Semalam yang ditinggalkan hanya mampu untuk dikenang. Hari ini yang dilalui moga dihadapi dengan 1001 ketenangan. Esok yang bakal menjelang akan ditempuhi dengan sejuta harapan.......
29 August 2008
Selamat Hari Merdeka M'sia & Selamat Datang Ramadhan....
28 August 2008
SPECIAL ENTRY TO SIS IDA...
27 August 2008
Apa2 ajer tentang Azdalina...
26 August 2008
Bila API AMARAH Melanda Diri !!!
25 August 2008
PERKEMBANGAN TERKINI NUR AYRISSA...
Salam Monday Blues semuaaa....
Actually xder citer yg menarik pon nih. Sekadar ingin berkongsi perkembangan terkini anak dara kesayangan ku itu. Sekarang di usia 6 bulan ++ Ayrissa dah pandai menarik badan ke depan. Laju betol..nak2 bila ader something yg menarik perhatian dia. Adoi, buas sungguh.....Semalam ke rumah ibu mertuaku. FYI, rumah ibu mertuaku itu dipenuhi dgn kucing2. Almaklum le, mereka di rumah tu penggemor kucing. Heheheh...so, bila Ayrissa 'dilepaskan' dlm umah itu, apa lg...bergerak laju lah dia mengejor kucing2 tu. Eeee..sabo jerlah..smpai kucing2 tu pulak terpaksa larikan diri dari dia. Bila dah dekat kat kucing tu, dia mcm nak telan je kucing tu. Adoiiii....aku bkn apa, maleh nak bg dia pegang bulu2 kucing tu sgt. Yerlah kan, skang ni tgn/jari dia nak masuk mulut je. Kang takut batuk/alergic lak....So, aku bg lah di usap sket2..tahu plak dia geli...Hehehehe...pastu basuh ler tgn dia tu. (Harap maaf, segala aksi x sempat dirakamkan. Len kali yer?)
Selain daripada perkembangan menarik bdn ke dpn, rambut Ayrissa dah boleh wat tocang pokok kelapak tau. Hehehe..rambut dia jarang2 tp pnjang. Biasa le, urusan mendandan serahlah pada Wan dia. Aku x reti...Hihihihi...Erm, perkembangan lain tu biasalah, sudah mula menyebut Mak, mamamamama...papapapa, babababa, yayayayaya...Heheheh..indahnya rasa kan? Selain dari tu, dia dah mula mkn bubur nasik yg diblend bersama ayam, kentang, carrot...tp dia x berapa nakkk...sikit jer mkn. Masa mula2 buat dulu byk gak dia mkn. Skang dia dah makin xnak dah..x kena ngan selera dia kot. Lepas pada tu, Wan dia pon dah maleh nak buatkan. Last2 mak aku suapkan nestum je..Biskut nestum tu...tp x bersungguh sgt la dia mkn. Menyembur jer bila mkn...Aduh Ayrissa oii, camno mau naik bdn tu. Huhu....
Oklah gengstarz, takat itu sajalah story mori aku di pagi yg gelap kini sudah terang ni. Semoga berjumpa lagi di lain waktu...Bye2....
p/s: Yeeeaaahhhhh...One Nation Emmcee menang Gangstarz smlm. Dah agak dah...
21 August 2008
Cerita2 Lapok Yang Ingin Dikongsi....
Permergian aku ke KL baru nih juga menjurus kpd pertemuan ini. Antara detik yg plg aku x sabar nak tunggu. Huhu, aku rindu sgt mereka2 ni. FYI, mereka2 ni adalah teman tp mesra sejak dr Poli lg. Pertemuan ini adalah untuk melepaskan rindu masing2. Dan yang paling utama utk bertemu dgn Baby Damien. Hehehe...hensem lah Baby Damien nih. Leh booking jd menantu x?ahaksss.....Btw, thanx a lot atas kesudian korang berjumpa dgn aku. I'm really appreciate it.
20 August 2008
Pengurusan Jenazah !!!
Ikhwah Dikasihi, sekadar ingatan dan renungan kita bersama,
Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang saya nak utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka,ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika. Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya.Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB,itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.
Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya.Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal (US lah!).Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh diadikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah.
Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah. Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana diatahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan.Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?
Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan diUS dan dia tidak perlu disedut apa2.Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini diAmerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung.Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yangakan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahajasebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja diaboleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah.
Marilah kita sama2 ambil iktibar.
wallahua'lam bissawwab...
19 August 2008
Menanti kepulangan adik ku....
SOLAT ITU TIANG AGAMA !!!
18 August 2008
Sekitar Mini Family Day ACES Yang Lepas...
- Welcome to Desa Water Park -
- Sukanyer main air...-
13 August 2008
Terlupa lah pulaksss.....
07 August 2008
KUALA LUMPUR Here I Comeee.... :P
CAMERON HIGHLANDS PUNYA CERITAAA....
- Petugas Majlis -
- Jalan2 time lagik.... -