Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

18 January 2011

Hidup sebelum Mati.....

- Gambar sekadar hiasan. Haha.... -


Fuhhh...cam x agak2 tajuk entry aku kan? Menyeramkan x cam citer khurafat tu? Hahahaha....Yerlah, semasa hidup mcm2 yg kita lalui, susah, senang, suka, duka...dari kecil nak tunggu ke besar tu sekian hal. Dah besar nak suruh jadi manusia yg betul2 berupa manusia tu sekian hal. Tu belum masuk lagi dugaan, cabaran yg perlu ditempuhi. Kan? Ermmm...kadang tu aku rasa byk menda yg perlu difikirkan. Hal dunia tu tetaplah hal dunia, hal akhirat??? Huhuhu.... Aku pasti setiap antara kita mesti ingin lakukan yg terbaik dlm hidup dia. Ingin menjadi anak yg baik, sahabat yg baik, rakan pejabat yg baik, isteri/suami yg baik dan sbg seorg muslim itu sendiri.

Cam heavy jer topik hari ini.....bukan apa kadang2 kita lupa siapa kita sebenarnya! Kita lupa apa matlamat kita utk hidup? Adakah sekadar menurut fitrah dan menyerahkan segalanya kepada takdir? Atau buatlah apa sahaja selagi ajal masih belum menjemput? Huhuhu....Sbg manusia juga mcm2 menda kita nak capai. Dan tanpa kita sedar apa yg kita nak capai tu sebenarnya di luar kemampuan kita. Kita kadang tu terlalu menurut kata hati dan sentiasa bertindak mengikut rasa. Bila apa yg diinginkan itu x mampu kita miliki hati seakan tidak tenang. Sedangkan kita tahu di mana sebenarnya tahap kemampuan kita. Bukan saja isu harta benda tetapi jugak isu kejiwaan itu sendiri. Ermm...apa ntah aku melalut. Tp, aku menulis berpandukan apa yg tersirat dan tersurat dlm hati ini. Hehehe...korang paham ke x paham ke abaikan. Paham-pahamkanlah. Hahahaha.......

Oklah, kesimpulan dari apa yg aku tulis kat atas tu adalah pokok pangkal hati kena redha, jiwa kena tenang menghadapi segala ujian dan rintangan. Berdoalah memohon kepada-Nya agar segalanya berada dlm keadaan baik-baik aja. Ingat, kita semua x sempurna! Setiap kita sentiasa diberi peluang untuk berubah dan menjadi yg lebih baik. Tetapi jgn biarkan hati itu mati sampaikan tiada sekelumit iman pon bertakhta di hati!!! Renung-renungkan....cheeerssssss ;-)

P/s : Ting tong sket hari ini...Mueheheh!


5 comments:

syariza09 said...

Tetapi jgn biarkan hati itu mati sampaikan tiada sekelumit iman pon bertakhta di hati!!!


ayat ni juga yg sy terpikat :D

Ada Dalina said...

hehehe...awk ni cam cikgu BM pulak...nway, thanx sbb sudi baca dan suka ayat2 sy.. ;)

IDAZS said...

suka ayat nie!

tanpa kita sedar apa yg kita nak capai tu sebenarnya di luar kemampuan kita

jgn biarkan hati itu mati sampaikan tiada sekelumit iman pon bertakhta di hati

sgt puitis!

en_me said...

insaff kanns.. uhuhu

Rashid said...

Yup moga kita sentiasa tenang dan damai menghadapi segala dugaan .. sesungguhnya ujian dariNya tanda kita disayangiNya ..