Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

29 July 2009

"Baru Aku Tahu....."

Contest jom sambung ceritaaa...dari blog UmmiAbbiQis !!!

Syarat penyertaan :
1. Semua blogger dijemput tuk menyertai contest ni, bukan blogger, pemilik friendster pun boleh atau paling komanpun ada email lah. Sebab kalau blogger korang boleh buat entry, kalau friendster, tulis cerita dalam blog frenster korang.. atau paling tidakpun send saje emel.
Nak jadi followers ke tidak, terpulang coz aku tau.. jadi followerpn tp tak follow tak besh jugakkan..

2. Mesti jadi penulis komen sekurang2nya 8 .. di lain2 entry selepas entry contest ni.

3. Ada hadiah tambahan tuk perujuk paling ramai. (so bagi sape2 yg menyertai contest ni kene bitau jugak dari mane korang tau pasal contest ni)

4. Panjang cerita mesti lebih dari 100 patah perkataan, kalau nak lebih pun takpa.. tiada had.

Dah, 4 tu jek syaratnya.


Ceritanyaaa.......


"BARU AKU TAHU dialah lelaki idaman yg sentiasa muncul di dalam mimpiku. Dia hadir di setiap ruang ingatanku, tersenyum manis menampakkan gigi dia yg tersusun cantik. Tapi, adakah dia turut merasai apa yang aku rasa? Adakah dia juga turut merindui aku sepertimana aku merindui dirinya? Oh Tuhan, aku semakin keliru!!! Bagaimana harus aku mulakan perkenalan ini? Hati ini terlalu meronta-ronta untuk mengenali dia dengan lebih dekat. Ingin mengetahui sedikit sebanyak perihal dirinya. Tapi tidakkah aku akan dikatakan "perigi mencari timba"? Ahhh, pedulilah apa orang nak kata!!! Belum cuba belum tahukan? Mungkin dialah lelaki yang bakal menjadi teman hidupku. Siapa tahu, mungkin akulah insan yang bertuah ituuuuuu. Just wait and see yaaa!

Perancangan utk memulakan perkenalan itu telah diatur. Aku akan memainkan watak utama ini dengan sebaik mungkin. Rupanya ofis dia tak jauh dari ofis aku. Macamanalah aku boleh tak perasan ek sebelum ni? Hiksss....Dan mangsa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Segaknya dia hari ni. Baju dia pon lebih kurang sedondon jer dgn aku. Cam ada chemistry la pulakkk. Hehehe...(aku perasannnn)! Dan, bammmmmmmmmmmm!!! Fail dan segala dokumen yg aku kendong berteraburan di atas jalan. Aku tanpa membuang masa terus mengutip segala barang milik aku itu. Dan seperti yg dijangka, dia turut membantu aku mengutip segala benda yg bersepah tadi. Yessssssssssssssss!!! Ok ok...coollllllll!!! Lakonan belum 'cut' lagiiii.


"Alamak, macam mana ni? Habislah aku hari ni.. Merah lagilah punch card aku!" ngomel aku sendirian sambil terus mengutip sehelai demi sehelai kertas yg berteraburan.

"Maafkan saya Cik. Saya tak sengaja." kata mamat yg hensem itu.

"Owh, it's ok. Bukan salah awak pon. Saya yg terlanggar awak td. Maafkan saya." aku yg berlagak baik. Muahahaha...!!!


Aku pun terus mengutip sisa-sisa kertas yg bersepah akibat 'rempuhan' dgn mamat tersebut. Dan selepas aku mengutip helaian kertas yg terakhir dgn tiba-tiba si dia menghulur tgn utk membantu aku bangun. Aku terus terpandangkannya dan keadaan menjadi semakin parah apabila mata aku dan dia bersatu! Aku terkesima seketika dan aksi utk lakonan seterusnya terhenti buat seketika. Aku kaku dan kelu seribu bahasa. Oh my God, inikah dinamakan cinta??? Perhhh....dup dap dup dap jantungku. Indahnya duniaaaaaaa!!!


Dalam aku cuba menyambut lembut tangan si dia, tiba-tiba 'adegan drama' kami telah diganggu oleh bunyi bising gelak tawa sekumpulan gadis remaja. Arrghhh..potong stim betul!!! Bunyi riuh itu semakin menghampiri kami dan aku melihat gadis-gadis remaja td sedang meluru ke arah kami sambil menjerit "Aaron Aziz, Aaron Aziz...!!!"

Aku terkedu. Mataku segera dikalihkan kepada mamat td dan akhirnya baru ku tahu lelaki idaman aku itu adalah Aaron Aziz, antara pelakon dan model yg terhensem di M'sia. Ya Allah, macamana aku boleh tak perasan yg dia itu adalah Aaron Aziz selama ni? Patutlah macam aku pernah lihat jer muka dia rupanya muka dialah yg selalu terpampang dikaca-kaca tv. Angau tahap kritikal dah aku ni. Akhirnya juga aku tersedar dr lamunan. Aku berlalu dan membiarkan "mimpi-mimpi indah" aku seketika td berlalu begitu sahaja. Siapalah aku jika hendak bandingkan dgn dia. Dalam aku mengatur langkah, sempat juga aku menoleh dan kelihatan gadis-gadis remaja td sedang seronok mengambil gambar dan sign autograf. Huhu....aku kembali mengatur langkah meneruskan perjalanan ku ke pejabat. Dan tiba-tiba......


"Awak....!!!Cik...cik!!!"
Kedengaran ada org sedang berlari ke arah aku dan memanggil2 ku. Tanpa membuang masa aku terus menoleh dan melihat sang putera sedang mengejar dan melambai-lambai tgn ke arahku.


Aku kaget dan menanti sang putera dgn wajah yg sukar utk dimengertikan. Berdirinya dia di depanku,,,


"Awak, sudikah awak makan malam bersama saya malam ini???"
Wakkkkkkkkkkkkkkkkkkk...!!!


Adakah aku masih lagi bermimpi??? Adakah ini realiti atau aku masih berada di alam fantasi angananku? Semuanya hanya Tuhan yg tahu.............


Sekian.





P/s: Wakakakaaaa....hensemkan Aaron Aziz tu? I likeeeeeeeeee :P !!



8 comments:

Yan said...

hhahahhaah sabar jekla baca cite ni...

mula2 cam serius.. ingatkan buat novel..

dah suku nak akhir baru terasa lawak pulak cite ni.. hahaha..

pastu konfius balik (ekceli hampir terpercaya) ni cite betul ke berangan?? hahhaha ketawakan diri sendiri plak..

thanx dear...

Anonymous said...

gilooooooooooossssssss..
jgn permainkan perasaan akak tau..tak suker...
sib baik baca habis kalo tak akk nk tel ejack dah nii

Anonymous said...

gilooooooooooossssssss..
jgn permainkan perasaan akak tau..tak suker...
sib baik baca habis kalo tak akk nk tel ejack dah nii

Anonymous said...

gilooooooooooossssssss..
jgn permainkan perasaan akak tau..tak suker...
sib baik baca habis kalo tak akk nk tel ejack dah nii

Ada Dalina said...

muahahhahahhaha....

:P

Misya Idris said...

aku macam berminat tapi takder masa nak buat la..

Yan said...

ni kire versi kelakar ke cemane ekk... konfius gak nih

Ada Dalina said...

baby tiger : kau mmg xder masa manjanggggg.....dahlaaaa..

yan : ehehehe...den pon x tau yan..hentam sajerlah versi apa2 pon..versi cacamarbaaa!!! :))