Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

28 January 2011

Bushuk masham shayer.... :D

Hehehe...nak tanya, sapa suka bau baby/budak2 time pagi hari? Hahaha...ader org suka, ader org x suka kan? Tp. aku x kesah. Pagi2 mesti kena cium bushuk masham aku yg 2 org tu. Air liuq basi ka apa ka xpalah...bknnya org lain, anak2 kita jugak kan? ;-)

Sebenarnya dah lama x stori mori pasal depa ber-2 nih. Oleh sbb tajuk entry bushuk masham shayer, meh aku stori mori sket kisah 2 beradik ni di pagi hari.

Si kakak setiap pagi mmg nak kena kejut. Tido sikit punya sedap. Mahunya x sedap, mlm2 dok berjaga smpai kul 11.30-12.00. Sib baik ayah yg take over dia, mama dah sedap tido dah. Kui3...Bila time org kejut mesti nak merengek. Bengang sbb org kaco dia tdo agaknya. Hehehe...kalo ayah yang kejutkan lagi lah kuat dia menjerit. Sgt anti dgn ayah kalo pagi2. Yang paling x tahan bila dia nak suruh mama dukung dia angkut masuk kereta! Mak aiii...kadang tu hangin jugak sbb adik pon nak pegi dekat mama. Lagi satu, kakak ingat dia tu ringan agaknya. Huhuhu....Terpaksala mama kendong si kakak bawak masuk dlm kete. Kakak...kakak...!!! Masih lg nak bermanjalara. Huhu....

Si adik pulak pagi2 dah jadi alarm mama. Alarm yg x berbunyi kadang tu. Kalo dia dah bgn, di pegi lah dekat kita. Korek mata ke, cubit2 pipi ke, tarik hidung ke...Kadang tu terkejut den dibueknyo. Ingatkan apa menda la kan. Hehehe...si adik jenis tido di mlm hari. Kul 8.00 mlm jer mmg dia dah start tdo. Tu yg dia bgn awal tu. Xder nangis2...bgn dengan ceria untuk bermain. Tp bila lama sikit main mulalah dia nanges. Suruh org dukung. Kita ni sebuk nak bersiap2 pegi kejer kan. Kalut jugaklah dibuatnya. Kadang tu mandi ke solat ke terpaksa bergilir dengan si ayah sbb nak menunggu si adik. Tp mood adik di pagi hari sgt baik. X mcm kakak...

Oklah, sblm beredar, meh sini nak tayang sikit rupa bushuk masham aku di pagi hari. Ni time cuti nih kalo x silap. Tgkla rupa si kakak camner. Mmg x bleh blah kan? Si adik leh maintain senyum lg walaupon dah buat peel, menangis....apa2 ajerlah~

*

*

*


- Kakak masam mencuka, adik hingus meleleh...hihi! -

27 January 2011

1st Contest by mummyHaza~

MummyHaza,

Jawapan kepada teka-teki tersebut ialah : baby ketam berwarna putih....Hehehehe!!! Dan gambar di bawah saya tunjukkan di manakah lokasinya....

*

*

*



- Sila perhatikan ke arah anak panah itu... -

Sekian, terima kasih.

Jujur....


Kadang2 dalam dunia ni, kita jujur pon salah, kita x jujur lagi lah salah kan? Kadang2 jugak cam keliru. Dgn cara bagaimana lagi kita nak buat utk katakan/lakukan sesuatu...Bila mengeluh ,mesti hati rasa x tenteram. Bila buat donno, rasa cam x puas hati pulak. Huhu...tak tahu lah nak cakap mcm mana.

Semua org tahu, kejujuran dalam sesuatu perkara itu amat penting! Kerana, dengan kejujuran sesuatu isu/perkara itu menjadi lebih telus dan berhemah. Kejujuran juga melambangkan nilai kesetiaan yang kadang kala dipandang mudah oleh sesetengah pihak. Pd aku, selagi kita menjaga segala batas dan tatasusila itu tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah bila perasaan curiga sudah mula merebak dalam diri. Ermmmmm.....

Kadang kala juga kejujuran itu disalaherti. Bila tak berterus-terang karang dikatakan kita cuba menyembunyikan sesuatu pulak. Bila berterus-terang karang lain2 isu pulak yg diungkitkan. Dan apa yg lg memeritkan apabila jawapan yg diberikan itu agak bercelaru dan menimbulkan persoalan lain yang mengusutkan lagi keadaan.

Dahla, malas nak mengarang panjang lebar. Tetiba rasa sedikit terkilan! Tak banyak, sedikit je......Huhu~

26 January 2011

Akihisa Arishima Naruto~


Haaa....itulah kekdahnyer. Hari-hari Naruto, Naruto hari-hari!!! Sampai naik muak dah telinga & mata aku nih. Kalo dah puas nengok kat laptop, dia bantainya nak nengok kat tv. Kaco pulak org nak tgk berita ke drama ke apa ke. Iskkk...kadang tu rasa tensen jugak. Yerlah, sampai jer umah baru jer bukak pintu dia dah ckp "Nak tgk UTO...nak tgk UTO..." Adoi, penah jugak aku sound, "Awk x boring ke tgk UTO tu? Tgk la dvd lain pulak...." Huhu..langsung x layannya kata2 aku itu!!!



Dia boleh spend time dari kul 7.30pm - 12.00am tau melayan dvd Naruto tu. Dah abis 1 dvd pasang dvd episod lain pulak kalo takpon dia pandai replay balik dvd tu. Aduhhhh...Kadang tu tgh dia kusyuk mengadap citer Naruto tu aku kaco lah, tanya dia tu sapa, ni sapa...ader tu aku tanyala sapa budak pompuan kat dlm gmbo di atas tu kan. Dia jawap, "Princesss...." Hahahaha...nak tergelak pon ado aku dongar! =))



Sebelum Naruto ni, dia penah layan Upin & Ipin, Madagascar, Ice Age 2, The Wild dan yang paling x tahan Lagenda Budak Setan youuuuuuu...!!! Adoyaiii, mahu x hangin aku kejap. Citer cintan-cintun dia bantai dok ngadapnya jugak. Kalo nak tahu adegan yg dia plg suka tgk ialah masa Que Haidar p belasah Lisa Surihani tuuu..dia dok repeat aksi tu jer. Huhhhh, apa la yg syok sgt adegan ganas tu. At last aku ckp apa tau kat dia, " Tak baik lah tgk citer ni, nnt polis dtg tangkap awk...polis marah tgk citer pukul2 ni!!!" Haaaaaaaaa....tahu cuak muka dia! Lps pada tu, br dia cam kureng2 layan Lagenda Budak Setan tu (dia layan lagu jer). Lps pada tu jugak, dia ade ckp, "Tak baik kan mama tgk citer ayah marah tu, anti olis dtg.." Hahahaha...(dia panggil adegan tu adegan "ayah marah" (dia cam faham watak Que Haidar tu sbg ayah Lisa Surihani...hahahhaha). Apa-apa ajerlah budak2 nih...



Ermmm...isunya sekarang ni, MACAM MANA saya nak kurangkan tabiat budak ni yang suka melayan dvd Naruto ni? Aku dah puas dah cari citer lain or suruh Cik Abg Chomel download apa2 citer pendek kanak2/lagu kanak2 kat you tube or ajak dia buat aktiviti lain cam main color2 ke, nyanyi2 ke, tapiii, tetap x jalan u olls. Dia join kita tu kejap jer. Pastu tgh2 wat menda lain tu kan dia leh ckp "Kejap heh, kakak nak g tgk Naruto kejap..." Aduhhhh...mahu x menyirap??? :((

*

*

*



- Haaaaaaa...ni lah dia team members baru Naruto "Akihisa Arishima Naruto" nama dia... :D -


25 January 2011

Kenapa saya rasa nak muntah? Oh, NOOO!!!


Errmmm...since semalam, kepala aku dah pening2. Menjelang mlm rasa sakit kepala tu makin menjadi. Badan pulak rasa seram sejuk cam nak demam. Tekak cam perit, rasa loya2 nak muntah pon ader. Haiiihhh....xmo lah demam2. Sian kalo jangkit kat anak2 dara aku nnt.

Hari ni, penin kepala tu dah beransur hilang. Tapii, rasa mual2 & loya ditekak x hilang2. Isskkk....xkannn lah saya rasa mcm ni kerana "itu"! Mustahillah....Huhu!

Bila tgk pc jer rasa berpinar2, bila tgk surat cam serabut jer. Iskkk...itu jugak simtom2 penyakit "itu" dulu!!! Iskkkk....x mungkin lah!!! Hahahaha...

Oklah, dah2 jgn nak mengarut yer Cik Puan Ada. Sila buangkan jauh2 andaian or jangkaan korang tu. Aku ok jer, cuma sbb stress kot dok ngadap pc buat minit mesyuarat la, rekod surat la....sbb tu lah rasa pening2 kepala. Kita dok ngadap sgt kan. Huhu....Rasa nak muntah tu mungkin sbb tekak ni sakit kot. Pastu cam pahit2 jer lidah nih. No mabuk2 okkkk....? Simtom2 biasa jer tu. Kui3....

Kalo nak tunggu simtom penyakit "itu", tunggulah 4-5 tahun lg yer? Nak rehat lama sket kali nih. Heheheh...Hahahahhah...Hohohoho!!! :P

19 January 2011

Boss2 Kesayanganku... ;-)

Dengan ini aku perkenalkan barisan boss2 kesayanganku.......(sila tgk gmbo muka yg ader kaler yer?) :D



  • My 1st boss!
  • Superb!
  • Caring person.
  • Sporting wpon sometime nampak cam stret.
  • Muka je bengis tp hati baik maa.
  • X banyak karenah like a lady boss yg lain. Haha..
  • i miss her!



  • My 2nd Boss!
  • Sporting giler.
  • Kelako.
  • Mudah untuk berurusan.
  • Besttttttttt!
  • Nampak cam cerewet tp ok sebenornya.


Add Image

  • My 4th boss!
  • Softspoken.
  • Baik hati.
  • Boleh dijadikan rujukan jika mempunyai apa jua masalah.
  • X berapa cerewet tp kadang tu cam particular jugak.
  • Alim2 orangnya.
  • Mudah utk bekerjasama.

Tapi, di mana my 3rd boss? Owhhh, sebenarnya aku sekejap sgt bersama dia. Sampaikan nama dia pon aku dah x ingat. Hahaha...tp dia pon baik jugak sbb dia x biasa ade p.a. So, dia cam x berapa pandai nak 'gunakan' p.a dia camner. Sampaikan aku ni mati kutu sbb xder kojer. Dah semua menda dia bantai buat sendiri. Dia nak suruh segan agaknya. Hehehe....Apapon i'm a lucky p.a sbb sepanjang dah hampir 7thn aku bertugas semua boss yg aku dpt semuanya baik2. X penah lg dpt bos yg garang cam singa, terlampau cerewet dan x sporting. Syukurrr....

Oklah, sebenornya xder idea nak mencoret hari ni. Tetiba tingat kat boss2 lama, tu yg buat entry ni tu. Adioss... ;-)

18 January 2011

Hidup sebelum Mati.....

- Gambar sekadar hiasan. Haha.... -


Fuhhh...cam x agak2 tajuk entry aku kan? Menyeramkan x cam citer khurafat tu? Hahahaha....Yerlah, semasa hidup mcm2 yg kita lalui, susah, senang, suka, duka...dari kecil nak tunggu ke besar tu sekian hal. Dah besar nak suruh jadi manusia yg betul2 berupa manusia tu sekian hal. Tu belum masuk lagi dugaan, cabaran yg perlu ditempuhi. Kan? Ermmm...kadang tu aku rasa byk menda yg perlu difikirkan. Hal dunia tu tetaplah hal dunia, hal akhirat??? Huhuhu.... Aku pasti setiap antara kita mesti ingin lakukan yg terbaik dlm hidup dia. Ingin menjadi anak yg baik, sahabat yg baik, rakan pejabat yg baik, isteri/suami yg baik dan sbg seorg muslim itu sendiri.

Cam heavy jer topik hari ini.....bukan apa kadang2 kita lupa siapa kita sebenarnya! Kita lupa apa matlamat kita utk hidup? Adakah sekadar menurut fitrah dan menyerahkan segalanya kepada takdir? Atau buatlah apa sahaja selagi ajal masih belum menjemput? Huhuhu....Sbg manusia juga mcm2 menda kita nak capai. Dan tanpa kita sedar apa yg kita nak capai tu sebenarnya di luar kemampuan kita. Kita kadang tu terlalu menurut kata hati dan sentiasa bertindak mengikut rasa. Bila apa yg diinginkan itu x mampu kita miliki hati seakan tidak tenang. Sedangkan kita tahu di mana sebenarnya tahap kemampuan kita. Bukan saja isu harta benda tetapi jugak isu kejiwaan itu sendiri. Ermm...apa ntah aku melalut. Tp, aku menulis berpandukan apa yg tersirat dan tersurat dlm hati ini. Hehehe...korang paham ke x paham ke abaikan. Paham-pahamkanlah. Hahahaha.......

Oklah, kesimpulan dari apa yg aku tulis kat atas tu adalah pokok pangkal hati kena redha, jiwa kena tenang menghadapi segala ujian dan rintangan. Berdoalah memohon kepada-Nya agar segalanya berada dlm keadaan baik-baik aja. Ingat, kita semua x sempurna! Setiap kita sentiasa diberi peluang untuk berubah dan menjadi yg lebih baik. Tetapi jgn biarkan hati itu mati sampaikan tiada sekelumit iman pon bertakhta di hati!!! Renung-renungkan....cheeerssssss ;-)

P/s : Ting tong sket hari ini...Mueheheh!


17 January 2011

Family Planning...


Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat-ubatan atau prosedur pembedahan. Pencegahan kehamilan membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Hasil kajian dan penemuan perubatan kini terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan, kehidupan sosial dan jarak kandungan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio.

Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran;
1. Pil pencegahan hamil (OCP)
2. Alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
3. Implan pencegah kehamilan
4. Suntikan pencegah kehamilan
5. Topi serviks
6. Diafragma
7. Kondom untuk wanita
8. Kondom untuk lelaki
9. Megikat tiub
10. Vasektomi
11. Kaedah berkala (perancangan keluarga semulajadi)
12. Pengunduran
13. Menyusukan

Ok...kita terus pegi kepada pilihan yg aku gunakan. Aku pilih yg no. 4 kat atas tu.

4. Suntikan pencegah kehamilan
  • Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.
  • Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang).
  • Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.
  • Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
  • Contoh: Depo Provera
  • Peratus kegagalan: 1%
Ermm, aku start amik injection tu bulan September 2010. So far, aku tidak mengalami efection yg teruk2. Dan apa yg dia ckp ia menjadikan aliran haid sedikit itu mmg betul. Dan alhamdulillah, period aku mmg on time setiap bulan cuma dia kuar sikit2 la. Tambahan daripada di atas, DR. kata kalo period kita kuar lebih pada 15 hari kita kena stopkan kaedah suntikan nih, kena try test kaedah lain pulak. Sbb katanya kalo period lebih 15 hari hormon tersebut tidak serasi dengan kita. Dan benda yg paling x best yg DR. bgtau, sgtlah susah untuk turunkan berat badan. Means, berat badan kita akan berada di paras yg sama atau makin naikkkk!!! *&^%$#@!!! Tensen2...tapi, ader jugak kes (my fren) weight dia turun dgn mendadak. Sampai org ckp dia cam org sakit. Huhuhu...aku rasa semua tu depends on kita punya hormon dlm badan la kan? Sapa2 yg dah cuba then dia rasa cam x selesa tu better beralih ke kaedah lain. For me, so far i rasa ok jerk! Hehehe...sherasi bersama gitu. Pasal kenaikan berat badan tu x dapek la den nak nolong. But so far aku rasa aku masih boleh control lg weight ni. InsyaAllah, amalkan pemakanan yg sehat yer u olls? ;)

Owh yer, hampir terlupa...Kenapa aku pilih tajuk ni pada hari ni.?Aku rasa family planning ni sgt penting bagi kita. Tp kalo pasangan yg mmg nak anak ramai sampai cukup nak buat team bola tu silalah abaikan yer? Heheheee...bg aku dan Cik Abg Chomel, family planning ni sgt baik utk pembangunan keluarga. I means, di samping utk kesihatan si ibu ia juga dapat memberikan kita peluang dan masa untuk lebih tekun mendidik anak2 dan dpt menguruskan rumahtangga dengan baik. Dari segi ekonomi juga ia turut memainkan peranan. Jgnlah sampai keperluan keluarga dan anak2 terabai dek kerana kita x mampu utk memenuhi keperluan mereka. Apapon, KUALITI lebih penting daripada KUANTITI!!! Sapa setuju angkat tgnnnn... :P

Oklah, kalo ditanya bila untuk anak No. 3 aku? Jawapannya kita tunggulah 4-5 tahun lagi yer? Biar stabil2 dulu kadaannnya. Baik dari segi ekonomi, kesihatan dll. Kepada yg ingin maklumat lanjut berkenaan dgn family planning ni, bolehlah pergi kat website ini; http://www.metromaternity.com/contraceptive-m.html

Sekian, terima kasih.


Contest Foto Kiut ^_^ (ii)


Haaaa.....kali ni join utk kakak pulak. Hehehe.....Sekali lagi dipersembahkan untuk contest ini~



Nama Kanak2 : Nur Ayrissa Binti Zairezal



Contest Foto Kiut ^_^


Tadaaa...i nak join contest lagi u oll! Hehehe...Oklah xmo buang masa, dgn ini i persembahkan gambo utk contest ni.....

* * *


Nama baby : Nur Asyfa Binti Zairezal


~ Jom join ramai2...Tarikh tutup dia 31-01-2011 ~

14 January 2011

Hari ini di pagi Jumaat.....

- Asyfa -

Owwh, sgt malas aku nak ke pejabat. Sebenaunya bukannya malas sgt tapi dek kerana rasa x sedap badan cam liat jer. Nak2 pulak mlm tadi tido x berapa nak lena sbb Asyfa selesema & batuk2. Bila dia lemas hidung dia xleh tido mulalah dia nanges sbb rasa x selesa kan? Kesian dia...Ikut kata DR. kanak2 di bawah usia 2 thn x digalakkan beri ubat batuk/selesema kerana kesannya takut menjejaskan pernafasan baby. Errmm, bahaya jugak kan? Ade lagi penerangan details drp DR. tp aku x reti nak explain kat sini. Huhuhu....

So, apa yg aku buat sebolehnya bg dia minum/isap air suam, sapu vicks kat dada & belakang dia dan baringkan dia di atas bantal yg lebih tinggi supaya dia dpt bernafas dgn lancar. Tp, biasalah baby, mesti dia meragam kan sbb dia rasa x selesa. Xperlah, tgk kadaan dia mcm mana. Kalo hari ni bertambah teruk baru bawak p jumpa DR.

Otw ke pejabat, aku dah ting tong ting tong...Pening, rasa cam berat sgt kepala. Badan pulak sakit2. Haiiihh, bestnya kalo dpt g urut nih! Setibanya di pejabat, rasa lemau tu menjadi2. Nak buat kojer pon maleh. Sib baik x bz sgt pagi nih. Kalo x larat sgt ingat nak mintak off la petang ni dgn boss. Huhuhu...nak blk umah nak tido! Petang nnt Cik Abg Chomel balik kejer baru p amik anak2 dara i tu. Tgkla kadaan mcm mana...

Oklah, sambil taip entry ni pon mata aku layu rasa nak terkatup jer. Huhuhuhu......Nak mengulor p tido kat surau xleh sbb boss ader. Kang bantai dia mencari aku mulalah gelabah. Hahahaha....Oklah, korang jgn lemau cam aku plak hari ni. Semangat semangatttt.... :P

12 January 2011

Saatku Milikmu Contest...


Aaahhh...Contest ini sgt2 memori dan menyentuh kalbu! i likeeee...detik2 terindah u ols...Hahahaha!



i berkenalan dgn Cik Abg Chomel dah lama since 1999. Masa tu kitaorg sama2 terlibat dalam sukan di peringkat SUKMA. Mula2 tu kitaorg just kawan tapi mesra jer. Entah camner pada 18-12-2001 kitaorg leh couple plaks. Hehehe... Tahun berganti tahun, kami melangkah ke peringkat yg paling serius. Diijabkabul pada 30-03-2007 dan majlis resepsinya diadakan pd 31-03-2007. Gambar ni i pilih sbb cam ceria and chomel jer time i sarungkan cincin ke jari manis Cik Abg Chomel. Cik Abg Chomel lak tersengih2...Hahahahaha! Detik yg penuh nostalgia......

Sporting Contest ^_^


Haaaaaaaaaa...i nak join contest ni pulak. Pon menarik u ols.....

SYARAT-SYARAT JOIN CONTEST

1. Mestilah berwarganegara Malaysia
2. Umur tak kisah la berapa pun :)
3. Pic yang disnap mestilah menunjukkan yg anda adalah seorang yang sporting.
5. Pic yag dipertandingkan tidaklah berunsurkan lucah atau 18sx :)
6. dikehendaki membuat mimik muka yang paling menarik (seperti gambar diatas)
7. Anda juga dikehendaki menjawab soalan yang diberikan
8. Selepas anda join.. tinggal link anda di entry ini untuk semakan dan bukti penyertaan.



Kena jawab soalan:

1) Di manakah gambar itu diambil?
- Gambar itu diambil di umah abg ipar i di Kuantan semasa beliau mengadakan open house sempena Hari Raya Aidilfitri setahun yg lalu.

2) Tuliskan serba sedikit mengenai blog Intan:
- Blog ini dimiliki oleh si cantik manis yg bernama Intan Izzatul Fariza. Sesedap nama dan semanis org orangnya. Blog yg simple tetapi menarik utk dikunjungi. Tgk blog dia ni teringat zaman i muda remaja dulu. Heheheeee.... :P

Bila aku dah kena rasuk..........

Argghhh...tolong! Help me! Aku dah kena rasuk ni! Huhuhuhu.....Aku skarang nih giler nak join contest. Bagai dirasuk sesuatu aku cam rajin jer join segala benda alah tu. Haiiihhhhh...apa dah jadi nih? Meroyan ke apa? Hahahaha...

Apa2 hal pon, kerja di pejabat tetap aku bereskan. Sambil2 kan org kata. Kuikuikuiiii.....Oklah, aku nak sambung join contest ni. Byk lagi contest yg aku xmo ketinggalan. Muahahahaha....giler ke apa??? :P

Contest....Contest....Contesttttt!!!!

Nini D & The Warna Contest....


Ohh, cam menariks jer contest ni. Nak join nak joinnn....Jom kita ramai2 join Nini D & The Warna Contest~

Jawab soalan : 1. Apa pendapat anda tentang rekaan tudung sekarang?
- Rekaan tudung sekarang lebih cantik, elegan dan mudah untuk dipakai & digayakan. Si pemakai boleh memilih pelbagai fesyen yg terdapat di pasaran. Apapun niat utk menutup aurat itu lebih penting daripada segala fesyen yg ada!

2. Rekaan yang macam mana yang anda suka?
- Saya suka rekaan tudung yg ber'awning' berbanding shawl sbb tudung jenis awning lebih ringkas dan mudah dipakai. Awning tu pulak mestilah jenis kain thai silk dan material kain mestilah cantik dan tidak mudah rosak terutama bila digosok.

Slogan:
Bertudung akan lebih bergaya jika ia dipadankan dengan pakaian yg lebih bersopan, kemas dan pd masa yg sama mengikut perkembangan fesyen semasa. Lebih manis jika si pemakai bijak bermain warna dan menghiasnya supaya tampak lebih anggun dan menawan!

Tag:
Cik Reen

Baby Muka Blurrr.....


Salam...Haaa, cute kan banner kat atas tu? So, apa tunggu lagi, jom kita sama2 join contenst ni. Kepada yg nak join, sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Saya juga tidak ketinggalan nak join contest nih. Dah lama x join contest sebenornya. Kui3....

*
*
*


Nama Anak : Nur Asyfa Binti Zairezal

Tarikh Lahir Anak :
07-06-2010

Nama Ibu :
Azdalina Binti Bakar

Ayat power :
"Walaupon muka shayer blurrr, shayer tetap boolat & cute! Kan kan kan??? Hehehe...."

Tag:
Diey, Bett, Cik Reen, Adha & Haja


11 January 2011

Idaman Hati Saya... ;-)

Huhu...tuhla dulu sapa suruh eksyen. xmo pakai BB la...kata hp cam kartun la ringan la apa laaa...Skarang nih mula la terhegeh2! Heheheheeeee...Sori la BB, dulu i cam x berkenan je dgn u. Tp semenjak dua menjak ni i cam dah jatuh chenta jer dgn u. I bajet dlm bln dpn i dptla memiliki u. Tp, i xmolah BB yg mahal2...yg curve pong jadilah! Hahahahaaa....

I harap u bersabar yer syg? InsyaAllah nnt kita pasti bersama jua. Kihkihkihkih....Utk sementara waktu nih, i tatap dulu la kechomelan wajah u. Hujung bulan ni i PASTI akan amik u sbg teman setia i. Owh, BB ku.................................... ;-P





P/s : Kpd teman2 diluar sana yg pakai BB, leh share dgn saya x apa kelebihan & kekurangan BB nih. Saya dah usha, ader gak la part yg x berkenan, tp abaikan jerlah...Lama2 pakai oklah kot! Huhu....

10 January 2011

Aku Kembali di Ulangtahun Kelahiran ke-28.... :)


Assalamualaikum & Salam sejahtera semua....

Yeayyyyy yeayyyyy....aku kembali bernafas di blog usangku ini! InsyaAllah, harap2 selepas ni xder aral dah yg melintang patah utk menghalang aku terus berblog di sini. Hehehehe.....

Owh, b4 that i want to wish Hepi 28th besday to myself! Huhuhuhu...tahun berganjak tahun, tanpa sedar dah semakin berumur kita nih. Hurrmmm...tp tahun ni still maintain "2 series" lagi tauu. 2 tahun lg br upgrade "3 series". Hahahahaha....ingat BMW jer ker ader series2, umur pong ado tauuu? :-P

Oklah, dah lama aku x p jln2 kat blog u olls, di kedinginan dan keboringan kat opis nih best gak p cuci2 mata kejap. Kihkihkih.....Seblm berpisah, meh sini nak view sket gambo beday gurl...ahaksss~

The Winner Is.......................


Jutaan maaf dipohon sbb lambat umumkan pemenang! Huhu..byk sgt masalah dan halangan yg dihadapi. Oklah, xmo citer panjang...sekarang kita umumkan pemenang Double "A" Giveaway. Mereka yang bertuah adalah :

Tahniah diucapkan ke para pemenang dan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kerana masih sudi menjengah blog i yg x seberapa ini. Kepada para pemenang, sila tinggalkan nama penuh dan address anda ke email ayrissa08@gmail.com untuk penghantaran hadiah.