Adoiii..modem berukband aku wat problem la u olls, baru hari ni aku dpt update blog usangku ini! Huhu....modem dah anto masuk wad, ni pakai modem lg 1 yg rasanya akan dimasukkan wad jugak soon. Adehhh......tensi gak sbb xleh lah aku nak BERSOSIAL dgn aktif. Wakakaka... =)) (baru pdn muko aku kan?)
Oklah, balik kpd tajuk. Sebenaunya aku nak bercerita pasal percutian kami ke Pulau Redang pd minggu lepas. Kami bertolak dari Kuantan pd pukul 3.30am, transit sekejap di Kemaman, Paka & Batu Buruk. Tiba di jeti Merang jam 9.00++am cam gitu. Feri dr jeti pukul 9.30am, sampai di Redang lebih kurang satu jam setgh selepas itu. Kiranya kami sampai sedang tengahari terik laa. Cuaca sgt cantek dan panasssssssssss sgt! Harusslah we olls sun burn kan?! Huhu...
Tiba di jeti Pulau Redang, pemandangan sekitar pulau begitu memukau pandanganku! Ya Allah, terlalu indah ciptaanMU! Air di lautan begitu jernih, berkilau seperti ade kristal di dlmnya. Persisir pantai pula putih memutih, bersih...Cantek sgt! Sejuk & tenang jer mata yg memandang walaupon silau dek panahan cahaya matahari.
Kami check-in di Redang Mutiara Beach Resort. Aku x tahu la berapa pakej kami semlm sbb segalanya diuruskan oleh big bos Cik Abg Chomel. We olls sampei amik kunci jerk. Kebetulan pulak chalet kami betul2 tepi pantai, sea view la org kabo. Lagila syiokkkkkk........ :D
3D2N kami berkampung di sini. Yang aku suka tempat ni, resort ni dia x bercampur dgn resort2 lain di sepanjang pulau. Pantai dia terputus connection dgn pantai2 & resort2 lain. Kiranya cam privacy sikit la resort ni. Kitaorg & beberapa kerat pelancong jer yg ade kat sini. Cam tempat tu kitaorg yg punya laa. Muahahaha......!
Best gak la aktiviti yg dianjurkan oleh urusetia. Ade snorkeling, candat sotong, memancing, games, bbq dan lain2 lagi lah. Ayrissa pon bukan kemain suka dia dok main pasir. Pasir dia halusssssssssss sgt. Cuma si Ayrissa tu penakot air. Dia ckp "Kakak takut ombar becar, kakak takut lemasss...." Adehhh, rasa cam nak campak jer dia dlm laut tu. Huhu...aku lak syokla berendam, sambil perhati Ayrissa bermain pasir a.k.a berjemur di tepi pantai. Hahahaha....!!! Ayah Ayrissa melakukan xtvt bersama geng2 lelaki.
Oklah, maleh nak citer panjang lebo. Korang layan jerlah pix kami yg x seberapa itu. Lain2 gambo dlm FB. Lagipon x dan nak bergambo sgt sbb sibuk dok main pantai. Hehehehe.....