Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

18 February 2009

Need To R.E.S.T !!!


- Wajah ketenanganku... -

Fuh, penattttnya aku rasa...Korang rasa? Badan penat, mata penat, otak penat..pendek kata dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki, semua penat!!! Diulangi PENAT !!! Tp kenapa aku penat? X cukup tido kah? Kesibukan terlampau kah? Berlari tanpa henti kah? Atau aku penat sebab desakan tugasan semasa yg kadang kala menjadikan aku stress !!! Yessss, STRESSS!!! Urusan di pejabat x pernah surut. Urusan rumahtangga pon sama seperti itu juga. Urusan perniagaan juga turut menyumbang kepada kepenatan ku ini. Tp. tidak sesekali aku serik. Tidak sesekali aku kenal erti putus asa. Dan tidak sesekali aku menganggap segala ini adalah bebanan bg aku. Selagi ia dinamakan tanggungjawab, selagi itulah kita kena melaksanakannya tanpa jemu!!!
Apalah sgt nilai kepenatan ini jika ingin dibandingkan dengan kepenatan dan kesengsaraan mereka yg berada di negara yg diancam musuh, kebuluran, dan sebagainya. Sepenat manapon aku, aku masih bersyukur kerana penatku ini hanya di M'sia. M'sia adalah sebuah negara yg aman dan besarlah harapan agar keamanan dan kemerdekaan yg kita perolehi ini berkekalan. Jgn sesekali cuba menambahkan kepenatkan aku dgn perkara2 yg boleh mengancam kestabilan negaraku. Jgn sesekali..... Cukuplah kepenatan yg sedikit ini dirasai dalam suasana yg permai. Jika mempunyai kesempatan dan peluang, bawa-bawalah berehat walaupon sekejap cuma. Jika diri dilanda tekanan, senyumlah walau sesaat...kerana senyuman itu mampu melegakan segala kekusutan. Hadapi segalanya dengan senyuman. InsyaAllah, kita pasti tenanggg.... Okey, senyum semuaaaaaaaaaaaaa :) : ) :)

6 comments:

A.I.Z.A.T said...

emm,btol la tu..kite ni dok sini aman damai snang lenang,org lain kat lua sana kene bom la pe la..sian..

p.s-salam singgah;)

Nurmala Mazlan said...

Aha kak..kita ni bersyukur la jugak compare to org2 lain yg lagi susah dari kita kan

Khas Lysha said...

kalo dah namanya wanita berkeluarga dan bekerjaya ni mmg penat.. tp ttp bersyukur.. maknanya kita masih sihat utk buat tu sumer kalo dh telepek.. baru nak nyesal tak guna.. syukur gak biler penat masih boleh rest kat negara lain nak rest pon tak tau kat mana...

Ada Dalina said...

betol betol betol....

Anonymous said...

Ish..si Adda nih penat plak wa baca n3 luh..ihiqs..mmg penat tp kiter puas melakukan semua tu kan.. itu tandanya kiter org yang berguna kepada org lain..sama2 la kiter berdoa agar kiter sentiasa dilindungiNYa walau dlm apa keadaan pon..

YaYaTt said...

cayalah cik adda..
semangat tu penting beb..
all the best!!!