Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

31 December 2008

~ SUKA DUKA 2008 ~

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan utk meneruskan sisa2 kehidupan pada tahun baru ini. Tahun 1430 H baru saja menjelma dan disusuli pula tahun 2009 pada hari esok. 2008 terpaksa aku tinggalkan dgn 1001 suka duka kehidupan. Perjalanan kehidupan yg x pernah sunyi dari apa jua masalah. Kembara rindu yg tak pernah sampai ke penghujungnya. Dan cubaan dan dugaan yg kadang2 menggoncang keimanan insan kerdil spt ku.. Hari ini; 31.12.2008 merupakan hari terakhir kita di tahun 2008. Org kata tahun 2008 ni 'ong' sbb ader No. 8...Hehehe..itu fahaman org2 cina la. Tp. bagi aku, 'ong' pada tahun 2008 ni adalah hadiah yg paling berharga yg x pernah aku terima sepanjang hidup ku adalah lahirnya Nur Ayrissa Zairezal pada 06.02.2008. Kehadiran dia dlm hidup kami melengkapkan segala-galanya. Aku bersyukur kerana diberi peluang utk bergelar seorg ibu. Terima kasih Tuhanku atas anugerah terindah ini. Aku bersumpah akan menjaga amanah yg Kau berikan kpdku ini sebaik mungkin....

2008 jua kulalui dgn segala macam perit jerit kehidupan. Ya Allah, andai segala dugaan-Mu ini menandakan tanda kasih sayang-Mu terhadapku, teruskanlah Ya Allah...kerana dgn kasih syg-Mu inilah aku mampu bertahan menjadi setabah2 manusia. Dgn kasih syg-Mu ini jugalah membuatkan aku lebih bersemangat utk menghadapi hari2 yang mendatang. Biar beronak dan berliku kehidupanku sbg seorg anak, kakak, isteri dan ibu, aku sanggup Ya Allah...kerana aku pasti segala dugaan dan cabaran yg Kau berikan kdpku pasti ader sesuatu yg indah yg sedang menanti...Tiada pengharapan yg besar bgku cuma cukupla sekadar Kau memberkati perjalanan hidupku dan sentiada memayungi aku dgn taufik dan hidayah-Mu...Biar selebat manapon air mata kedukaan yg mengalir, aku pasrah dan redha atas segala yg Kau tentukan atas hidupku...Cuma aku pohon dari-Mu, kuatkanlah semangatku dan tetapkanlah imanku untuk menempuh segala onak dan duri ini. Andai di tahun baru ini ujian yg Kau berikan lg mencabar ketabahaku, aku redha Ya Allah...kerana hanya pada-Mu aku berserah...

Sebagai manusia biasa, aku juga ingin mengecap bahagia seperti insan lain. Dan aku percaya, korang diluar sana pon sama kan?Hehehehhe.....Terima kasih atas segalanya dan terima kasih jua kerana menggembirakan hidup aku. Semoga tahun 2009 yg akan menjelang esok akan membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Semoga segala apa yg kita impikan akan tercapai dan semoga kita semua menjadi insan yg lebih baik dari sebelum ini. Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H dan 2009 dariku untuk mu!!! :))

Sekian, terima kasih.
P/s : Wahhhh...mentang2 tahun baru, layout & header Cik Puan Adda nih pon dah tuko baru yek? Hehehehehe.....Mestila, dlm mood tahun baru, semuanya mesti nak baru...Kui3...!!! Tema header colourful sbb nak tahun 2009 dipenuhi dgn warna warni kehidupan. Cewahhh...tema background black plak sbb x kira perjalanan kita gelap ke cerah ke, kita kena terus gagah melangkah...kan?X gitu? Huahauhauha....

30 December 2008

MAAF !!!

Hanya kemaafan yg layak ku pohon darimu. Mungkin tutur kata aku td telah menyentuh perasaan mu tp percayalah, jauh disudut hati ku bukan untuk menyakiti. Kesabaran aku semakin menipis tika itu. Dan akhirnya, aku mengeluarkan sedikit segala apa yg aku pendam selama ini. Bukan maksud utk menderhaka kpd mu..kerna ku sedar, tanpa mu siapalah aku....Salahkah aku jika aku ingin menegakkan benar dipihak ku? Salahku aku jika aku ingin memberi sedikit kesedaran terhadapmu? Salahkah aku jika segala ini berpunca dr mu? Setiap jasa dan pengorbanan mu tidak pernah aku lupakan. Dan jauh sekali untuk aku persiakan. Tp. segala rintihan perasaan ku, kau tak pernah peduli. Segala pengorbanan aku tidak pernah kau hargai. Aku tidak pernah mengharapkan segalanya tetapi sekurang2 kau berterima kasih lah dan lebih menghargai hati dan perasaan ku. Ya Allah, ampunlah dosa2ku....tenangkanlah hati dan jiwa ragaku ini. Amin Ya Rabbal A'allamin...

Corat-coret Di Penghujung Tahun...

Erm....Salam Awal Muharram semua kengkawanku. Diharapkan korang sentiasa berada dlm keadaan sihat wallafiat. Okeh, FYI, aku bercuti agak lama...Tp x lah sampai sakan sampai stret ke minggu ni yer x? Hahahha...Oleh kerana bercuti dan kebizian, blog pon dah naik sawang...So, hari ni bos xder, aku jer ader + malas nak buat kojer, aku pon melenjan la pc nih utk update segala cerita2 di penghujung Disember ini. So, check it out babeh :

- 20.12.2008 -
Aku, mama, Nur Ayrissa & adik2 bujang aku bertolak ke Kuala Lumpur utk bercuti(drive sndirik jer, Cik Abg Chomel g T'ganu). Sebenaunya nak bawak adik2 bujang ku tu jln2 sempena musim cuti sekolah, pastu kebetolan lak keesokkan harinya nak poi kenduri kawen kat Bentong, so dah alang2 sejalan kan, terus jer bercuti ke sana. Erm..aku bwk depa semua g Desa Water Park jer. Fuh, ramai org xyah nak ckp la...huhu. Dah nama cuti sekolah kan....segala jenis bangsa ader dlm kolam tu...Muhibbah sungguh. Ayrissa suka sgt main air...Mama dia pon sama opsss...Heheheh..dok main gelongsur air tuh. Syok wooooo wa ckp sama lu....Yehaaaa angrre2... !!! Selepas bergumbira di water park, kami bergegas pula ke Sentul utk ketemu sama baby Ammar. Yerlah, dah lama aku dop jupe ngan Cik Puan Nur Fardiana ni. Nak2 lak dia baru naik opis dr cuti bersalin hari tu, so lg la seronok aku nak jupe anak dia tu. Erm...cute gilerrr Ammar ni. Hensem cam ayah dia..Opsss....cam ibu dia pong ader gok. Comeyyy...Hehehhe...To Diey kwnku, terubat rindu aku w'pon kejap jupe mu.... Bila la pulok kita dpt jupe lg. Semoga mu hepi sokmo bersama Ammar & ayah Ammar..Huahuahuahua....Erm, pastu terplanning pulok dgn Kok Nina..jupe la terus. Mak Buyung tu dijangka bersalin pd Mac 2009 kalo x silap aku, semoga selamat la yer Kok Nina. Hehehe..berseri jer muka org peknen ni...Ahaksss...

- 21.12.2008 -
Kami bertolak dr Putrajaya ke Bentong lebih kuang jam 11.30am. Erm....Putrajaya - Bentong x jauh, dlm 1jam setengah jer dah leh sampai. Tujuan kami ke sana adalah untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Sis Ida kitaa...Alaa, entry pasal pertunangan dia hari tu ader kat sini. Erm, meriah sungguh majlisnya. Aku sampai pengantin tgh mkn beradab. Ayu sungguh kakak ku itu. Hehehehe....Oklah, Selamat Pengantin Baru lg sekali, semoga kekal bahagia selamanya. Amin..(huhu..cedih, sbb x sempat jmpa dgn geng2 dr JPM :( )
- 25.12.2008-
We wish u a merry christmas lalalalalalala.....Erm, sempena coti Hari Natal, kami sekeluarga pergi melibur ke Berjaya Megamall. Pusing2 ternampak lak Anakku punyer fair. So, apa lai, laju jer kaki aku nih menerjah masuk ke situ. Heheheh, rembat apa sajer yg berkenan di hati beta. Rembat punya rembat cecahla harga RM60++ kesemuanya. Dan dgn resit pembelian itu jugak melayakkan Ayriss utk menghadiri sesi fotografi secara percuma. Wah, ini sudah bagus....Apa lai, aku pon terus tuko kan baju baru yg dibeli tadik. Nak pakai baju yg pihak studio sediakan xmo la aku. Mahal kena + brp hengget lak entah..Pakai baju biasa jer Ayriss oiiii...janji leh amik gmbo yer dak? Huhu, punya la ramai org..kena Q, bila turn Ayriss alamak, dia buat muka pelik & berkerut dia tu laa. Adoiiii....smileeee la Ayriss woiiii...ssh betol nak suh dia sengih. Semua gmbo masam. Sabo jerlah aku..Nnt gambo dah siap aku publish ar kat sini. Lambat lg katanya. Huhu.....
Sekian, tamat sudah cerita.....

23 December 2008

< Tentang AKU & KAMU >

Tag Dari Cik Yatt & Cik Ady : Tag nie kena cerita perihal org yg mengetag & diri yang di tag...

1) 10 Perihal Tentang Cik Yatt :
- Seorg yg nampak lemah gemalai dr luaran tp seorg yg keras hati/garang sebenarnya...
- Cun siotttt minah nih..tp sori, not available !!!
- Wife kpd Kimi & Mummy kpd Haris...
- Seorg yg baik hati dan suka tolong org selagi termampu...
- Frenly dan agak 'kakak2'...
- Kalau jual muka dia kat TV ke majalah ke confirm laku aku rasa...ekekekek
- Teman sejiwaan dan segilaan aku...
- Org 'karen'..muehehehhe
- Org Peghokkkk....ate kamu nih...Hahahah
- Setia bersama 'sang kancil'...hihihihi

2) 10 Perihal Tentang Cik Ady :
- Seorg yg sgt chomel dan hensem... kembang la tu cik ady..
- Sgt2 baik hati...
- Jua teman sejiwaan dan segilaan aku..
- "husband tipu2" aku masa kat Putrajaya dolu..hehehhe..lawaks
- Terrer masak korang tau..
- Kemana jua bersama dgn 'viva' forever dia tu...
- Pak andam...dia make-up cantek woooo...
- Seorg yg menghormati org tua dan org muda..hehehhe
- Dia jua seorg yg penuh misteriiii....
- Sahabat susah & senangku..TQVM Cik Ady atas segalanyaa...muaaahxxx

3) 10 Perihal Tentang Aku pulak :
- Anak sulung dan tunggal pompuan dlm family
- Wife to Mr. Zairezal & Mama to Nur Ayrissa Zairezal
- Seorg yg sgt 'sweet'... :- P
- Tinggi & beso cam gajoh....huahuahuahua
- Seorg yg sgt takut pada RISIKO..
- Seorg yg susah nak buat keputusan..
- Seorg yg sgt2 tabah menghadapi segala dugaan Allah...
- S.E.M.P.O.I
- Slumber & Brutal
- Seorg yg terlalu menghargai seseorg dlm hidup dia...

Thats all from me for u...Aku xnak tag sesapa dahhh..Huhu..Bubaiii..

19 December 2008

Kaulah Destinasiku....

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku , ku layu disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku...
# Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
Tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah, destinasiku
Dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang ku temui
Dan aku , ku tunggu .. oh oh oh disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

P/s : Ermmm, pagi td tgh driving layan lagu nih kat hot.FM lebih hangat dari biasa..Hari tu, aku dok dengar adik2 bujang aku jer nyanyiiii...Hari tu dgr cam x sedap, mungkin sbb adik2 aku tu 'mengsumbangkan' lagu tu kot. Hehehe...pagi tadi layan best la plakkkk...Aku suka lirik dia...Sgt motivasi kan kengkawan? Pastu, b4 this aku dah penah dengar gak lagu dr band Bunkface ni (dr adik2 bujang aku ler)...Dan, hari ni aku akui yg aku semakin tertarik dgn indie band cam depa ni....Yes, i likeeeeeeeeeeeeee :- P Dan esok, destinasiku adalah ke KUALA LUMPUR !!! YahooOOOooo...

18 December 2008

SEGALANYA TINGGAL KENANGAN # 18-12 #


Ermmm...ader apa yer dgn tarikh keramat 18-12 tu? Bagiku dan Cik Abg Chomel tarikh itu begitu bermakna bagi kami. Tarikh yg telah mengisytiharkan ikatan cinta antara kami. FYI, kami dgn rasminya ber'couple' pada 18-12-2001. Time tu, aku sedang mengikuti pengajian di POliteknik. Bagaimana terjadinya pen-couple-an itu aku pon x tahu laa...Mungkin ader sesuatu pada Cik Abg Chomel yg aku x jumpa pd lelaki lain kot. Ahaksss..Dan mungkin jua disebabkan sesuatu yg menyesakkan jiwaku...

Tp. tarikh itu tidak bermakna lagi buat Cik Abg Chomel. Baginya, ikatan yg terjalin pada tarikh itu penuh dgn noda2 hitam dan begitu perit untuk dikenang. Yup, aku hampir meruntuhkan segala impian yg dibina. Aku jua telah memungkiri semua janji yg telah dilafazkan. Apa sudah jadi? Segalanya berjalan begitu pantas dan tanpa sedar aku telah menduakannya...Aku semakin terhimpit dan tersepit ketika itu. Arrghhhh...kusut dan serabut. Rimas dan lemas...Huhu...Namun ku kuatkan semangat diri untuk berhadapan dgn semua ini. Dan aku hampir2 terperangkap dgn jerat ciptaanku sendiri.

Alhamdulillah...jodoh masih berpihak kpd kami. Setelah mengambil masa yg agak lama untuk membuat keputusan, akhirnya aku kembali ke pangkuan Cik Abg Chomelku..Huk huk huk...Entahlah, sukar nak dinyatakan dgn kata2. Mcm2 perkara yg bersarang dihati dan benakku ketika itu. Dan, pada ketika itu jua aku sedar yg aku sebenarnya seorang yg TAKUT berhadapan dgn RISIKO !!! Serius beb....Entahlah, mungkin jodoh antara kami begitu kuat. Terlalu byk dugaan di luar sana yg hampir memusnahkan segalanya. Huhu....

"Kepada mu suami ku, maafkan aku atas segala kesilapan lalu. Banyak yg perlu kita amik iktibar dari apa yg telah terjadi. Semoga Allah sentiasa merestui hubungan kita ini. Anggaplah apa yg berlaku disebabkan oleh kekurangan daripada diri kita sendiri. Dan kepada mu jua ku mengharapkan ikatan suci yg terjalin ini akan kekal bahagia selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah.....i love u !!! " ;-P

SEEK SOLUTION, NOT EXCUSES !!!

Dengan lafaz Bismillah, salam ku hulur sebagai tanda ucapan sejahtera untuk pengunjung blog aku yg x seberapa ini. Mmm, lg beberapa hari lg kita kena ucapkan 'bye2' kepada tahun 2008 kan? Walau tahun beralih tahun, urusan kerja dan tanggungjawab kita tetap sama dan adakalanya semakin berat untuk dipikul. Dan diri kita juga terus seperti ini. Dengan keadaan ekonomi sekarang yg memerlukan kita hemah berbelanja sedikit sebanyak memberi tekanan kpd kita. Urusan kerja di rumah atau dipejabat tidak pernah surut. Kalo dpt rehat atau bercuti pon, masih ader lg kerja2 yg kita tangguhkan dahulu. Kerja banyak, tp gaji yg kita dpt byk tu je kan? Tp, kita xleh mengeluh...anggap jer semua urusan kerja sebagai satu ibadah. Dan sebagai hamba-NYA kita patut bersyukur atas rezeki yg diberikan-NYA.
Tp sebagai manusia biasa yg x pernah puas atas apa yg ader, kita seringkali berangan nak memiliki segala apa yg ader dlm dunia ni. Tipulah kalo kita nampak org pakai kete beso x terlintas sedikit pon rasa cemburu di hati kita...setuju? Dan tipulah kalo kita tgk org tu duduk umah beso x terlintas pon di hati kita "bestnya kalo aku duduk kat umah sebeso itu"...setuju? Dan tipulah kalo kita tgk org shopping brg2 berjenama x terlintas pon kat fikiran kita "syiokkk gilerrr kalo aku jd org tu"....setuju? Dan tipulah kalo org pergi melancong oversea x terlintas pon kat hati kita "bila lah aku nak poiiii"...setuju? Dan tipulah kalo kita x dapat penuhi kehendak org2 tersyg kita x terlintas pon kat hati kita rasa sedih dah terkilan...setuju? Dan akhir sekali tipulah kalo kita tgk org muda2 lg dah dpt g Mekah menunaikan haji x terlintas pon kat hati kita "bertuahnya dia, dapat ke aku pergi?".... setuju?
Huh, kita hanya mampu mengeluh. Dan kita juga suka sgt mengata org itu ini begitu begini..."Yerlah..budak tu xperlah, anak Dato' anak Tan Sri, kerabat raja bla bla bla blaaaa....." kan? Tetapi sedar x kita yg jauh disudut hati, kita sebenarnya terlalu cemburu dgn kesenangan yg mereka miliki? Sampai bila kita perlu bermimpi dan terus hanyut dlm angan2 kosong ciptaan sendiri? Dan sampai bila kita harus biarkan segala mimpi itu umpama mimpi dlm mimpi? Huhu...apa aku mengarut nihh?Hahahahha....Tp itulah jerlah korang. Aku cuma meluahkan apa yg aku rasa. Tiada jln mudah utk kita menggapai bintang. Dan tiada jln mudah utk kita membuatkan mimpi menjd realiti !!! Sebesar manapun peluang yg diberi, kalo kita masih terus mencari alasan, beradalah kita ditakuk lama....Beradalah kita dlm kadaan kita sekarang untuk selama-lamanya...Percayalah, TIADA JALAN PINTAS UNTUK KITA BERJAYA!!! DAN TIADA MAJU TANPA SEBARANG USAHA !!! Wassalam...