Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

28 April 2009

Harapan...


Juz forward sms (spt nukilan di bwh) yg aku dpt dari seorang teman mlm semalam. Babe, itulah lumrah hidup berpasangan. Kadang tu, hidup berumahtangga x seperti apa yg kita impikan. Sebelum termetrai ikatan suci, segala janji dilafazkan. Tp selepas diri ini dimiliki, janji hanya tinggal janji...Aku xnak ckp lebih. Nnt ader yg sentappp. Tp kpd kaum lelaki/suami yg m'baca blog ku ini, sedarlah...Seorg isteri tidak m'harapkan harta yg setinggi gunung. Tp cukuplah kasih syg dan bimbingan teguh utk sama2 menuju ke jln kebahagiaan. Isteri itu umpama anak kecil yg perlu dibimbing dan diambil perhatian. Tegur dan asuhlah isteri anda sebaik mungkin. Mungkin kesalahan yg si isteri lakukan tidak disengajakan atau sudah terbiasa terbawa2 semenjak dr alam bercinta. Berat amanah dan t/jawab seorang suami terhadap isteri dan anak2nya. Kalau si suami terus dgn egonya dan sikap tidak ambil tahu, jawablah anda di akhirat nnt. Fikir-fikirkanlah...

Harapan si wanita terhadap pedampingnya,
Bukan hanya utk ditemani, tetapi jauh disudut hati ingin sentiasa
disentuh dan dibelai manja...
Harapan seorang wanita kpd pedampingnya,
Bukan hanya utk dikasih dan dicintai, tetapi jauh disudut hati ingin rasa
dibimbing dan dihargai...
Bukan mengharap mulut yg terkunci, tetapi cukuplah sekadar
bicara manis menghibur hati...
Bukan mengharap diri yg kaku, tetapi cukuplah sekadar
sekejap rasa dipegang erat dan dipeluk mesra...
Dia tidak kisah digelar mengada, tidak pula malu digelar buat tabiat,
Asal hati terdetik bahagia itu sudah cukup menyenangkan...
Tp. apalah daya jika segala harapan hanya tinggal harapan...
Harapan yg tiada berkesudahan...

9 comments:

Khas Lysha said...

sedih biler rumahtangga alami masalah. semua pasangan inginkn kebahagiaan. takde sorg pon yg inginkn porak peranda. masing2 punyer kelemahan sendiri. baik isteri maupon suami. sikap ego n pentingkan diri sendiri seatutnya dah lama dipadamkan sejak akad dilafazkn. kerana perkongsian hidup ini adalah utk dunia dan akhirat. bukan utk sehari dua. juga utk seumur hidop bukan untuk diulang bg kali yg keberapa.

bykkan la berdoa jika usaha menemu jln buntu. Allah pasti mmbantu insan yg dlm kesusahan.

Ada Dalina said...

ya betolll kak khas...
sokong!!!

Diana Din said...

bila berhadapan dgn masalah rumah tangga, hnya isteri yg bagaikan org gila memikirkan jalan penyelesaian, hnya isteri yg selalu mengalah walaupun kesalahan bkn dtg dr dirinya, walaupun kesalahan yg dilakukan tanpa sengaja hnya sebesar zarah. Suami, di mana kamu ketika itu? Di mana janji yg dilafazkan ketika akad... ingtlah, lelaki yg melafazkan "aku terima nikahnya..." (emosional pulakkk..huhu)

Ada Dalina said...

kdg tu diorg ni x sedar diaorg tu sedang menyeksa isteri masing2...

cik gemuks said...

kita berutang tag ngan awak lah
nnt free kite byr yer

Ada Dalina said...

hahahha..tahu xper cik arween..
:P

adha said...

ada, dpt emel kita x? kita da emel smlm

zieha said...

uihsss..sebenornya..hal rumahtangga nie topsecret..tak baik menghebahkan kepada sesiapa..apa yang berlaku adalah satu dugaan yang ada hikmah disebalik perkara tersebut ..but as a friend, kita boleh menasihati dan memberi semangat kepada mereka yang mempunyai masalah..adehhh..mcm kaunseler plak aku nie..
Adda..office awk dekat je gan ofis kiter..nnti kita date ye kat kwee-teow sekolah teruntum tuh..hehehe:p

Ada Dalina said...

a'ah...mslh rumahtangga top secret kak zieha...
tp x salah kalo kita meluahkan isi hati tetapi jgnlah mendedahkan apa masalah dan keadaan yg sebenar...