Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

31 July 2009

Sayangku Solehah....

- "Assalamualaikummm semuaaaa...." -


- Eh, eh...mama pon nak interpremmm samaaa. Chebukkkk jer mama neh! -



P/s: Gitulah rupa anak daraku memakai tudung. Aiyakkk, jahatnya nyamuk nih p geget dahi Iris! (Kejadian berlaku masa balik kampung baru ni) .

29 July 2009

"Baru Aku Tahu....."

Contest jom sambung ceritaaa...dari blog UmmiAbbiQis !!!

Syarat penyertaan :
1. Semua blogger dijemput tuk menyertai contest ni, bukan blogger, pemilik friendster pun boleh atau paling komanpun ada email lah. Sebab kalau blogger korang boleh buat entry, kalau friendster, tulis cerita dalam blog frenster korang.. atau paling tidakpun send saje emel.
Nak jadi followers ke tidak, terpulang coz aku tau.. jadi followerpn tp tak follow tak besh jugakkan..

2. Mesti jadi penulis komen sekurang2nya 8 .. di lain2 entry selepas entry contest ni.

3. Ada hadiah tambahan tuk perujuk paling ramai. (so bagi sape2 yg menyertai contest ni kene bitau jugak dari mane korang tau pasal contest ni)

4. Panjang cerita mesti lebih dari 100 patah perkataan, kalau nak lebih pun takpa.. tiada had.

Dah, 4 tu jek syaratnya.


Ceritanyaaa.......


"BARU AKU TAHU dialah lelaki idaman yg sentiasa muncul di dalam mimpiku. Dia hadir di setiap ruang ingatanku, tersenyum manis menampakkan gigi dia yg tersusun cantik. Tapi, adakah dia turut merasai apa yang aku rasa? Adakah dia juga turut merindui aku sepertimana aku merindui dirinya? Oh Tuhan, aku semakin keliru!!! Bagaimana harus aku mulakan perkenalan ini? Hati ini terlalu meronta-ronta untuk mengenali dia dengan lebih dekat. Ingin mengetahui sedikit sebanyak perihal dirinya. Tapi tidakkah aku akan dikatakan "perigi mencari timba"? Ahhh, pedulilah apa orang nak kata!!! Belum cuba belum tahukan? Mungkin dialah lelaki yang bakal menjadi teman hidupku. Siapa tahu, mungkin akulah insan yang bertuah ituuuuuu. Just wait and see yaaa!

Perancangan utk memulakan perkenalan itu telah diatur. Aku akan memainkan watak utama ini dengan sebaik mungkin. Rupanya ofis dia tak jauh dari ofis aku. Macamanalah aku boleh tak perasan ek sebelum ni? Hiksss....Dan mangsa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Segaknya dia hari ni. Baju dia pon lebih kurang sedondon jer dgn aku. Cam ada chemistry la pulakkk. Hehehe...(aku perasannnn)! Dan, bammmmmmmmmmmm!!! Fail dan segala dokumen yg aku kendong berteraburan di atas jalan. Aku tanpa membuang masa terus mengutip segala barang milik aku itu. Dan seperti yg dijangka, dia turut membantu aku mengutip segala benda yg bersepah tadi. Yessssssssssssssss!!! Ok ok...coollllllll!!! Lakonan belum 'cut' lagiiii.


"Alamak, macam mana ni? Habislah aku hari ni.. Merah lagilah punch card aku!" ngomel aku sendirian sambil terus mengutip sehelai demi sehelai kertas yg berteraburan.

"Maafkan saya Cik. Saya tak sengaja." kata mamat yg hensem itu.

"Owh, it's ok. Bukan salah awak pon. Saya yg terlanggar awak td. Maafkan saya." aku yg berlagak baik. Muahahaha...!!!


Aku pun terus mengutip sisa-sisa kertas yg bersepah akibat 'rempuhan' dgn mamat tersebut. Dan selepas aku mengutip helaian kertas yg terakhir dgn tiba-tiba si dia menghulur tgn utk membantu aku bangun. Aku terus terpandangkannya dan keadaan menjadi semakin parah apabila mata aku dan dia bersatu! Aku terkesima seketika dan aksi utk lakonan seterusnya terhenti buat seketika. Aku kaku dan kelu seribu bahasa. Oh my God, inikah dinamakan cinta??? Perhhh....dup dap dup dap jantungku. Indahnya duniaaaaaaa!!!


Dalam aku cuba menyambut lembut tangan si dia, tiba-tiba 'adegan drama' kami telah diganggu oleh bunyi bising gelak tawa sekumpulan gadis remaja. Arrghhh..potong stim betul!!! Bunyi riuh itu semakin menghampiri kami dan aku melihat gadis-gadis remaja td sedang meluru ke arah kami sambil menjerit "Aaron Aziz, Aaron Aziz...!!!"

Aku terkedu. Mataku segera dikalihkan kepada mamat td dan akhirnya baru ku tahu lelaki idaman aku itu adalah Aaron Aziz, antara pelakon dan model yg terhensem di M'sia. Ya Allah, macamana aku boleh tak perasan yg dia itu adalah Aaron Aziz selama ni? Patutlah macam aku pernah lihat jer muka dia rupanya muka dialah yg selalu terpampang dikaca-kaca tv. Angau tahap kritikal dah aku ni. Akhirnya juga aku tersedar dr lamunan. Aku berlalu dan membiarkan "mimpi-mimpi indah" aku seketika td berlalu begitu sahaja. Siapalah aku jika hendak bandingkan dgn dia. Dalam aku mengatur langkah, sempat juga aku menoleh dan kelihatan gadis-gadis remaja td sedang seronok mengambil gambar dan sign autograf. Huhu....aku kembali mengatur langkah meneruskan perjalanan ku ke pejabat. Dan tiba-tiba......


"Awak....!!!Cik...cik!!!"
Kedengaran ada org sedang berlari ke arah aku dan memanggil2 ku. Tanpa membuang masa aku terus menoleh dan melihat sang putera sedang mengejar dan melambai-lambai tgn ke arahku.


Aku kaget dan menanti sang putera dgn wajah yg sukar utk dimengertikan. Berdirinya dia di depanku,,,


"Awak, sudikah awak makan malam bersama saya malam ini???"
Wakkkkkkkkkkkkkkkkkkk...!!!


Adakah aku masih lagi bermimpi??? Adakah ini realiti atau aku masih berada di alam fantasi angananku? Semuanya hanya Tuhan yg tahu.............


Sekian.





P/s: Wakakakaaaa....hensemkan Aaron Aziz tu? I likeeeeeeeeee :P !!



27 July 2009

AWARD From Cik Anim & TAG From Cik Diey :)

1. Tiada kata yg dpt kulafazkan melainkan ucapan terima kasih kpdmu Cik Anim! Hehehe...toche2, tq2, syukrannn2!!! Ummuuaahhh....So, kpd semua yg berada dlm blog list aku, aku anugerahkan award ini kpd korang pulak yer? Frenz never end yaa! ;-)


2. TAG dari Cik Diey plak. Aiyakkkkkk....

Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
~ Baru 2 bulan! :D

Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda. Dan terangkan mengapa anda terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?t?


~ Gambo nih sbb. gambo ini menampakkan Nur Ayrissa begitu manja & mengada2… Muehehehe!!!

Berapa jumlah ‘contacts’ yang terdapat di dalam handphone anda?
~ 126 contacts! :)

Sila masuk ke ‘contacts’ dan pergi pada huruf ‘M’. Berapa kenalan anda yang namanya bermula dengan huruf ‘M’?
~ 15 sajork! :D

Sekiranya diberi peluang, nombor telefon artis mana yang anda mahu?
~ Aaron Aziz! :P

Berapa jenis handphone yang anda telah guna, selain handphone yang terkini?
~ Aiyak, ia mengikut peredaran zaman ar. Tak hengat dah brp jenis.

Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan? Nyatakan mengapa?
~ Dulu, kini & selamanya CELCOM! Sebab coverage dia antara yg terhebat di planet M’sia! ;) – Kalo x best, dah lama aku tuko lain tau? Huhu…

Nada dering yang anda gunakan?
I Know What You Want – Mario Winnas

Senarai top 5 contacts yang anda selalu msg?
~ Mr. Hubby
~ Babah
~ My Bos$
~ Tini
~ Celcom *118# - Hahaha!!!

Soalan terakhir. Nama orang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
~ Mr. Hubby :*

Org yg nak di tag?
* Arween * Masviona * Zatty * Zieha * :D

22 July 2009

Aku Seorang Babysitter ^__^

Ahad - Selasa lepas aku take over tugas babysitter sepenuh masa. Huhu...Babysitter Ayrissa a.k.a wan dia xder pegi holiday bersama atok & Pok Chu ke Langkawi. Wahhh..bkn main yer wan & atok? So, sepanjang 3 hari b'sama Nur Ayrissa amatlah menyeronokkan w'pon agak memenatkan jugaklah melayan karenah dia yg nakal dan x reti duduk diam! Hadoiii..., pastu pantang aku b'gerak sikit, aku ke dapur, dia membontoti aku ke dapur. Aku masuk bilik, dia ngikut sama ke bilik. Sampaikan aku nak mandi & buang ayer pon payah bebenor. Huhu...Kena tunggu dia tido dlm t'hari sket barulah buleh. Ayrissa oh Ayrissa, camno lah wan kamu jaga kamu seharian yer? Mesti kalut, penat dan segalanyalah...


TQ so much mama! Jasamu amat ku kenang!!! Huhu...



Oh, nasib baiklah jugak aku tidak mempunyai lebih drp seorg anak utk dijaga buat masa sekarang. Kalo tidak, aku x tau mcm mana aku nak uruskan depa. Uuuwwwaaa :(( !!! So, rasa2 bila agaknya Nur Ayrissa nak ader "kawan" yer utk bermain b'sama2? Ahaksss...biar masa menentukan segalanyaaa. Hua hua hua!!!! So far, aku clean & clear lagikkkkkk!!! :)) (Cik Diey, mu apo kabarrr??? Muehehehe...)

Ermmm..cam cunzzz jer kan beskal di bawah itu??? Tunggu Nur Ayrissa beso sketlah baru nak beli. Sekarang ni kalo beli pong dia x brp pandai nak kayuh lagi. Sabar ye sayang??? Mama pasti beli jugak utk awak sikit masa lagi. Tunggguuuuuuuuu...!!!

*
*

*
*
*

- Coming soon to Nur Ayrissa -

16 July 2009

Kelawo bukan Keliwon...

Boss tgh meeting. Surat2 semua dah settle letak dlm folder & bawak masuk ke dlm bilik bosS. So, ai pon dapat ngulat2 lah kejap update blog nih. Ngeh3...Tak ader citer menarikss pong. Cuma nak tepek gambo anak dara ai mengenakan baju kelawo tuh. Muehehehe...cam dah beso sgt dah napoknya... :D Sila abaikan ghuper dia yg agak selekeh + dahi yg jen*** + rambut yg berputor2 di belah bawah. :)) Saja je xmo potong rambut dia sbb ai suka rambut cam gitu (rambut ai lurus okeyyy...huhu...). Don't likeeeeeeeeeeee !!!


Oklah, got to go! Daaa.....

15 July 2009

Nur Ayrissa Meets 'Tiger Woods' :D


Tempat : Diving Range, Kelab Golf Diraja Pahang.

Ulasan : Malam kelmarin, ayah Ayrissa 'melepak' di diving range. Di samping utk hal2 pekerjaan, bolehlah jugak utk mengeluarkan peluh dan bersukan. 1st time Ayrissa ikut ayah dia ke sini. Dulu time Ayrissa dlm peyut mama, mama dia slalu gak ngikut. So, sedikit sebanyak Ayrissa cam dah biasa jer dgn tempat tu. Dia cam excited je tau. Hehehe...Mcm penah ku lihat tempat ni, tp di mana yaaa??? Mungkin itulah persoalannya. :D


- 'Gerrard' sedang mengusha skill 'Tiger Woods' -

- Yeayyyy, akhirnya ayah bg chan jugak Iris pegang besi golf nih. Ooo, camni ek ayah??? -

- Zuppppp...!!! Yo yo o jer ayah.. -




- Sekejap je rakam sbb dia g terjah org... -

13 July 2009

Puasa vs Rasa Amarah !!!

Astarafirullahall'azim...istigfar panjang2 aku di pagi Isnin nih. Adoi, dah la aku puasa kan, pastu pagi2 dpt call dari sorang doc P****R ni marah2 aku. :(( Kalo ikutkan hati, maunya aku smash doc tu balik. Org kalo rasa diri dia bagus cam gitulah. Tp, sabo Adda, sabooo...Huhu!!! Kalo bangsa lain kurang ajar aku xder la heran sgt kan. Tp kalo bangsa Melayu yg kurang ajar dan adab ni mulalah aku hangin satu badan. Cubalah ckp molek2 ke, citer satu persatu...leh gakla aku paham ke apa ke. Nih terus hentam tanpa usul periksa. DAMN !!!

Iyer, aku akui mmg terdapat sedikit kesilapan dipihak aku sbb x alert dgn perkara tu. Alaaa, aku kalo benda yg tidak memerlukan bos aku utk attend sesuatu meeting atau event mmg aku x cara. Byk lg menda lain yg aku nak cara tau? Kalo setakat utk makluman bos aku mmg aku x take note! Just letak jer dlm folder makluman dia. Erm, nak buat camner kan? Menda dah nak jd...Just learn from our mistake laa. So, lps ni kalo meeting or event yg berkaitan dgn org beso2 dan nak2 plak yg b'lagak nak mammmm, aku kenalah alert & take note berkenaan dgn perkata tu. Kalo x, mmg kena hamun lg la jawabnya. Standardlah kan kejer P.A cam aku, kalo x kena maki tu bukan P.A la namanya. Huhu...kurang dah pahala puasa ganti + sunnat aku hari ni. Siottt betulllllll !!!

12 July 2009

AWARD From Sujaihah & Anim ~


TQ so much atas award yg diberi. Kalo saya tidak menjawab soalan2 yg diberi boleh x? Kesuntukan masa ni...Huhu...Sowiiiiiiii!!! Again, tq tq tq so much....Ummmuaahhh

06 July 2009

NOTTY GURL in da Houseeeeee !!!


Yeayyyy...my Ayrissa turn to 17 months today. WoOoo...terlalu pantas masa berlalu kan? Tanpa sedar anak kecil itu sudah pandai mengatur langkah dan berlari. Alhamdulillah, proses pembesaran dan perkembangan dia berjalan dgn lancar. Membesar spt kanak2 lain yg seusia dia. Seperti juga ibubapa lain, kami sentiasa mengharapkan yg terbaik utk dia. Membesar menjadi seorang anak yg baik dan pintar! Dan tanpa disedari, tanggungjawab kami juga semakin berat bg memastikan anak kecil itu mendapatkan didikan yg sewajarnya.

Sekarang, perangai dia makin menjadi-jadi. Semakin lasak dan agak sukar utk dikawal kadang2. Kelasakan dia juga kadang2 agak menguji tahap kesabaran aku. Huhu...yg paling best kalo kita 'babap' dia, dia 'babap' kita balik. Apalah yg budak sebesar itu paham tentang 'babap' kan? Mesti dia ingat kita main lepuk2 dgn dia agaknya. Hahaha!!!...Kadang2 bila stress/penat melanda diri, geram jugok dibueknyo. Huhu...Well, as a carier moms, kita kena pandai menguruskan semuanya kan??? Penattt x yah ckp laaa. Tp. apa yg nak dikeluhkan, inilah hidup yg kita pilih.......Berkahwin, bekerja dan mempunyai anak dlm satu masa!

Huhu...to all my frens here, ketahuilah aku sgt2 stress + tension + serabut + pressure pada hari ni. And FYI juga, MOH telah memblok apa jua social or personal site kat network diorang. Uuuwwwaarrrghhhhhh.....cptlah broadband dtg padaku!!! :(( Okllah, aku cau dulu. InsyaAllah, ader jodoh kita jumpa lg yer? Take care & have a nice day u olls. Daa....

01 July 2009

New World, New Job & New Challenge...

1st of all, congratulation to Mr. Zairezal Zawawi di atas keberanian menyahut offer yg diterima. 2nd, good luck & i wish u all da besttt di company baru!!!

I believe that "tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna!!!" Just show ur commitment & strength sayang! ;) !!! Dont wori, no matter what, definitely i'll stand by ur side... :D

Never give up in everything u are doing. In order to succeed, your desire for success should be greater than your fear of failure!!!

Chaiiyokkk...chaiyokkk!!!

TAG From Sujaihah ~

Aiyakkk...ai kena tag! Huhu..sebenornya ader lg beberapa tag yg masih belum ai tunaikan tau? Mintak ampunnnn yer pemberi tag. Keadaan x mengizin sbb ader tag yg memerlukan gmbo utk discan. Huhu....Oklah, oleh kerana tag dr Sujaihah ni x memerlukan gmbo, ai buatkan dulu yer ? Here we goOoo :
  1. Bila kali terakhir anda cuci toilet : Aku akan cuci tanda every weekend!
  2. Pencuci apa yg anda guna : Aku guna sabun Daia yg aku buat basuh baju tu ajer... :D
  3. Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai? Kenapa? : Usah kata seminggu skali, sebulan skali pong jarang. Hehehe...melainkan kotor yg teramat sgt. Biasa 3-4 bln skali kot! :D
  4. Apa tugasan anda sebelum menjelang malam? : Sampai umah pon dah 6 lebih. Biasanya kalu rajin masak utk Cik Abg. Lps tu melayan karenah si kechik tuh ajer.. :)
  5. Apa menu hidangan makan malam anda yang paling simple? : Nasik putih, telur dadar & ikan bilis goreng bawang. That's all...tp antara aku rasa kalu nak ikutkan yg paling simple sandwish kot... :))
  6. Minuman yang anda buat setiap pagi? : Kami akan minum pagi time weekend jer. Antara minuman yg slalu den buek ialah milo & teh'o...
  7. Sebelum tidur apa yang anda lakukan? : Basuh baju or iron baju...& yg dah tentu2 aku tidokan Iris dulu sblm aku tido...hahahaha!!!
  8. Harus menjawab tag ini? : Xmo tag sapa2 sbb kalu aku start serang org, nnt org serang aku balikkkk...uuuwwwaaa :(( (tp sesapa rajin nak buek, amik ajo lah yooo? ) Cauu...