Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

22 October 2010

Pertama & Terakhir...

Alhamdulillah...PTK aku berjalan dgn lancar walaupon kesihatan diri tidak berapa mengizinkan ketika itu. Yang bestnya inilah PTK yang pertama & terakhir utk kami selepas Najib umumkan pemansuhan PTK dlm bajet 2011 baru2 ni. Lepas ni xtahulah digantikan dgn format apa pulak. Harap2 ia tidaklah membebankan sgt kami2 yg dah otak berkarat nak baca buku ni. Hahahaha...!!!

Harapan aku, walaupun PTK dah x digunapakai lg, biarlah keputusan yg pertama & terakhir ini menggembirakan. W'pun x leh dpt cemerlang asalkan LULUS itu sudah memadai. Kalo failed pon sama gak bkn boleh repeat blk. Huhu....Harap2 aku dpt aras III w'pon x berjaya dpt aras IV. Hehehe.....InsyaAllah!

Oklah, cam biasa hari Jumaat ialah hari bermalas-malasan. Mood berweekend telah mengatasi segala-galanya. Tp wiken ni i bz la nyah....Sebuk nak punggah2 barang ke rumah baru. InsyaAllah, pertengahan bulan 11 nnt kami dah menetap di sana. Haiiihhh...cam sedih pon ader nak pindah yerlah sbb skang best duduk dekat sgt dgn family. Lps ni w'pon masih di daerah yg sama tp tetap jauh utk Ayrissa berulang alik. Sekarang ni kalo dia kena marah dgn aku, dia leh lari jer ke umah Wan dia. Hehehe..lps pada ni lari ke dlm hutan la dia sbb umah i berhadapan dgn hutan! Muahahahaha.....Rasakan wahai Ayrissa! (mama jahattttttt....) :P

Selamat berhujung minggu semua~ tatatititutu...... ;-)


- Hehehe....kakak yg malu2 cat -

14 October 2010

Exam yang bakal menjelma.....

- Gonna miss both princess ni nanti... -


19 - 20 Oktober 2010 ni berlangsungnya exam di Seri Kembangan, S'ngor! Haiiihhh..hari ni dah 14hb lebih kurang 5 hari jer lg. Buku langsung aku x usik lg ni. Juz TENGOK jer kulit dpn dia tu. Huhu...berat sungguh tangan ni nak capai, apatah lg nak bukak dan baca apa isi kandungannya. Haiiihhhh....cepatlah dtg mood rajin. Pergilah jauh2 mood malas. Huhu............

Esok aku cadangnya nak amik cuti dan dah approve pon cuti. Hahaha!!! Kononnya hajat di hati nak study apa yg patut. Xmo lah pegi kosong jerkan. Kalo x lulus pon, biarlah dgn bermaruah. Hahaha!!! Dan bukan jugak nak tunjuk semangat sgt nak berexam tp sekadar utk mengisi sedikit pengetahuan dlm kepala otak ni. Tp kat mana aku nak study? Kat umah? Jgn harap...dok berperang dgn anak dara 2 org tu aderlah. Kat opis? errmm, bolehlah aku bertapa dlm surau smbil mengadap buku kejap. Ataupon aku ke public library yg letaknya tidak jauh dr opis. Owhh...sgt nostalgia tempat itu di zaman PMR & SPM dulu. Hahahahaaaa!!!

Dan sepanjang dlm mood exam ni mungkin x sempat aku nak update blog. Tunggu balik dr exam nnt br update apa yg patut yer? Semoga perjalanan aku ke sana juga selamat dan lancar. Dan semoga juga aku dpt menjawab soalan dgn tenang dan aman!!! Huhu...kecut jugak perut ni dibuatnya. Last amik exam tahun 2008 dlu rasanya. Adoyaiiiiil...ketaqqqq!!! =))

Oklah, doakan kejayaan aku yer kwn2. Dan kepada geng yg akan amik exam jugak mggu dpn, GOOD LUCK yer? Semoga kita berjayaaaaa. Yeahhhhh!!!!

13 October 2010

2 Days to Go...... ;-)



Alhamdulillah...aku masih bertahan! Hahaha...FYI, dah nak masuk 3 hari aku x makan nasik tauuu??? Seperti korang semua sedia maklum, aku sekarang tgh berusaha keras utk menurunkan berat badan. Huhu...So, aku berazam tidak akan m'jamah nasik utk temph 5 hari bekerja ni. Slow2 la kan, xmolah drastik sgt. So far, aku mampu menahan gelora perut ni. Hari2 makan mihun, x mihun kuey teow ke apa ke asalkan bukan nasik! Muak jugak dah rasaaaa.....Huhu! =))

2 hari lg tinggal. Tp blm pon sampai tamat tempoh aku dah plan mcm2. Hahaha!!! Ntah apa2 kan? camno nak menjadi. Plan hari Sabtu ni nak suruh MIL masak kari ikan maveles. My MIL punyer kari ikan mmg terangkat. Hahaha...bukan bodek tau tp kenyataan! :P So, hajat pagi Sabtu nak suruhla Cik Abg pegi jeti cari ikan fresh2. Hehehe...tgkla nnt aku bedal nasik brp pinggan. Muahahahaha...abis diet selama 5 hari ekkkk??? :D

Ermmmm...oklah, byk kejer yg perlu dibereskan sebenonya. Sblm berpisah, meh aku nak persembahkan gambar aku time slim dlu. Hahaha...muda remaja lg time ni. Team muda mudi~ :-P





*




*




*





- Kecik sket kan time nih? -

08 October 2010

Berakhirnya Syawal.........


Huhu...cam sayu pulak rasa di hati hari ni. Hari ni 29 Syawal 1431H bermakna hari terakhir kita di bulan Syawal. Entah tahun dpn kita sempat entah tak kan utk menyambut bulan yg penuh mulia ni. InsyaAllah, kalo dipanjangkan Tuhan umur, kita bertemu kembali pd Syawal yg akan datang yer?

Hari ni ofis aku buat jamuan raya. So, hari ni makan2 time lah. Hehehe..program diet jugak rosak hari ni sampai ke mlm sbb mlm pon kami ader jemputan kenduri doa selamat. Sonok sbb aku x yah pikir nak makan apa, nak masak apa mlm ni. Hahaha........!!!

Oklah, hari ni mood raya dah last. Mood mkn2 pon dah melonjak2 nih. Akhir kata sekali lagi aku sekeluarga ini mengucapkan SELAMAT HARI HARI AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindungan dan keberkatan-NYA. Amin...........


- We all in blue theme this year -

07 October 2010

Puteri-puteri Kesayangan Saya...

- Kakak -

- Adik -

Seperti yang tuan/puan sedia maklum, gambar kanak2 di atas adalah gambar anak2 dara kesayangan saya. Hehehe...Si kakak bernama Nur Ayrissa & si adik pula bernama Nur Asyfa. Semalam 6-10-2010 genaplah umur si kakak 2 tahun 8 bulan. Dan hari ni pula 7-10-2010 genaplah umur adik 4 bulan. Haiihh...kadang tu cam tak sangka pulak saya sudahpun mempunyai 2 org cahayamata. Begitu pantas masa berlalu. Seakan baru semalam saya sedang bersuka lagha dgn teman2. Hahaha......!!!!

Sebenarnya saya saje jer suka2 buat entry ni. Kan sekarang mood saya kembali aktif utk berblog. Tapi saya x kesah kalo xder org pon baca blog saya ni. Saya pon x kesah kalo ade org nak ckp saya syok sendiri. Lantaklah...yg penting blog ni lah tempat saya bercerita kisah suka dan duka kehidupan saya. Mana tahu bila saya sudah tiada nnt, anak2 dapat membaca nukilan yg tinggalkan oleh mama dia. Saya bukanlah org berharta utk tinggalkan kekayaan yg berlimpah ruah kpd anak2. Cukuplah coretan kosong ini menjadi pedoman dan kenangan buat mereka. Huhu...InsyaAllah!

Seperti juga harapan ibu2 lain di dunia ini, saya sentiasa mendoakan agar anak2 saya menjadi anak2 yg solehah di dunia dan di akhirat. Semoga mereka juga menjadi anak2 yg berguna, cerdik pandai dan dapat membantu umat manusia di muka bumi ini. Tiada apa yg paling bernilai saat ini melainkan kedua-dua anugerah dari Allah ini kepada saya. Doa saya agar mereka sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah selalu. Amin.....

Oklah, sebelum berpisah, meh sini kita main teka teki teka tekuk. Anda perhatikan gambar di bawah, di mana satu kah kakak dan di mana satu kah adik? Sapa betul sapa bg dia 10 markah. Kui3............Layannnnnnnnzz!

- My double 'A' -




06 October 2010

Teratak Buruk Kami...


Alhamdulillah...impian utk memiliki rumah sendiri telahpun tercapai. Walaupon hanya rumah teres setingkat dgn keluasan 20' x 70', cukuplah utk kami 4 beranak berteduh. Rumah tu ade 3 bilik dan 2 bilik air. So far, kunci dah dapat. Cuma nak tunggu TNB & JBA set up apa yg patut, pastu cadang nak pasang mozek dulu baru we all nak pindah. InsyaAllah, kalo semuanya settle dalam bln 11 kami dah menetap di rumah baru. Yeayyyyyyyy!!! ;-)

And FYI, yg paling teruja adalah my 1st princess. Ade ke masa pi tgk umah hari tu dia bantai melalak xmo balik. Dia ckp "nak duduk umah Eicha..." Huhu...terpaksalah mama & ayah memujuk, ckp "umah lom siap betul lg. Kipas xder, api xder. Nnt Eicha panas...." Hehehe..lepas pada tu br ok nak naik kete. Kalo x mati2 dia tarik tgn aku suh duduk dlm umah yg berhabuk tu. Sabo jerlah kan. Budak sekecik tu pon excited nak duduk rumah baru. Hehehe.....

Org ke-2 yg paling excited ialah Cik Abg Chomel. Sebuk plan nak deco sana nak deco sini. I cam biasalah malas sgt nak amik port. Kita tgk takat mana semangat ber-deco dia tu. Hehehe...For me, decoration xmola yg heavy sgt. Nak yg simple2 jer. Xmo barang penuh 1 umah. Lgpon kita ade anak kecik x sesuai berhias beria. Nnt anak2 main, wat sepah ke apa ke mulalah nak marah kan? Cukup suasana dan keadaannya selesa itu sudah memadai. Yg penting ade ruang utk anak2 melakukan xtvt mereka.

Buat masa ni, renovation xder la sgt. Cuma nak tambah mozek tu jerlah dlu. Yg lain2 kita tunggu bajet lain plak. Buat jer apa yg termampu. Asal semua kemudahan ade sudah.........Oklah, rasanya ni jer yg dpt update. Ade apa2 lg nnt, i info tau? Hehehehehehehehe............

Adiossssssssssssss~

05 October 2010

New Theme With New Mood~

- New pix of me with kakak yg serabai...hehe! -


Hai hai hai...Salam 1 Malaysia kepada semua!!!


Waaahhhhhhhh......blog i nampak biru laaaaa! Ader awan2 lg gitu.....Cun2 cam damai jer rasa di hati. Ahaksss....(poyo pulak aku nih...) Owh, before that kan, it's not too late for me to wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN to uolls. Camner, best x raya tahun ni? I thn ni suasana baru sikit laa...raya ber-4 dah tahun ni. Kui3....Jgn tahun dpn ber-5 pulak sudah. No no no nooooooooo!!! :P

Sempena segalanya nampak baru ni, aku rasa cam nak buat sesuatu laa. Apa dia dan bila tu nnt aku khabarkan kepada semua. Harap2 segalanya akan berjalan dgn lancar. Tunggu yer kengkawan. InsyaAllah, pasti menjanjikan sesuatu yg menarik. Hahaha...!!!

Erm...kepada yg tertanya2 apa perkembangan terbaru aku, aku masih begini...sama seperti dulu. Masih berusaha keras utk menurunkan berat badan selepas bersalin kali ke-2 pada bln Jun yg lalu. So far, program diet nampak bagus w'pon byk jugak dugaan yg dtg. Aku jugak x malu nak share, kira-kira lebih kurang, lg 7kg aku kena turunkan weight ni. Fuh, agak berpeluh jugak dibuatnya tu. Doakan aku berjaya yer kengkawan! Chaiyok Ada chaiyokkk!!!

Perihal dua org puteri kesayangan ku juga seperti biasa. Alhamdulillah mereka membesar dgn sihat. Si kakak dah semakin matang. Semakin juga menghargai kehadiran adik di sisi. Si adik yg debab, semakin lincah bermain. Di usia yg belum masuk 3 bln hr tu dia dah menerap. Si adik juga x byk ragam. Senang jer nak baca 'peel' dia. Yang pasti mulut dia mmg nak nyonyot jer, mana x debab. Hehehe...Bercerita ttg mereka, rindu pulak rasa di hati. Huhu......

Ooh lupa, sebelum mengakhiri cerita, si ayah semakin "membesar" dgn jayanya disamping isteri & anak2 tersayang. Org ckp, kalo suami perut moncit or badan dia lebih beso dr biasa maknanya dia senang hati dan sentiasa bergembira disamping keluarga. Kui3......Alhamdulillah, amin...Maknanya dia bahagia lah kan bersama kami? Nak kata aku rajin masak, xderla rajin pon. Tgk mana yg sempat. Kalo masak pon lauk simple2 je. Aku bernasib baik jugak sbb si suami x cerewet. Bedal jer apa yg terhidang. Hehehe...!!! That's why i luv him....Hahahaha!!!

Oklah, cerita hari ini berakhir di sini. InsyaAllah, aku akan sentiasa bersemangat utk update blog dah lepas ni. Xmo la biarkan blog ni terus bersawang dan tumbuh lalang. Hahaha...!!! Sian kat kau kan blog? Huhu...........................