Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

30 April 2009

AWARD & TAG FROM CIK ARWEEN ~ I'M CUTE...Ahaksss


Peraturan nak jawab tag ni ialah :
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
- Tu kat atas tuuu...cutenya vespa tuh.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
- Cik Arween yg chomel bg award nih kat kome. Minah nih kwn kpd x-opismate aku dulu; Hajar...kami study kat poli dulu tp dia Poli PD, aku Poli Kuantan...(kan Cik Ween?)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
- aku anak tunggal pompuan dlm family. Iskkk...tp x taulah kot2 mak aku akan mengandungkan anak pompuan di usia hampir 50 nih. Ohhhh NOOOOOOOOOOOOOO !!!

- aku suka bersukan dan merupakan atlet SUKMA neg. Phg suatu ketika doluuuu...

- aku dah tawen dan ader anak sorang...tp masih ramai org ingat aku anak dara. Huhu...korang tertipu tipahhh....muahahaha

- aku suka melancong...destinasi seterusnya cam Langkawi jer sblm naik ke Cameron Highlands bln 12 nnt. InsyaAllah...

- penampilan dan gaya aku agak brutal dan sempoiiiiiiii...

- selain suka tido, aku jugak sukan makannn....nyum2...

- aku berbintang Capricorn dan besday aku sama dgn Hithrik Roshan & Mas Idayu (patutlah aku suka benor lagu dangdut Mas Idayu tuh...hahahaha. 100% cintakuuuuuuu....)

- aku suka membaca kalo ader waktu terluang. X kesah la novel ke, mag ke, semua aku layannnn...

- utk makluman semua, aku adalah anak jati Pahang. x taulah keturunan Tok Gajah ke, Mat Kilau ke, Tok Pat ke (Tok Pat tu bkn ke penghulu kg.???) Muehehehhehe...

- dan utk yg terakhir, aku suka pakai inai...pantang jumpa inai wehhh...nak2 skang ni ader inai segera tu kan, lg la senangnyerrr..Tingat lakss zaman kawen duluuuu... :P

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
- Cik Anim
- Diey Dejavu
- Puan Bett_dah
- Faiez
- Jue
- Kak Zue

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!
- Hehehe...x yah bgtauuu. Pandai2 la depa nnt... :P :P :P

29 April 2009

5 Tahun Sudah...


- Yg pakai spec hitam tu 1st bos aku. Kat Melaka time tu tgh holiday...best!!! -

- Ni plak 2nd bos aku...skang dia kat KLN -

Hari ni 29.04.09 genap 5 tahun aku berkhidmat dgn gomen. Ermmmm...sepanjang tempoh 5 thn perkhidmatan ni, byk pengalaman yg aku diperolehi. W'pon dah 5 thn bekerja, masih lagi yg byk aku x tahu tentang perkhidmatan awam nih. Masih lg blur kadang2 tu. Huhu...Yerlah, contoh; dulu masa kat JPM dok kat bahagian IT, bila transfer ke Pahang dok kat bhagian perubatan plak. X ke lain bidangnya tu. Bila bidangnya lain, sistem pengurusan dan cara kerja pon lain laaa. Huhu...so far, oklah kojer dgn doktor2 nih. Xlah cerewet sgt. Leh follow lg la 'peel' diorg. Dan harapan utk menghadapi tahun2 yg seterusnya, moga aku lebih rajin lg melaksanakan tugas yg diberikan. W'pon kadang tuh dtg gak perangai malas tu. Kui3...Sepanjang 5 thn bekerja ni, aku dah pon merasa dpt 2 anugerah. 1 masa tahun 2006, aku dpt Anugerah Ketua Pengarah MAMPU utk tahun 2005 dan 1 lagi pd tahun 2007, aku dpt Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) utk tahun 2006 yg dpt duit RM1,000 tuh. Alhamdulillah...rezeki yg Allah bg (APC tuh rezeki baby tau...tgh peknen) . Dan tima kasih jugak kpd x2- bosku (En Mod Nor & Pn. Rosni) dulu atas penilaian prestasi terhadap aku (rasanya cam x layak jer dpt sbb baru sgt kejer..huhu). Apapon, bos mmg best!!! Sedih sbb x dpt nak berkhidmat lama dgn bos. Huhu...


P/s : UNTUK MAKLUMAN, AKU X JADI KE PUTRAJAYA ESOK ATAS SEBAB "SAVE BAJET"...HEHEHE

28 April 2009

Harapan...


Juz forward sms (spt nukilan di bwh) yg aku dpt dari seorang teman mlm semalam. Babe, itulah lumrah hidup berpasangan. Kadang tu, hidup berumahtangga x seperti apa yg kita impikan. Sebelum termetrai ikatan suci, segala janji dilafazkan. Tp selepas diri ini dimiliki, janji hanya tinggal janji...Aku xnak ckp lebih. Nnt ader yg sentappp. Tp kpd kaum lelaki/suami yg m'baca blog ku ini, sedarlah...Seorg isteri tidak m'harapkan harta yg setinggi gunung. Tp cukuplah kasih syg dan bimbingan teguh utk sama2 menuju ke jln kebahagiaan. Isteri itu umpama anak kecil yg perlu dibimbing dan diambil perhatian. Tegur dan asuhlah isteri anda sebaik mungkin. Mungkin kesalahan yg si isteri lakukan tidak disengajakan atau sudah terbiasa terbawa2 semenjak dr alam bercinta. Berat amanah dan t/jawab seorang suami terhadap isteri dan anak2nya. Kalau si suami terus dgn egonya dan sikap tidak ambil tahu, jawablah anda di akhirat nnt. Fikir-fikirkanlah...

Harapan si wanita terhadap pedampingnya,
Bukan hanya utk ditemani, tetapi jauh disudut hati ingin sentiasa
disentuh dan dibelai manja...
Harapan seorang wanita kpd pedampingnya,
Bukan hanya utk dikasih dan dicintai, tetapi jauh disudut hati ingin rasa
dibimbing dan dihargai...
Bukan mengharap mulut yg terkunci, tetapi cukuplah sekadar
bicara manis menghibur hati...
Bukan mengharap diri yg kaku, tetapi cukuplah sekadar
sekejap rasa dipegang erat dan dipeluk mesra...
Dia tidak kisah digelar mengada, tidak pula malu digelar buat tabiat,
Asal hati terdetik bahagia itu sudah cukup menyenangkan...
Tp. apalah daya jika segala harapan hanya tinggal harapan...
Harapan yg tiada berkesudahan...

27 April 2009

Perjumpaan KPPA Bersama PT(Kesetiausahaan)

- Gambar sekadar hiasan...kui3 -


Salam Isnin semua...

Erm...punyalah malas hari ni nak poi kojer. Tp apakan daya, tanggungjawab perlu dilaksanakan. Kepada semua P.A2 yg berkhidmat dgn government of M'sia, korang ader dpt surat x berkenaan dgn perkara di atas??? InsyaAllah, kalo xder aral, aku dan P.A2 lain di opis ni akan ke sana utk menghadiri majlis tersebut. Sesiapa yg masih belom dpt info berkenaan dgn sesi tu, korang leh dptkan surat edarannya di sini (atau leh p kat website JPA). Tp pastikan korang contact dgn kementerian korang dulu utk pencalonan peserta yer? Muhh ler beramei2 kiter wat reunion. Hehehe...almaklumlah kojer gomen, kalo nak celebrate secretary week di hotel2 xder maknanyaaaaaaaaaaaaa...Melainkan kalo korang dpt bos2 yg baik hati nak belanja korang. Nak kuarkan duit sendiri jgn harapppppp. Huhu...so, jutaan terima kasih jugak diucapkan kpd KPPA atas usaha meraikan kami nih. At least kitaorg dpt gak berkumpul, berkenalan dan berkongsi pengalaman dgn PA2 di seluruh M'sia. X gitu PA2??? Hehehehe.......bestt woo sekali sekala dpt bersua cam gitu...Okeh, adiosss....c yaaaa !!!


P/s : InsyaAllah, kalo sempat aku singgah la kejap opis lama...rinduuuuuu!!!

24 April 2009

Friday Bluesss.....


Actually as usual, Friday is a relax day...Hahaha!!! Nak buat kojer2 kat opis ni sgtlah berchenta korang tahu x??? Huhu...Apalah kita ni, org hari Jumaat lah nak wat pahala byk2. Ni takkk....So, di keboringan dan kemalasan aku hari ni, aku sajer jerlah membelek fotopages aku itu. Dan melekat pulak kat album majlis cukur jambul Ayrissa setahun yg lepas. Xder apa yg menarik pong. Oklah, aktiviti esok shopping & prepare utk majlis tahlil arwah wan pd hari Ahadnya. X jadi buat hari Sabtu. Jemputlah datang yer...Hepi weekend semuaaa !!! Byeeee...

23 April 2009

Kalo Dah Jodoh...



Ermmm...isu ini agak menarik utk diisi di blog usang ku ini. Benarlah bagai dikata, "KALO DAH JODOH X KEMANA..." Begitulah yg berlaku kepada pasangan pengantin baru ; Arni Nazira & Wan Mohd. Hazrie ini. Hubungan cinta yg terjalin satu ketika dulu bertaut kembali setelah terputus dipertengahan jalan. Fuh, cam touching pong ader baca cerita depa nih. W'pon Arni telah berkahwin dgn pilihan hatinya ketika itu iaitu Awie, siapa sangka kekasih yg dulunya dipuja kini menjadi miliknya jua. Itulah hikmah yg tersembunyi disebalik segala kejadian. Kuasa Allah itu tiada siapa mampu menghalangnya kan? Ingatkan, kalo dah berkahwin kali per-1 tu, dialah jodoh kita hingga ke akhir hayat. Tp siapa sangka siapa menduga (cam lirik lagu lakss) istana yg dibina roboh dilanda badai. Dan mereka juga tidak menyangka bahawa rupanya ader lagi jodoh buat mereka yg telah ditetapkan Allah. Syukurr Alhamdulillah... sbb masih ader insan yg sudi menjadikan Arni teman hidup dia (cun dan bergetah lg tuuuuu....ahakss).

Antara petikan akhbar :
Arni Nazira Anuar, 31, menamatkan zaman jandanya semalam apabila sah menjadi isteri kepada Wan Mohd. Hazrie Wan Mokhtar, 32, yang merupakan seorang kontraktor. Hazrie adalah kekasih zaman remaja Arni.

"Bukan tidak pernah bercinta dengan orang lain selepas Arni berkahwin dulu tetapi saya tidak ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang lain,'' katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah itu.

Ingat Awie sorang jer ke leh dpt anak dara. Arni pong leh dpt anak teruna tau??? Kui3...apapon, semoga perkahwinan ke-2 bg Arni ini kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Kpd saudara Wan Mohd. Hazrie, hargailah si isteri sebaik mungkin yer? Terimalah baik dan buruk dia seadanya. Jgn t'lepas lg sudahhh....Hehehe...InsyaAllah.

22 April 2009

AWARD FROM CIK ANIM : Aku Bangga Menjadi Wanita


Syarat2 menerima award ini:
1. Pastikan jantina anda ialah perempuan
2. Copy badge sebagai award anda
3. Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan
4. Pass kan award ini kepada girl-friends anda

Hahaha...dah tentu jantina aku perempuan kalo aku lelaki mesti Cik Anim x bg award ni kat aku kan? Kui3...7 sebab kenapa aku bangga menjadi perempuan aka wanita aka girl aka woman dll adalah :

1st - Golongan hawa paling senang nak masuk syurga. Tp harus diingat, golongan kita juga adalah golongan yg paling ramai masuk neraka. Fikir-fikirkanlah...

2nd - Aku berpeluang dan dpt merasai kenikmatan melahirkan zuriat. Alhamdulillah...

3rd - Wanita adalah kuasa yg bisa melemahkan lelaki & kita juga kekuatan kpd kaum Adam. MAN CAN'T LIVE WITHOUT WOMAN!!! Setuju??? Heheheh...

4th - Sbb boleh melawo dan menjadi diri lebih anggun daripada biasa...Muehehehe. Kalo lelaki mana bleh touch up2 make up ke pakai gaun ke kan?

5th - Tangan yg menghayun buaian bisa menggegarkan duniaaaaaaaaaaa !!! Jgn sangka kami lemah yer lelaki..

6th - Kalo pergi mana2 atau buat apa2 mesti org akan kata "Ladies 1st..." Hehehe...

7th - Dan sbb yg terakhir ialah wanita adalah makhluk ciptaan Allah yg penuh keistimewaan. Istimewa tang mana, hanya kita dan mereka2 yg rapat dgn kita jer boleh menilai...x gitu???


So dengan ini, aku memberikan award ini kpd GF2 aku di bawah :

- Kak Masviona

- Zieha

- Arween

- Ayu

- Mama Aqish

- Mak Atie

21 April 2009

Wan Tetap Segar Dalam Kenangan ----<@


Iris,
Hari ni genap 40 hari moyang tinggalkan kita
Walaupon waktu yg dilalui dirasakan begitu pantas,
kita tidak sesekali melupakan moyang kan?
Entah kenapa masa moyang ader dulu, moyang membahasakan diri dia 'nenek' dgn Iris
Tp. mama tetap menggelarnya moyang kepada Iris
Sbb mama rasa bila panggil moyang br nampak mcm tradisi warisan sket kan?
Hehehe...apa2 jerlah mama nih...

Iris,
Walaupon jauh disudut hati mama rasa sedih sgt dgn kehilangan moyang,
tp mama rasa puas dan gembira sgt bila melihat wajah Iris
Mama bersyukur sbb moyang masih sempat menatap wajah Iris...
Sempat mengagah dan bermain dgn Iris
Itu antara impian moyang yg berjaya mama tunaikan
Alhamdulillah......

Iris,
Ketahui olehmu bahawa moyang terlalu menyayangi mama
Mama dpt rasakan ketulusan kasih sayang moyang tu hingga ke akhir hayatnya
Dan mama percaya kalo moyang masih ader, dia pasti mengasihi dan
memanjakan Iris sepertimana mama dulu...
Mama harap walaupon Iris tidak sempat mengenali moyang,
Iris harus mengenali siapa moyang yg sebenarnya walaupon hanya di dlm gambar...
Iris juga mesti menyayangi moyang sepertimana mama menyayanginya
Segala jasa dan pengorbanan moyang terhadap kita tiada nilainya...

Ini sahaja peringatan utk Iris...
Bila Iris besar nnt dan kalo blog mama ni masih wujud,
sematkanlah dlm hati Iris setiap butir perkataan dan amanat mama ni yer sayang?
Jgn sesekali kita lupakan moyang...
Moga moyang akan terus tenang menanti kita di sana...
InsyaAllah...


P/s : Kepada kengkawan yg berada di sekitar Kuantan (dr jauh pon boleh), dijemput hadir ke majlis tahlil arwah wan pada petang Sabtu ni yer? InsyaAllah majlis akan diadakan pd pukul 3.00 petang. TQ...

Perdana Menteri M'sia Ke-6

- Sambutan di Kuantan baru2 ni... -
Sabtu lepas, aku meluangkan masa mewakili jabatan utk turut serta meraikan Majlis Sambutan YAB PM ke negeri Pahang. Erm...masa kat JPM dulu stp bulan time perhimpunan slalu gak lah ngadap muka brader nih. Tp bila dah bertuko blk negeri nih rasa teruja tu lain mcm sket. Ekekeke...Apapon sekalung tahniah diucapkan kpd Dato' Seri Najib Tun Razak atas perlantikan sbg Perdana Menteri M'sia yg ke-6. Walaupon mcm2 spekulasi dan tanggapan yg dilontarkan kpd beliau, kita sbg rakyat M'sia perlu memandangnya dr sudut yg positif. Segala kebenarannya hanya Allah saja yg tahu. Alah korang, apa nak kesah...kalo kat dunia terlepas, kat akhirat sori mori naik lori pon xkan lepas tauuu??? Apa jua propaganda politik atau peribadi biarlah mereka2 yg terlibat sahaja menyelesaikannya. Sbg rakyat M'sia, kita perlu memberi sokongan kpd pemimpin kita utk menerajui negara tercinta. Pada aku, asal mereka berjaya membawa M'sia ke persada dunia dan berjaya mengekalkan keamanan yg diperolehi itu sudah cukup menyenangkan hati. Asal anak2 kita nnt masih berpeluang menjalani hidup yg harmoni itu sudah cukup membahagiakan. Lontarkan saja jauh2 perangai atau sikap2 buruk para pemimpim negara. Buruk, baik, dosa, pahala dia yg tanggung sendiri. Allah Maha Mengetahui....Sapalah kita utk mengadili mereka kan???

Kpd. Tok Najib, kami harap anda akan lakukan yg terbaik utk negara tercinta ini. Majukan segala cabang ekonomi utk kesenangan cucu cicitmu nanti. Segala jasa2 yg akan anda taburi InsyaAllah akan dikenang jua. Tahniah kpd rakyat Pahang atas penganugerahkan PM itu. Moga negeri Pahang lebih membangun dan mungkin Kuantan plak akan jd bandaraya x lama lg (Jgn jd mcm Kuala T'ganu sudah, bandaraya.. tp COLA still x bg full) Hahahah.... Wish u best of luck Tok Najib !!!

17 April 2009

Setahun Sudah Ku Lewati...


- My twin... -

- Geng koir yg mmg sporting habiss.. -

- Geng futsal yg mmg the besttt... -

- She's like my sista... -

- PRISMA team the bombb... -

- Kakak2 ku yg terchenta a.k.a geng segossipan.. -

Pejam celik pejam celik dah setahun 10 hari aku bekerja kat sini. Begitu pantas masa berlalu dan dek kerana kebizian di opis ini jugaklah membuatkan aku hampir terlupa yang aku telah meninggalkan Putrajaya selama lebih 1 tahun. Huhu..rindunya hanya Tuhan yang tahu. Seperti yang aku khabarkan dulu, sistem bekerja kat sini x sama macam kat JPM dulu. Nak2 plak kat sini aku ditempatkan di Bahagian Perubatan di mana urusan seharian berhadapan dengan doktor2 yg sememangnya cara kerja mereka agak berlainan. Bagi aku, x kesah dgn siapa aku kena berkhidmat, yang penting aku dpt menjalankan segala tugas dengan baik dan lancar w'pon aku masih lg 'blur' dan masih dlm proses pembelajaran. Kadang tu, bila berdepan dgn tekanan kerja kat sini hati ni meronta utk kembali ke tempat lama. Seriousss...rasa rindu dgn keamanan dan ketenangan di sana tu begitu merentap jiwa selain hubungan kemesraan yg terjalin erat bersama rakan sekerja lg membuatkan aku dirundum rindu.

Tp. apakan daya...walau di mana jua aku berpijak dan berdiri, kenangan sepanjang berada di sana terpahat kukuh di kotak ingatan. Percayalah..begitu payah utk melupakan segala saat-saat yg tercipta. Bak kata pepatah " tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mula2 aku memasuki alam pekerjaan.." Walau hati merasa sedih dan rindu, aku pasti segalanya ader hikmah yg telah ditetapkan. Semoga apa yg berlalu dan apa yg bakal aku hadapi sentiasa diberkati dan aku akan melaksanakan segala tugas yg telah dip'tanggungjawabkan sebaik mungkin. Begitu juga aku harapkan kepada kalian yg masih mengenali dan mengingati saat2 suka duka bersama aku semasa di Putrajaya dulu. Huhu...aku masih lg seperti dulu...rindu ini x pernah pudar !!! Terima kasih atas segala-galanya. Take care.....


Aku yg rindu :
(ADA)


P/s : Kpd yg tiada dlm gmbar, jgn kecik hati yer...aku rindu semuaaaanyaaa tau...

13 April 2009

OIAM vs Akademi Fantasia

Akademi Fantasia :
Seriyess beb, aku mmg dah x layan dah AF ni. Cukuplah last time Mila ketot tu menang. Lps pd tu time Stacy terlebih sudah tu aku dah tawar hati. Huhu...ntah, cam xder aura dah. Agaknya segala2 aura tu Mawi dah telan kot dulu. Ko mkn sorang ek Mawi??? Huhuh...pastu datang plak AF7 yg kononnya nak buat transformasi. Huh, memula tu aku jeling2 gak channel 104 tu bila tiba Sabtu mlm. 1st konsert cam hambar mambar jer suasananya. Pehtu, keoriginalan AF tuh cam hilang jer. So, lg lah membuatkan hati aku tidak t'pikat. Rindu siot kegemilangan AF masa zaman Zahid & Mawi dulu. Layannnn habisss kan? Hahhhh, korang jgn x tau, aku pegi tau konserta final time Mawi dulu. Perhhhh..mmg aura gilerr arrrr. (Aku dpt tiket free dok area belakang2 cikgu tu tau? Hehehe..best2) Aku kan bkn jenis yg sms2 bagai kan, juz minat & tgk gitu2 jer. Tp. oleh kerana dah berada dlm stadium tu t'paksa la sms satu dua cukup syarat (sbb kiri kanan dpn blakang korang org dok pegang hp + sms tau?) Kuang kuang kuanggg....

Dannn, utk pertama kalinya aku menyaksikan konsert AF7 minggu ke-5 kelmarin sampai abis. Erm, not bad. B4 tu, tgh2 keboringan aku terrrrrrrrrtengok ulangan konsert minggu ke-4, besttt jugak ek..Disebabkan aku menonton konsert ulangan itulah membuatkan aku agak teruja utk menonton konsert pd minggu baru ni. Akhirnya, aku terjebak kembali ke kancah AF ini. Huhu...bg aku, suara depa kali ni mmg agak power dan ader styleeeeeeee laahhh. Harap2 AF7 mengembalikan kegemilangan AF ni spt2 AF2 & AF3 dulu. Hahah...AKu x sabo nak tunggu Sabtu ni. Giler.. x pernah2 aku minat sampai 5 org. Heheheh..kali ni kalu buleh biarlah depa2 ni berentap di final ; Hafiz ( my 1st choice), Isma, Akim, Aishah & Aril. Jgn lupa AFundi mereka yaa??? Hahahaha....



One In A Million :
OIAM tu mmg aku akui dr dulu hingga kini mmg the bombbb!! Maksud aku the bomb dr segi kualitinya w'pon ader gak sorang dua yg sesat "juz boleh nyanyi" je..Hehehe...Apa yg m'buatkan aku teruja utk menyaksikan OIAM kali ni ialah penyertaan yg agak ramai drp artis2 kita. Yerlah kan, di samping utk merebut duit 1 juta tuh, mesti depa nak tunaikan impian depa dlm bidang seni yg belum t'capai. Mungkin dgn duit 1 juta tu depa nak g hollywood ke wat album kat sana (cukup ke RM1juta???) dll. Tp apa2 pon, yg paling aku nak tgk dan tunggu2 kan kemunculannya adalah TOMOK. "Sejarah mungkin berulanggg...walau engkau ku tinggalkan oh kekasihhh..." Hahaha..terngiang-ngiang di telingaku ini suara sengau + leleh + jiwang + lentok Tomok bersama newboys dulu. Lagu tu berhantu betol kan. Lupa dah time tu aku form brp. Tp Tomok skang bukan Tomok dulu lg tau. Haaaa.....korang jgn x tahu, Tomok skang very the versatilee. Best gilaakkkkkk...dan betol lah kata Syafinaz masa episod baru ni, kalo imuniti tu ader lg, mmg dia layak dapattt...Yerrr, peserta faberet aku utk OIAM kali ni adalah TOmok. Yeahhh yeaahhhh..... Go TOMOK GoOOOoo !!! :- P

(Wowowooo...aku hanyalah sekadar minat gitu2 jer. Idaklah sampei utk sms depa2 tu semua yer? Kui3...kita kenalah berjimat cermat. Wakakakaka.....)
P/s : Utk makluman semua, aku poi kursus tau start hari ni smpei Rabu. Jumpa korang hari Kamis yer? InsyaAllah...gonna miss Iris laaa...Huhu...

10 April 2009

TAG AGAIN & AGAIN FROM JUE & MAMA_AQISH


Tq very much for ur thought...Erm, hari Jumaat biasalahkan, weekend mood dah.. Hahaha...so rajinlah menyelesaikan segala tag2 ini. Jom hebohhhhhh :

1) Letakkan gambo anak anda. Kalo boleh mestilah gambo yg masih dlm wad maknanya, gambo anak hari pertama.

Huhu...sori guys, gambo Iris hari per-1 dah xder dlm simpanan pc ku ini. Gambo di bawah tu Iris dah blk umah Wan dia. Masa tu dah berumor 3-4 hari kalo x silap. Ader gambo 1st day tp with ayah...kecik sket sbb aku dah resize hari tu..


2) Letakkan butiran ini :

Nama penuh : Nur Ayrissa Binti Zairezal

Nama panggilan : Ayrissa/Iris/Arisya (utk mereka2 yg x reti nak pronouns "Ayrissa"..hehe)

Jantina : Perempuan

Tarikh lahir : 6 Februari 2008

Tempat lahir : HTAA, Kuantan

Berat lahir : 3.0 kg

Cara kelahiran : Induce + Normal. Alhamdulillah...

3) Last sekali... apakah harapan korang pada anak ini.. dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?senang kan..?

Harapan seorg ibu kpd setiap anaknya mestilah menda yg baik2 kan? Mereka berharap agar anak yg dikandungnya selama lebih kurang 9 bulan itu menjadi anak yg solehah dan berjaya dlm apa jua bidang yg mereka ceburi. Begitu jugalah harapanku terhadap puteri sulungku itu. Mama harap agar Iris m'jadi anak yg solehah dan berguna kpd agama, keluarga, bangsa dan negara !!! InsyaAllah, kalo boleh mama & ayah nak Iris jd DOKTOR MATA, sesuai dgn namamu- Iris (yg b'maksud anak mata) Heheheh...sbb kalo Iris jd Doktor Mata, iris boleh pulihkan masalah penglihatan org ramai. Seksanya mama tgk org2 buta tu kan? Rabun pon dah seksa...Huhu...Tp kalo Iris lebih berminat ke bidang lain, mama & ayah xkan m'halang selagi tidak bertentangan dgn ajaran Islam. Be a gud gurl ya Iris... ;- )

So, aku pong nak tembak ar kaum2 ibu di bawah nih. Hehehe...Check it out :

^Diey^

Bett

^Masviona^

Kak Nisah

^Yayatt^
P/s : Alamak, lupaaaa...Hari ni anniversary mama & babah aku. Hepi annivesary to my beloved mama & babah. Moga kekal bahagia selamanya bersama anak2 mu dan cucumu itu...Luv u....

09 April 2009

TAG AGAIN..FROM CIK ANIM : ABOUT ME!

Nickname :
Family/sedara-mara panggil aku Along, Nana or Dalina, Primary school depa call me Adalina or Azda, Secondary school they all call me A'da/Adda/Ada sampailah dah kojer nih aku selesa diorg memanggil aku A'da/Adda/Ada. Cik Abg Chomel panggil aku kadang "b", kadang sayang...Hehehe.... :P


Sifatku :
Brutal & slamber. Aduh, payah betol nak berlemah-lembut. Seriyessss...Agak baik hati dan suka menguntumkan senyuman semanis kurma. Wakakaka...Payah mempercayai org dan sgt2 cerewet dlm memilih kwn. Erm..lg, aku agak baran dan kalo kena dgn gaya mudah sejuk. Hihihi...terimalah aku seadanya yer? :P

Insan istimewa :
My family : Mama, Babah, adik2 & my late - grandma; Wan (tanpa mereka sapalah aku..huhu), seterusnya mestilah suamiku yg terchenta Mr. Zairezal Zawawi & my lovely lil' princess; Nur Ayrissa & all my best buddies (u know who u are)...thanx coz make my life complete!!!





Fav. song :
Skang ni aku suka dengar lagu Aizat - Lagu Kita.

Fav. food :
Crispy popiah & ayam goreng

Fav. color :
Black, red & brown.

Menda dlm handbag :
Skang aku suka pakai handbag beso2 dimana dpt memuatkan wallet, handphone, lipstick/lips-ice, botol susu Iris, drypers, towel kecik, wipes tissue dll kelengkapan baby.

Drama air mata terakhir :
Baru lps solat zohor td sbb terlalu rindu dan teringat kat Wan. :((



P/s : Giler main photofunia tuh..mueheheheh...

TAG FROM BETT : Photofunia


1st, download your favourite photo using effects at PhotoFunia

1) Do you think you are HOT?
- Of course...hahaha...hot la sgtttt...

2) Why do you like this picture?
- Ntah...sbb aku rasa cam shantek jerkkk gmbo tuh. Muhehehehe... :- P

3) When was the last time you ate pizza?
- Lama giler dah x mkn, seingat aku last mkn bln Dec'08 or Jan'09 kot...huhu

4) The last song you listen to?
- Rendang x berbuah by Hattan...syahdu lagu nih. Huhu...

5) What are you doing right now besides this?
- Rekod surat masuk... (naik muak dah aku menengok surat nih...)

6) What name u prefer besides yours?
- Ariana...Hehehe...but still start with "A" okeyyyyyy.. :P

7) People to tag :
- Kak Nisah
- Zana
- Nurmala
- Khas Lysha
- Arween

8) Who is no.1?
- Senior masa sekolah rendah doluuu...dan kakak kpd my classmate masa darjah 6 - Alang..

9) No.3 is having relationship with?
- Rakan blogger yg sgt cute & chomel...

10) Say something about no.5?
- Rakan blogger jugak...dan serasa aku minah nih pong study kat poli dulu. Poly PD kan? dan jawatan dia jugak sama dgn aku kalo x silap - P. A :)

11) How about no.4?
- Rakan blogger jugak...dan biras kpd x-ofismate aku dulu - Hajar...

12) Who is no.2?
- My schoolmate masa kat Afzan dulu. Dan skarang kami jd ofismate plak. Hehehe...


Sekian... :- P

08 April 2009

SPECIAL ENTRY : Ku Telah Berjanji...


Ku Telah Berjanji :

Kita...telah lama bersama
Mengharungi hidup yang indah
Kata...pelbagai telah diungkap
Menjadi saksi hidup kita...

Telah menjadi kewajipanku
Tunaikan janji kita dahulu...

Sumpahku, hanya dirimu...hanya cintamu
Hanya janjimu yang tetap ku sanjung
Ke akhir hayatku, seumur hidupku
Akanku kotakan semua janjiku...

Hanyalah untukmu wahai kekasihku
Kan ku membahagiakanmu seluruh hidupku
Segala ragaku, akan ku serahkan
Hanyalah untukmu...duhai kekasihku...

Dan tak perlulah dikau ragui
Sedalam mana cintaku...

Dan, bantulah aku wahai kekasihku
Demi mempertahankan kisah cinta kita
Segala dugaan yang hebat mendatang
Anggaplah itu ujian dariNya Yang Maha Esa...

P/s : Ini adalah lirik lagu ciptaan Cik Abg Chomel utkku masa zaman bercintan dolu..Sgt indah okeyyyy bila Cik Abg Chomel nyanyikan lagu ni di depanku sambil memetik gitar. Terharu aku sampai nak nangessss. Seriyesss...To my beloved hasben, "Dah lama sgt x dgr abg mainkan lagu nih...mainlah balikkk....Hehehe..." Kenangan mengusik jiwa sungguh...i lap u.... :P :P :P (Psstt2..korang nak tahu, aku terjumpa lipatan kertas lirik nih dlm wallet Cik Abg Chomel tau? Iris main wallet ayah dia pastu kirai2kan segala menda dlm tu. Kui3...Shuhhhsss, jgn bgtau Cik Abg Chomel tau? Hihihi )

07 April 2009

BABY CUTE CONTEST...

Apa yg menarik tentang Nur Ayrissa a.k.a Iris ?

Iris lah permata hati mama & ayah!!! Senyuman dan gelak tawa Iris penawar segala kedukaan dihati mama & ayahmu ini. Keletah Iris begitu menghiburkan mama & ayah terutama bila Iris menyanyi (dlm versi Iris), meminta makanan dgn menyebut "nak, mamam..", bermain bola sambil menjerit "Goalllll...", mencium tangan mama & ayah (bersalam), mencium pipi mama & ayah dgn bunyikan "muaah..." dan lain-lain lagi lah...Oh lupa, Iris juga sgt suka ber-SHUFFLE tau? Hehehe...Wajah Iris yg sgt manis bila tersenyum dan aksi Iris yg manja juga sgt2 meruntun jiwa mama & ayah. Iris lah kekuatan hidup mama & ayah dan melengkapkan kebahagiaan kami. Mama & ayah sayang bangat sama Iris. Uummmuuuahh...

Mengapa Iris layak menjadi pemenang Baby Cute Contest ?

Iris layak menjadi pemenang sebab Iris mampu menghiburkan sesiapa jua yg bermesra dgn dia. W'pon dia agak jual mahal bila bersua dgn org yg tidak dikenali, tp kalo kena dgn gaya, dia akan mengutumkan senyuman yg bisa mencairkan sesiapa jua yg memandang. Hahahah...

P/s : Entry nih special utk Baby Cute Contest kat blog damiaqish ni. So, oleh kerana Iris tu kategori baby lg, aku pong sajer jer la suka suki bak kata Bett. Hehehe...jom ar mama2, ibu2, mummy2, mak2, ummi2 joing. Menang ke kalah ke x penting. Yg penting leh merapatkan hubungan sesama kita tul x? Bg aku, semua baby2 kat dunia ni CUTE !!! xder pon yg x cute...kan ???

:: TAG From Ummiaqeef - Profile Picture ::

1) Letakkan gambo profile anda :


2) Terangkan apa maksud gambo itu :
- xder maksud apa2...cuma gambo itu adalah gambo anak dara kesayangan ku; Nur Ayrissa nama dia...

3) Kenapa pilih utk letak gambo itu :
- Erm..ikut suka aku lah...muahahahaha. Boring dah letak gambo rupa sendiri sebenornya. Letak gambo budak kecik ni plak. Nak2 plak aku suka tang dahi dia yg ala2 jendul cam Ct Nurhaliza tuh..oooppsss....(tuhla..suka kutuk ct lg, kan dah dapatttt...) Hahahahaha....


So, Bett..sekian sudah aku langsaikan hutang tag dgn ko. Hehehe..Nway, tq very much ya..aku xmo la tag sapa2 dah sbb korang ramai yg dah buat kan? Huhu...Byeeeee!

TERUJA...

Hahaha...aku pong begitu teruja utk menuko layout spt. kwn2 yg lain. Erm..tp aku tetap x puas hati sbb masih belom dpt layout spt. yg aku inginkan. Huhu..xper..kena byk belajor lagi....

06 April 2009

Just You & ME !!!

- Nite@Tioman, juz both of us... -

- View & aktiviti... -

Sempena meraikan 2nd anniversary aku & Cik Abg Chomel + m'gantikan percutian kami yg x jadi pada Isnin lepas, kami dgn gemblenya terjah ke Mersing. Kunun2nya nak pergi ke somewhere in my memori iaitu Pantai Penyabung (pernah p bercuti with Cik Abg Chomel & kwn2 masa zaman bercintun dulu) tp ntah mcm mana dah nak dekat2 sampei tu Cik Abg Chomel boleh tanya aku "Kita g Tioman nak???" Aku pong apa lai, cam percaya x percaya jer lah kan. Mmg antara tempat kat Mesia yg paling aku nak pegi ialah Pulau Tioman. Tp. aku x terus angguk tau, aku cam confuse2 lg..aku tanya balik "Betol ke? Are u sure???.." Cik Abg Chomel just angguk & sengih...So, kami pon melewati simpang ke Pantai Penyabung dan terus je ke Jeti Tg. Gemok, Rompin utk menanya tiket dan sebagainya. Rupa2nya, utk personal trip kena p ke Jeti Mersing. Jeti Tg. Gemok hanya utk group je. Kitaorg pong meneruskan perjalanan ke Mersing pulak. Aku yg masih lg blur cam nak x nak pon ader nak p sana. At last, Cik Abg Chomel call kwn dia dan booking chalet utk kami. Kebetolan plak kwn dia tu ader family bisnes kat sana kan, so x susahla bg kami utk reserved chalet dll. Lps tu, call plak kwn Cik Abg Chomel yg sorg lg kat Mersing utk bwk kami ke jeti. Almaklumlah, kami x biasa how to buy tiket ke bot ke pakej ke kan. Cik Abg Chomel pernah p Tioman, tp 9 years ago. Lama tuuh...zaman muda2 dolu...Finally, we got our ticket to Tioman. Agent kat situ kata, we all bernasib baik sbb masih ader lg tiket. Biasanya org jarang walk-in / terjah camni...Hehehehe....Gembleee kata Cik Abg Chomel...

So, kami naik last ferry from Mersing to Tioman, 4.30pm..Perjalanan mengambil masa selama 2 jam utk sampei ke Pulau Tioman. Jauh tuuu....aku siap tido dgn mulut terlopong lg. Hahaha..Dan apa yg cuak, ferry tu laju giler. Kalah bus xpress Konsortium yg selalu xcident tu..terasa2 cam aku nak flight jer. Huhu...dah nama speed ferry kan. Berderum jer dia meluncur membelah ombak. Ekekeke...Alhamdulillah, kami selamat tiba di Jeti ABC pada pukul 6.40 cam gitu la. Hujan renyai2 menyambut ketibaan kami. Aku turun jer di jeti cam tergaman & terkedu. Yer ke aku kat Tioman nih? Huhu...yerlah kan, spt x percaya plak dgn kejutan Cik Abg Chomel nih. 1st perkataan dr mulutku, tenang!!! Yer, pemandangan pulau yg sgt2 cantik dan saujana mata memandang amat menenangkan hati ku ini. Kami terus berjalan ke chalet utk merehatkan badan (FYI, hanya lorong pejalan kami jer yg menghubungkan satu chalet ke satu chalet, paling muat pon motor tayar 3 je yg leh lalu). Aku rasa, kitaorg ber-2 jer pelancong dr Mesia. Rata2 semua omputih. Yg kelakor, org2 pulau kat situ cam pelik tgk kitaorg. Hehehe..so, aku ckp kat Cik Abg Chomel, kita menyamar jd org America Latin lah...Hahahahaha...Very privacy place beb!!! Serius..xder sapa nak kaco korang. Kami menginap di Doule Ace Resort, Teluk Air Batang. Very natural malay village...sgt2 best!!! No wonder why pelancong2 asing suka dtg sini. Mlm, xder apa nak buat...lgpon kitaorg dtg ber-2 jer kan. Kalo ramei2, leh wat BBQ ke, unggun api ke, camping ke...Ni bila juz both of us, lepak2 jerla. Dating org kata di bwh sinaran cahaya bulan yg indah sambil menikmati deruan ombak yg begitu mengasyikkan. Wakakaka...Kalo jd omputih leh gak layan bistro mabuk2 kan. Hehehe...Dinner di cafe tepi laut di dpn chalet kami tu jer. Aku mkn chicken chop, Cik Abg Chomel mkn nasik + ayam msk kunyit + telur dadar. Menu2 diorg semua dlm english. Sampai nak mintak menu masakan panas dlm bahasa melayu pong we all rasa kekok + adik yg amik order tu plak cam pelik bila kami order! Hehehe....

Keesokkan harinya tu, aku dah berazam konon nak bgn pagi2 nak menikmati keindahan cahaya pagi di 10 pulau tercantek dunia ni... Oklah, aku bgn kul 7.00am..matahari pon cam nampak x nampak lg sbb subuh2 hari td hujan renyai so, pg tu mendung la cuacanya. Sejuk jer pemandangan mata nih. Bestnya kalo hari2 aku dpt tatap pemandangan camni. Huhu...Aktivti pagi tu Cik Abg Chomel ajak berjalan menyusuri pulau. Dari Teluk Air Batang ke Tekek. Ke2-2 kampung ni dipisahkan oleh bukit. Kalo xnak jln kaki, kena naik bot. Tp kitaorg x tahu time bot camner so decide jln kaki jerlah redah memanjat bukit. Disamping dpt menikmati pemandangan yg indah, kami jugak dpt exercise sekali skala kan. Hehehe..jauh tuh....Aku rasa ader 10km pergi balik. Huhu...Kg. Tekek ni cam ibu daerah lah. Airport kat sini, bank kat sini, kedai2 pon byk kat sini, Pejabat2 kerajaan kat sini dll. Sampai di Tekek, kami breakfast duluuu...pastu aku ckp kat Cik Abg Chomel aku x sabar nak p snorkling kat Taman Laut nuu...Cik Abg Chomel kata OK!!! Hehehe..best2....syiokkkk wooo dpt terjun dlm laut. Nak2 plak dpt snorkling melihat keindahan hidupan di dasar laut kan. Cantekkkkkkkkkkkkkkkkkkk gilerrrrrrrrrrrrrrrr. 1st time aku snorkling ni tau. Air laut dia x yah ckpla kan...jernih sejernih-jernihnyaaa. (Actually aku nak lepas geram kat Pangkor hari tu..x dapek nak berendam sbb Iris ader kan...huhu) Best babe...serius wa ckp sama lu!!!

Kul. 12.00pm kami dah standby kat jeti. Cik Abg Chomel terpaksa blk awl sbb nak bukak kedai plak kan. Huhuhu...sedih..kejap jer rasa. X puas lg la abgggggg nak berendam & nak main dgn ikan2 tu. Huhu...Cik Abg Chomel kata, "xperlah..lain kali kita dtg lg yer syg...???" Heheheh.....ok! Great experience w'pon sehari semalam jer. InsyaAllah, lain kali murah rezki panjang umor kitaorg dtg lg. Mestiii punyaaaa. Dgr2 cam bulan Julai kan bang? Ekekekekek...So, itulah cerita percutian yg tidak disangkaa-sangka oleh kami. Semoga hubungan yg terjalin ini berkekalan selama-lamanya. Dan kita mulakan tahun baru ini dgn penuh rasa kasih sayang dan bunga2 cinta yer? I will do the best for u...Promise!!! Lastly, I lurve u so muchhhhhhhhhhh... Ummuuaahhhh !!! :- P

03 April 2009

Nostalgia Empeng Nyior & Buai Laju-laju....


Empeng Nyior :

Huhu...kenikmatan empeng nyior yg tiada tandingannya. Nak2 plak bila Wan yg buatkan. Smlm, genap 3 minggu Wan tinggalkan aku Tp. aku x pernah lupakan Wan dan aku cuba mengembalikan segala kenangan aku bersama Wan. Ahad baru ni sebelum aku ke pusara Wan, aku ke Pekan Sehari Maran dulu. Segalanya semata2 utk mengingati segala nostalgia aku bersama Wan. Dulu masa kecik2 bila time cuti sekolah, Wan mesti bawa aku blk kampung. Pastu bila tiba hari Ahad, kitaorg tunggu kete sapu utk pergi ke Pekan Sehari Maran. Seronoknyaaa time tu. Hehehe..Setibanya di Pekan Sehari, menda per-1 yg terlintas di fikiranku ialah "empeng"...Aku pon terus beli empeng tu utk dibawa pulang ke Kuantan. Sedapnyaaa x terkata bila mama yg buatkan semlm dan syahdu jer bila mkn sbb teringatkan Wan. Huhu...semoga Wan terus tenang dan aman di sana...InsyaAllah, minggu dpn Along dtg lagi ziarah Wan yer? :)


"Buai laju-laju, sampai pokok sena...
Apa dlm baju, sekuntum bunga cina....."

Erm, kelmarin si ayah bwk anak daranya bermain2 di playground. Wah, apa lg....riangnya hati bukan kepalanglah si anak dara. Hehehe...Konon main buai cam org beso. Org nak pegang dia x bg. Riso jer t'jatuh ke terlepas tgn ke kan...Eeee...geram betol...badan pong lembik lg. Huhu...apa2 ajer la Ayrissa oiii..jgn t'cedera udah...Jom layannzZzz video dia laks...(erm..tingat lak zaman budak2 dulu..suka sgt main boian kan? Hehehe...)

video

"Buai laju-laju...aku nak kawennn dgn anak rajaaaaaa......" Hahaha...

02 April 2009

Pssttt...pssttt...

Erm, aku cam terbayang2 sesuatu yg indah lah yg sedang menanti....InsyaAllah, mudah-mudahan tercapai jugak hasrat...Moga Allah memberkati kami. Amin....

01 April 2009

PENGUMUMAN :

- Iris menangis on behalf aku tuh..uuuwwwaaaa... -

FYI :

1) YM/FACEBOOK/E-BUDDY/FRIENDSTER/ DAN SEGALA MCM YG SAMA WAKTU DENGANNYA TELAH DI BLOK OLEH MOH....SO, AKU DAH X BULEH NAK CHATTING DLL. TENSIONNNN GILAK TP APAKAN DAYAKU. "SAYA YG MENURUT PERINTAH"..HUHU..
(WAJARKAH AKU PERGI KE TM UTK REGISTER BRODBAND???) :((


2) KEPADA SEMUA PEMILIK WORDPRESS, AKU BULEH BUKAK BLOG KORANG, TP X BULEH NAK DROP KOMEN...AKU PONG X TAHU NAPA...SORI SGT2 :(


3) HP AKU BATERI KONG TERUS..LUPA NAK CAJ SMALAM...DAN LUPA PULAK NAK BWK CHARGER TADIKKK...ARRRGGGHHHH.....APA PUNYA SUEIII LAH HARI NI..LOST CONTACT!!! :((


4) HUBUNGI AKU VIA EMAIL OR TEL. OPIS YER KOT2 ADER SAPA2 YG NAK HUBUNGI AKU LAH...HUHU :(


SEKIAN....