Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

28 November 2008

TAZKIRAH JUMAAT : AZAN & KEMATIAN

SEKADAR PERINGATAN KITA BERSAMA :
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah..." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."

27 November 2008

Dapat Award lagikkkk....

- From Sis Lily Lotus : Nice Knowing u...TQVM -

- From Sis Lily Lotus again : Frenship Never End yaa.. -

- From Sis Lily Lotus & Hajar Darlingz : Thanx alot babeh.. -

P/s : Sori babe, baru dpt letak award yg u alls bg hari ni. Huhu...better late than never rite? ;)
So, aku pong nak kasik award ini kpd kwn2 blogger aku yg tersayang. Nak tahu siapa anda, semua yg tersenarai kat dlm fren list aku kat link sebelah. TQVM...

Sama TAPI TAK Serupa...

- Kembar x seiras...hehehe -

Fuh, dah berhabuk dah blog kesayangan ku ni. Hehehe...almaklumlah lama x update. Akaks bz sket dek nonnnn....Nih, pon sempat terjah kejap. Sat2 lg nak sambung kojer balik. Oklah kita teruskan cerita untuk entry hari ni (sebenornya smlam dah nak update...x dan jugok). Gambar aweks kat sebelah aku tu ialah Zana; my schoolmate masa kat AFZAN dulu. Kebetolan laks leh kojer di satu tempat yg sama cuma lain department jerk. Dan kebetulan lg semlm kitaorg sehati berdansa memakai baju kurung berbunga biru. Pastu jenis fabrik lebih kuang sama laks tu. Cuma bunga & kaler jer lain sket. Tp bila amik gmbo sekali imbas nampok sejibik kan? Nampok sedondon jer cam nak nyanyi nasyid/koir. Mueheheheh.....Apa2 pon, janji rockkkkkk...yeyehhhhhhhhhhhhh ;-)

24 November 2008

PTK 1 - Part 1....

Huh, aku br selesai menjalani peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan atau lebih dikenali dgn nama PTK oleh org2 gomen. Adoi, jawapan dia mengelirukan sungguh. Dah la aku x study kan...hentam saja lah labuuuu....Kepada CUEPACS teroskan perjuangan utk menyahhhkan peperiksaan ini dlm sektor awam. Aku x sanggup nak baca buku yg tebalnyer mengalahkan kasut high heels 5 inci. Arrrgghhhh...otak dah berkarat, dah lama tinggalkan buku2 ilmiah ni. Huhu...Camno nak sambung digree nih? Oh NOOOOOOOOOOO!!!!!!! Kpd. JPA silalah menyemak jawapan aku itu...Kalo aku x dpt 3, kita jumpa lg thn dpt. Repeat paper....Huk huk huk....Dan kalo aku bernasib baik dpt 3 (cehhhsss berangannnn nak mammm), aku rehatkan otak dulu selama 1 thn pastu baru amik lg sekali nak dptkan 4. Hahahahhaha.....Tungguh jerlah resultnya yer? Adiosss amigosss.....

21 November 2008

Kau Kesayanganku ----<@

- Mr. & Mrs. Zairezal -

- Anakanda & Bonda -

Sayang,
Sayangnya aku padamu hanya Tuhan yg tahu
Sayangnya aku padamu tersemat kukuh di kalbu
Sayangnya aku padamu buatku rindu selalu...

Sayang,
Sayangku tidak terkira banyaknya
Sayangku tidak terhitung jumlahnya
Sayangku tidak terbilang angkanya.....

Sayang,
Andai kau tiada gelaplah duniaku
Andai kau tiada sunyilah hidupku
Andai kau tiada meranalah jiwaku...

Sayang,
Sungguh jujur kasihku
Sungguh luhur cintaku
Dan
Sesungguhnya aku sayang kamu
sepenuh jiwa dan ragaku!!!!
Sungguh.........
P/s : Apa yg aku merepek daaaaaa.... :-P

20 November 2008

19 November 2008

Bila Hari Hujan....

Bila hari hujan,
Jalan mesti jem
Jalan mesti sesak
Rasa macam arrggghhhhhhhhh......

Bila hari hujan
Punch kad mesti merah
Bukan kerana lambat
Tp kerana kereta kat jln cam apa banyaknyaa....

Bila hari hujan
Mata mesti nak pejam
Kerja pulak x hengat berlambak
Tp malas pulak nak buat...

Huhu...
Itu jerlah kisah di hari hujan...

18 November 2008

SPECIAL ENTRY : Congratulation...!!!

- Adik bongsu ku a.k.a Bazri Izwan a.k.a Iwan a.k.a Pok Chu Ayrissa -

- "Saya pong nak interprem gak...bweeeekkk :-P" -

Sabtu lepas 15/11/08; aku, mama & Ayrissa menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah Pok Chu Ayrissa. Oleh kerana babah aku x dpt cuti, jd aku & mama terpaksa merelakan diri utk pergi. Erm...dlm keputusan UPSR baru2 ini, adik aku telah mendapat keputusan 4A, 1B..Fuh, sgt tidak sangka aku. Yerlah, korang nak tahu x, adik aku tuh dah la maleh study pastu kojer dia asyik main jerk. Dah berbuih dah mulut aku nih membebel ke dia. Tp. paham2 jer ler budak2...Buat donno jer. Huh, sabo jerlah...Menjelang trial, aku brain wash lg dia. Kata itu kata ini, bebel itu bebel ini, nasihat itu nasihat ini..Akhirnya nampak gak la kesungguhan dia membaca buku. Dan utk trial dia berjaya dpt 3A, 1B...Mid term punya exam langsung xder A korang tahu..Tu yg kena brain wash dgn clorox tu. Hehehehe...Dan alhamdulillah, setelah air liur aku nih ntah berapa liter tersembur keluar, dia berjaya gak dpt 4A, 1B dlm UPSR sebenar. Oklah tu kan....W'pon x m'dpt 5A, dia tetap cemerlang di mata kami sekeluarga!!! Utk adik, Along nak ucapkan TAHNIAH dan semoga impian adik utk masuk ke sekolah berasrama/sekolah rancangan khas akan tercapai. Huh, hadiah x hengat mintak ngan aku. HANDPHONE!! Adoiiii..aku beli yg nokia murah2 tuh jd la kan. Muehehehehe......asal dia nak bergaya ader HP sendirik udah ler... :-P

17 November 2008

TAG Manjang....

TAG FROM BABY TIGER : Hampehsss...kau membalas dendam yer? xper2..Nah, amik neh :
1. Anda rasa anda seorang yang manja? X...tp manja ngan Cik Abg Chomel jerk :-P

2. Sejauh mana sikap kematangan dalam diri anda? Bergantung kpd keadaan semasa...

3. Agak2 anda akan mengakhiri zaman bujang - Mac thn lepas....

4. Berapa lama anda perlukan untuk serasi dengan pasangan anda? Ntah...x perasan plak bila sherasinyer...Tp 6 tahun bercintan!

5. Apa pendapat anda tentang pasangan anda sekarang? Dia yg terbaik !!!

6. Umur anda ketika menyewa beli kenderaan hasil titik peluh anda sendiri - Soklan x clear nih. Tp smpai ke hari ni aku lom sewa beli kete..

7. Lelaki idaman yang selalu anda impikan? Yg pandai mengambil hati dan memanjakan diriku..ahakss...

8. Berapa kali anda jatuh cinta sepanjang kehidupan anda? 2 @ 3 kali kot...Hahahaha...

9. Apa yang akan anda lakukan andai pasangan hidup anda berlaku curang? Boleh blah dr hidup aku serta merta. Tiada peluang ke-2!!!

10. Anda sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan? Dah ader anak sorang x bersedia lg ke? Hehehehe...

Tag: Ayu, Masviona, Azura & Nurmala....

Hutang TAG!

- Sgt buwuk okeyyyy aku punyer "workstation" -

Tag From Nurmala : My Workstation ~
Syarat-syarat nye adalah seperti berikut :-"snap workstation anda. then... taruk link blog anda kat bawah gambar workstation anda...lastly...tolong pass tag aku ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa" > Anim, Yayatt, Cik Ady ( 3 jer la wehhh) <

- Muka comot br lepas lunch....tp tetap anggun gitu :-P -

Tag from Haja Darlingz : The PURE Picture ~
The rules:
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
- Huh, baiklah...ni dtg kemalasan nak wat kojer..aku snap la kejap.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
- Huh, baiklah...x touch up apa pong...
3) Post that picture with NO editing.
- Huh, baiklah...post lah ni..ORI gitu...
4) Post these instruction with your picture.
- Huh, baiklah....
5) Tag 10 people to do this ~
- Kak Nisah, Adha, Ayu, Masviona, Cik Reen (5 cukupla weh....)

12 November 2008

GOOD LUCK !!!

Semalam, bermulanya perjuangan adik2 kita dlm peperiksaan SPM. Harapan ibu bapa, para guru dan ahli keluarga terlalu tinggi agar anak2, anak2 murid & adik, kakak atau abg mereka berjaya. SPM penentu hala tuju dan masa depan kita semua. Lihatlah diri kita sekarang. Dgn kejayaan / kegagalan SPM yg lepas, kita boleh lihat pd diri kita hari ini. W'pon zaman SPM ku telah 8 thn berlalu, namun kekesalan itu masih berbekas hingga kini. W'pon aku tetap bersyukur kerana dpt meneruskan pengajian ke peringkat diploma di Politeknik, kekecawaan dulu masih berkesan sampai ke hari ini. W'pon keputusan aku tidaklah seteruk mana, kehampaan tetap bermaharajalela di hati. Untuk mama & babah, maafkan daku anakmu yg tidak cemerlang dulu. Tp seharusnya kalian bangga kerana memiliki anak seperti ku. W'pon aku tidak sehebat mana, tanggungjawab aku terhadap kalian tidak sekali aku abaikan. Dan dgn rezki ku yg begitu murah juga, aku dapat membantu kita sekeluarga. Biarlah impian dan cita-cita ku utk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah ditangguhkan dahulu bg memberi laluan kpd adik-adik. InsyaAllah, dgn adanya duit dan gaji sendiri sekarang, aku pasti mencapai impian ku itu suatu hari ni tanpa sesekali menyusahkan kalian lg ibu bapaku. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan kalian membesar dan menyekolahkan aku akan ku kenang selagi hayat dikandung badan.....

- My 2nd lil' bro : Baazri Halmie a.k.a Emy -
To Emy, Along nak ucapkan All da best!!!. Semoga Emy dpt menjawab dgn tenang & baik. Along doakan semoga Emy berjaya dan dpt melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. Good luck yaa !!! Kalo dpt result bagus nnt Along belanja & bg present ok.. Hehehehe...

11 November 2008

Kami 3 Beranak...

- Yo! Yo! -

- Ayrissa with Mr. McD -
Mlm semalam, aku cam teringin nak mkn Kenny Rogers. So, mengajakla Cik Abg Chomel p megamall utk menjamu selera. Hehehe...Ayrissa pon sempoi dgn memakain bj tido ajer. Maleh la aku nak bergaya sakan kan. P mkn jer pong....Nyum2, sedap betol Kenny Rogers tu. Tp x puas aku nak meratah ayam tu. Ayrissa dia bantainyer menjerit sepanjang berada dlm restoran tu. Isk..potong stim tul la budak kecik tu. Dia nampak mknan, apa lg....suruh suap la...aduh. Kaco selera betol la budak kecik ni. Hehehe.....Dok dlm baby seat tu bkn nk dok diam....Mama nak mkn pon x tenang Ayrissa oiiiii....Erm, tu jerlah cerita yg nak cerita...Bye!!!
p/s : Huhu..kesian kat Ayrissa, pagi td dia jatuh tilam. Tilam kami yg spring tu. Aderlah dlm 5 inci tingginya. Aku tinggalkan dia kejap. Dgr2 dah meraung dah kat bawah tilam (ayah dia kat ruang tamu). Tu x pakai katil tu..kalo pakai katil lg la tinggi jatuhnya. Soriiiii syg....sian sgt smpai berdarah bibir dia. Tp sib baik pas pujuk dia diam. Xper, Ayrissa kena jd anak yg kuat tau. Sakit sikit2 tuh adatla kan. Jgn manja sgt tau Ayrissa....Huhu...Apa2 pon aku tetap rasa bersalah pd pagi td. X sabar nak blk umah jmpa Ayrissa. Mesti bengkak bibir dia. Tang muncung lak tu luka. Huhu.. Kesiannnnnnnnnnnnnyer kat anak aku !!!

10 November 2008

Selamat Pengantin Baru....

- Selamat Pengantin Baru Amy & Ida -

Seperti yg dikhabarkan dlm entry lps yg penuh suspen (kui kui kui...), Sabtu baru ni kami bertandang ke majlis perkahwinan Badang Negara iaitu saudara Amirul Hamizan Ibrahim. Kepada peminat sukan tanah air mesti korang kenal gerangan jejaka ini. Hehehe....utk yg x brp familiar, meh aku kenalkan kat korang. Amirul nih atau lebih dikenali dgn nama Amy dikalangan rakan atlet merupakan ahli sukan angkat berat negara. Anak kelahiran Rompin, Phg ini pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi 3 pingat Emas di sukan Komanwel 2002 di Manchaster. Beliau juga turut layak menyertai Sukan Olimpik Beijing baru2 ni. Walaupon gagal mencapai sebarang pingat, Amirul telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan yg dipegangnya sendiri dan berjaya menempatkan diri di kedudukan 7 terbaik dunia. Satu pencapaian yang harus kita banggakan. Utk makluman korang, Amirul ni kecik jer org dia. Tp gagah perkasa orgnya...Muahahhaha. Sukan angkat berat bukan utk golongan org yg 'big size' jer tau....Huhu..Oklah, berbalik kpd cerita perkahwinan td, antara tetamu DiRaja yg diundang adalah Tengku Mahkota Pahang & isteri berangkat menyempurnakan majlis. Majlis yg meriah itu telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Rompin. Sekian utk cerita gmbo per-1.

- Kami bersama pengantin.... -

Haaa...mesti korang tertanya2 kan apa kaitan kami dgn saudara Amirul ni. Amirul nih merupakan rakan seperjuangan kami masa zaman atlet dulu. Dia juga merupakan rakan sepasukan Cik Abg Chomel. So, korang leh agak la kan kenapa Mr. Zairezal 'chomel' banget...Hehehe...Cik Abg Chomel main kategori atas, Amirul main kategori bawah. Sbb dlm sukan angkat berat, kategori paling minima adalah 56kg. Amirul mengambil bahagian dlm kategori 56kg, Cik Abg Chomel kategori 94kg. So, x heranlah kenapa Amirul berbadan kecik dah Cik Abg Chomel berbadan beso. Kui kui kui...Erm, dikesempatan ini, ramailah rakan atlet yg hadir. Huhu, teringat la pulak segala kenangan pahit dan manis di zaman atlet dulu. Zaman kami2 semua menyertai Sukan M'sia @ SUKMA. Bestnyaaa.....Tp, korang x tahu lg kan aku main acara sukan apa?Hehehe..nntlah aku story mori pasal aku lak ek. Ahaksss....Tp. aku idaklah sehebat Amirul tu. Aku cuma dpt mewakili negeri Phg jerk di SUKMA. Huhu....Tp. aku tetap bangga menjadi Atlet Negeri Pahang. Bukan calang2 org tau leh main SUKMA... :-P

- Kami bersama coach Cik Abg Chomel -

Abg pendek di tgh2 kami tu ialah coach Cik Abg Chomel dulu. Baik tau coach ni. Dia merupakan coach import dr negara China. Coach ni jugak telah ramai melahirkan ramai atlet bertaraf dunia dr China. Korang sedia maklum la, betapa hebatnya China dalam apa jua jenis sukan. Nak2 dlm sukan angkat berat kan. Memang diaorg taiko la. Huhu...Sekarang ni, coach ni telah jd coach utk National Team. X jd coach Pahang dah....Coach ni slalu ajak kitaorg ikut dia blk China tau. Ajak melancong ke China. Kitaorg kata nnt cukup bajet kitaorg ikutla..Hehe...Bahasa Melayu dia kureng sket. Sengih jer lebih coach pendek ni...Muhehehehe...Jgn marah ek coach ;-P

- Hek ellleh....nak interprem gak budak kecik nih.... (on da way back to Kuantan) -

Oklah kengkawan. Itu la cerita perkahwinan org yg dikenali itu...Di sini, aku nak ucapkan sekali lg : Selamat Pengantin Baru kepada Amy & Ida (Ida ni atlet equestrian negara). Semoga berbahagia ke anak cucu cicit cuit...Gmbo korang kuar paper mingguan m'sia smlm. Hehehehe...Adiosss.

07 November 2008

AGENDA ESOK : KENDURI KAHWIN SITU SANA SINI

BULAN NOVEMBER NI MMG MUSIM ORG KAWEN AGAKNYA KAN? BUKAN SAHAJA BUDAK2 SONOK NAK CUTI SEKOLAH, ABG2 BUDAK & KAKAK2 BUDAK PON SONOK NAK MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN. HEHEHEHE....SO, START MINGGU NI HINGGALAH MINGGU TERAKHIR NOVEMBER, KAMI SEKELUARGA AKAN MEMENUHI UNDANGAN PERKAHWINAN PARA SAHABAT DAN KENALAN RAPAT. ESOK, KAMI AKAN KE ROMPIN, PAHANG BAGI MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWIAN SEORANG 'YANG DIKENALI RAMAI'...JENG JENG JENG...SIAPA DIA YER? KLU : DIA BUKAN ARTIS TP TERKENAL DIKALANGAN RAKYAT M'SIA !!! OKLAH...UTK MENGETAHUI SIAPAKAH GERANGAN PENGANTINNYA ITU, JGN KE MANA-MANA, KITA JUMPA LG SELEPAS INI. :-p

06 November 2008

~ 06.11.2008 ~

- "Saya dah 9 bln dah hari ni tau? " -
Hari ni bertarikh 6 November 2008 dalam tahun Masihi. Ader apa yer dgn tarikh ni? Erm...hari ni genaplah 9 bulan umur anak dara ku itu. Begitu cepat masa berlalu...Dah semakin membeso anak dara ku itu rupanya. X banyak pekembangan yg dpt dilihat pd usia ini. Selain pandai buat aksi 'bushuk' dia tu (bila kita sebut bushuk dia paham & terus buat aksi tu), dia juga dah pandai turun dr buai sendiri. Kejadian terbaru berlaku pada pagi semalam. Wan dia sedar dah merengek bawah buai. Sib baik dia x nangis meraung...x sakit agaknya. Selain itu juga, dia dah semakin melasak. Dalam walker ke menyusur ala komando ke, mmg dah x leh dibiarkan dia bermain sorang diri. Mesti lakukan pemantauan atas ini budak. Kalo x, mau lepas keluar rumah kalo pintu grill x tutup ataupon lepas ke dlm toilet. Heheheh...Perkembangan lelain, gigi belom tumbuh lg. Bila ntah nak tumbuhnyer. Huhu...merangkak & duduk pon belom lg. Agaknya dia nak terus berdiri kot...sbb dia slalu berdiri kalo dok dlm stroller dia...Xperlah....apa2 perkembangan dia nnt aku update ok. Jom layan video Ayrissa masa dia berumur 2 bln dulu. X puasnya nak tatap wajah dia time baby...Sekarang muka dia pon dah byk berubah. Kan? Ok, can cin cau dulu...

05 November 2008

CINTA vs RINDU ----<@

Aku,
x pernah jemu bercerita tentang rindu...
x pernah lelah berbicara tentang cinta...
Bila rindu hadir, di situlah adanya cinta...
Dan bila cinta datang di situlah terletaknya rindu...

Percaya atau tidak,
Bila cinta pergi, hati lah tempat yg paling sunyi...
Bila cinta pergi, hati pasti dibelenggu rindu...
Sungguh leka aku merindu...
Sungguh setia aku menyinta...

Tapi,
Penamat segala cinta & rindu ini entah di mana noktahnya...
Penghujung segala cinta & rindu ini entah di mana hentinya...
Akhirnya aku terus hanyut dan lemas dlm lautan rindu...

P/s : Hanya cinta & rindu kepada-NYA yg kekal abadi.....

04 November 2008

:: AWARD FROM KHAS LYSHA & AYU ::

- TQ very much babehhh...muuaahhss -

Ok, aku nak kasik award nih kat depa2 nih lak :

1) Anim

2) Cik Yatt

3) Nurmala

4) Ady

Waktu Yang Berharga....

- K.A.M.I @ Taman Gelora... -

- Waktu utk bersiar-siar... -

Tiada apa yg paling membahagiakan dlm hidup ini apabila kita dpt meluangkan waktu bersama insan2 tersayang. Sesibuk mana pon kita seharian, kesempatan untuk bersama keluarga wajar kita gunakan sebaik mungkin. Cuba anda semua bayangkan, waktu kita di pejabat sahaja dah 9 jam itu belum termasuk waktu kita keluar rumah, balik dr kerja, overtime, jln jem dan sebagainya. Tup tap tup tap...dekat kul 7 br kita sampai umah. Pendek kata dr terbit fajar hinggalah terbenam matahari kita meninggalkan anak/isteri/suami. Untuk wanita2 yang bekerjaya, anak2 ditinggalkan di umah baby sitter atau nursery. Balik umah dah dekat dinihari berkejaran pulak menguruskan hal rumahtangga. Sempat bermesra dgn anak pon beberapa minit jer agaknya. Bila dah nak tengah mlm, anak pulak dah ngantok nak tido. Huhu...begitu pantas masa berlalu. Kesiannya kat anak kita kan?

So, kpd anda2 yg bekerja dan jarang meluangkan waktu bersama anak2/isteri/suami tercinta, luangkanlah sedikit masa untuk bersama2 mereka terutama dihujung minggu. Kasih sayang dan belaian manja kita amatlah mereka perlukan. Sesungguhnya tiada harta yg paling berharga dlm kehidupan ini melainkan anak2/isteri/suami yang telah dianugerahkan oleh Allah kpd kita. Percayalah, kasih sayang yg abadi akan kekal bersemadi dihati selamanyaaaa.....