Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

31 December 2008

~ SUKA DUKA 2008 ~

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan utk meneruskan sisa2 kehidupan pada tahun baru ini. Tahun 1430 H baru saja menjelma dan disusuli pula tahun 2009 pada hari esok. 2008 terpaksa aku tinggalkan dgn 1001 suka duka kehidupan. Perjalanan kehidupan yg x pernah sunyi dari apa jua masalah. Kembara rindu yg tak pernah sampai ke penghujungnya. Dan cubaan dan dugaan yg kadang2 menggoncang keimanan insan kerdil spt ku.. Hari ini; 31.12.2008 merupakan hari terakhir kita di tahun 2008. Org kata tahun 2008 ni 'ong' sbb ader No. 8...Hehehe..itu fahaman org2 cina la. Tp. bagi aku, 'ong' pada tahun 2008 ni adalah hadiah yg paling berharga yg x pernah aku terima sepanjang hidup ku adalah lahirnya Nur Ayrissa Zairezal pada 06.02.2008. Kehadiran dia dlm hidup kami melengkapkan segala-galanya. Aku bersyukur kerana diberi peluang utk bergelar seorg ibu. Terima kasih Tuhanku atas anugerah terindah ini. Aku bersumpah akan menjaga amanah yg Kau berikan kpdku ini sebaik mungkin....

2008 jua kulalui dgn segala macam perit jerit kehidupan. Ya Allah, andai segala dugaan-Mu ini menandakan tanda kasih sayang-Mu terhadapku, teruskanlah Ya Allah...kerana dgn kasih syg-Mu inilah aku mampu bertahan menjadi setabah2 manusia. Dgn kasih syg-Mu ini jugalah membuatkan aku lebih bersemangat utk menghadapi hari2 yang mendatang. Biar beronak dan berliku kehidupanku sbg seorg anak, kakak, isteri dan ibu, aku sanggup Ya Allah...kerana aku pasti segala dugaan dan cabaran yg Kau berikan kdpku pasti ader sesuatu yg indah yg sedang menanti...Tiada pengharapan yg besar bgku cuma cukupla sekadar Kau memberkati perjalanan hidupku dan sentiada memayungi aku dgn taufik dan hidayah-Mu...Biar selebat manapon air mata kedukaan yg mengalir, aku pasrah dan redha atas segala yg Kau tentukan atas hidupku...Cuma aku pohon dari-Mu, kuatkanlah semangatku dan tetapkanlah imanku untuk menempuh segala onak dan duri ini. Andai di tahun baru ini ujian yg Kau berikan lg mencabar ketabahaku, aku redha Ya Allah...kerana hanya pada-Mu aku berserah...

Sebagai manusia biasa, aku juga ingin mengecap bahagia seperti insan lain. Dan aku percaya, korang diluar sana pon sama kan?Hehehehhe.....Terima kasih atas segalanya dan terima kasih jua kerana menggembirakan hidup aku. Semoga tahun 2009 yg akan menjelang esok akan membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Semoga segala apa yg kita impikan akan tercapai dan semoga kita semua menjadi insan yg lebih baik dari sebelum ini. Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H dan 2009 dariku untuk mu!!! :))

Sekian, terima kasih.
P/s : Wahhhh...mentang2 tahun baru, layout & header Cik Puan Adda nih pon dah tuko baru yek? Hehehehehe.....Mestila, dlm mood tahun baru, semuanya mesti nak baru...Kui3...!!! Tema header colourful sbb nak tahun 2009 dipenuhi dgn warna warni kehidupan. Cewahhh...tema background black plak sbb x kira perjalanan kita gelap ke cerah ke, kita kena terus gagah melangkah...kan?X gitu? Huahauhauha....

30 December 2008

MAAF !!!

Hanya kemaafan yg layak ku pohon darimu. Mungkin tutur kata aku td telah menyentuh perasaan mu tp percayalah, jauh disudut hati ku bukan untuk menyakiti. Kesabaran aku semakin menipis tika itu. Dan akhirnya, aku mengeluarkan sedikit segala apa yg aku pendam selama ini. Bukan maksud utk menderhaka kpd mu..kerna ku sedar, tanpa mu siapalah aku....Salahkah aku jika aku ingin menegakkan benar dipihak ku? Salahku aku jika aku ingin memberi sedikit kesedaran terhadapmu? Salahkah aku jika segala ini berpunca dr mu? Setiap jasa dan pengorbanan mu tidak pernah aku lupakan. Dan jauh sekali untuk aku persiakan. Tp. segala rintihan perasaan ku, kau tak pernah peduli. Segala pengorbanan aku tidak pernah kau hargai. Aku tidak pernah mengharapkan segalanya tetapi sekurang2 kau berterima kasih lah dan lebih menghargai hati dan perasaan ku. Ya Allah, ampunlah dosa2ku....tenangkanlah hati dan jiwa ragaku ini. Amin Ya Rabbal A'allamin...

Corat-coret Di Penghujung Tahun...

Erm....Salam Awal Muharram semua kengkawanku. Diharapkan korang sentiasa berada dlm keadaan sihat wallafiat. Okeh, FYI, aku bercuti agak lama...Tp x lah sampai sakan sampai stret ke minggu ni yer x? Hahahha...Oleh kerana bercuti dan kebizian, blog pon dah naik sawang...So, hari ni bos xder, aku jer ader + malas nak buat kojer, aku pon melenjan la pc nih utk update segala cerita2 di penghujung Disember ini. So, check it out babeh :

- 20.12.2008 -
Aku, mama, Nur Ayrissa & adik2 bujang aku bertolak ke Kuala Lumpur utk bercuti(drive sndirik jer, Cik Abg Chomel g T'ganu). Sebenaunya nak bawak adik2 bujang ku tu jln2 sempena musim cuti sekolah, pastu kebetolan lak keesokkan harinya nak poi kenduri kawen kat Bentong, so dah alang2 sejalan kan, terus jer bercuti ke sana. Erm..aku bwk depa semua g Desa Water Park jer. Fuh, ramai org xyah nak ckp la...huhu. Dah nama cuti sekolah kan....segala jenis bangsa ader dlm kolam tu...Muhibbah sungguh. Ayrissa suka sgt main air...Mama dia pon sama opsss...Heheheh..dok main gelongsur air tuh. Syok wooooo wa ckp sama lu....Yehaaaa angrre2... !!! Selepas bergumbira di water park, kami bergegas pula ke Sentul utk ketemu sama baby Ammar. Yerlah, dah lama aku dop jupe ngan Cik Puan Nur Fardiana ni. Nak2 lak dia baru naik opis dr cuti bersalin hari tu, so lg la seronok aku nak jupe anak dia tu. Erm...cute gilerrr Ammar ni. Hensem cam ayah dia..Opsss....cam ibu dia pong ader gok. Comeyyy...Hehehhe...To Diey kwnku, terubat rindu aku w'pon kejap jupe mu.... Bila la pulok kita dpt jupe lg. Semoga mu hepi sokmo bersama Ammar & ayah Ammar..Huahuahuahua....Erm, pastu terplanning pulok dgn Kok Nina..jupe la terus. Mak Buyung tu dijangka bersalin pd Mac 2009 kalo x silap aku, semoga selamat la yer Kok Nina. Hehehe..berseri jer muka org peknen ni...Ahaksss...

- 21.12.2008 -
Kami bertolak dr Putrajaya ke Bentong lebih kuang jam 11.30am. Erm....Putrajaya - Bentong x jauh, dlm 1jam setengah jer dah leh sampai. Tujuan kami ke sana adalah untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan Sis Ida kitaa...Alaa, entry pasal pertunangan dia hari tu ader kat sini. Erm, meriah sungguh majlisnya. Aku sampai pengantin tgh mkn beradab. Ayu sungguh kakak ku itu. Hehehehe....Oklah, Selamat Pengantin Baru lg sekali, semoga kekal bahagia selamanya. Amin..(huhu..cedih, sbb x sempat jmpa dgn geng2 dr JPM :( )
- 25.12.2008-
We wish u a merry christmas lalalalalalala.....Erm, sempena coti Hari Natal, kami sekeluarga pergi melibur ke Berjaya Megamall. Pusing2 ternampak lak Anakku punyer fair. So, apa lai, laju jer kaki aku nih menerjah masuk ke situ. Heheheh, rembat apa sajer yg berkenan di hati beta. Rembat punya rembat cecahla harga RM60++ kesemuanya. Dan dgn resit pembelian itu jugak melayakkan Ayriss utk menghadiri sesi fotografi secara percuma. Wah, ini sudah bagus....Apa lai, aku pon terus tuko kan baju baru yg dibeli tadik. Nak pakai baju yg pihak studio sediakan xmo la aku. Mahal kena + brp hengget lak entah..Pakai baju biasa jer Ayriss oiiii...janji leh amik gmbo yer dak? Huhu, punya la ramai org..kena Q, bila turn Ayriss alamak, dia buat muka pelik & berkerut dia tu laa. Adoiiii....smileeee la Ayriss woiiii...ssh betol nak suh dia sengih. Semua gmbo masam. Sabo jerlah aku..Nnt gambo dah siap aku publish ar kat sini. Lambat lg katanya. Huhu.....
Sekian, tamat sudah cerita.....

23 December 2008

< Tentang AKU & KAMU >

Tag Dari Cik Yatt & Cik Ady : Tag nie kena cerita perihal org yg mengetag & diri yang di tag...

1) 10 Perihal Tentang Cik Yatt :
- Seorg yg nampak lemah gemalai dr luaran tp seorg yg keras hati/garang sebenarnya...
- Cun siotttt minah nih..tp sori, not available !!!
- Wife kpd Kimi & Mummy kpd Haris...
- Seorg yg baik hati dan suka tolong org selagi termampu...
- Frenly dan agak 'kakak2'...
- Kalau jual muka dia kat TV ke majalah ke confirm laku aku rasa...ekekekek
- Teman sejiwaan dan segilaan aku...
- Org 'karen'..muehehehhe
- Org Peghokkkk....ate kamu nih...Hahahah
- Setia bersama 'sang kancil'...hihihihi

2) 10 Perihal Tentang Cik Ady :
- Seorg yg sgt chomel dan hensem... kembang la tu cik ady..
- Sgt2 baik hati...
- Jua teman sejiwaan dan segilaan aku..
- "husband tipu2" aku masa kat Putrajaya dolu..hehehhe..lawaks
- Terrer masak korang tau..
- Kemana jua bersama dgn 'viva' forever dia tu...
- Pak andam...dia make-up cantek woooo...
- Seorg yg menghormati org tua dan org muda..hehehhe
- Dia jua seorg yg penuh misteriiii....
- Sahabat susah & senangku..TQVM Cik Ady atas segalanyaa...muaaahxxx

3) 10 Perihal Tentang Aku pulak :
- Anak sulung dan tunggal pompuan dlm family
- Wife to Mr. Zairezal & Mama to Nur Ayrissa Zairezal
- Seorg yg sgt 'sweet'... :- P
- Tinggi & beso cam gajoh....huahuahuahua
- Seorg yg sgt takut pada RISIKO..
- Seorg yg susah nak buat keputusan..
- Seorg yg sgt2 tabah menghadapi segala dugaan Allah...
- S.E.M.P.O.I
- Slumber & Brutal
- Seorg yg terlalu menghargai seseorg dlm hidup dia...

Thats all from me for u...Aku xnak tag sesapa dahhh..Huhu..Bubaiii..

19 December 2008

Kaulah Destinasiku....

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
Dan aku , ku layu disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku...
# Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
Tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
Engkaulah, destinasiku
Dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
Menempuh hidup yang ku temui
Dan aku , ku tunggu .. oh oh oh disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
Itulah impian aku

P/s : Ermmm, pagi td tgh driving layan lagu nih kat hot.FM lebih hangat dari biasa..Hari tu, aku dok dengar adik2 bujang aku jer nyanyiiii...Hari tu dgr cam x sedap, mungkin sbb adik2 aku tu 'mengsumbangkan' lagu tu kot. Hehehe...pagi tadi layan best la plakkkk...Aku suka lirik dia...Sgt motivasi kan kengkawan? Pastu, b4 this aku dah penah dengar gak lagu dr band Bunkface ni (dr adik2 bujang aku ler)...Dan, hari ni aku akui yg aku semakin tertarik dgn indie band cam depa ni....Yes, i likeeeeeeeeeeeeee :- P Dan esok, destinasiku adalah ke KUALA LUMPUR !!! YahooOOOooo...

18 December 2008

SEGALANYA TINGGAL KENANGAN # 18-12 #


Ermmm...ader apa yer dgn tarikh keramat 18-12 tu? Bagiku dan Cik Abg Chomel tarikh itu begitu bermakna bagi kami. Tarikh yg telah mengisytiharkan ikatan cinta antara kami. FYI, kami dgn rasminya ber'couple' pada 18-12-2001. Time tu, aku sedang mengikuti pengajian di POliteknik. Bagaimana terjadinya pen-couple-an itu aku pon x tahu laa...Mungkin ader sesuatu pada Cik Abg Chomel yg aku x jumpa pd lelaki lain kot. Ahaksss..Dan mungkin jua disebabkan sesuatu yg menyesakkan jiwaku...

Tp. tarikh itu tidak bermakna lagi buat Cik Abg Chomel. Baginya, ikatan yg terjalin pada tarikh itu penuh dgn noda2 hitam dan begitu perit untuk dikenang. Yup, aku hampir meruntuhkan segala impian yg dibina. Aku jua telah memungkiri semua janji yg telah dilafazkan. Apa sudah jadi? Segalanya berjalan begitu pantas dan tanpa sedar aku telah menduakannya...Aku semakin terhimpit dan tersepit ketika itu. Arrghhhh...kusut dan serabut. Rimas dan lemas...Huhu...Namun ku kuatkan semangat diri untuk berhadapan dgn semua ini. Dan aku hampir2 terperangkap dgn jerat ciptaanku sendiri.

Alhamdulillah...jodoh masih berpihak kpd kami. Setelah mengambil masa yg agak lama untuk membuat keputusan, akhirnya aku kembali ke pangkuan Cik Abg Chomelku..Huk huk huk...Entahlah, sukar nak dinyatakan dgn kata2. Mcm2 perkara yg bersarang dihati dan benakku ketika itu. Dan, pada ketika itu jua aku sedar yg aku sebenarnya seorang yg TAKUT berhadapan dgn RISIKO !!! Serius beb....Entahlah, mungkin jodoh antara kami begitu kuat. Terlalu byk dugaan di luar sana yg hampir memusnahkan segalanya. Huhu....

"Kepada mu suami ku, maafkan aku atas segala kesilapan lalu. Banyak yg perlu kita amik iktibar dari apa yg telah terjadi. Semoga Allah sentiasa merestui hubungan kita ini. Anggaplah apa yg berlaku disebabkan oleh kekurangan daripada diri kita sendiri. Dan kepada mu jua ku mengharapkan ikatan suci yg terjalin ini akan kekal bahagia selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah.....i love u !!! " ;-P

SEEK SOLUTION, NOT EXCUSES !!!

Dengan lafaz Bismillah, salam ku hulur sebagai tanda ucapan sejahtera untuk pengunjung blog aku yg x seberapa ini. Mmm, lg beberapa hari lg kita kena ucapkan 'bye2' kepada tahun 2008 kan? Walau tahun beralih tahun, urusan kerja dan tanggungjawab kita tetap sama dan adakalanya semakin berat untuk dipikul. Dan diri kita juga terus seperti ini. Dengan keadaan ekonomi sekarang yg memerlukan kita hemah berbelanja sedikit sebanyak memberi tekanan kpd kita. Urusan kerja di rumah atau dipejabat tidak pernah surut. Kalo dpt rehat atau bercuti pon, masih ader lg kerja2 yg kita tangguhkan dahulu. Kerja banyak, tp gaji yg kita dpt byk tu je kan? Tp, kita xleh mengeluh...anggap jer semua urusan kerja sebagai satu ibadah. Dan sebagai hamba-NYA kita patut bersyukur atas rezeki yg diberikan-NYA.
Tp sebagai manusia biasa yg x pernah puas atas apa yg ader, kita seringkali berangan nak memiliki segala apa yg ader dlm dunia ni. Tipulah kalo kita nampak org pakai kete beso x terlintas sedikit pon rasa cemburu di hati kita...setuju? Dan tipulah kalo kita tgk org tu duduk umah beso x terlintas pon di hati kita "bestnya kalo aku duduk kat umah sebeso itu"...setuju? Dan tipulah kalo kita tgk org shopping brg2 berjenama x terlintas pon kat fikiran kita "syiokkk gilerrr kalo aku jd org tu"....setuju? Dan tipulah kalo org pergi melancong oversea x terlintas pon kat hati kita "bila lah aku nak poiiii"...setuju? Dan tipulah kalo kita x dapat penuhi kehendak org2 tersyg kita x terlintas pon kat hati kita rasa sedih dah terkilan...setuju? Dan akhir sekali tipulah kalo kita tgk org muda2 lg dah dpt g Mekah menunaikan haji x terlintas pon kat hati kita "bertuahnya dia, dapat ke aku pergi?".... setuju?
Huh, kita hanya mampu mengeluh. Dan kita juga suka sgt mengata org itu ini begitu begini..."Yerlah..budak tu xperlah, anak Dato' anak Tan Sri, kerabat raja bla bla bla blaaaa....." kan? Tetapi sedar x kita yg jauh disudut hati, kita sebenarnya terlalu cemburu dgn kesenangan yg mereka miliki? Sampai bila kita perlu bermimpi dan terus hanyut dlm angan2 kosong ciptaan sendiri? Dan sampai bila kita harus biarkan segala mimpi itu umpama mimpi dlm mimpi? Huhu...apa aku mengarut nihh?Hahahahha....Tp itulah jerlah korang. Aku cuma meluahkan apa yg aku rasa. Tiada jln mudah utk kita menggapai bintang. Dan tiada jln mudah utk kita membuatkan mimpi menjd realiti !!! Sebesar manapun peluang yg diberi, kalo kita masih terus mencari alasan, beradalah kita ditakuk lama....Beradalah kita dlm kadaan kita sekarang untuk selama-lamanya...Percayalah, TIADA JALAN PINTAS UNTUK KITA BERJAYA!!! DAN TIADA MAJU TANPA SEBARANG USAHA !!! Wassalam...

15 December 2008

NETWORK 88 ~ FAST MONEY !!!

REVOLUSI YANG MENGGEMPAQKAN :
:: Kutu Pintar & Perkongsian Yang Bijak ::
~ Peluang menjana pendapatan cara mudah & berkesan dengan usahasama/perkongsian bijak berkumpulan utk SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN & BEBAN HUTANG/Pembiayaan pendidikan/kos sara hidup dan lain2 keperluan.
~ Tidak perlu modal besar,hanya bayaran pendaftaran sebagai peserta untuk menyertai Program Network 88 dan kenalkan program ini kepada rakan anda atau sesiapa jua.
~ Pendaftaran hanya sekali seumur hidup mengikut pakej pilihan (RM121 / RM250)
~ Berdasarkan konsep INSAN BANTU INSAN & sedikit usaha anda berpeluang menerima SUMBANGAN sehingga RM48K dalam tempoh 2 bulan.
~ Tiada risiko penipuan, PROGRAM YG LOJIK, RASIONAL, UNIK serta HEBAT !!!
~ BUKAN SKIM CEPAT KAYA, TIDAK kena mengena dgn SAHAM INTERNET atau E-DAGANG, BUKAN JUALAN LANGSUNG, TIDAK PERLU JUAL BARANG, BUKAN SURAT BERANTAI !!!
~ SAH disisi undang2 & syariah !!!
P/s : Alhamdulillah, sumber pendapatan ini sedikit sebanyak telah mengurangkan masalah kewangan aku tau korang.. Kepada siapa yg berminat atau ingin mengetahui details, sila email aku ek : adhoney18@yahoo.com
TQ.

11 December 2008

:: My Nur Ayrissa ::

- "Haiiii semua kwn2 mama..." -
Ermmmm...sudahla lama rasanya aku x menempek gambo anak dara aku kat sini. Lgpon xder menda sgt nak cerita. Nur Ayrissa menunjukkan perkembangan yg baik seperti budak2 lain. 6 Disember 2008 baru ni genaplah umor dia 10 bln. Begitu pantas masa berlalu. Sedar x sedar dah 10 bln aku bergelar seorg ibu. Di usia ini, Nur Ayrissa sudah mula menunjukkan kelasakkan yg kadang2 menguji kesabaran ku. Dah mula panjat memanjat...sepahkan barang, koyakkan kertas dll. Bila kita marah lg la dia buat. Yerlah budak2 umor cam gitu mana la reti kita larang ke apa ke...Selain tu, gigi dia dah tumbuh 2 btg di belah bwh (harap maaf, gmbo gigi x dpt ditayangkan di sini atas2 sbb teknikal..hehehhe). Selain pandai buat aksi bye2, dia dah pandai buat bunyi mulut..Dia ajuk apa yg kita buat. Alaa..cam bunyi bila kita letak lidah kat lelangit tu. Pastu kalo dgr lagu dah pandai angkat2 tgn menari la konon....Nak2 kalo lagu kartun wonderpet ke, tom2 bak ke (rancangan feberet tuuu). Lg Nur Ayrissa juga dah pandai main kuda2..buat aksi cam naik kuda tu. Adoi, abis aku dilanyakknyaaa.. Huhu....Pendek cerita, kesimpulannya dia dah mula paham apa yg kita ckp, bila kita sebut something dia tahu menda tu apa dan sebagainya lah. Alah, kalo korang jmpa kanak2 normal berumor 10 bln, cam gitu la perkembangannya. Cuma Nur Ayrissa lambat tang berjalan je. X merangkak2 lg, menyusur ala komando jer dr dulu. Heheheh...tang mulut mmg bising. Kuat menjeritttt.. Dan dia sgt2 soka menjerit (ayah dia kata tang itu ikut mama dia. Yerlah tuuuu...). Okehlah, utk mengikuti perkembangan Nur Ayrissa seterusnya, jgn jemu melayai blog usang ku ini. Sekian..... ;-)


- Aksi di dlm kete... -
Weekend cam biasalah, bersoka-ria bersama family terchenta. Boring dok umah, kami pon keluar la ronda2 kat bando. W'pon musim hujan, itu tidak m'jd halangan bg kami utk merehatkan minda dan mencuci mata. Hehehehhe....Lihatlah gmbo tu. Aksi gmbo disebelah atas menunjukkan Nur Ayrissa berada dlm mood yg ceria sbb dpt naik kete g jln2 kan. Gmbo belah bawah lak dirakamkan sepanjang on da way nak balik umah selepas penat berjalan. Hehehe...tgh mulut dia membebel2 bising sambil meliar memandang ke luar tingkap, tetiba sunyi sepi. Rupa2nya anak dara ku itu laloq dan ngantok..Tersengguk2 dia. Kui3..mana aku perasan, bila aku dgr senyap tuh yg aku intai tu...Tgk2 dah tertido daaaaaa. Hahahahha... Ayrissa2.....Mudah betol lena kalo dok dlm kete. Okeh, meh kita layan laks video Nur Ayrissa kat bawah sinun. Harap maaf, kualiti video tidak begitu baik. Almaklumlah cameraman amatur. Huhu.....Time ni kami dok melayan minah kecik nih berjaga. Sonok betol dia main x ngantok2. Oklah geng, sampai di sini sudah kisah Nur Ayrissa pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi dlm entry Nur Ayrissa yg akan dtg. Sekian, wassalammmmm.....

10 December 2008

DERHAKA KEPADA ALAM???

Benarkah, kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa disebabkan oleh kerakusan manusia dalam mengejar pembangunan dan kemewahan? Benarkah juga, kejadian tersebut berpunca dr sikap tamak segelintir manusia yg lebih mementingkan keuntungan berbanding keselamatan sesetengah pihak? Cuba kita perhatikan, byk kali perkara sebegini berlaku tp, tidak sedikit pon ia menjd pengajaran kpd mereka terutama pemaju hartanah, PBT yg meluluskan projek dan pihak bertanggungjawab yg lain. Sedarkah kita, dek kerana angkara mereka byk nyawa melayang dan terancam? Sebagai makhluk Tuhan, menjd tanggungjawab kita dalam memulihara alam sekitar. Bukankah setiap ciptaan Allah itu saling memerlukan antara satu sama lain? Saling bergantung untuk terus hidup di atas bumi bertuah ini? Aku jarang sekali memperkatakan soal isu semasa di sini. Sebab, kat paper hari2 korang boleh baca kan? Tp utk kes seperti ini aku rasa terpanggil utk meluahkan apa yg aku rasa. Utk mengutarakan setiap pendapat dan pandangan aku. Tp, siapalah aku....Hanya insan kerdil yg menumpang teduh bg meneruskan sisa2 kehidupan....

Kepada para penduduk di atas puncak mewah sana, sedarlah yg sebenarnya alam sedang marah dan murka kpd kalian. Kalian juga tidak patut menyalahkan pihak pemaju dan PBT semata2 kerana sikap kalian sendirilah yg mengundang kpd bencana ini. Siapa suruh korang g beli umah kat atas puncak sana kannnn? Korang sebenarnya yg membuatkan pemaju utk terus membuat projek hartanah di atas sana. Kalo xder permintaan yg tinggi dan sambutan yg m'galakkan, xkan la diorg (pemaju) terus buat projek juta2 tu kan...? Huh, entahlaaa....tepuk dada tanya selera. Setiap kejadian itu pasti ader hikmah disebaliknya. Sepatutnya kita harus bersyukur atas rezeki yg Allah bg. Nih, org bg mkanan buang, duduk menumpang kat surau/sekolah xnak..Pastu bleh maki2 org lg sbb x tolong la apa laa... Kalo org x tolong, korang dan mati kering kat atas sana tau. Nihla Melayu, mudah lupa diri. Bila kaya sket berlagak. Kalo cina india tuh lain cerita laa....Yerlah, korang boleh la buat mcm2 kan sbb korang berduit, berharta...Rumah ranap pon leh lepak hotel lg. Duit dlm bank ratus2 ribu....Kaya raya pon org bleh buat tabung sumbangan lg....Apa kejadahhhh, baik buat tabung sumbangan utk org2 miskin. Kat M'sia nih berapa ramai lg yg x cukup mkn, pakai...Kat luar negara x yah ckp laaaa...

Huhu....api kemarahan aku semakin memuncak walau pd masa yg sama aku turut simpati atas nasib yg menimpa korang. Sebelom ia terus membara, better aku berhenti kat sini jerlahhh. Semoga segala apa yg terjadi menjd pengajaran dan mengundang rasa keinsafan terhadap kita semua. Allah Maha Mengetahui & Allah jua berhak membuat apa saja atas bumi milik-NYA ini...Ya Allah, kami memohon taufiq & hidayah-MU dan lindungilah kami semua dari sebarang malapetaka dan bencana. Aminnn Ya rabbal Allamin....



P/s : Umah bosar2 juta2, surau adalah sekangkang kera jer saiznya. Peringatan la tu woiiii....

09 December 2008

Tuesday Blues -----<@

Rossa - Atas Nama Cinta

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Reff:
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta

Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

P/s : Ntah napa on da way g opis td, aku layan lagu ni kat HotFM...Fuh, touching sungguh...Sempena bulan qorban ini, PENGORBANAN KU ATAS NAMA CINTA !!! sob sob sob...

05 December 2008

Salam Aidiladha 1429H...

SALAM AIDILADHA SEMUA...
SEMOGA KITA MENYAMBUTNYA DENGAN PENUH RASA KESYUKURAN KE HADRAT ILLAHI...
DAN DIHARAPKAN SEGALA PENGORBANAN KITA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH SELALU...
KEPADA YG PULANG KE KAMPUNG, BERHATI2 DI JALAN RAYA..
INSYAALLAH....


P/S : Berkorban apa saja, harta ataupon nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia...

03 December 2008

Tukar BARU....

- Inilah dia pc lama ku...bye2 -

- Welcome my flate screen pc :)) -

Semalam aku dpt memo kata esok (hari ni) akan tiba pc baru dan bersiap sedia utk pemasangan. Wah....apa lg kan, begitu gumbira lah rasa dihatiku....Pc old fesyen aku telah selamat diserahkan kpd Unit IT utk tujuan pelupusan atau sebagainya. Sudah lama aku mengidamkan komputer flate screen ni. Setelah hampir 8 bln bekerja kat sini hari ni baru dpt yg baru. Kalo x kerana Bos aku beria mendesak Bhg. Pengurusan, ntah bila la aku dpt ek...Huhu..TQVM Bos!!! Kiranya kalo dulu aku lah antara mereka2 kat opis nih yg malang sbb masih menggunakan pc style lama. Tp. pd hari ni tidak lg. Katakan TAK NAK kpd pc monitor besar gedabakkkk...muahahahhah (eksennn..)Habis madu sepah dibuang ek.... :P So, dgn adanya pc baru nih diharapkan lebih bersemangatla aku bekerja & lebih semangat jugak utk aku melayari blog ni. Hehehehe....tp for da 1st time, aku agak pening kapla sket menggunakan pc baru nih. Cam lebor semacam jer aku tgk...Huhu.....Oklah geng, setelah sekian lama aku mendiamkan diri disebabkan bz, akhirnya hari nih dpt gak aku mengepost entry nih. Mungkin sbb kedatangan 'teman baru' ku ini membuatkan aku x sabau nak menceritakan kpd korang. InsyaAllah, nnt aku ronda2 melawat kawasan ke blog korang lak ek...Tunggu ketibaan aku tau? Cayang korang sbb setia melayari 'teratak buru' ku ini... (itupon kalo ader yg sudi la kan....) Semoga hari2 yg korang dilalui sentiasa berada dlm limpah rahmatNya. Amin....

28 November 2008

TAZKIRAH JUMAAT : AZAN & KEMATIAN

SEKADAR PERINGATAN KITA BERSAMA :
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah..." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."

27 November 2008

Dapat Award lagikkkk....

- From Sis Lily Lotus : Nice Knowing u...TQVM -

- From Sis Lily Lotus again : Frenship Never End yaa.. -

- From Sis Lily Lotus & Hajar Darlingz : Thanx alot babeh.. -

P/s : Sori babe, baru dpt letak award yg u alls bg hari ni. Huhu...better late than never rite? ;)
So, aku pong nak kasik award ini kpd kwn2 blogger aku yg tersayang. Nak tahu siapa anda, semua yg tersenarai kat dlm fren list aku kat link sebelah. TQVM...

Sama TAPI TAK Serupa...

- Kembar x seiras...hehehe -

Fuh, dah berhabuk dah blog kesayangan ku ni. Hehehe...almaklumlah lama x update. Akaks bz sket dek nonnnn....Nih, pon sempat terjah kejap. Sat2 lg nak sambung kojer balik. Oklah kita teruskan cerita untuk entry hari ni (sebenornya smlam dah nak update...x dan jugok). Gambar aweks kat sebelah aku tu ialah Zana; my schoolmate masa kat AFZAN dulu. Kebetolan laks leh kojer di satu tempat yg sama cuma lain department jerk. Dan kebetulan lg semlm kitaorg sehati berdansa memakai baju kurung berbunga biru. Pastu jenis fabrik lebih kuang sama laks tu. Cuma bunga & kaler jer lain sket. Tp bila amik gmbo sekali imbas nampok sejibik kan? Nampok sedondon jer cam nak nyanyi nasyid/koir. Mueheheheh.....Apa2 pon, janji rockkkkkk...yeyehhhhhhhhhhhhh ;-)

24 November 2008

PTK 1 - Part 1....

Huh, aku br selesai menjalani peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan atau lebih dikenali dgn nama PTK oleh org2 gomen. Adoi, jawapan dia mengelirukan sungguh. Dah la aku x study kan...hentam saja lah labuuuu....Kepada CUEPACS teroskan perjuangan utk menyahhhkan peperiksaan ini dlm sektor awam. Aku x sanggup nak baca buku yg tebalnyer mengalahkan kasut high heels 5 inci. Arrrgghhhh...otak dah berkarat, dah lama tinggalkan buku2 ilmiah ni. Huhu...Camno nak sambung digree nih? Oh NOOOOOOOOOOO!!!!!!! Kpd. JPA silalah menyemak jawapan aku itu...Kalo aku x dpt 3, kita jumpa lg thn dpt. Repeat paper....Huk huk huk....Dan kalo aku bernasib baik dpt 3 (cehhhsss berangannnn nak mammm), aku rehatkan otak dulu selama 1 thn pastu baru amik lg sekali nak dptkan 4. Hahahahhaha.....Tungguh jerlah resultnya yer? Adiosss amigosss.....

21 November 2008

Kau Kesayanganku ----<@

- Mr. & Mrs. Zairezal -

- Anakanda & Bonda -

Sayang,
Sayangnya aku padamu hanya Tuhan yg tahu
Sayangnya aku padamu tersemat kukuh di kalbu
Sayangnya aku padamu buatku rindu selalu...

Sayang,
Sayangku tidak terkira banyaknya
Sayangku tidak terhitung jumlahnya
Sayangku tidak terbilang angkanya.....

Sayang,
Andai kau tiada gelaplah duniaku
Andai kau tiada sunyilah hidupku
Andai kau tiada meranalah jiwaku...

Sayang,
Sungguh jujur kasihku
Sungguh luhur cintaku
Dan
Sesungguhnya aku sayang kamu
sepenuh jiwa dan ragaku!!!!
Sungguh.........
P/s : Apa yg aku merepek daaaaaa.... :-P

20 November 2008

19 November 2008

Bila Hari Hujan....

Bila hari hujan,
Jalan mesti jem
Jalan mesti sesak
Rasa macam arrggghhhhhhhhh......

Bila hari hujan
Punch kad mesti merah
Bukan kerana lambat
Tp kerana kereta kat jln cam apa banyaknyaa....

Bila hari hujan
Mata mesti nak pejam
Kerja pulak x hengat berlambak
Tp malas pulak nak buat...

Huhu...
Itu jerlah kisah di hari hujan...

18 November 2008

SPECIAL ENTRY : Congratulation...!!!

- Adik bongsu ku a.k.a Bazri Izwan a.k.a Iwan a.k.a Pok Chu Ayrissa -

- "Saya pong nak interprem gak...bweeeekkk :-P" -

Sabtu lepas 15/11/08; aku, mama & Ayrissa menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah Pok Chu Ayrissa. Oleh kerana babah aku x dpt cuti, jd aku & mama terpaksa merelakan diri utk pergi. Erm...dlm keputusan UPSR baru2 ini, adik aku telah mendapat keputusan 4A, 1B..Fuh, sgt tidak sangka aku. Yerlah, korang nak tahu x, adik aku tuh dah la maleh study pastu kojer dia asyik main jerk. Dah berbuih dah mulut aku nih membebel ke dia. Tp. paham2 jer ler budak2...Buat donno jer. Huh, sabo jerlah...Menjelang trial, aku brain wash lg dia. Kata itu kata ini, bebel itu bebel ini, nasihat itu nasihat ini..Akhirnya nampak gak la kesungguhan dia membaca buku. Dan utk trial dia berjaya dpt 3A, 1B...Mid term punya exam langsung xder A korang tahu..Tu yg kena brain wash dgn clorox tu. Hehehehe...Dan alhamdulillah, setelah air liur aku nih ntah berapa liter tersembur keluar, dia berjaya gak dpt 4A, 1B dlm UPSR sebenar. Oklah tu kan....W'pon x m'dpt 5A, dia tetap cemerlang di mata kami sekeluarga!!! Utk adik, Along nak ucapkan TAHNIAH dan semoga impian adik utk masuk ke sekolah berasrama/sekolah rancangan khas akan tercapai. Huh, hadiah x hengat mintak ngan aku. HANDPHONE!! Adoiiii..aku beli yg nokia murah2 tuh jd la kan. Muehehehehe......asal dia nak bergaya ader HP sendirik udah ler... :-P

17 November 2008

TAG Manjang....

TAG FROM BABY TIGER : Hampehsss...kau membalas dendam yer? xper2..Nah, amik neh :
1. Anda rasa anda seorang yang manja? X...tp manja ngan Cik Abg Chomel jerk :-P

2. Sejauh mana sikap kematangan dalam diri anda? Bergantung kpd keadaan semasa...

3. Agak2 anda akan mengakhiri zaman bujang - Mac thn lepas....

4. Berapa lama anda perlukan untuk serasi dengan pasangan anda? Ntah...x perasan plak bila sherasinyer...Tp 6 tahun bercintan!

5. Apa pendapat anda tentang pasangan anda sekarang? Dia yg terbaik !!!

6. Umur anda ketika menyewa beli kenderaan hasil titik peluh anda sendiri - Soklan x clear nih. Tp smpai ke hari ni aku lom sewa beli kete..

7. Lelaki idaman yang selalu anda impikan? Yg pandai mengambil hati dan memanjakan diriku..ahakss...

8. Berapa kali anda jatuh cinta sepanjang kehidupan anda? 2 @ 3 kali kot...Hahahaha...

9. Apa yang akan anda lakukan andai pasangan hidup anda berlaku curang? Boleh blah dr hidup aku serta merta. Tiada peluang ke-2!!!

10. Anda sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan? Dah ader anak sorang x bersedia lg ke? Hehehehe...

Tag: Ayu, Masviona, Azura & Nurmala....

Hutang TAG!

- Sgt buwuk okeyyyy aku punyer "workstation" -

Tag From Nurmala : My Workstation ~
Syarat-syarat nye adalah seperti berikut :-"snap workstation anda. then... taruk link blog anda kat bawah gambar workstation anda...lastly...tolong pass tag aku ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa" > Anim, Yayatt, Cik Ady ( 3 jer la wehhh) <

- Muka comot br lepas lunch....tp tetap anggun gitu :-P -

Tag from Haja Darlingz : The PURE Picture ~
The rules:
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
- Huh, baiklah...ni dtg kemalasan nak wat kojer..aku snap la kejap.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
- Huh, baiklah...x touch up apa pong...
3) Post that picture with NO editing.
- Huh, baiklah...post lah ni..ORI gitu...
4) Post these instruction with your picture.
- Huh, baiklah....
5) Tag 10 people to do this ~
- Kak Nisah, Adha, Ayu, Masviona, Cik Reen (5 cukupla weh....)

12 November 2008

GOOD LUCK !!!

Semalam, bermulanya perjuangan adik2 kita dlm peperiksaan SPM. Harapan ibu bapa, para guru dan ahli keluarga terlalu tinggi agar anak2, anak2 murid & adik, kakak atau abg mereka berjaya. SPM penentu hala tuju dan masa depan kita semua. Lihatlah diri kita sekarang. Dgn kejayaan / kegagalan SPM yg lepas, kita boleh lihat pd diri kita hari ini. W'pon zaman SPM ku telah 8 thn berlalu, namun kekesalan itu masih berbekas hingga kini. W'pon aku tetap bersyukur kerana dpt meneruskan pengajian ke peringkat diploma di Politeknik, kekecawaan dulu masih berkesan sampai ke hari ini. W'pon keputusan aku tidaklah seteruk mana, kehampaan tetap bermaharajalela di hati. Untuk mama & babah, maafkan daku anakmu yg tidak cemerlang dulu. Tp seharusnya kalian bangga kerana memiliki anak seperti ku. W'pon aku tidak sehebat mana, tanggungjawab aku terhadap kalian tidak sekali aku abaikan. Dan dgn rezki ku yg begitu murah juga, aku dapat membantu kita sekeluarga. Biarlah impian dan cita-cita ku utk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah ditangguhkan dahulu bg memberi laluan kpd adik-adik. InsyaAllah, dgn adanya duit dan gaji sendiri sekarang, aku pasti mencapai impian ku itu suatu hari ni tanpa sesekali menyusahkan kalian lg ibu bapaku. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan kalian membesar dan menyekolahkan aku akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.....

- My 2nd lil' bro : Baazri Halmie a.k.a Emy -
To Emy, Along nak ucapkan All da best!!!. Semoga Emy dpt menjawab dgn tenang & baik. Along doakan semoga Emy berjaya dan dpt melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. Good luck yaa !!! Kalo dpt result bagus nnt Along belanja & bg present ok.. Hehehehe...

11 November 2008

Kami 3 Beranak...

- Yo! Yo! -

- Ayrissa with Mr. McD -
Mlm semalam, aku cam teringin nak mkn Kenny Rogers. So, mengajakla Cik Abg Chomel p megamall utk menjamu selera. Hehehe...Ayrissa pon sempoi dgn memakain bj tido ajer. Maleh la aku nak bergaya sakan kan. P mkn jer pong....Nyum2, sedap betol Kenny Rogers tu. Tp x puas aku nak meratah ayam tu. Ayrissa dia bantainyer menjerit sepanjang berada dlm restoran tu. Isk..potong stim tul la budak kecik tu. Dia nampak mknan, apa lg....suruh suap la...aduh. Kaco selera betol la budak kecik ni. Hehehe.....Dok dlm baby seat tu bkn nk dok diam....Mama nak mkn pon x tenang Ayrissa oiiiii....Erm, tu jerlah cerita yg nak cerita...Bye!!!
p/s : Huhu..kesian kat Ayrissa, pagi td dia jatuh tilam. Tilam kami yg spring tu. Aderlah dlm 5 inci tingginya. Aku tinggalkan dia kejap. Dgr2 dah meraung dah kat bawah tilam (ayah dia kat ruang tamu). Tu x pakai katil tu..kalo pakai katil lg la tinggi jatuhnya. Soriiiii syg....sian sgt smpai berdarah bibir dia. Tp sib baik pas pujuk dia diam. Xper, Ayrissa kena jd anak yg kuat tau. Sakit sikit2 tuh adatla kan. Jgn manja sgt tau Ayrissa....Huhu...Apa2 pon aku tetap rasa bersalah pd pagi td. X sabar nak blk umah jmpa Ayrissa. Mesti bengkak bibir dia. Tang muncung lak tu luka. Huhu.. Kesiannnnnnnnnnnnnyer kat anak aku !!!

10 November 2008

Selamat Pengantin Baru....

- Selamat Pengantin Baru Amy & Ida -

Seperti yg dikhabarkan dlm entry lps yg penuh suspen (kui kui kui...), Sabtu baru ni kami bertandang ke majlis perkahwinan Badang Negara iaitu saudara Amirul Hamizan Ibrahim. Kepada peminat sukan tanah air mesti korang kenal gerangan jejaka ini. Hehehe....utk yg x brp familiar, meh aku kenalkan kat korang. Amirul nih atau lebih dikenali dgn nama Amy dikalangan rakan atlet merupakan ahli sukan angkat berat negara. Anak kelahiran Rompin, Phg ini pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi 3 pingat Emas di sukan Komanwel 2002 di Manchaster. Beliau juga turut layak menyertai Sukan Olimpik Beijing baru2 ni. Walaupon gagal mencapai sebarang pingat, Amirul telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan yg dipegangnya sendiri dan berjaya menempatkan diri di kedudukan 7 terbaik dunia. Satu pencapaian yang harus kita banggakan. Utk makluman korang, Amirul ni kecik jer org dia. Tp gagah perkasa orgnya...Muahahhaha. Sukan angkat berat bukan utk golongan org yg 'big size' jer tau....Huhu..Oklah, berbalik kpd cerita perkahwinan td, antara tetamu DiRaja yg diundang adalah Tengku Mahkota Pahang & isteri berangkat menyempurnakan majlis. Majlis yg meriah itu telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Rompin. Sekian utk cerita gmbo per-1.

- Kami bersama pengantin.... -

Haaa...mesti korang tertanya2 kan apa kaitan kami dgn saudara Amirul ni. Amirul nih merupakan rakan seperjuangan kami masa zaman atlet dulu. Dia juga merupakan rakan sepasukan Cik Abg Chomel. So, korang leh agak la kan kenapa Mr. Zairezal 'chomel' banget...Hehehe...Cik Abg Chomel main kategori atas, Amirul main kategori bawah. Sbb dlm sukan angkat berat, kategori paling minima adalah 56kg. Amirul mengambil bahagian dlm kategori 56kg, Cik Abg Chomel kategori 94kg. So, x heranlah kenapa Amirul berbadan kecik dah Cik Abg Chomel berbadan beso. Kui kui kui...Erm, dikesempatan ini, ramailah rakan atlet yg hadir. Huhu, teringat la pulak segala kenangan pahit dan manis di zaman atlet dulu. Zaman kami2 semua menyertai Sukan M'sia @ SUKMA. Bestnyaaa.....Tp, korang x tahu lg kan aku main acara sukan apa?Hehehe..nntlah aku story mori pasal aku lak ek. Ahaksss....Tp. aku idaklah sehebat Amirul tu. Aku cuma dpt mewakili negeri Phg jerk di SUKMA. Huhu....Tp. aku tetap bangga menjadi Atlet Negeri Pahang. Bukan calang2 org tau leh main SUKMA... :-P

- Kami bersama coach Cik Abg Chomel -

Abg pendek di tgh2 kami tu ialah coach Cik Abg Chomel dulu. Baik tau coach ni. Dia merupakan coach import dr negara China. Coach ni jugak telah ramai melahirkan ramai atlet bertaraf dunia dr China. Korang sedia maklum la, betapa hebatnya China dalam apa jua jenis sukan. Nak2 dlm sukan angkat berat kan. Memang diaorg taiko la. Huhu...Sekarang ni, coach ni telah jd coach utk National Team. X jd coach Pahang dah....Coach ni slalu ajak kitaorg ikut dia blk China tau. Ajak melancong ke China. Kitaorg kata nnt cukup bajet kitaorg ikutla..Hehe...Bahasa Melayu dia kureng sket. Sengih jer lebih coach pendek ni...Muhehehehe...Jgn marah ek coach ;-P

- Hek ellleh....nak interprem gak budak kecik nih.... (on da way back to Kuantan) -

Oklah kengkawan. Itu la cerita perkahwinan org yg dikenali itu...Di sini, aku nak ucapkan sekali lg : Selamat Pengantin Baru kepada Amy & Ida (Ida ni atlet equestrian negara). Semoga berbahagia ke anak cucu cicit cuit...Gmbo korang kuar paper mingguan m'sia smlm. Hehehehe...Adiosss.

07 November 2008

AGENDA ESOK : KENDURI KAHWIN SITU SANA SINI

BULAN NOVEMBER NI MMG MUSIM ORG KAWEN AGAKNYA KAN? BUKAN SAHAJA BUDAK2 SONOK NAK CUTI SEKOLAH, ABG2 BUDAK & KAKAK2 BUDAK PON SONOK NAK MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN. HEHEHEHE....SO, START MINGGU NI HINGGALAH MINGGU TERAKHIR NOVEMBER, KAMI SEKELUARGA AKAN MEMENUHI UNDANGAN PERKAHWINAN PARA SAHABAT DAN KENALAN RAPAT. ESOK, KAMI AKAN KE ROMPIN, PAHANG BAGI MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWIAN SEORANG 'YANG DIKENALI RAMAI'...JENG JENG JENG...SIAPA DIA YER? KLU : DIA BUKAN ARTIS TP TERKENAL DIKALANGAN RAKYAT M'SIA !!! OKLAH...UTK MENGETAHUI SIAPAKAH GERANGAN PENGANTINNYA ITU, JGN KE MANA-MANA, KITA JUMPA LG SELEPAS INI. :-p

06 November 2008

~ 06.11.2008 ~

- "Saya dah 9 bln dah hari ni tau? " -
Hari ni bertarikh 6 November 2008 dalam tahun Masihi. Ader apa yer dgn tarikh ni? Erm...hari ni genaplah 9 bulan umur anak dara ku itu. Begitu cepat masa berlalu...Dah semakin membeso anak dara ku itu rupanya. X banyak pekembangan yg dpt dilihat pd usia ini. Selain pandai buat aksi 'bushuk' dia tu (bila kita sebut bushuk dia paham & terus buat aksi tu), dia juga dah pandai turun dr buai sendiri. Kejadian terbaru berlaku pada pagi semalam. Wan dia sedar dah merengek bawah buai. Sib baik dia x nangis meraung...x sakit agaknya. Selain itu juga, dia dah semakin melasak. Dalam walker ke menyusur ala komando ke, mmg dah x leh dibiarkan dia bermain sorang diri. Mesti lakukan pemantauan atas ini budak. Kalo x, mau lepas keluar rumah kalo pintu grill x tutup ataupon lepas ke dlm toilet. Heheheh...Perkembangan lelain, gigi belom tumbuh lg. Bila ntah nak tumbuhnyer. Huhu...merangkak & duduk pon belom lg. Agaknya dia nak terus berdiri kot...sbb dia slalu berdiri kalo dok dlm stroller dia...Xperlah....apa2 perkembangan dia nnt aku update ok. Jom layan video Ayrissa masa dia berumur 2 bln dulu. X puasnya nak tatap wajah dia time baby...Sekarang muka dia pon dah byk berubah. Kan? Ok, can cin cau dulu...

05 November 2008

CINTA vs RINDU ----<@

Aku,
x pernah jemu bercerita tentang rindu...
x pernah lelah berbicara tentang cinta...
Bila rindu hadir, di situlah adanya cinta...
Dan bila cinta datang di situlah terletaknya rindu...

Percaya atau tidak,
Bila cinta pergi, hati lah tempat yg paling sunyi...
Bila cinta pergi, hati pasti dibelenggu rindu...
Sungguh leka aku merindu...
Sungguh setia aku menyinta...

Tapi,
Penamat segala cinta & rindu ini entah di mana noktahnya...
Penghujung segala cinta & rindu ini entah di mana hentinya...
Akhirnya aku terus hanyut dan lemas dlm lautan rindu...

P/s : Hanya cinta & rindu kepada-NYA yg kekal abadi.....

04 November 2008

:: AWARD FROM KHAS LYSHA & AYU ::

- TQ very much babehhh...muuaahhss -

Ok, aku nak kasik award nih kat depa2 nih lak :

1) Anim

2) Cik Yatt

3) Nurmala

4) Ady

Waktu Yang Berharga....

- K.A.M.I @ Taman Gelora... -

- Waktu utk bersiar-siar... -

Tiada apa yg paling membahagiakan dlm hidup ini apabila kita dpt meluangkan waktu bersama insan2 tersayang. Sesibuk mana pon kita seharian, kesempatan untuk bersama keluarga wajar kita gunakan sebaik mungkin. Cuba anda semua bayangkan, waktu kita di pejabat sahaja dah 9 jam itu belum termasuk waktu kita keluar rumah, balik dr kerja, overtime, jln jem dan sebagainya. Tup tap tup tap...dekat kul 7 br kita sampai umah. Pendek kata dr terbit fajar hinggalah terbenam matahari kita meninggalkan anak/isteri/suami. Untuk wanita2 yang bekerjaya, anak2 ditinggalkan di umah baby sitter atau nursery. Balik umah dah dekat dinihari berkejaran pulak menguruskan hal rumahtangga. Sempat bermesra dgn anak pon beberapa minit jer agaknya. Bila dah nak tengah mlm, anak pulak dah ngantok nak tido. Huhu...begitu pantas masa berlalu. Kesiannya kat anak kita kan?

So, kpd anda2 yg bekerja dan jarang meluangkan waktu bersama anak2/isteri/suami tercinta, luangkanlah sedikit masa untuk bersama2 mereka terutama dihujung minggu. Kasih sayang dan belaian manja kita amatlah mereka perlukan. Sesungguhnya tiada harta yg paling berharga dlm kehidupan ini melainkan anak2/isteri/suami yang telah dianugerahkan oleh Allah kpd kita. Percayalah, kasih sayang yg abadi akan kekal bersemadi dihati selamanyaaaa.....

31 October 2008

Pertemuan yang dinanti.....

- Kakak-kakak kesayanganku.... -
Setibanya di Putrajaya Jumaat lps, hati bagai x sabar utk berjmpa dgn mereka. Kebetolan lak aku sampai masa diaorg tgh wat jamuan raya utk team koir. Langkah kanan aku rupanya. Hihihihi....So, dptlah jmpa dgn x-koirmate aku dulu...HUhu..rindunya nak menyanyi lagu2 patriotik lg. Kusyuk dan excited sgt dpt jmpa smpai x dan nak snap gmbo kengkawan yg lain. Aku tiba pon dah lewat. Dan nak abis ofis hour dah time tu. Bkn main seronok aku...Iris pon turut sama merasai keseronokan aku itu. Bkn main suka dia menjerit kegirangan bermain dgn unty2 & uncle2 dia. Hehehe...Utk makluman jugak, aku dok usung Iris selama 7 bln lebih berkoir tau. So, aku rasalah kan..sbb tu lah Iris pon cam dah lama je kenal diaorg. Tu yg xder masalah tu org dok usung dia ke hulu ke hilir. Hahaha..logik x? Opss..lupa lak nak kenalkan wanita2 di dlm gmbo di atas. Mereka ialah Kak Fiza, Kak Yanti & son & Kak Ida. Selain team koir, mereka juga team netball aku dulu. Huhu..rinduku terubatttt. Len kali kita jmpa lg yer? InsyaAllah andai Tuhan masih lg mengizinkan....

- Kawan-kawanku yg setia... -

Lg antara pertemuan yg dinanti2kan. Ahad lepas kitaorg plan nak berkumpul di umah Cik Mel (tqvm Cik Mel sbb sudi menerima kunjungan kami dan mempelawa kami tido di umah kamu). Tp. x dpt nak spend time sebaik mungkin sbb Iris demam dan merengek jer. Gambo pon x sempat nak pose cun2. Huhu...dah nak blk br pose sbg tanda kenang-kenangan. Mereka yg berada dlm gmbo adalah Cik Mel & Cik Mel Jr. (Damien yg hensem banget), Nad, Suya & Cik Anim no-ne. Tgk la gmbo giler Cik Anim tu. Elleh, ingat chumel sgt la tu...Ekekeke. Utk makluman Cik Anim adalah kwn aku yg plg GILA. Mereka semua kwn2 sepolian aku dulu. Dan mereka juga tetap setia bersama ku hingga kini. Thanx a lot frenz. Kehadiran korang dlm hidup aku amat2 aku hargai. W'pon dpt jmpa sekejap jer, tp itu sudah cukup melegakan rindu di hati. Panjang umo kita jmpa lg. Frendship never end yaa...InsyaAllah.......
P/s : br sempat nak update...BZ!!!

29 October 2008

:: BABY IN DA HOUSE ::

- Kami yg keboringan sepanjang on da way ke KL -

- Iris ketemu sama Avin Damia & Unty Masviona -
Erm..pd hari Sabtu (25/10/08) pagi Iris g beraya ke umah Unty Masviona & Uncle Prebetsabu di Kajang. Peluang beraya di sini kami gunakan sebaik mungkin utk bertemu dgn rakan2 tersayang. Actually, blogger masviona ni x-opismate aku masa kat MAMPU dulu dan juga rakan sefutsalan aku. Huhu..rindunya nak futsal, kan Kak Mas? Kami disambut meriah oleh prebetsabu, kak masviona & avin damia yg sgt chomel itu. Korang nak tahu, avin damia nih nampak jer kecik, tp mak ai..aktif bkn main. Kecil2 cili padi gitu...Umo dia 1 tahun 2 bln...Avin damia suka main aum cakk tau. Cuteeee....Tuan rumah menghidangkan mee goreng basah yg sedap & tuna sadwich lg. Berselera sungguh kami mkn. Heheheh....Kpd kak masviona & prebetsabu, terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami. InsyaAllah, len kali kita jmpa lg yer..? Hug & kiss to avin damia....muuaacchss

- 3 Dara pinggitan : Zara, Raina & Iris -

- Open house Mummy Hanim..meriah weh -
Sabtu (t/hari) selepas g umah Kak Masviona, kami terjah lak ke open house Kak Hanim & Abg Ijam kat Presint 11, Putrajaya. Wah, meriahnyaa nampak. Menu hidangan penuh di atas meja. Satay, soto, laksa johor yg aku rindu, nasik impit, kuah kacang, cupcakes, puding dan mcm2 lg laa. Menyelerakan sungguh. Dan di kesempatan itulah, baby2 di atas tu berkumpul. Apa kaitan baby2 di atas tu ye? Erm..mereka semua mungkin boleh dikatakan Jr. PRISMA. Hehehhe...almaklumlah mak2 depa semua kojer kat PRISMA. PRISMA adalah tempat pertama aku berkhidmat dgn Government Of M'sia. Byk kenangan manis sepanjang aku kat PRISMA. Adoi, biasalah...bila baby2 semua berkumpul, riuh rendah la jawabnyer kan. Iris x abis2 nak melasak jer kojernya. Raina lak maintain contro ayu. Hehehe..relax jer..Bagus tul. Zara lak mood x berapa elok kot....tp tetap maintain chomel. Apa2 pon sgt seronok berjumpa dgn u all. X puas rasanya. Masa seakan mencemburui kita. Huhu..bilalah dpt ketemu kembali yaa? InsyaAllah, panjang umo, kita wat gathering lg yer? Hug & kiss to baby2 semuaaa...Muuaacchsss...
P/s : Antara detik pertemuan yg dinanti....

Buat Pertama Kalinya...

- Cian anak mama.... -

- Demam2 pon tetap maintain dgn aksi 'bushuk'nyer... -
Hari ini dlm sejarah..tanggal 26 Oktober 2008 Nur Ayrissa terkena demam buat pertama kali dlm hidupnya. Kejadian berlaku di Sg. Buloh, S'ngor di rumah Cik Mel. Antara sbb2 yg memungkinkan Nur Ayrissa terkena demam ialah cuaca yg tidak menentu (kejap panas kejap hujan), b'jln jauh dr Kuantan - KL (dok dlm kete aircond lak tu) dan ataupon sbb nak beralih bulan. Minggu dpn dia dah nak masuk 9 bln. Memula aku dah perasan napalah anak aku lain mcm jer mlm 26hb tu. Nak mengamok jer time nak tdo. Pastu xpenah2 tdo atas bahu nak melekap jer tdo melepek atas bahu kita. Rupanya nak demam. Bgn pg time nak buat susu rasa kepala dia panas jer. Erm...aku pon deras2 p basahkan tuala letak atas kepala dia. Bgn pg tu dah ok sket. Bg mkn nestum semua. Pastu pas mandi pg tu dia panas blk. Sib baik umah Unty Mel & Uncle Zahrin ader cool fever...Leh la tepek atas dahi dia nak bg panas tu reda. Pastu mkn ubat demam Damien, pastu tido. Sib baik hari tu dah nak balik Kuantan. So, sepanjang jln dr Sg. Buloh ke KL dia tdo jer dlm kete. Lps amik Pak Ngah dia kat KL dia jaga. Aktif lak...siap dok main bushuk2 lg ngan ayah. Seblm gerak ke Kuantan, kitaorg g mkn burger king dlu. Amboi, bkn main seronok lg Ayrissa dlm demam2 tu. X gaya org demam pon. Sepanjang perjalanan ke Kuantan, Nur Ayrissa tdo jer. X larat agaknya. Atau mmg pesen baby agaknya pantang naik kete mata tuh senang jer nak tdo. Hehehe...
Setibanya di Kuantan, demam dia beransur kebah. Aktif jer bermain dgn wan, atok & pakcik2 dia...Pastu esok tu demam blk. Tepek blk cool fever & bg mkn ubat. Mlm tuh nmpak cam melarat jer demam dia, g bwk p klinik. Doc kata demam dia x panas sgt. Perut pon x kembung sgt. Demam berjln jauh nih kata doc. Hehehehhe....alhamdulillah la kami dgr. Kiranya Ayrissa demam biasa2 ajer. Batuk xder, selsema pon xder. Dan semalam, 28/10/08 Nur Ayrissa dah pulih dr demam. Aku lak yg kena demam smlm. EL la aku semalam. Berjangkit ngan Ayrissa agaknya. Huhu....Tp alhamdulillah, dah baik dah hari ni. Nih yg dtg kojer update blog nih. Aku cuti lama blog pon bersawang la yer. Hehehe...Oklah..nnt2 aku update story pasal Putrajaya - KL - S'ngor lak ek. Tunggguuuuu....

23 October 2008

PUTRAJAYA Yang Ku Rindui......

- Rindu-rinduan... -

June lepas aku telah datang ke sini bg. menghadiri Majlis Perpsisahan & Jasamu Dikenang MAMPU, JPM. Dan esok, aku akan kembali lg menjejakkan kaki ke bumi gemilang Putrajaya. Kali ini tujuan aku ke sana adalah utk menziarahi kenalan rapat dan sanak saudara. Sempena bln Syawal nih leh la g beraya terus yer x? Ayrissa nak collect duit raya laaa :-P Hehehehe...Pada masa yg sama jugak, nak bwk Ayrissa jejln kat sana. Hari tu masa bwk dia, dia kecik lg br 4 bln. Sekarang dah 8 bln dah beso sket. Syoklah bwk jejln kan. FYI, esok seluruh warga Pahang coti sempena Hari Keputeraan Ayahanda kami yg tercinta. Hepi besday ayahanda!!! Semoga panjang umo & sehat sejahtera sokmo. Ekekekekke....So, kami org Phg dpt cuti smpai Isnin dpn la sambut Deepavali terus. Syiokkk woooo....Oleh sbb itu lah, aku amik keputusan utk cuti2 Mesia ke KL, Putrajaya & Selangor...
Ermmm...x sabonyer rasa dihati beta. Rindu dihati bagai x dpt ditahan2 lg. Rindu yg selama ini dibendung bakal sampai ke kemuncaknya. Rinddddduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu serindu-rinduuuuunyaaa tau? Kpd kenalan ku di sana, nantikan kemunculanku. Hehehe...InsyaAllah, semoga segalanya selamat dan kita pasti bertemu. Inilah dia jawapan utk entry Rindu Bertandang Lagi kat bawah nuuu..Ahaksssssssss :-P
Dihati terasa rindu
Dijiwa terasa sayang
Setiap hari aku merindu
Buatkan aku jd gila bayang...(Muahahaha)
Haruskah? Hanya Tuhan yang tahu... :-P