Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

18 December 2008

SEGALANYA TINGGAL KENANGAN # 18-12 #


Ermmm...ader apa yer dgn tarikh keramat 18-12 tu? Bagiku dan Cik Abg Chomel tarikh itu begitu bermakna bagi kami. Tarikh yg telah mengisytiharkan ikatan cinta antara kami. FYI, kami dgn rasminya ber'couple' pada 18-12-2001. Time tu, aku sedang mengikuti pengajian di POliteknik. Bagaimana terjadinya pen-couple-an itu aku pon x tahu laa...Mungkin ader sesuatu pada Cik Abg Chomel yg aku x jumpa pd lelaki lain kot. Ahaksss..Dan mungkin jua disebabkan sesuatu yg menyesakkan jiwaku...

Tp. tarikh itu tidak bermakna lagi buat Cik Abg Chomel. Baginya, ikatan yg terjalin pada tarikh itu penuh dgn noda2 hitam dan begitu perit untuk dikenang. Yup, aku hampir meruntuhkan segala impian yg dibina. Aku jua telah memungkiri semua janji yg telah dilafazkan. Apa sudah jadi? Segalanya berjalan begitu pantas dan tanpa sedar aku telah menduakannya...Aku semakin terhimpit dan tersepit ketika itu. Arrghhhh...kusut dan serabut. Rimas dan lemas...Huhu...Namun ku kuatkan semangat diri untuk berhadapan dgn semua ini. Dan aku hampir2 terperangkap dgn jerat ciptaanku sendiri.

Alhamdulillah...jodoh masih berpihak kpd kami. Setelah mengambil masa yg agak lama untuk membuat keputusan, akhirnya aku kembali ke pangkuan Cik Abg Chomelku..Huk huk huk...Entahlah, sukar nak dinyatakan dgn kata2. Mcm2 perkara yg bersarang dihati dan benakku ketika itu. Dan, pada ketika itu jua aku sedar yg aku sebenarnya seorang yg TAKUT berhadapan dgn RISIKO !!! Serius beb....Entahlah, mungkin jodoh antara kami begitu kuat. Terlalu byk dugaan di luar sana yg hampir memusnahkan segalanya. Huhu....

"Kepada mu suami ku, maafkan aku atas segala kesilapan lalu. Banyak yg perlu kita amik iktibar dari apa yg telah terjadi. Semoga Allah sentiasa merestui hubungan kita ini. Anggaplah apa yg berlaku disebabkan oleh kekurangan daripada diri kita sendiri. Dan kepada mu jua ku mengharapkan ikatan suci yg terjalin ini akan kekal bahagia selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah.....i love u !!! " ;-P

8 comments:

masviona said...

itu ler namanya jodoh...kalu dah jodoh tuh kuat...putus pun leh samabung balik kan...rite?

Ada Ayrissa said...

a'ah a'ah....

Baby Tiger said...

huhu aku taw apa yg terjadi lalalalala

Nurmala said...

kak, doa kan jodoh berpihak pada saya dan sayang jugak eh..AMIN!!!

YaYaTt said...

sama la ngn aku cik anim..lalalalala...
;p

Ada Ayrissa said...

Baby Tiger & Yayatt : Huhu..koranglah sahabat sejiwaan n segilaan ku.. :P

Nurmala : aminnn...

Khas Lysha said...

alhamdulillah jodoh masih kuat.. moga lepas ni lebih kuat mengharungi dugaan yg lebih mencabar.. semoga berbahagia selamanya amiin.. ;)

Ada Ayrissa said...

TQ Khas...