Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

12 March 2010

Kau Tiada Lagi Di Sisi Menemani........


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

******************************

Setahun sudah berlalu.......

Kehilanganmu begitu dirasai
Setiap saat tidak terhapus rindu & ingatanku terhadpmu...

"Wan, along rindu wan sgt2...."

Tiada lagi dapat rasa pelukan kasih & ciuman mesra drp wan
Percayalah wan, untuk menatap gambar & setiap peninggalan milik wan pun along masih x mampu....

Segalanya tentang wan masih terlalu dekat di hati ini
Sukarnya menghapuskan segala kenangan saat along membesar disamping wan...
Raut wajah wan, senyuman wan.., sentiasa meniti & bermain diingatan
Sungguh terasing hidup ini tanpa wan!

Wan, insyaAllah pada bulan 5 ni wan akan dpt sorang lg cicit perempuan...
Orang kata pipi "Nissa" labuh ikut pipi wan (wan panggil Ayrissa "Nissa")
A'ah...bila tgk sekali imbas mmg cam iras2 wan...
Bestnya kalo wan masih ader, mesti wan seronok bermain dgn cicit2 kan?

Wan, semoga wan terus damai dan tenang di sana...
Along sentiasa berdoa agar Allah merahmati wan & menempatkan wan dikalangan orang-orang yg DIA kasihi...
Amin yarabbal a'llamin........ :-(