Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

16 February 2011

Bila orang lain sedap tido.....

Lately bila malam hari jer adik cam payah nak tido. Bukan payah apa...mata dia ngantok, tp nak tunggu dia lena tu lambat. Biasanya sumbat susu terus jer tertido. Ni x, susu dah abis sebotol dia pulak dok gelisah ke kiri ke kanan. Dodoi2 tepuk2 x jadi gak (mlm adik x tido buaiii). Haiiihhh...kdg tu hangin jugaklah mama! Kalo xmo tido mainlah kan. Bila org letak dia dpn tv main dgn kakak ke tgk tv ke xmo. Dok rengek2 nanges2. Nak kata x sedap perut mama dah letak myk angin dah. Huhu...buntu jugak kdg tu! Nak2 bila kita penat kan blk kejer anak pulak meragam! :(

Biasanya paling lewat pon kul 9pm adik dah tido lena stret smpai ke pagi. Rengek2 kejut nak isap susu jerlah mlm2. Bila kita sumbat botol, diam la...sambung la tido blk. Cam smlm lg la dia buat hal. Mata dia pejam dah tido. Tp kejap2 nanges, kejap2 resah....pusing sana pusing sini. Last2 baru mama perasan hidung adik tersumbat. Patutlah dia x lena tido. FYI, adik selesema & batuk2 dah dekat 2bln. Time cucuk hr tu dah bgtau kat Dr. tp Dr. x bagi ubat utk bb yg bwh umur 2 thn. Dia suruh bg bb minum air suam jer. Huhu...byk gak lah adik minum air. Tp selesema & batuk x kebah2 gak.

Hari ni, nak mintak jugak ubat dgn Dr. kat ofis ni. Sbb kesian sgt dah tgk dia. Hingus dok meleleh jer. Dari color putih jernih ke color hijo kuning! Huhu....xperlah, hari ni try test la ckp dgn Dr. Nnt bila kita bg ubat kat adik pandai2 lah kita pantau keadaan adik. Bila adik tido x lena, mama pon turut sama tido x lena. Acu nak terlelap dia rengek2, nanges2...Tepuk2, dodoi2 baru la dia terlelap semula. Nak kaco ayah tido dok sama neman adik, x sampai hati pulak. Ntah pukul brp smlm adik nanges kuat mama angkat dukung adik lentok jer atas bahu mama. Sedar2 mama terlelap kejap dgn adik atas sofa sambil duduk. Mmg smlm rasa cam tido tp x tido. Mata jer pejam tp bknnya tido pon. Bgn pagi td mulalah rasa berat kepala. :((

Adik...adik...!!! Moga mlm ni adik x meragam lg. Kalo adik meragam x larat la mama...Huhu~


14 February 2011

Patutlaa...

Patutlah aku selalu sakit kepala...
Patutlah kadang2 tu rasa cam nak pitam (mmg pitam pon)...
Patutlah urat tengkuk ni rasa cam tegang giler, kepala pon berat jer...
Badan x yah cakaplah mmg sokmo sgt sakit2 belakang nak2 tang urat belikat & tgh belakang tu...adoiiii!

Tp aku ni jenis malas nak layan sgt...malas nak manja2kan diri!
Selagi mampu utk bgn dan buat kerja apa yg patut, gagahkan jugaklah...
Tp kalo dah x larat sgt, jgn haraplah aku nak sentuh kerja tu sbg contoh cam kerja2 umah...Lantaklah umah nak jd cam tongkang pecah ke apa ke kan? Huhu....

Kesibukan di pejabat juga sedikit sebyk menyumbang kpd kesakitan ini.
Mungkin kita asyik duduk ngadap pc je kan? Tulang belakang jd stress, mata jd berpinar...
Pada org lain mungkin dia ckp; alahhh, sakit sikit pon nak kecoh...bkn skt kronik pon!
Iyer, mmglah bukan sakit teruk, tp kalo dah terlentang sakit nnt sapa yg susah?
Mereka dan keluarga mereka jugak kannnn? Huhuhu...

Rupanya segala kesakitan yg ditanggung selama beberapa minggu ini adalah disebabkan oleh tekanan darah rendah yg dialami!
Haiihhhh, sblm ni even time peknen pon xder plak kena tekanan darah rendah. Rasanya stabil jer...Huhu!
Yang tahu pon kebetulan ade pemeriksaan kesihatan kat ofis. Try test mmg rendah sungguh...
102/69...sib baik denyutan jantung ok!
Selain tekanan darah rendah, angin dlm bdn juga byk. Angin tu biasalah kan. Lagipun lama aku x pergi berurut! Kalo pergi berurut selalu mesti badan rasa ringan jer kan? Sedapnya berurut...Bilalah dpt pergi nih? Huhu.....

Apa yg disarankan oleh pakar kesihatan kpd aku adalah amik supplement cam multivitamin and ion. Ion tu biasanya kalo kita peknen Dr. suh mkn kan? Ermmm...cam gitulah nasihatnya. Yg lain2 bykkan berehat dan minum air masak 2 botol beso. Hehehe...tu yg payah tu! :D Tp kita yg ade anak kecik nih camnerlah nak berehat kan? Tido pon x menentu. Mlm2 plg kurang 2x bgn buat susu dah terganggu dah time tido! Nak2 pulak anak dah melasak. Sepah sana sepah sini brg mainan. Yg plg x larat bila adik asyik nak berdukung & nak berjln je. Dok kendong dia ke hulu ke hilir xperlah. Huhu...camnerlah mama x sakit2 badan. Kerja umah terpaksalah ayah yg take over sikit2. Mama buat apa yg terlarat jer......

Oklah, apapon aku harap badan ni akan pulih spt sediakala. Lagi satu kita ader anak2 kecik ni kalo kita sakit nnt kesian kat diorg xder sapa nak melayan. Huhu...

- Time ni mama x sehat, tp sbb sepupu kawen terpaksa jugaklah blk kg. -




10 February 2011

Kejap jer dah 3 tahun....

Pada 6 Februari 2011 yang lalu genaplah umur anak sulungku 3 tahun. Ermmm...kejap jer rasa masa berlalu. Dah beso pun dia. Rasa cam baru lg dok kendong dia. Sekarang dah boleh berlari pon. Hehehe....

Oleh kerana time cuti CNY tu mama x berapa sehat, jd we all 1 family juz keluar mkn2 je kat McD (itupun dah mlm hari) then beli kek suruh kakak tiup lilin & potong kek kat situ. Xder party2 yer syg utk thn ni? InsyaAllah, thn depan kalo xder aral kita buat party jemput kwn2 kakak ok??? Huhu...Itupun si kakak dah sikit punya seronok bila nampak kek. So, layan jerlah gambau2 kat bwh neh. :-D


- Kek beday gurl, simple jerk... -

- Kakak potong kek... -

- Kakak with mama & adik... -

- Rupa beday gurl di usia 3 tahun... -


Ucapan to beday gurl:

Mama & ayah harap kakak membesar dgn sihat dan bijak. Mama & ayah selalu doakan agar kakak sentiasa dilindungi Allah selalu dan menjadi anak yg solehah. Jgn nakal2 tau sbb kat umah dah ader rotan standby utk menggertak kakak. Muahahahaha...(gelak jahat x mama?) Heheheh...Oklah, lastly we all luv u so muchhhhhh....muaxxxxx! :-*


09 February 2011

Saya busy!!!

Setelah puas bercuti dari hari Khamis sampai ke Isnin (Isnin i terpaksa e.l, family matter) tibalah masa untuk kembali ke pejabat pada hari Selasa iaitu semalam. Seperti biasa pagi2 lagi sampai jer kat opis aku mmg dah siap2 tapau or akan turun bfast dulu kat cafe. X suka bfast lewat sbb kita perlukan energy utk membuat kejer. Hehehehe.....Konon tapaulah apa yg patut kan, hajat nak terus mkn. Sampai je kat bilik bos panggil ngadap dia plak. Terbantut hasrat nak melantak td.

Lepas blablablabalablabla gitu2 gini dlm bilik bos, aku pon keluar dan terus melakukan kerja yg diarahkan sambil pening2 kepala! Adoiii...bagai nak pecah otak aku bila dia suruh draf surat. Nampak cam simple tp payah sebenarnya. HUhu..last aku hentam kromo jerlah. Bantai jerlah buat ayat guane2 pon. Janji siap..pandai2 la bos edit nnt. Itu baru 1 surat yer kwn2? Surat2 masuk aku belum tgk walau satu pon. X tahula ade yg segera ke urgent ke kat dlm try in tu. Claim bos pon still hold lg. Surat edaran pon ader yg masih tersimpan kat dlm folder. Huhu...petang nak miting lak. Menda apa utk miting pon aku lom prepare lg. Xper, sempat kot prepare waktu lunch nnt. Dekat kul 1.00 tghari baru la aku berpeluang mkn bfast yg aku tapau pagi td. Uwwwaaa....lapau xyah ckp ar! :((

Tup tap tup tap miting tamat pada pukul 5.45 petang! Kuar2 pada bilik mesyuarat tgk opis dah kosong. Tinggal kami yg ahli2 mesyuarat ni jer bersiap2 nak balik. Sib baik lah Cik Abg Chomel amik aku lambat sikit. Bolehlah aku siapkan claim bos dulu. Surat2 masuk mmg sori mori x dapek den nak sentuh. Sedang elok Cik Abg Chomel sampai, aku pon sedang elok siap print claim tu. Esok pagi la suruh bos sign.

Dan pagi tadi pon dok kalut siapkan kerja2 yg tertunggak. Rekod surat, edar surat, siapkan mana2 yg perlu bos sign dll. Fuhhhh....FB & blog pon sempat jeling2 cam gitu jer. X dan nak bersosiallll! Huhuhu....ni di petang hari bos pon dah keluar pergi follow PM buat lawatan, barulah aku boleh update blog ni. Kerja2 pon byk yg dah clear. Cuma aderlah sikit2 lg yg belum bereh. Xper, bos xder idaklah kalut sgt kan? Hehehehhee....


01 February 2011

Saya Menang Contest !!! :))


Yeayyyyyyyyyyyyy....

Yahhooooooo......

Yabedabedoooooo......

Ya Allah, seronok sangat sbb 1st time i menang contest. Hehehe...

Ingat x teka-teki yg aku join hari tu? Iyer, aku menjawab dgn tepat!!!!
Alhamdulillah...rezekiiiiiii!!! Syukran, syukrannn...

Kepada MummyHaza, tima kasih byk2 diucapkan atas hadiah yg sgt menarikss ituu. Lain kali buat contest lagi ekk? Ngeh3....



Semua orang seronok bercuti. Tapi tidak saya... :(


Orang cina semua sedang kalut nak menyambut Gong Xi Fa Chai. Orang india & melayu pulak sedang kalut nak bercuti la balik kampung la. Orang Johor pulak sedang kalut meredah banjir. Hehehe....Orang wilayah pulak dpt cuti free hari ni. Cuti lama beb! Sambung jerlah deret seminggu kan? Syiokk wooo...Teringat dulu masa kejer kat Putrajaya, pantang ader cuti kapit2 suka sgt....Hahahaha!

Kwn2, kakak2, makcik2, pakcik2 kat opis ni pon ramai yg dah plan nak bercuti. Aku jer yg semangat nak bekerja. Huhu...semangat x semangat. Lgpon xder nak ke mana kan? Nak relax2 dok umah kang boring pulak. Cukuplah cuti yg kerajaan bg Khamis & Jumaat ni + Sabtu & Ahad. Jumaat - Sabtu cadang nak blk kampung di Raub kejap sbb sepupu kawen. Itu jerlah agenda utk cuti ni. Lain2 yg special tarak! Duduk diam2 jerlah kat umah. Huhuhuhuuu....

Kpd anda semua yg sedang dan akan bercuti, selamat bercuti diucapkan. Berhati-hati di jalanraya. Jgn hari Isnin ni xder mood nak datang kojer sudah. Hehehehe....Oklah, hari ni mood x berapa nak baik. Byk menda nak luah and story kat sini sebenarnya. Tapi dikhuatiri fakta2 dlm story tersebut mencetuskan kontroversi yg x pasal2 pulak. Biarlah...pendam dlm hati jerlah! :(

Ok, byeee..... :)