Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

31 March 2009

Luahan Seorang Suami...

Juz got email from my fren and i paste here to share it with everybody. Siapalah "suami orang" tuh? Beruntung bini dia dpt laki yg m'punyai kesedaran seperti ini...muehehehe...1 dlm 1000 kot...Hahaha!!! Jom ikuti luahan dia..

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siamsana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40++. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.

Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.

Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak).

Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.

Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.

Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....

Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.

Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.

Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam, masih lagi terkial kial.
Wallahualam.

- suami orang-

30 March 2009

Your 26th Birthday & Our 2nd Anniversary...


- Kejadian 2 thn lepas pada tarikh hari ini -

29.03.2009 :
Semalam, birthday Cik Abg Chomel..Kpd suamiku, b ucapkan Selamat Hari Lahir yg ke-26 dan semoga abg panjang umo, dikurniakan kesihatan yg baik & dimurahkan rezki selalu...Jgn dok perasan mudaa lg naaa...Hehehe...i love u !!!

30.03.2009 :
Hari ni, ulangtahun perkahwinan kami yg ke-2. Begitu pantas masa berlalu. Rasanya br semlm jer bersanding atas pelamin. Ekekeke...Buat insan yg tercinta, aku ingin katakan di sini bahawa, kaulah raja dihati ku! Terima kasih kerana sudi menjadi peneman hidupku. Walau dugaan dtg x kira masa dan tempat, aku yakin kebahagiaan akan pasti bersama kita. Ribuan kemaafan dipohon atas segala kesalahan dan keterlanjuran..Ribuan terima kasih jua diucapkan atas segala-gala yg telah kau curahkan kpd ku. Kehadiran si permata hati mengukuhkan lagi ikatan suci antara kita. Kasih syg kita terhadapnya tiada nilainya. Sejujur dan seikhlasnya, hanya kau yg terbaik utk ku...Aku cinta padamu...sunggguh!!!

P/s: Uwwaaa..terpaksa cancel nak p honeymoon hari ni atas sbb2 teknikal yg x dapek dielakkan. Sowii ek syg....huhu..apala nasib!!!

27 March 2009

Gambo Kenang-kenangan...


GANGSTARZ, UTK MELIHAT GAMBO2 PERCUTIAN KAMI DI INDON
DENGAN LEBIH TERANG DAN JELAS, SILALAH LAYARINYA


ENJOYYYYYYYYYY !!!! TERIMA KASIHHHHH....(versi Allycate) :- P

26 March 2009

SPECIAL ENTRY : Happy Birthday Mama - 26th March...

- Mama ku yg kecik molek...hehehe -

"Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Puan Azriyah...
Allah selamatkan kamu..."

HEPI BESDAY MAMA !!! ALHAMDULILLAH, DI USIA 48 TAHUN INI MAMA MASIH LAGI DIKURNIAKAN KESIHATAN YG BAIK OLEH ALLAH. SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN MAMA PD HARI NI, ALONG DOAKAN AGAR MAMA DIPANJANGKAN UMUR, DIJAUHKAN DR SEBARANG KEBURUKAN DAN BAHAYA PENYAKIT, DIMURAHKAN REZKI DAN SENTIASA BERADA DIBAWAH LIMPAHAN RAHMAT YANG MAHA ESA !!! HANYA ALLAH YG DPT MEMBALAS SEGALA JASA2 DAN PENGORBANAN MAMA. JUTAAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJAGA NUR AYRISSA BG PIHAK ALONG. ALONG DAH TEMPAH KEK COKLAT SPECIAL UTK MAMA TAU? MLM NI KITA CELEBRATE EK? I LOVE U MAMA.......UUMMMUUUAAAHHH...

25 March 2009

~ Visit Indonesia 2009 ~

Taraaaaaaaa....Hehehe..mesti korang ternanti2 story mori aku dari Indon kan? Erm, rilek2...aku tgh bertungkus lumus utk menyiapkannya td. Hah, dah siap dah...Ok, ayuh bapak2 ibu2..ikutilah ceritaku ini dgn tenang yaa... :-P


- Day 1 -
Penerbangan Air Asia AK942 akan berlepas dari LCCT ke Padang, Indonesia, KLIA jam 0750am. So, utk penerbangan antarabangsa, kami kena check-in 3 jam b4 berlepas. Tp. kami agak lewat sbb terpaksa menunggu rombongan Cik Mel. FYI, aku tiba di LCCT jam 0500am tau. Sian Iris...tidur atas dokong jer. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 0800am waktu tempatan (diorg lewat sejam dari kita), kami selamat mendarat di Balai Udara Minangkabau, Padang, Indonesia. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang hanya mengambil masa 1jam 10minit. Kejap jer rupanya...Alhamdulillah jugak sbb cuaca pd pagi itu sgt baik. Indahnya permandangan dr atas awan. Betapa agungnya ciptaan Allah...Lokasi Padang terletak di persisiran pantai Kepulauan Sumatera Barat, Indonesia. Cara hidup mereka x jauh bezanya dgn kita. FYI, majoriti masyarakat sini berketurunan minangkabau dan agama yg mereka anuti juga adalah Islam. Bersyukur sbb kami tidak menghadapi masalah utk mencari restoran makanan halal. Alahh..korang mesti slalu mkn nasik padang kan? So, itulah makanannya...Selesai check-out, ketibaan kami telah disambut oleh Omm Jodie di airport. "Pak supir" yg akan m'jd tourist guide kami sepanjang kami di sana. Kami di bawa bersarapan di Restoran Lamun Ombak (mahal gilerrr) dan selesai mkn kami bertolak ke Kota Bukit Tinggi utk meneruskan percutian. Perjalanan dari Kota Padang ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 2jam. Jln plak mak aii..jln kampung yg sebuk dan bengkang bengkok. Iris pening agaknya, tido jer dlm van.

Di pertengahan perjalanan, kami berhenti seketika di Lembah Anai Air Mancur. Tempat ni ader air terjun yg tinggi dr atas bukit. Kecik jer kawasan dia tp cantik..sejuk jerrr rasa. Amik gmbo dulu sekeping 2, pastu hilangkan haus ditekak dan kemudian teruskan perjalanan. Tiba di Kota Bukit Tinggi, kami menginap di Hotel Nikita dgn harga Rp242.000/nite. Convert ke duit kita lebih kurang RM80. Oklah kan...juz utk tido & mandi jer. Yg penting hotel tu selesa dan bersih. Tido kejap rehatkan badan...petang kami semua keluar utk melawat tempat2 yg menarik. Kami ke Taman Panorama yg terletaknya hanya 5mint dari hotel. Di Taman Panorama tu terdapatnya kubu tentera Jepun dulu atau nama komersialnya Lubang Jepang. Hehehe...dlm wOo lubang tu, kena turun tangga..Kalo x silap aku ader 132 anak tangga. Lubang Jepang ni jugak terdpt 6 pintu keluar masuk. Seram gak masuk dlm tu. Tp serius, x panas pon..sejuk jer w'pon kita berada beratus2 meter didlm lubang tu. Dari Taman Panorama juga, kita dpt melihat permandangan Small Grand Canyon yg begitu memikat pandanganku. Slps tu, kami semua menaiki kereta kuda plak ronda2 Kota Bukit Tinggi. Syiokkk wooo...Iris suka sgtt...deguk deguk..deguk deguk...Hehehehe...

Dan abis ronda2, kami teruskan lg sesi berjln. Kami semua nak pergi ke daerah Maninjau plak. Perh...punyalah jauh dgn jln yg mcm apa ngerinya. Bengkang bengkok, bukit bukau...Ngeri siottt..mengucap byk2 aku. Huhu...Sepanjang perjalanan ke sana, kami dihidangkan dgn pemandangan perkampungan tradisional yg begitu indah. Serius, aku x pernah tgk perkampungan seindah dan sedamai itu. Tenang jer....pastu dari atas bukit nampak Danau Maninjau yg luas terbentang berlatar belakangkan gunung-ganang yg berdiri gagah. Aku ingatkan laut...rupanya tasik wehhh.. Bapok besoooooo....Cantikkk sungguh...Indahnya alam ciptaan Allah. Kami menuju ke hulu daerah Malinjau semata2 utk menikmat ikan bakar yg tersgtlah sedap kata Cik Mel. Perhhhh....mmg maveles beb ikan bakar dia. X pernah aku rasa ikan bakar sesedap itu kat Mesia ni. Pastu ikan yg diorg bakar tu adalah ikan talapia. FYI, aku x mkn ikan talapia sbb hanyir tp yg ni usah kata x hanyir, dgn isi yg begitu manis sekali..waduh2.....rasa mau mkn 10 ekor dong...Hahahahaha....Kami mkn 7 org total dia tau brp? Rp100.000...Lebih kurang RM38 duit kita. Bapokkkk murohhhhhhh......confirm panjang umor, murah rezki, aku dtg sana lg semata2 nak mkn ikan bakor tu tau....Perut kenyang, balik hotel...tidoooooooo. zzZzzz....
- Day 2 -
Keseronokan kami ditempat org diteruskan lg. Kali ni kami dijemput bersarapan di rumah Omm Jodie. Perh, umah banglo tuuu...besar giler. Makanan tempatan yg dihidangkan kpd kami. Ader yg boleh masuk ke tekak aku, ader yg xleh..Hehehe...FYI, aku nih agak cerewet kalo bab2 mkn ni. Terima kasih yaa kerana sudi meraikan kami. Hehehe....siap promote kat kami telekung2 & kain2 pasang tu. Rambang mata kejap aku. Huhu...Slps tu kami pergi ke Benteng Fort De Kock & Rumah Minang. . Rumah Minang tu cam Muzium Minang. Keliling2 dia cam ala2 mini zoo. Ader gajah, unta, kanggaroo, burung2, tupai, ayam dll...Cantik gak taman sekitar Rumah Minang tu. Siap ader jambatan gantung lg tau yg menghubungkan Taman Benteng Fort De Kock dgn Rumah Minang tu. Iris sampai2 jer tido..lentok la atas dokong. Huuhu...sian anak aku. Lps jln2 tu, g lunch & balik hotel utk rehat. Petang tu kami pergi shopping brg2 souvenir utk dibawa pulang di Pasar Atas. (Leh tahan mahal gak...idaklah murah spt yg dikabokan...biasa2 jer nak2 depa tau nilai duit kita kan. Nak shopping guna RM pong buleh....suka sgtla depa). Aku rembat gak telekung 4 psg, kain pasang 4 psg, keychain, tudung, baju, dll...Ader yg org kirim, ader yg nak bg kpd keluarga dan rakan taulan dan ader yg utk guna pakai sendiri. So, u all, raya thn ni aku melaram dgn baju raya yg kainnya khas diterbangkan dr Indon yaa... :- P Kui3.... Dinner mlm tu, Cik Abg Chomel mkn nasik padang, aku & angah layan murtabak mesir. Perh...terangkatttt ar kelazatan murtabak mesir depa. (murtabak bandung = apam balik, murtabak mesir = murtabak biasa cam kita kat sini laa).
- Day 3 -
Hari ke-3 kami semua turun semula ke Kota Padang. Sbb, esoknya tu flight kami pukul 0830 waktu tempatan. Kalo nk bergerak dari Kota Bukit Tinggi takut x sempat/ader something bad happen..x pasal2 kami delay plak lg sehari. Huhu..utk langkah selamat, kami kembali ke Padang dan menginap di Hotel Hang Tuah. Hotel bajet jer...Rp200.000. Hahahah..mahall tuh.. :- P Lepak kat bilik kejap, pastu kuar jln2 cari mkn kat Plasa Andalas (depa spell plaza cam gitu tau)Hehehe...x best sgtla shopping mall depa. Cam aku p shopping mall kat kampung mana jer. Hehehe...sbg cth, kadaannya cam shopping complex kat pekan2 kecik kat negara kita nih. Penuh sesak dek org ramai...panas, aircond dlm shopping mall tu x rasa apa pon. Pastu bingit sbb ader show apa ntah. Cam reality show cari band2 baru. Suara depa mmg superb. Dah nama Indon kan...Kami lepak kat KFC. KFC sana lain meal dia tau. Best2 gak. Ayam dia best dr kita rasanya. Cam garing gitu hot & spicy dia tuh...Nyum2...Jln2 sekitar Kota Padang yg sesak. Nak2 plak skang ni depa tgh dok kempen pilihanraya awal April nih. Kete2/taxi2 bising sekali dgn bunyik hon. Diorg jenis main redah jer tau. Nak cpt jer...takut aku nak cross jln. Sabo jerlah...huhu..Dinner layan murtabak mesir again. Sgt2 sedap...

- Day 4 -

Pejam celik pejam celik, kami sudah sampai ke hari terakhir. Bgn2 pagi kul 5.00am sbb nak kena check-in kat airport kul 7.00am. Sarapan dulu di hotel.. Roti bakar depa isi coklat rice tau inti dia tu..sedapppp!!! Pastu tunggu van yg akan menghantar kami ke airport. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA pukul 10.00am waktu tempatan. Errmmm...satu percutian yg sgt menarik dan penuh dgn nilai tradisional. Org2 minang kat sana semuanya ramah tamah tau. Baik2 belaka. Xder apa yg perlu ditakutkan. X seperti gambaran kita terhadap mat2 & minah2 indon kat sini…InsyaAllah, panjang umor murah rezki kami bertandang lg ke sana yaa. Daa daa…(diorg bye2 cam gitu..ekekekek)

- Aksi budak kecik nih sepanjang percutian -
Hehehe...Dialah kebanggaanku. Iris mmg good gurl tau sepanjang bercuti. Baik jer. Xder pon meragam2 beralih angin ke apa ke. Cuma hari ke-2 dia kena sembelit so, meraung sakit agaknya. Huhu..sib baik ader ayah tolong settlekan. TQ ek ayah. I lap u..huhu..FYI, sepanjang kat sana Iris suka sgt tgk & naik kete kuda. X takut pon...dah dia jugak pandai bila org suruh wat aksi naik kete kuda camner. Hehehe...Bab berjln no. 1 ek Iris? Sepenat mana pon xper...atas dokong pon leh lentok. Sabo jerlah...Pastu dia jugak suka tgk aeroplane. Aku ajar la dia bunyi aeroplane camner, dia ingat. Bila org tanya, dia buat la bunyik & aksi aeroplane. Uuuummmmmm...bunyik nyaa...ekekeke...Lagi, nak2 skang dia dah mula nak berjln kan. Payah betol kalo nak dokong. Xnak dokong nak suruh org pimpin dia. Mcm la terrer dah berjln. Sabo jerlah...kalo dapat meniti ke suka sgt...Org nak amik dokong bwk jln pon xmo. Jenuh melayan. Si Damien anak Mel meragam time nak tido. Beralih angin agaknya. Yg geram, Iris bantai mengajuk Damien menangis. Huh, nakal betol...org dok pening nak pujuk kwn tu dia leh ajuk2 plak. Berjln area hotel tu suka sgt. Ghalokkkk....Sampai staff hotel tu kata " Riang ria ajaa diaa ya..temannya menangisss..." Huhu....org lain nak amik main ngan dia jgn harap la nak.. Jual mahal...Utk Iris, aku belikan baju tido batek & rantai stanless steal dgn ukiran nama "Ayrissa". .. Rp25.000 jer. Heheheh...nak pakaikan emas takut plak sbb budak2 lg kan. So, pakai besi jerlah Iris oiiii....Oklah, panjang berjela2 stori aku nih. Stop dulu yaa....penat menaip...ekekekke...Cau cincauuuu...

24 March 2009

Sudah Pulang Yaa Buk...

Yo, yo !!! Aku dah kembali dari bercuti di Indon. So, hari ni br masuk opis. Erm, bleh tahan gak kejer yg menanti aku nih. Huhu..Oklah, esok aku update story kat Indon ek? Hari nih lupa bwk camera nak transfer gmbo. Secara keseluruhannya, best jugakla g cuti2 Indon tu. W'pon sedikit frust sbb ader beberapa tempat yg x sempat kami kunjungi. Oklah...nantikan corat-coret Indon pd hari esok yaa. Daa daa...

18 March 2009

Kerinduan & Ketenangan...

Wan,
Esok, genap seminggu Wan pergi tinggalkan kami...
Tp x pernah sesaat pon Along lupakan Wan
Mlm terakhir sblm Wan pergi, Along sempat menemani Wan
Sempat bertanya khabar Wan dan menggosok2 belakang Wan
Wan pon memaut lembut bahu Along
Entah kenapa, mlm tu Along rasa mcm nak tidur jer dgn Wan
Rupanya itu adalah mlm terakhir Along bersama Wan
Mlm tu, babah belikan satay dan nasik impit utk Wan (kegemaran Wan kan?)
W'pon Wan x berselera, Wan jamah jugak walau semulut
Maafkan Along sgt2 sbb x teman Wan mlm tu kerana terpaksa
menumpukan perhatian kpd 'Nisa' ( Wan panggil Ayrissa, Nisa tau?..hehehe)
Tp, walau apapon Along tetap bersyukur sbb dpt bersama di mlm terakhir Wan
Walaupon hanya sekejap cuma..
Patutla mlm tu pandangan mata Wan sayu sgt...
Rupanya Wan nak bgtau yang Wan nak pergi jauh...

Wan,
Esok Along sekeluarga akan ke Indonesia
Dan betapa besarnya hikmah Allah
Dia mengambil Wan seblm keberangkatan kami
Syukur2 sgt sbb Along masih sempat menatap wajah Wan utk kali terakhir
Sejauh manapon Along pergi, Along takkan lupakan Wan!
Semoga Along beroleh ketenangan di sana
Ketenangan utk menerima takdir bahawa Wan sudah tiada di sisi Along...
Pagi ni, Along rasa sedikit tenang....
Lebih2 lagi melihat suasana pagi yg begitu indah di bumi Kuantan ini...

Along x pernah putus berdoa utk Wan...
Moga Wan terus tenang di sana...

17 March 2009

Fly To Indonesia...


I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

To all kwn2 mama & all bloggers or silent readers yg mengikuti perkembangan blog mama nih, Iris cuma nak bgtau yg blog mama nih x dpt nak update start 19 - 23 Mac 2009. Ini kerana Iris, mama & ayah akan pergi bercuti di Padang, Indonesia. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik yer? InsyaAllah, nnt mama akan update travel story kitaorg kat sana ek? Uik, nih 1st time Iris naik aeroplane tau. Hehehe...terujaaa Iris tau? Preparation so far so good. Nnt pandai2 la mama kemas ek? Hehehe... Percutian ni jugak mungkin dpt memberikan sedikit ketenangan kpd mama semenjak kehilangan moyang tempoh hari. Okey mama, don't wori..Iris akan sentiasa berada disisi mama. Semoga Allah memberkati perjalanan kita ni. Amin....

Hari-hari Yang Aku Lalui Kini...


Begitu suram, begitu sunyi dan begitu kosong...

Ya..itulah yg aku rasa kini

Semangat yg ada tiba-tiba hilang

Kekuatan yg ada tiba-tiba lemah...

Aku menyusuri hari-hariku dgn penuh kesepian

Ya, yg pergi tetap pergi...

Yg pergi takkan kembali...

Itu adalah takdir-Nya yg kita perlu redha!

Tp. langkah aku semakin longlai

Perjalanan hidup aku seakan terhenti di sini

Aku cuba berdiri teguh dan melangkah gagah

Menerima ketentuan-Nya dgn penuh ketenangan

Tp. itu tidaklah semudah yg disangka

Walaupon aku masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa

Jauh dilubuk hati ini hanya Tuhan yg tahu...

Begitu payahnya melenyapkan segala bayangan dan kenangan

Wan, Along rinduuu Wan....

Ya Allah,
Pimpinlah aku menyusuri hari-hari ku
Pandulah aku ke jalan keimanan-Mu...
Berikanlah aku segala kekuatan dan ketenangan
Sesungguhnya, hanya petunjuk & hidayah-Mu ku pohon...
Amin Ya Rabbal Allamin...

13 March 2009

Titipan Kasih Buat Nenda......

Tanggal 12 Mac 2009 bersamaan 15 Rabiul Awal 1430H,
Wan telah pergi tinggalkan Along dan kami semua...
Wan pergi ketika kami semua tiada di sisi Wan utk bersama2 mengucapkan
2 kalimah syahadah...
Wan pergi ketika kami semua senang lena diulit mimpi
Maafkan kami Wan...

Lebih kurang pukul 5.00am, mama ketuk pintu rumah Along
Mama bgtahu, rasanya Wan dah x ada...
Along terus berlari ke bilik Wan
Dan dapati Wan dah terkulai kaku...
Along lihat, mata dan mulut Wan tertutup rapat
Along cuba merasa nadi dan turun naik nafas Wan
Tapi dah x ada rasa...
Along x dpt menahan sebak dan air mata...
Akhirnya setelah 26 thn Along membesar bersama Wan,
Wan pergi jua mengadap Illahi...

Along terus beristigfar dan cuba utk kuatkan semangat
Walaupon Along redha pada hakikatnya
Tp along masih lagi sukar menghadapi kenyataan
Bahawa Wan sudah tiada lg di muka bumi ini...
Tp inilah janji Tuhan yg harus Along akur...

Wan,
Along masih ingat masa kecik2 dulu,
Wan selalu bawa Along jln2, pergi ke taman bunga,
Sakit pening Along Wan yang jaga...
Dan, masa Along dah meningkat remaja,
Along masih lg tido dgn Wan, bermanja dgn Wan
Sampaikan baju2 Along pon Wan yg uruskan lagi...
Hehehe..malas betol Along kan?

Wan,
Along masih ingat masa Along terpaksa berjauhan dgn Wan
Wan pasti tunggu kepulangan Along
Wan kemaskan bilik tidur kita untuk sambut kepulangan Along
Wan bentangkan cadar dan tukar sarung bantal baru
Kasihnya Wan pada Along kan? ...

Wan,
Sepanjang bersama Wan,
Wan x pernah pon menyakiti Along
Wan selalu manjakan Along
Menyayangi dan membahagiakan Along sepenuh hati
Setiap permintaan Along,
Jarang sekali Wan kecewakan...
Maafkan Along atas segala kesilapan dan kekasaran bahasa
yang telah menyakiti hati Wan...

Wan,
Along masih ingat,
Begitu nikmatnya nasi yg Wan suapkan ke mulut Along
Walau pada ketika itu hanyalah nasi putih & ikan kering ajer...
Along selalu mengacau Wan makan
Mesti Along minta Wan suapkan Along w'pon semulut..

Wan,
Hajat Wan untuk melihat Along kahwin
Dan mempunyai cicit sudah Along tunaikan..
Alhamdulillah, Wan sempat bermain dengan cicit
ketika Wan masih sihat hari tu...
Dihujung2 hayat Wan,
Wan x pernah pon mengerang sakit,
Wan masih ingat dan kenal siapa kami
Telinga dan mata Wan pon masih baik...
Along sentiasa berdoa supaya Allah mengambil Wan
dalam keadaan yg baik dan tenang...

Wan,
Kasih syg dan jasa2 Wan hanya Allah yg dpt membalasnya
Waktu dan kenangan bersama Wan adalah detik2
Yang sangat indah untuk dikenangkan...
InsyaAllah, Along akan selalu mengunjungi pusara Wan...
Harapan Along,
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Wan
Dan damailah Wan di alam sana...
Ingatlah Wan bahawa Along xkan sesekali melupakan Wan
Selagi Along bernafas, selagi itulah Wan akan sentiasa di hati ini...
Percayalah,
Wan adalah insan yang paling istimewa bagi Along...
Along sayang Wan sangat2...

Wan,
Along berhenti dulu yer,
Nnt kalau Along ada masa,
Along tulis lagi utk Wan kat sini
Semoga kita bertemu di akhirat nnt...
Along pasti merindui Wan di sini...

" Ya Allah,
Ampunilah dosa2 Wan ku
Tempatkanlah dia dikalangan org2 yg Engkau kasihi...
Amin..."

11 March 2009

New Gadget ;- )

CAP AYAM !!! Yup...itulah perkataan yg sesuwei utk brand HP terbaru aku. Muehehehe...atau kalo korang nak nama yg lebih exclusive ; N77 nama dia...Hahaha!!! Gadget terbaru ini pengeluarnya adalah negara China. Dan ini jua salah satu cara utk aku terus memboikot brg2 dr barat terutama Amerika Syarikat & Israel. Tp kalo utk barang keperluan yg penting2 dimaafkan. Huhu...padahal dlm hati ni meronta2 nak beli Nokia E series. Uuuwwaaa...cun siot E61i tuh. Tp apakan daya..

Erm, kenapa N77 Cap Ayam nih? 1st, sbb color dia yg begitu memikat penglihatan ku (pink okeyyyyyyy). 2nd, sbb function dia sama jer dgn N70 aku yg dulu cuma dia xleh nak 3G jerk (xperlah, lgpong bkn guna sgt 3G tuh) + ader MP4, camera pon 2.0 mega pixel tau.. N70 tu diserah milik kpd adik lelaki ke-2 ku. 3rd, sbb nak try pakai hp cap ayam yg warranty dia hanya sebulan jer nih. Hahahaha...Yerlah, dari dolu asyik pakai Nokia jer kan. Nih nak jugak bertukar selera org kata. Sana sini org menayang gadget depa. Nih turn aku plak nak tayang gadget terrrrrrrrrcanggih dr aku. Hehehe...xder apa utk dimalukan dan xder apa utk dibanggakan. 4th, sbb harga dia pong menariks dan menjimatkan. Nak2 plak skang ekonomi tgh gawat kan, kita kenalah berjimat cermat. Cewahh..statement poyo dr aku. :P 5th, sbb HP ni cam ala2 PDA tau, dia ader pen kecik utk touch skrin kalo kita xmo guna keypad. Best kan? Hehehe...Oklah, dgn ini kupersembahkan kpd dunia inilah dia HP terbaru aku !!! Taraaaaa........ ;- P
-
-
-
-
-
-
-
-
-

10 March 2009

TAG GAMBO FROM CIK ANIM :

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.



Ini ialah gambo ke-6 dari folder ke-6. Apa kes no. 6 jer nih? Sapalah yg reka tag nih...x cun langsung no. nyer. Kui3....Oklah, gambo ni terletak dlm folder "Face Of Iris"...Tuh yg terkeluar muka muncung budak kecik tu...Erm, aksi tersebut dirakamkan ketika aku masih dlm pantang lg. Maknanya Iris lom cukup sbln lg laa..Aksi dia tido dlm keadaan menerap. Org kata, buku kata, pakar kanak2 kata, kalo baby tido dlm kadaan menerap, kepala baby yg panjang ke lonjong ke time bersalin boleh terbentuk dgn cantik, pastu depa2 tu kata bila baby tido menerap bagus utk perkembangan otak dia. Ntah...aku x sebijak depa utk buat apa jua kesimpulan dan rumusan. Hehehe....Alahaiii, rindunya Iris time baby. Huhu, cam x pueh jer tatap muka "kerek" dia dulu...So, korang yg aku tepek nama dia kat sini, sila la buat yer? TQ.
* Mala *
* Kak Nisah *
* Faiez *
* Khas Lysha *
* Suemizi *
* Zana *

06 March 2009

Ada CINTA :: ^ _ ^ ::



Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang kunantikan..
Sebab ku tak mampu membaca matamu..
Mendengar bisikmu..

Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu..
Sebab ku tak sanggup
Mengartikan getar ini..

Sebab ku meragu pada dirimu..

# Mengapa berat ungkapkan cinta
Padahal ia ada
Dalam rinai hujan
Dalam terang bulan
Juga dalam sedu sedan..

Mengapa sulit mengaku cinta
Padahal ia terasa
Dalam rindu dendam..
Hening malam..
Cinta, terasa ada..

P/s : Aku tahu ada sesuatu dihatimu, aku tahu walaupun kau hanya diam membisu...Hahaha...Nway, thank u very much!!! :- P

TAG FROM CIK R33N

Hehehe...di keheningan pagi Jumaat yg penuh keredupan dan kedinginan ini, aku nak menjawab tag drp Cik R33n setelah sekian lama aku peramkan. Sori yerk Cik R33n? Better late than never rite?Huhu...
16 things about me :-
  1. Sweet mama...hehehe perasannn nak mam.. :P
  2. Anak sulung...so, sgt besarlah t/jawabku...huhu
  3. Brutal...muahahaha
  4. Goverment servant...
  5. Suka berjalan...
  6. Seorang yg suka memberikan senyuman :)
  7. T'lalu takut kpd risiko
  8. Agak cerewet
  9. Seorg yg tabah menghadapi dugaan hidup
  10. Berkulit hitam manis...
  11. Kuat berangan
  12. Minah slamberrr..
  13. Kuat makan
  14. Bekas atlet SUKMA Negeri Pahang...Hahaha...banggaaa!!!
  15. Aktif
  16. Suka kepada keindahan & ketenangan

Okeh, selesai sudahh...so, aku nak tag depa2 ni plak :

- Anna a.k.a Zana

- Bett a.k.a Rozie

- Faiez

05 March 2009

TAG FROM KHAS LYSHA :

For all you married people out there! Tag your married friends that you want to know about.

1. When was your engagement?
--» Mlm sblm majlis akad nikah ku...

2. When is your marriage anniversary?
--» 30th March 2007

3. How long have you known your spouse?
--» Since 1999

4. How long did you date before you got engaged?
--» Almost 7 years

5. Where did you meet your spouse?
--» Dalam bus

6. What is your spouse’s full name?
--» Zairezal

7. Do you have any children?
--» Yes

8. How many?
--» 1

9. Do you have any pets?
--» No

10. Do you own or rent?
--» Rent

11. Do you live in the country, city/town?
--» Town

12. What is your favorite activity you do together?
--» Watching, eating, dating, travelling & Sleeping :P

13. Do you have a favorite vacation spot?
--» Island

14. How many siblings do you have including in-laws?
--» 14

15. What mosque do you attend?
--» Masjid Negeri Pahang, belakang ofis ku ajer...

16. Is this the mosque you got marrried in?
--» No

17. What town is your current address?
--» Tmn. Aneka Jaya

18. Do you work or stay home?
--» Ber-karier

19. Where did you go for your honeymoon?
--» Bukit Tinggi

20. Leave a piece of marriage advice:
--»Love, Responsible, Give & Take, Romantic & Soft spoken

So, kpd rakan2 blogger ku yg sudah berkahwin, korang kena tag!!! Muahahaa...Sapa yg sudah tu abaikan jerlah...

04 March 2009

S.A.Y.A.N.G ----<@


Sayang,
Jujur kah?
Ikhlas kah?
Atau hanya sekadar sepatah perkataan yg tidak membawa apa2 makna?

Sayang,
Sungguh2 kah?

Sepenuh jiwa kah?
Atau hanya sekadar mainan kata2 manis dibibir?

Sayang,
Selamanya kah?
Ke akhir nyawa kah?
Atau hanya sekadar memenuhi kehendak dan fitrah?

Sayang,
Tanpa jemu kah?
Takkan pudar kah?
Atau hanya sekadar mengikut layanan perasaan yang tidak menentu?

Jawapannya???

Lu pikirrrrrr laaa sendiriiiiiiiii...........

Teman Se"lagho"an Aku... :))

Hahaha...FYI, inilah dia teman se"lagho"an aku. Nickname dia Diey. Diey nih coursemate aku masa kat POLISAS dulu. Chomey2 jer orgnya kan? Hehehe...Dia ni sentiasa bersama aku dikala angin "lagho" melanda. Pastu kitaorg ni cam kembar siam lak, buleh plak tetiba "lagho" pd masa yg sama. Sehati sejantung sungguh. Hahaha...so, bila aku "lagho" jer, dialah org yg aku akan cari dulu. Huhu...Diey, mu jgn maroh aku pulok g bubuh entry pasal mu nih yeh? Muahahaha.....Time ni kitaorg masih muda remaja lg tau. Piccha nih dirakamkan di KLCC slps selesai menonton movie apa ntah. Movie apa ek Diey? Nina pon joing sekali kan time tu? Kenangan sungguh kan? Huhu.....

Hahaha...gambar yg penuh kontroversi ini pulak dirakamkan ketika Bachelor Party aku dulu. Kat KTV Yuew Chuan. Antara memori yg masih segar di ruang ingatan. Happy together all da time. Best siotttt !!! Time ni org kata masih memegang status 'budak nakal'. Mmg nakal ponnnn Diey dop? Hahahah....Turut berada dlm gmbo ni ialah Cik Anim & Cik Mel. Mereka2 ni semua mmg teman segilaan aku la time muda2 dulu. Miss u all alot la babe...Huhu...Antara kami ber-4 tu, Cik Anim jer yg masih single mingle lg tau. Cik Mel & Diey dah beranak sorang dah pon. So, Cik Anim, next ur turn right? Mesti grand punyaaaaaaaa....Hihihi...

Masa ni pulak dah tentu2 time aku kawen kan? Diey telah dilantik sebagai pengapit aku pada hari itu. Kenapa Diey? Sbbnya ikut suka aku la nak suruh sapa pon. Hehehe...Dan kebetolan plak dia free time tu. On terus jerlah kan. TQ ek Diey sbb sudi menjd pengapit aku. Hari tu mu lagi cun dari aku tau. Siap pengantin plak kena tunggu pengapitnya yg x sampai2 lg sbb tgh kat saloon g buat rambut buleh??? Hahahaha.....sib baik sempat tiba seblm pengantin lelaki sampai. Sabo jerlah mu ni Diey. Suspender sungguh. Heheheh...

Dan ini pula ialah wajah Diey yg terkini. Ibu kepada Ammar ni kelihatan ayu sungguh sama jer cam zaman anak dara dulu. Hehehe....Oklah Diey, jutaan terima kasih sbb sudi hadir dlm hidup aku dan sentiasa mengembirakan hidup aku. Huhu....Aku harap mu bahagia sokmo with Nuar & Ammar dan jadilah isteri & ibu yg solehah yer? Itulah hidup yg kita pilihhh.....Hadapi kenyataan dgn setenang-tenangnya. Apa yg pasti, aku rindu giler nak makan masakan mu nih. FYI, Diey ni pandai masak tau. X sia2 Nuar amik dia jd bini. Muahahha...Nasik air & singgang dia mmg marveles arr...Perh, leleh dah aku kat sini terliur. Kalu la aku peknen, wajib mu kena dtg sini masak utk aku tau? Kalo x, sian plak kat bb dlm pewut ni. Iskkkk....jgn salah paham plak korang. Ku bilang KALAUUUUUUUUUUUU !!! Eeeeee.....x paham2 ke? Hehehe....Oklah, cau cincau dulu. Kang kalu lama2 ntah apa2 lg aku mengarut kat sini. Ok Diey, layannnnnnnnnnnnnnn... :- P

03 March 2009

Bersama Selebriti...

Time ni masa pergi lawatan ke Studio NTV7 kat Shah Alam. Sebenornya kami dapat tiket free utk menyaksikan rakaman Shafinaz untuk rancangan show apa ntah. Lupooo...Hehehe...best woo persembahan Shafinaz nih...Beliau jugak pernah menjadi tenaga pengajar kami masa pergi Bengkel Koir dulu. Garang gak tp baik...Sweet jer org dia. Pendek kata pandang x jemu la...Kui3....
Masih lagi di Studio NTV7. Kali ni kitaorg bergambo ngan Idayu AF3 laks. Idayu ni x sombong tau. Dan Idayu gak student kpd Cikgu Shafinaz kan, so dia pon turut diundang utk membuat persembahan pd mlm tu. Suara dia mmg superb arhh....Seriyessss !!! ;)

Dan ni pulak bersama Ustaz Asri dari Kumpulan Nasyid terkenal Rabbani. Ustaz Asri ni diundang untuk melatih kami menyanyikan lagu nasyid sempena sambutan bulan Ramadhan di MAMPU dulu. Kebetolan plak kami kena menyanyikan lagu dia kan. Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan tu....So, dia pon bg tunjuk ajar la sedikit sebanyak. Yang best tentang Ustaz Asri nih, senyuman mmg x lekang dr bibir dia. Manis sunnguh senyumanmu. Hihihihi....air muka dia bersih jer tenang jer. Org kata air muka org beriman yg penuh dgn NUR ek? Erm...seronok sbb berpeluang berjumpa dgn artis seperti dia. (Time ni aku dah mula gemok sbb tgh peknenkan Ayriss). Sempat lg ek menyanyi n koir bagaiiii....Muehehehe...Ayriss, jgn ikut jejak langkah mama tau. Huhu...

Dan utk gambar yg terakhir ini pula, kami berpeluang mendekati penceramah hebat ini. Ingat tak kat entry lepas aku ader bercerita pasal Ceramah Motivasi yg aku hadiri itu. So, ni lah kenangan yg sempat dirakamkan bersama Ustazah Siti Nor Bahyah. Mulut Ustazah nih cam bertih jagung tau. Pot pet pot pet dia cakap. Waktu 2 jam dirasakan cam 2 minit jerk. X jemu, x ngantok langsung bila dgr dia ceramah kat dpn. InsyaAllah, kalu ader lagi ceramah yang dihadiri oleh beliau, aku pasti pergi punyaaa. Best wooo...penuh kesedaran dan keinsafan gitu. Yeszaaa....

Oklah, sekian sudah entry merapu pd hari ni. Actually td release tension dok tgk gmbo2 kat dlm pc nih. So, layan jerlah gmbo2 aku bersama selebriti di atas yer? Itu jer gmbo yang masih ader dlm simpanan kat folder My Picture gueh. Selamat melayari blog buruk ini yaaa.. Tata...

02 March 2009

Newborn Babies.......

- Baby Nur Nia Humaira -

- Baby Nazrin Yusof -

Dengan lafaz mulia Assalamualaikum/Salam sejahtera diucapkan kpd semua geng bloggers ku. Alhamdulillah, permulaan bulan baru di tahun 2009 ini disambut dgn 1001 kesyukuran. Biar apapon ujian atau cabaran yang menduga, jgn sesekali kita tunduk mengalah dan menantilah segala rahmat dan hikmatnya dengan tenang. Hehehe...mukadimah yg ntah apa2 aku nih. :- P Hahaha..oklah, berbalik kita kpd tajuk entry pd hari ini. Wahhh....chomel2nya baby.... Ni buat eden x soba nak berbaby lg nih. Ahakss...statement "gatei" bak kata Cik Abg Chomelku. Kui3....

Oklah, baru2 ni pd 27hb aku ader urusan di KL. Dah alang2 bertandang ke sana, kami pon terus terjah ke Putrajaya utk menziarahi teman sepolian aku & baby barunya. So cute la Baby Nia..cam muka Babahnya. Coretan ttg Baby Nia juga turut terdapat di sini. W'pon tidak dpt melahirkan baby secara normal, Puan Nina & suami kelihatan sungguh gumbira dgn kelahiran permata hati mereka yg tercinta. Congratz once again dari aku. Semoga hari2 baru yg korang lalui sentiasa disulami dgn detik2 indah bersama Nur Nia Humaira. Dan tanggungjawab baru bakal dipikul oleh korang. Hehehe....Enjoyyyy !!!

Baby ke-2 kita pada hari ini pulak ialah Baby Nazrin Yusof (itu nama yg telah dicadangkanlah, tp x pasti dah confirm ke belom). Baby Nazrin ni adalah 1st child for my brother in-law. Akhirnya debaran utk bergelar seorang bapa berakhir jua pd 28 Feb. 2009. Kelahiran Baby Nazrin telah disambut dgn penuh kegumbiraan oleh semua ahli keluarga. Hehehe, dan secara automatik jugak Ayriss telah bergelar 'kakak'...Ekekekek...Hensem lah Baby Nazrin nih...muka dia lebih iras kpd abah dia dr pandangan mataku...Mata still sepet ek? Kuang kuang kuang....Oklah, apa2 pon congratulation kpd Abg Zjai & Kak Yati atas kelahiran putera kesayangan mu itu. Penantian baby boy dlm keluarga Chik Ma telah berakhir dgn jayanya. So, pas ni Ayriss nak dtg umah nenek dia selalu la nampak gayanya sbb nak main dgn Baby Nazrin. Suka suka suka.....Hehehe...