. Dan aku juga perlu belajar utk berfikir secara positif, memberi kepercayaan kpd org lain jika keadaan tidak dapat dikawal jugak! Susahnyaaaa..... :-(



P/s : Huhu..inilah DILEMMA yg aku hadapi. Moga kwn2 yg sudi singgah kat blog buruk aku ni boleh membantu atau memberikan aku idea yg pelbagai. Plszzzzzzzz....Thank you!

25 June 2010

Di sebalik nama NUR ASYFA...


Nur Asyfa...simple jer nama dia kan? Sesimple nama kakak dia Nur Ayrissa, nama mama dia Azdalina & nama ayah dia Zairezal. Ikutkan kami lg nak simple nak letak sepatah jer. Hehe...tp kang nampak simple sgt pulok!

Kenapa aku buat entry ni? Sebabnya ramai gak org cakap "simplenya namaa...!" Orang tanya nama ayah panjang ke letak nama simple2? Hehe..aku ckp nama ayah dia lg pendek...Jawapan aku kepada mereka, saya mmg x suka nama panjang byk2 patah. Kalo boleh saya nak sepatah jer. Hehehe...lg satu saya xmo la nama anak glemer2 sgt. Saya hanya org biasa, xmolah glemer2. Biar ringkas, sedap (biarlah org ckp x sedap pon, at least sedap pd kami) dan penuh makna!

Nur Asyfa membawa maksud "cahaya penyembuh"!!! Biarlah kehadirannya menjadi penyembuh kpd segala dugaan yg dtg! Dan biarlah kehadirannya juga membawa cahaya yg melimpah ruah ke dlm keluarga kami.


To Nur Asyfa,

Mama & ayah harap Asyfa membesar dgn penuh cemerlang dan menjadi anak yg solehah kpd agama, keluarga, bangsa dan negara! Tiada apa yg lebih bahagia dan gembira apabila melihat Asyfa membesar dgn sihat dan cerdas!!! Semoga Asyfa sentiasa berada dlm keadaan sihat dan dilindungi Allah selalu. Mama, ayah & kakak sentiasa menyayangi Asyfa.....Muaaxx~

20 June 2010

Kesian Kakak.....


Ermmm...

Hari ni dah 14 hari Ayrissa b'gelar seorang kakak! Yup...setibanya adik di rumah lepas keluar dari hospital hari tu, dia begitu excited! Mama2 dia panggil...pastu dia nampak adik, dia tanya "baby Eicha?..baby Eicha?" (dia bahasakan diri dia Eicha). Dia nampak seronok sgt bila baby duduk dlm baby cot. Sikit2 dok intai adik dia. Tp bukan setakat intai okey, dia siap panjat2 lg baby cot tu. Fuhhh, risonya hanya Tuhan jer yg tahu...

Aksi merbahaya seperti panjat baby cot tu sedikit sebyk mengundang kemarahan aku & ayah dia. Memula ok lah finee...Bila dah larang tp x dgr jugak mulalah aku nak tinggi suara. Adoiiii....kan dah kena marah dgn mama! (Padahal mama memang cuba elak utk marah Eicha tau? Sorrryyy sgtttt......)

Seterusnya selain panjat baby cot and goyang2kan baby cot tu, pantang 'lepe' dia akan lepuk, cubit, cuit, picit adik dia. Mata kita nih mmg kena ekor jer stp pergerakan dia. Fuh, mmg jenuh...kang tak pasal2 adik dia kena penampar ke, kena lepuk ke. Baby halus lg kan...takut jugak!!! Satu 'peel' Ayrissa dia ade penyakit GERAM! Dia punya penyakit geram tu hanya org yg penah tgk je tahu camner. Dan oleh kerana penyakit geram dia tu jugaklah membuatkan aku, ayah dia, wan dia dan org2 kat umah ni risau dan selalu lah dia kena marah.

Aiiihhh...so far, mmg x terkawal dgn aksi dan perangai si kakak! Itu belum dia bantai ngamuk2 nak dukung, nak melayan dia main, nak pegi kedai/jln2. Mungkin jugak dia jd mcm tu sbb nak tagih perhatian kami kot. Yerlah kalo dulu, kami asyik melayan dia jer. Skarang ni, mlm2 mama kena berkepit dgn adik jer. Adik pulak kena dodoikan sambil b'gayut dulu br nak tdo. Dulu mama peluk and dodoikan kakak jer. Skarang ni selagi adik x tido kakak buatlah hal sendiri atau ayah dia yg take over. Kadang2 kesian sgt sbb dia jd independent jer. Kadang2 tu dia terlelap sendiri jer atas kerusi la, dpn laptop lah. Kadang2 dia xmo dgn ayah dia. So, dia buatlah hal sendiri.

To kakak,

Walaupun dah ade adik, mama & ayah sayang kat kakak sama jer mcm dulu. Cuma masa mama sekarang agak terhad utk melayan kakak sepenuhnya sbb adik kecik sgt lg. Kakak kena duduk diam2 dgn ayah, dgr ckp ayah sbb ayah kena byk uruskan kakak skarang ni. Nanti mama dah abis pantang, adik pun dah besar sikit mama bawak kakak pegi holiday yer? Kita pegi hotel (dia sgt suka duduk hotel), kita pegi zoo, kita pegi aquaria ke...? Kita tgk balik planning ke mana. Tp mmg hajat mama nak bawak kakak pegi holiday. Adik kecik lg, adik kena tinggal dgn wan dulu. Nanti adik dah besar sikit baru kita boleh pegi ramai2. Ok kakak...plz remember, x pernah pun sekelumit kasih syg mama hilang pd kakak. Mama harap bila kakak makin membesar nnt, makin matured kakak akan paham..!

Love,
Mama.....

16 June 2010

Lahirnya NUR ASYFA ZAIREZAL........


Alhamdulillah...setinggi2 syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kelahiran puteri ke-2 kami. Kehadirannya begitu dinantikan bg memeriahkan lagi kehidupan kami sekeluarga. Ayrissa juga secara rasminya sudah bergelar seorang kakak. Semoga Ayrissa menjadi kakak yg baik yer syg? :)

Nur Asyfa nama diberi, yang membawa maksud 'cahaya penyembuh'. Kami berharap kehadirannya akan membawa lebih byk cahaya dan penyembuh dlm rumahtangga kami. Cahaya yg sentiasa menerangi kami dikala gelap dan penyembuh yg akan mengubati dikala duka mendatang.


Masih terasa kesakitan dan kenikmatan ketika melahirkannya. Dengan seberat 3.55kg dia berjaya dilahirkan pada jam 9.58am tanggal 7 Jun 2010 bersamaan 24 Jamadilakhir 1431H. Proses kelahirannya cuma mengambil masa lebih kurang sejam sahaja. Aku sekali lg bertarung nyawa berbekalkan semangat dan pengalaman yg ade ketika melahirkan Ayrissa dulu. Walaupun situasinya tidak byk berubah, rasa berdebar dan takut itu tetap juga ade. Yerlah, mcm2 menda boleh jadi samada kita menghadapi saat2 sukar ataupun mudah. Segalanya hanya tawakal kpd Allah s.w.t.


Kini, bermulalah episod baru kami. Status aku kini ialah ibu kpd dua org cahayamata. Oh, masih lg tidak dpt digambarkan mcm mana keriuhan kami nanti! Harap2 segalanya dpt dikawal dan aku dpt melakukan tanggungjawab dgn sesabar yg mungkin. InsyaAllah..............


Now, we presenting our 2nd lil' princessssssssssssssss :


*


*

*



Name : Nur Asyfa Binti Zairezal


D.O.B : 7th June 2010


P.O.B : HTAA, Kuantan




- Welcome to da world syg....... ;) -



13 June 2010

Selamat sudah.......


06-06-10, 4.30pm :
- Walaupun tiada tanda2 utk b'salin, aku t'paksa ke hospital dan ditahan di wad atas arahan Dr. Jika esok aku x b'salin juga, aku t'paksa di induce utk m'percepatkan kelahiran. Pada ketika ini, aku hanya tawakal dan berserah kpd Allah. Semoga segalanya selamat dan dipermudahkan.

06-06-2010, 5.00pm :
- Sesampai di hospital, aku dipasang dgn mesin CTG utk pantau p'gerakan jantung baby dan pd masa yg sama Dr. check jln dah bukak 3-4cm. Aku bgtau aku x rasa sakit dan x rasa any contraction pon.

06-06-2010, 6.30pm :
- Aku masih lagi dlm screening room. P'gerakan baby aktif dan jalan pun dah bukak 4-5cm. Tp aku still x rasa apa dan xder any contraction jugak. So, Dr. bgtau aku kena admit dan Dr. akan check lg pd pukul 10.30pm utk tgk perkembangan. Mungkin aku akan b'salin mlm ni jugak sbb jln dah bukak 4-5cm.

06-60-2010, 10.30pm :
- Aku masih lg maintain senyum walau jln dah bukak 4-5cm. Serius, memang x rasa sakit langsung dan xder contraction yg dirasai. Pada jam ini jln still sama x berubah 4-5cm. Refer pakar dan pakar bgtau kita tunggu sampai esok pagi. So, mlm ni aku bleh tido dan rest dulu melainkan kalo tetiba aku sakit or keluar tanda. Aku pun suruh hasben balik dulu, apa2 nnt aku call.

07-06-2010, 9.00am :
- Aku telah dimasukkan ke labour room. Dr. lakukan CTG dan check jln dah bukak 5cm but no sakit and no contraction. Pakar datang dah terus pecahkan air ketuban. Aku mcm blur2 tetiba nurse suruh salin baju (dr baju wad pink ke baju putih). Dan aku masih cam baju tu kena pakai bila kita dah nak b'salin. Utk kepastian, aku tanya nurse tu, Dr. dah pecahkan air ketuban ke? Saya dah nak b'salin ke? Nurse tu ckp, YA! Huhu....aku cam x ready jer. Dah la hasben belum sampai2 lg. Pagi td aku hanya b'fast segelas air kopi dgn 1 keping stgh roti jer sementara nak tggu hasben dtg bwk makanan. Pakar td bgtau aku dah boleh panggil hasben utk teman. Nak x nak pagi ni aku kena b'salin juga. Sekali lg pengalaman ketika melahirkan Ayrissa dulu muncul. Kalo dulu aku t'paksa mengambil masa lebih kurang 10jam dlm labour room, kali ni x tahu lah brp lama. Tp. waktu melahirkan Ayrissa dulu aku x menanggung sakit yg lama. Rasa sakit tu sekitar 2-3 jam je. Sakit start sblm maghrib, selps isyak dia dah keluar.

07-06-2010, 9.05am :
- Aku call hasben dan dia masih b'siap2 kat umah. Aku bajet dlm pukul 11.00 @ 12.00 aku b'salinlah sbb jln baru bukak 5cm.

07-06-2010, 9.15am :
- Nurse drip 2 botol ubat kat tgn aku. Time Ayrissa dulu 3 botol tau nak tunggu dia keluar kali ni x tahu lah brapa. Huhu...aku melalui dgn sabar & debar.

07-06-2010, 9.25am :
- Aku mula rasa lain mcm. Contraction dah mula dirasai. Kekerapan dia dah 10min-10min. Aku mula cuak dan cuba b'tenang. Manalah hasbenku ni x sampai2. Huhu....

07-06-2010, 9.35am :
- Rasa sakit semakin x dpt ditahan. Aku rasa dah hilang arah dah. Ngiring ke telentang ke semua serba x kena. Nak2 lagi stress bila dgr bunyi mesin CTG tu. Dari situ kita bleh tahu kekerapan contraction yg dtg. Dan kekerapannya dah mula 5min-5min. Aku ckp kat nurse aku dah sakit kuat. Dia check jalan dah 7-8cm. Perhhhhhhh...cuma 2cm jer lg baby dah bleh keluar. Cepatnyaaaaaaaaa........Satu minit ke satu minit kekerapan kesakitan makin x ditanggung lg. Sampai aku t'paksa jerit kat nurse ckp aku dah x tahan. Belum sempat nurse tgk, aku dah push dan rasa baby nak keluar sgt2. Staff dlm labour room semua dah ready dan bleh plak tetiba aku tgh sakit yg amat tu wayar ubat kat tgn aku t'sangkut. Aku dah panik suruh nurse cpt2 tarik wayar tu sbb aku nak tahan kaki. Huhu....

07-06-2010, 9.58am :
- Alhamdulillah, dgn 3x push dan masa x sampai pun sejam aku dah selamat melahirkan seorang baby girl!!! Fuhhhhhhhhhhh.....rasa lega tu hanya Tuhan saja yg tahu. Sekian..........

18 May 2010

Antara Kegembiraan & Kebimbangan.....


Yeehaaaaaaaaa.......Waiting for my 2nd powerpuff gurl!!!!

12 days to go beb!!! Sgt2 teruja okeyyyy...camno la rupa anak den yg ke-2 nih kan? Ikut muka ayahnya lagi kah atau ikut muka mama dia plaks kali ni??? Errmmmm...sama2 kita nantikan kemunculannya yerrrr? ;-)

Di saat kemunculan dia ni macam2 perasaan timbul. Gembira sbb selagi lg diberi peluang oleh Allah utk merasai kenikmatan dan kesakitan bersalin dan gembira juga sbb Allah x jemu memberi rezki atau dgn kata yg lebih indah anugerah yg tidak ternilai dgn wang ringgit ini! Gembira lagi apabila kehidupan kita bersama suami ditemani dgn keceriaan dan keletah anak2. Rasa lengkap jer hidup kan??? :)

Disebalik sejuta kegembiraan, tersembunyi juga sejuta kebimbangan. Bimbang jika tanggungjawab yg bakal dipikul slps ini kadang-kala terabai dan x dpt dilaksanakan dgn sebaik mungkin. Bimbang juga kalo rasa kasih dan syg terhadap anak2 tidak dpt dibahagikan seadil mungkin dan bimbang lg sekiranya kita x berjaya mendidik mereka menjadi insan yg terbaik dlm hidup! Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesabaran dlm mendidik dan menjaga anak2 & rumahtangga.........

Hari demi hari, aku menanti saat kesakitan atau tanda2 utk bersalin. Oleh kerana anak 1st dulu aku terpaksa 'serah diri' atau kena paksa sbb masalah air ketuban kurang, aku tidak dpt merasai tanda2 semulajadi utk bersalin. So, utk yg ke-2 ni agak suspen dan terasa cam mengandungkan anak sulung pulak. Hahaha.......cam kelako pun ader. Tp seriussss...itulah yg aku rasa. Agak gentarrrrrr!!!

Di usia kandungan 37weeks ++ minggu lepas, baby dah 2.9kg. Kira oklah kan, x beso sgt, x kecik sgt....Harap2 aku dpt push dgn sebaik mungkin dan mudah jer baby keluar nnt. Hehehe...masih terbayang2 suasana dlm labour room 2 thn lps. Harap2 suasananya dan suspendernya x byk berubah.

Oklah....nantikan berita gumbira dr aku ok? Dan jgn lupa doakan keselamatan aku dan baby tau? Muuuuuaaaahhhh....syg korangggggggggg!!! Byeeee..........

05 May 2010

Yang Pertama & Kedua...


Hallllooooooooooooooooo...

Hye guyz, lama gilos aku x update blog kan??? Semuanya atas2 sebab yg x dpt dielakkan. Huhu...sgt sedih okeyyyyy!!!

Now, i'm 36weeks++ pregnant!!! Anytime jer bleh deliver nih. Tak sabar pon ader, berdebar2 pon ader!!! Seriussss...pregnant kali ni amat2 memenatkan!!!

Kalau dulu, 2 tahun yg lepas.......trimester per-1 tu sedia maklumlah mcm apa mabuk2 nya. Masuk trimester ke-2 dah rasa ok and x hadapi byk masalah sgt. FYI guys, i & hasben menjalikan hubungan jarak jauh. Time tu i kat Putrajaya, Cik Abg Chomel kat Kuantan. Memanglah sedikit sebyk i rasa ketidakselesaan sbb terpaksa melalui saat2 kehamilan tanpa suami tercinta di sisi. Weekend hasben & wife that time.....Huhu!

Walaupon tidak bersama suami disaat kehamilan per-1, kehadiran baby dlm perut ini amat2 memberi semangat kpd mama dia. Dgn kehadiran dia mama x rasa pun yg masa kesorangan menjalani kehidupan seharian di bumi Putrajaya. Dan i pasti tidak semua org boleh jd setabah dan sekuat yg diingini.....

Masuk trimester ke-3, keadaan badan makin sarat. Weight pon xyah ckplah. Mmg naik mendadak!!! Nak kata mkn byk xder byk sgt, tp tipulah kalo aku ckp aku x berselerakan???Hehehe.....Dan seperkara lg kalo korang nak tahu, dulu umah sewa aku berada di tingkat 5 tanpa lifttttt! Can u imagineeeeeee??? Setiap hari aku mendaki anak tangga w'pon rasanya cam nak terbang jer naik ke atas. Tp. seriusss, semua itu tidak mendatangkan masalah pon kpd aku. Kaki ke badan ke xderla rasa sakit2 sgt. Pinggang ke belakang ke semuanya berada dlm kadaan cergas! Iyer, saya sgt2 cergas sewaktu pregnantkan yg per-1 dulu....

Masih teringat kenangan ketika berpuasa waktu pregnant yg per-1 dulu. Aku masih boleh pergi menunaikan solat terawih berjemaah di surau berdekatan. Time tu susah nak ckp mcm mana perasaan aku. Seronok, excited, bersemangat semua ader. Tiada pon keluhan atau rintihan yg dikeluarkan dr mulut ini. Ntah kenapa, kehadiran anugerah Allah ini amat2 memberi aku kekuatan w'pon terpaksa menjalaninya sendirian. Terima kasih byk2 kpd housemate, ofismate dan kwn2 yg begitu byk membantu dan memberikan sokongan!!! Korang mmg superb!!!!! Tak tau camner nak balas segala jasa dan budi baik korang. Huhu...terharu sgtttt!!!

Akhirnya, due semakin hampir. W'pon tidak berasa sgt kesakitan dan kelenguhan sepanjang mengandung, kesukaran mengusung perut yg semakin membeso itu mestilah juga terasa kan. Tipulah kalo rasa ringan jer dah masuk trimester ke-3. Hehe...Aku mengambil keputusan utk bersalin di kampung halaman dan terpaksa amik cuti 2 minggu awal utk mengelakkan aku terberanak di Putrajaya. Alhamdulillah, w'pon overdue 4 hari dan ader sedikit masalah semasa hendak bersalin, Nur Ayrissa akhirnya selamat juga keluar melalui pintu yg betul! Hehehe....


Dannnnnnnnnnnnnnnnn......

Pada Oktober 2009, aku disahkan mengandung lg buat kali yg ke-2!!!! OMG...mmg x expect utk mengandung dlm waktu terdekat ini. Apapon, kita harus memanjatkan syukur kpd Allah atas rezeki dan anugerah yg tidak ternilai ini.

Trimester per-1 amat2 menyakitkan. W'pon muntah2 itu kurang berbanding pregnant yg per-1, rasa bisa seluruh badan amat2 mencengkam!!! Ya Allah, rasa x terdaya utk melalui dugaan ini. Rasa give-up, serabut, pressure semua ader. And at da same time kita kena menguruskan anak, suami & rumahtangga. Nasib baik suami memahami dan byk membantu. Tetapi bg Nur Ayrissa, dia masih lg tidak faham dan masih lg memerlukan perhatian yg sepenuhnya drp aku lebih2 lg dia lebih rapat dgn aku berbanding ayah dia. Mmg sgt2 menguji kesabaran.................

Berakhirnya trimester per-1 bermakna berakhirnya mabuk2 time. Ya Allah, hanya tuhan jer tahu rasa kelegaan di hati. Badan dah beransur pulih dan segar. Cuma kepenatan yg tidak terbendung amat2 dirasai. Yerlah kan, as a carrier women, wife and mother sendiri fahamlah. Dan pd ketika ini beruntungnya kalo kami mempunyai bibik. Hahaha...tp apakan daya, kami masih lg belum mampu utk itu!!!

Dikala perut semakin membesar, urusan di pejabat juga tidak menang tgn dibuatnya. Kesibukan di pejabat sedikit sebyk mendatangkan stress kpd aku. Kdg2 rasa nak berhenti kerja pon ader. Huhu.....Balik umah rasa nak baring jer. Nak rehat jer puas2. Sian sgt kat hasben and Ayrissa. Aku tidak mampu utk melayan mereka sebaik mungkin. Berakhirnya trimester ke-2 amatlah dinanti-nantikan.

Masuk trimester ke-3, badan semakin berat dan sarat!!! Kaki ini seakan tidak berdaya lg utk melangkah. Pinggang ini seakan tidak mampu utk diangkat. Ya Allah, kuatkanlah semangatku menghadapi saat-saat ini.

Now, 36 weeks sudahhhh...anytime from now baby bleh keluar! Sesungguhnya aku rasa tidak mampu lg mengusung perut ini. Rasa cam nak bersalin esok jer. Berbanding dgn yg per-1, kecergasan utk kali yg ke-2 ini langsung x ader. Huhu....Betullll!!! Mungkin sbb ketidaksediaan aku utk menerima anak yg ke-2 sedikit sebyk menjejaskan emosi dan fizikal!!!

Dan, detik kesakitan dan kenikmatan utk melahirkan lagi sekali semakin hampir. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah dan mengharapkan baby juga berada dlm kadaan sehat dr segi fizikal dan mental!!! Aku rasa sedikit risau sbb pregnant kali ni aku amat2 culas mkn vitamin dan supplemen yg dibekalkan oleh doktor!!! Mintaklah semuanya berada dlm kadaan yg baik2 ajer yer...? Doakan aku tau kwn2. Rasa debar dan suspen itu lebih dirasai berbanding yg per-1 dulu. Mungkin sbb kita dah tahu mcm mana situasi yg bakal berlaku nnt!!! Huhu...

InsyaAllah, my new arrival baby will coming on this 30th May 2010. Kalo terawal ke terlambat ke akan ku khabarkan seantaro duniaaaa!!! Hahaha..........

Sekian, wasssalammmmm.....