Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

09 July 2008

Keranamu Malaysia !!!

- i LOVE M'sia -

Assalamualaikum kawan2 ku....

Alhamdulillah, dengan semangat kemerdekaan aku kembali menjalani kehidupan seharianku dengan harapan setinggi gunung. Mesti korang pelik kan, ape hal lak Ada nih merapu pasal kemerdekaan padahal Hari Kebangsaan lambat lg. Huh...(mengeluh aku seketika) apabila membicarakan berkenaan topik ini. Aku bernasib baik kerana masih lg berpeluang mendapat kesedaran tentang kemerdekaan negara tumpah darahku ini. Actually sgt touching menda nih.. Dan tanpa sedar aku telah menitiskan air mata kerana sayangkan tanah air tercinta ini.

Malaysia ini ialah negara terpilih oleh Allah. Allah telah berikan keamanan, kesejahteraan, keharmonian dan kesentosaan kepada kita rakyat M'sia. Sebagai rakyat M'sia, kita seharusnya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas kenikmatan yang diberi ini. Tetapi, dlm menghitung detik masa setiap hari, adalah kita semua terfikir adakah keamanan dan kemerdekaan negera kita ini akan berkekalan? Adakah mustahil sejarah kejatuhan Kota Melaka tidak akan berulang? Itu semua tidak mustahil kengkawan. Korang tgk sajalah apa yg berlaku dlm negara kita sejak kebelakangan ini. Perpaduan rakyat semakin tergugat. Musuh2 negara umpama gunting dalam lipatan menunggu peluang utk menghuru-harakan tanah air kita. Sedar dan terfikirkah korang?

Dulu, aku tidak mengendahkan tentang apa jua yg b'laku dalam negara kita ini. Aku x amik kesah pon pasal H****F ke, **A***** ke, S******** ke, A****** ke dll. Apa yg aku kesah ialah asalkan negara aku aman sudah. Buat apa nak ponig kepala yer x? Tuh kerja para pemimpin la yg kena fikirkan camner mau settle. Tetapi rupanya aku silap. Setiap saat kebahagiaan dan keamanan kita semua terancam. Aku sayangkan keluarga aku. Aku sayangkan negara aku. Kesedaran yang diberi telah membuka mata dan minda aku betapa pentingnya aku sebagai rakyat M'sia utk mempertahankan negara ini daripada anasir2 jahanam yang menjadi pembelot di tanah air sendiri. Menjd tanggungjawab aku dan kita semua agar bersama-sama bersatu-padu dalam mempertahankan kemerderkaan tanah air. Renung2 kanlah kengkawan. Aku merayu kepada semua rakyat M'sia. BANGKITLAH...SEDARLAH dari lamunan terhenti korang. Sebagai rakyat M'sia kita punya HAK utk mempertahankan negara kita. Sama2 lah kita memberikan sokongan padu kepada para pemimpin negara utk sama2 memerintah negara M'sia yang bertuah ini. Sama2 lah kita menghargai setiap inci tanah melayu ini dan menghargai setiap pahit getir pemimpin2 terdahulu dalam memartabatkan M'sia di mata dunia. Perjuangan mereka memerdekaan tanah air kita wajar diteruskan. Perjuangan kita masih belum selesai...Hidup M'sia !!! Allahuakbar....!!!

p/s: Terima kasih BTN atas kesedaran yang diberi.....

7 comments:

nanarizqman said...

memang seronok pi btn ni..bila la aku nak pi..tapikan, secara rasionalnya, memang kita patut bersyukur dok dlm malaysia ni.boleh belajar,boleh keje,boleh makan, boleh jalan2 etc..alhamdulillah

Ada Dalina said...

tul tuh sis nana...
tp ader gak rakyat negara nih yg x reti b'syukur....org cam tuh, g campak jer kat dlm laut bg ikan jaws mknnn...muahahhahahah

Misya Idris said...

haa... sedar pun, apa lagi, daftar lah sebagai pemilih.. ini tak..umur 21 dah lama lepas, tapi tak daftar kat SPR..kau njangan jadi artis2 malaysia yang kononnya cinta Malaysia tapi tak mengundi pun!

zino said...

semuga semangat tu berpanjangan.. yg penting kita sayang negara kita.. bukan mengadu hal dengan orang luar.. jangan ulang zaman penjajahan dulu.. asal nya suka mengadu lah tu..

adha said...

wah baru balik btn... semangat patriotik da kuar dah.... hehehehehe

mohad said...

salam... apa khabar sekarang..

Ada Dalina said...

baby tiger : muhahahahhaha....tuhla pasal..esok gak aku g daftar..insap2...

zino : tul tu bro...semoga negara kita sntiasa dilindungi Allah..aminnn..

adha : tahu x per adha..tgh semangat berkobar2 nih...

ijad : alhamdulillah...baik2 jer..