Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

26 February 2009

Malam Yang Sepi...


Malam yang sepi
Terdampar aku sendiri
Meniti hari-hari sunyi
Tanpa kau menemani di sisi...

Malam yang sepi
Termenung aku sendiri
Menusuk jauh di sanubari
Aku kah yang dikau cari?

Malam yang sepi
Terkesima aku sendiri
Menerawang memikirkan hasrat diri
Adakah kau akan terus mencintai?

Malam yang sepi
Terkenang aku sendiri
Setiap detik-detik indah bersama disulami
Lalu semakin jauh menghilang pergi...

Malam yang sepi
Sungguh aku tak ingin lagi
Begini dan terus begini
Mengharung setiap perit yang dirasai....

Dan

Andai kau tahu betapa sepinya mlm ku
Kau pasti datang ke sini
Mencari...menemani..
Dan takkan berlalu pergi membiarkan ku sendiri....


P/s : Malam yg sepi, pi pi..Pak Mat jual topi, pi pi, Topi yang koyak, yak yak...Pak Mat jual tempoyak, yak yak.....Muahahaha..Sempat lg wat lawak ek? :- P

25 February 2009

Kalaulah...


Kalaulah dia menyayangiku lebih dari yg ku tahu

Kalaulah dia mendampingi aku tanpa jemu

Kalaulah dia memahami aku sedalam-dalamnya

Kalaulah dia ditakdirkan untuk mencintai aku sepenuh jiwa

Kalaulah dia adalah insan yang sentiasa membuat aku bahagia...

Kalaulah dia dicipta untuk menyayangi, mendampingi, memahami, mencintai dan membahagiakan aku hingga hujung nyawa...

AKU ADALAH INSAN YG PALING BERTUAH DI DUNIA INI !!!!!!!!


P/s : Jawapan ini khas utk teman se"lagho"an aku...hahaha...u know who u are!!! :- P

My Fault ???


Kesabaran semakin menipis
Walau pada hakikatnya sayang itu x pernah terhakis
Adakah aku perlu terus menepis?
Atau mengalah dari merelakan diri di sisih?

Huhu...aku buntu!!!

24 February 2009

Emosi Itu Datang Lagi...


Sungguh, aku x pernah ingin engkau hadir kembali
Bermain-main di dlm hatiku...
Datang dan pergi semahu hatimu...
Dan porak perandakan perasaanku...

Sungguh, aku makin lemah keranamu
Mohon agar aku diberikan kekuatan & ketahanan
Berharap segalanya pasti kembali aman...
Dan ketenangan akan berpihak kepadaku...

Sungguh, andai ini qadar & qada' yg telah ditetapkanNya
Apa lagi daya yg aku ada...
Berserah dan terus berserah...
Dan terus cuba bertahan selagi termampu...

Hanya Tuhan yg tahu.......

20 February 2009

Malam Pertama....

Indahnya malam pertama kita.
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita.... Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang mem akainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian..
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mem pertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah etlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan mem peroleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan mem peroleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....
Tiap hari inilah yang kita lalui....
Susah vs. Senang.
Dunia semua yang mengasyikkan. . menyita perhatian kita.
Sedangkan dunia nyata yang menjemukan
lupa kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yang nantinya akan kita bawa kepada NYA.
Mengapa susah menerima kebenaran?
Apakah karena kosongnya jiwa yang tak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata?
P/s : Huhu....sekadar peringatan dan renungan kita bersama. Ya Allah, sesungguhnya aku takut ke nerakaMU namun x pula aku layak ke syurgaMU...

19 February 2009

Suksess...

- Kami di dlm gelap...(apsal aku nampak kuruihhh ek?wakkkkkkkkkk... :-P )

Hehehe...suka suka suka....betol betol betol...Akhirnya pengembaraan kami 3 beranak berjaya di GSC Megamall semalam. Perh, cuak siottt !!! 1st time nih bawak anak dara tu masuk panggung. Memula sampei tu, ok jer...sbb lampu terang lg kan? Pastu nampak dia cam gosok2 mata aku pon sumbat susu terus. Sesambil isap susu dia layan iklan kat skrin tu. Dan bila semua lampu dipadamkan, dia ok lg...lama sket tu dia cam pelik kot, terus bgn xnak susu dah, pusing kiri pusing kanan, pusing belakang...pelik agaknya apsal lak golap semacam je nih. Kui3....aku & Cik Abg Chomel dah pandang sesama sendiri. Menunggu reaksi yg seterusnya adakah dia akan melalak atau menjerit atau menangis dan atau atau lg? Alhamdulillah, reaksi yg diberikan amat positif. Nak2 pulak bila movie dah nak start kan. Beria la dia dok menengok ke skrin tu. Pastu lelama tu boring agaknya..dia dah start membuas, nak turun bawah, nak panjat kusi dan macam2 laa..Aku pon terus keluarkan twisties dan biskut mancis bg kat dia. Hah..dok diam kejappp...Fuh, sib baiiikkk....Bila action Upin & Ipin kuar jer dia sonok la tgk. Menjerit sambil terlompat2. Pastu suasana dlm panggung tu x sama cam kita2 layan sblm ni. Riuh-rendah ngan gelak tawa budak2 & makpak budak...Hehehehe....So, x kesah la Iris nak menjerit ke apa ke yg penting jgn nangis kan...
OKlah..layan punya layan best gak citer tu. Adventure....tp cam x sesuei jer bawak budak2 sebaya Iris p tgk. Sbb terlalu adventure, ader raksasa & fighting bagai. Iris bkn paham apa pon lg kan. Pastu lak watak Upin & Ipin tu cam bkn watak utama dia. Kiranya watak diorg x kuar sepenuhnya laa. Bila xder action Upin & Ipin, Iris boring ar...tuh yg membuas tu. Leh g main aum chakk ngan kakak kat belakang kami, bleh g main cuit2 org sebelah, leh g raba2 org depan...Auwwww...bkn raba sebarangan laa. Iskkk korang nih...pikiran ke mana la tuh. Huahuahuahuaaa...Dah sekerat jln tu, nampak dia semakin gelisah jer, aku pon sumbatkan balik susu yg berbaki tu. Sedar2 tgk dia dah lena. Lena selena2 nya...sampaikan sound system yg kuat giler tu pon x menjejaskan tido dia. Pelik tul. Kalo kat umah, jgn haraplah camtu..Pintu terkuak bunyi sket pon dan terjaga. Sabo jerlahhhh....Nih siap lena usung sampai ke dlm kete pon x sedar2 gak. Hehehehe....ngantok sgt agaknya. Erm, itu jerlah nak citer tentang 1st experience kami membawa anak kecik ke wayang. Sgt mencabar dan mencemaskannnn...Muahahhaha.....Adios...

18 February 2009

Need To R.E.S.T !!!


- Wajah ketenanganku... -

Fuh, penattttnya aku rasa...Korang rasa? Badan penat, mata penat, otak penat..pendek kata dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki, semua penat!!! Diulangi PENAT !!! Tp kenapa aku penat? X cukup tido kah? Kesibukan terlampau kah? Berlari tanpa henti kah? Atau aku penat sebab desakan tugasan semasa yg kadang kala menjadikan aku stress !!! Yessss, STRESSS!!! Urusan di pejabat x pernah surut. Urusan rumahtangga pon sama seperti itu juga. Urusan perniagaan juga turut menyumbang kepada kepenatan ku ini. Tp. tidak sesekali aku serik. Tidak sesekali aku kenal erti putus asa. Dan tidak sesekali aku menganggap segala ini adalah bebanan bg aku. Selagi ia dinamakan tanggungjawab, selagi itulah kita kena melaksanakannya tanpa jemu!!!
Apalah sgt nilai kepenatan ini jika ingin dibandingkan dengan kepenatan dan kesengsaraan mereka yg berada di negara yg diancam musuh, kebuluran, dan sebagainya. Sepenat manapon aku, aku masih bersyukur kerana penatku ini hanya di M'sia. M'sia adalah sebuah negara yg aman dan besarlah harapan agar keamanan dan kemerdekaan yg kita perolehi ini berkekalan. Jgn sesekali cuba menambahkan kepenatkan aku dgn perkara2 yg boleh mengancam kestabilan negaraku. Jgn sesekali..... Cukuplah kepenatan yg sedikit ini dirasai dalam suasana yg permai. Jika mempunyai kesempatan dan peluang, bawa-bawalah berehat walaupon sekejap cuma. Jika diri dilanda tekanan, senyumlah walau sesaat...kerana senyuman itu mampu melegakan segala kekusutan. Hadapi segalanya dengan senyuman. InsyaAllah, kita pasti tenanggg.... Okey, senyum semuaaaaaaaaaaaaa :) : ) :)

17 February 2009

Ku Tak Bersuara...

MAAF, AKU SEBENARNYA INGIN MENGELUARKAN SUARA HATI AKU PADA HARI NI, TP ENTAHLA, SEAKAN DISEKAT2 JER BILA NAK DIKELUARKAN TU. HUHU.....NNT DAH COOL DOWN SKET NNT AKU KEPOH2 KAN KAT SINI EK....TUNGGGU....!!!

16 February 2009

Cerita Hujung Minggu : Sukaneka

Uwwaarrghhh....mood Monday Blues mesti bermaharajalela dlm badan korang tul x? Huhu...termasuk jugaklah aku. Adoiii, maleh betul nak p kejer. Tp kena kuatkan semangat gak kan.. Kejer jgn x kejer...kejer jgn x kejer !!! Oklah, drp aku mengantok dan terus melayan blues aku pd hari ni, baik aku stori mori sket apa yg berlaku semalam di Taman Perumahan kitaorg. Persatuan KRT Tmn. Aneka Jaya telah menganjurkan hari sukaneka dan terbuka kepada semua penduduk. So, kami 3 beranak pon x melepaskan peluang la utk turut sama memeriahkan acara. Cik Abg Chomel main tarik tali..Hehehe...sakit tekak aku menjerit memberikan sokongan yg padu kpd suami terchinta. Muehehehhe...Sib baik Iris x brp paham apalah situasi itu. Kalo dia paham, kompem dia pon turut sama menyokong ayahnya. Perhhh..mcm nak tercabut nafas aku nengok depa ni dok tarik tali. Tp sukan ni mmg syiokkk woo..tingat zaman sekolah2 dulu dok main menda alah ni. Eh jap, kalu x silap aku last aku main tarik tali ni masa family day ofis Yanti (my best buddy) dulu. 2 ke 3 tahun lps. Hehehe...best beb tarik tali nih. Raut wajah sorang2 mmg lawaks ar...Hahahha..kalah org kena sembelit. Wakakakaka......Dan dgn banggannya aku nak umumkan kat sini yg team Cik Abg Chomel telah muncul johan bg acara tersebut. Cayalahhhh....Aku & Iris jd pom2 gurl jerk...Maleh aku nak main sukaneka nih. Seronok tgk org main jerk. Huhu...

Sesambil nak tggu upacara penyampaian hadiah, Iris leh wat aksi shuffle dia kat sini. Kuat betol pengaruh rakan sebaya ni. Sapa lg, terpengaruh ngan pakcik2 dia la. Terkinja2 cam monyet kena cili. Huhu...sabo jerlah...Anak dara ni leh tahan gak gediksss nyer.. Layannnnn kan ajer....

12 February 2009

Sudah Tukar...

- Melangkah ke Step 3: ANMUM ESSENTIAL Tom2 Bak...Hehehe -

Hah.....sempena Iris dah mencecah ke usia 1 tahun nih, susu dia pon nak kena tukar jugak la kan. Mama Iris pandai tul timing, sedang elok nak sambut besday, susu step 2 pon dah abis...So, terus tukar laaa....Tp. still setia dgn susu ANMUM dia tuh. Alhamdulillah...setakat ni xder apa2 masalah lg. Perut dia ok, buang air besaq pon ok...Cuma biasa la kadang tu ader gak sembelit ke cirit ke..tp x berturut2 laaa. Sbb doktor kata, kalo baby sembelit lebih pada 3 hari maknanya susu yg diberi x sesuai. Susu ibu xyah cerita laa...Heheheh...Sbb susu ibu adalah susu yg terbaik utk baby!!! Quite frust sbb x dpt BF Iris lama2...kejap jer. Huhu...Oklah, sekian sudah cerita pasal susu....lastly utk pesanan penaja : MINUMLAH SUSU, IA BAIK UTK KESIHATAN !!! Kui3....

11 February 2009

1st Award in 2009 :


Thanx a lot Kak Sue atas award yg diberi nih. Really2 appreciate it. Cuteeee bear tuhhh.....
Oklah, dah lama aku x bg award kat org. So, utk pertama kalinya dlm thn ni aku nak serahkan award ini kpd mereka2 yg cun seperti di bawah :
* Diana Din
* Cik Anim
* Cik Yatt
* Cik Ady
* Khas Lysha
* Hajar
* Kak Yanti
* Kak Nisah
* Nurmala
- dan siapa jua yg mengenali diri ini...cewah.... -

Birthday Party...

- Red theme..(cute x kek minie mouse tuh? Hehehe) -

- Aksi si besday gurl... -

Huhu...baru hari ni aku update blog & story mori besday party Ayriss yg lepas. Party tu dibuat pada hari Sabtu petang 7hb hari tu...Alah, bkn nak buat grand pon....simple2 ajer. Org kata nak seronok2 jer. Lgpon Ayriss bkn paham apa pon lg kan? Tgk la muka di kat atas tu, pelik semacam jerk....Dia pelik agaknya kenapalah org ramai kerumun dia...Pastu org dok pakaikan skarf & topi bagaiii...Hihihihi...Alhamdulillah, w'pon majlis yg diadakan secara kecil-kecilan, keseronokan jelas terpancar diwajah kami. Seronok sgt bila tgk saudara mara dan kenalan rapat dpt berkumpul camtu. Besar ke kecik ke majlis tu x penting. Yg penting keikhlasan dan keakraban hubungan yg terjalin sesama kita. Erm, kebetolan pulak besday Mak De Ayriss sama pulak, so diorg potong kek sekali laaa. Hehehe...Ayriss x reti lg nak tiup lilin.. so, Mak De la yg tiupkan. Kui3....
Ribuan terima kasih diucapkan kpd yg hadir terutama kpd Tini, Unty (Mak Tini), Kak Lina (Kakak Tini), Rayyan (son of Kak Lina), Yatt & hasben with her hensem boy; Haris, Tokma & cucu2, Man (kwn Cik Abg Chomel), Kak Ani & family, Nenek Yam & cucu2, Nenek Ayriss, Mak Atie Ayriss & kpd semua yg hadirlah...Kesudian dan kesempatan anda semua bertandang ke teratak buruk kami amatlah dihargai. Terima kasih jua diucapkan kdp semua yg memberikan hadiah dan 'ang pow' kpd Ayriss. Pd ptg tu, antara juadah yg disajikan ialah mee goreng, bubur cacar, keropok lekor, kek lapis, kek coklat, kek besday Ayriss, makanan ringan, air sarsi & mango, dadih dll. Erm, apa lg ek nak citer...Rasanya xder apa dah kot. Itu jerlah ceritanya...Hehehehe....semoga kita berjumpa lg thn dpn utk 2nd besday Ayriss yer? Bye2...tata titi tutu....

06 February 2009

Nur Ayrissa's 1st Birthday is TODAY - 06.02.09

Fuh, lega hanya tuhan jer yang tahu.....Bidan angkat baby tunjuk kat aku. Alhamdulillah, selamat..baby girl....tgk dia hilang segala sakit tadi...Memula kuar dia x nangis terus, merengek2 jer...pastu lelama bidan bawak dia nak mandi br dengar suara dia...Ya Allah, indahnya perasaan ketika itu. Nikmat yang Allah bagi.....Saat bidan letak dia atas perut aku, mata dia terbukak beso dah... terkelip2....Saling x tumpah cam muka ayah dia. Aku senyum memandang husband di sisi....sambil ckp kat dia..."anak kita...." Syahdu jer....hehehhe...
Erm...itulah rentetan peristiwa bersejarah dalam hidup aku. Syukur pada Allah sbb aku x menanggung sakit yg lama dan x susah nak lahirkan baby ku itu. Pengalaman bersalin mmg satu rasa yang best dan ajaib. Sesungguhnya, tiada harta yang paling bernilai bagiku saat ni melainkan Nur Ayrissa Zairezal...

- Permata hati beta... -

Hari ini 06.02.09 genaplah usia Nur Ayrissa 1 tahun. Ya Allah, begitu pantas waktu berlalu. Dan tanpa sedar, sudah setahun aku bergelar ibu kepada seorang puteri. Alhamdulillah atas segala nikmat yg diberi oleh-Nya. Nur Ayrissa juga semakin membesar dgn baik. W'pon masih belom pandai berjalan (berdiri jer baru), tp perkembangan dia amat memberansangkan. Gigi dah ader 4 batang, 2 atas, 2 bawah...Sekali kena geget ngan dia mmg x hengattt. Dia juga boleh menyebut sedikit sebyk perkataan spt. "ball (BO dia sebut, L x berapa nak dgr), kakak (tatak...hehehe), Fish (ssss..jer bunyiknya)" dll. Lagi dia boleh membuat aksi "wau2 bulan, flying kiss, bye2, twinkle2 lilttle star, joget dll. Pastu kalo org tanya "Siapa nama Nur Ayrissa/Siapa budak pandai/Siapa nootty girl" ke dia terus angkat tgn...Konon paham la tuh. Erm, itulah sedikit sebanyak perkembangan dia. Sama jer ngan budak2 lain yg seusia dia.
" Sempena ulangtahun Nur Ayrissa yang per-1 ini, mama cuma nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR...SEMOGA AYRISSA PANJANG UMUR, DIJAUHKAN DARI SEGALA KEBURUKAN DAN PENYAKIT & SEMOGA MENJADI ANAK YG SOLEHAH DAN BIJAK YER? Percayalah syg, mama & ayah sentiasa menyayangi Ayrissa utk selama-lamanya dan selalu mendoakan kesejahteraan mu di dunia dan di akhirat....amin. "

04 February 2009

Satu Kenangan Yang Asyik...

31.01.2009 :
Sebelum bergerak ke Pangkor Ahad tu, kami singgah dulu di Kl utk menghadiri majlis perkahwinan Shima dulu. Hehehe, sempoi sungguh pasangan pengantin nih. Aku tgk cam korang main sanding2 jer...Mmg slamberrr. Makanan pulak sangat sedap. Aku nak tambah segan weh. Heheheh....Oklah, Selamat Pengantin Baru Ariq & Shima, moga kekal bahagia ke anak cucu...Cik Anim aka si pengapit tu bila lg? Ahakss....


01.02.2009 :
Bertolak dari Putrajaya jam 8.00 pagi kalu x silap aku. Konvoi beramai-ramai lebih kuang 8 bijik kete. Tiba di bandar Teluk Intan dlm t/hari mcm tu. Berhenti sekejap di Menara Condong untuk aktiviti tresure hunt. Heheheh...best2 w'pon jawapan yg diberi x tepat. Dpt gak hadiah saguhati... :P Perhhh...jenuh jugak ek nak sampai ke Lumut. Rasa lama jer dok dlm kete. Alhamdulillah selamat tiba di Pulau Pangkor jam 3.30 petang kalu x silap aku. Nur Ayrissa kepenatan t'tido dlm feri. Cantik gak Pulau Pangkor nih. X byk lg pembangunan yg dilakukan. Fresh & semulajadi gituuu...Angin bertiup sepoi2 language. Ekkekekek....Sampai di bilik, badan yg penat direbahkan sebentar, kami 3 beranak terlelap sampai ke senja. Huhu, xleh nak p mkn angin petang di tepi pantai. Acara mlm diteruskan lg dgn hidangan BBQ...Perhhh, sgt leleh resepi ikan bakar "geng2 AJK" beb...Sedapnya hingga menjilat jari wa ckp sama lu.. X caya, tanya ar Cik Abg Chomel....Pehtu, kami2 iaitu Kak Lin, Kak Jaja, Aku & anak dara ku overnite di tepi pantai sambil menyopping souvenir utk di bawa pulang. Cun gak suasana mlm di Pangkor. Cam ala2 Phuket gitu..ahaksss.


02.02.2009 :
Hari ni, 02.02 ialah besday Pak Ngah Ayrissa. Hehehe, xder kena mengena pon ngan citer Pangkor nih. Sajer jer nak wish kebetolan terentry pada tarikh ni. Hepi Besday Pak Ngah, moga panjang umur, murah rezki ek? Belajor rajin2....

Ok, sambung balik citer Pangkor...Hari terakhir kami di Pangkor diteruskan dgn sebaiknya. Menaiki bot mengeliling pulau2 yg terdapat di sekitar Pangkor adalah satu kenangan yg begitu asyik utk dikenang. W'pon sedikit frust sbb x dapek nak terjun dan berenang di dlm laut, tp sekurang-kurangnya dpt gak la aku merasa bermain di persisiran pantai. Bestnya dpt bercanda mcm ni selalu kan? Geng2 sebot kitorg pon mmg happening habis. Kak Yanti, Abg Lan, Danial, Kak Lin, Kak Jaja, Kak Fiza, Abg Mansor, Anak2 bujang Kak Fiza & driver bot kami yg riuh bercerita itu ini dan tidak penat melayan karenah kami yg loqlaq.....Hehehehe...Best, mmg bestttt...x dapat digambarkan dgn kata kebest'an tersebut. Seriussssss !!!


Huhu....Itulah alkisahnyer ceritera cinta di Pulau Pangkor yg indah. Penghujung percutian terpaksa diakhiri dgn perpisahan. Aku menuju ke Kuantan dan kawan2 yg lain menuju ke Putrajaya. Uwwaa...sedih la pulok wehhh. Bila lg dpt bersama korang ek? Bila lg dpt bergumbira gelak ketawa bersama korang ek? Huhu, biarlah persoalan itu terus bersemadi di hati ini. InsyaAllah, panjang umor kita jumpa lg yer? W'pon rindu di hati sedikit sebyk terubat, sisa2 rindu itu masih kekal di hati ini. Cewahhhhh......Ok u alls, kenangan terindah bersama korang tetap segar dlm ingatan ku untuk selama-lamanya. TQ once again atas jemputan yg amat berharga itu. Adiosss....



P/s : More picca, juz click here .... (kalo gambo xder lg, tunggu sat2 lg ek?under maintenance la pulak FP tuh....)