Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

09 October 2008

PRODUK SUSU & MELAMINE !!! MESTI BACA !!!


FAKTA-FAKTA MENGENAI SUSU DAN HASILAN SUSU
DARI NEGARA CHINA

1. Apakah Melamine?
Jawapan :
Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan (ala cam x biasa, pinggam melamin tu tahu x?hehehhe).
2. Mengapa Melamine dikesan di dalam susu dan hasilan susu?
Jawapan :
Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

3. Apakah kesan Melamine kepada manusia?
Jawapan :
Kesan melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan, pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi
kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi
Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan ingin menasihati semua pakar perubatan dan pegawai perubatan agar sentiasa berjaga-jaga dan memantau gejala masalah buah pinggang
seperti bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing berdarah, dan tekanan darah tinggi pada bayi. Keadaan ini jarang berlaku dan sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan kanak-kanak perlulah melaporkan kepada KKM dengan segera.
4. Adakah susu tepung formula bayi, dan susu dari Negara China di bawa masuk ke Malaysia?
Jawapan :
Malaysia tidak mengimport sebarang susu tepung formula bayi dan susu dari Negara China.

5. Adakah hasilan susu dari Negara China di bawa masuk ke Malaysia?
Malaysia ada mengimport hasilan susu dari Negara China, walaubagaimanapun, bekalan susu diimport dari Australia, New Zealand, Nertherland dan Amerika Syarikat. Ini merupakan syarat
oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengeluarkan permit bagi hasilan susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.

6. Apakah yang dimaksudkan susu dan hasilan susu?
Jawapan :
Merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, susu didefinisikan sebagai susu biasa yang bersih dan segar daripada lembu, kerbau, kambing atau biri-biri.
Hasilan susu didefinisikan sebagai apa-apa produk yang dihasilkan atau disediakan daripada susu. Contohnya:
i. Susu skim (susu tanpa lemak)
ii. Susu pasteur
iii. Susu UHT
iv. Susu berperisa
v. Susu tepung krim
vi. Susu tepung skim
vii. Susu sejat
viii. Susu pekat manis
ix. Mentega
x. Keju
xi. Ais krim
xii. Yogurt
xiii. Ghee (minyak sapi)

7. Apakah peranan anda sebagai pengguna dalam hal ini?
Jawapan :
Pengguna diminta mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (website/telefon/kenyataan akhbar). Pengguna dinasihatkan membaca label makanan sebelum membeli. Sekiranya pengguna masih ragu-ragu, sila hubungi Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-88833655/0388833503 untuk membuat aduan dan mendapatkan maklumat lanjut.

8. Apakah peranan anda sebagai penjual dalam hal ini?
Jawapan :
Anda dinasihatkan untuk menyemak inventori produk jualan anda dan jika didapati produk makanan yang mempunyai susu sebagai salah satu ramuan dan diimport dari Negara China, segera keluarkan produk makanan tersebut dari premis. Anda juga diminta untuk
menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (website-
http://fsq.moh.gov.my/ / telefon/kenyataan akhbar)
9. Apakah peranan anda sebagai pengimport dalam hal ini?
Jawapan :
Anda dinasihatkan tidak mengimport susu tepung formula bayi, susu dan hasilan susu dari Negara China buat masa sekarang ini. Sekiranya produk makanan tersebut telah berada dalam simpanan, anda dinasihatkan jangan menjual dan melaporkan kepada PKD dan JKN yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
P/s : Sila ambil perhatian yer kengkawan tentang perkara di atas. Sgt takut sebenarnya dgn kes ni sekarang. Nak2 plak bila kita sbg ibu yg memberikan susu fomula kepada baby. Lg lah kena berhati2 dgn setiap makanan yg kita berikan kepada anak kita ye x?. Aku sedikit bernasib baik kerana bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri. Jd secara tidak langsung aku juga turut diberi maklumat tentang perkara ini. Setiap hari pihak jabatan kami akan mengupdate setiap info yg diterima drp kementerian. Actually, bkn bahagian aku yg uruskan. Tp aku pon dok nompang sama la kalo pegawai2 kat sini dok bercakap pasal isu ini. Dan alhamdulilllah, susu anak aku disahkan selamat utk digunakan. Susu Anmum... Erm, nasihat aku, berhati2 dgn produk makanan/susu drpd negara China. Kalo nampak jenama pelik2 pastu tulisan cina byk tu xyah beli la.. Nasihatkan anak2 kita, adik2 kita kalo nak beli jajan tu hati2. Nak2 gula2 susu yg kulit dia warna putih biru tu, pastu plastik nipis dlm dia leh mkn skali. Haaa...gula2 tuh mmg sah2 mengandungi kandungan melamin yg tidak dibenarkan. (huhu..aku pon penah mkn gula2 ni...sedappp woo tp bahayaaa..). Kalo korang nak tahu senarai susu/mknan apa yg boleh dimakan dan diminum, masuk jer website http://www.moh.gov.my/ (cari info kat area gmbo susu spt di atas tu..ekekke). Ok, sekiannn...

9 comments:

* ayu * said...

thnks for the link & info yang!

Khas Lysha said...

maklumat yg amat bagus nie.. ;)

Ada Ayrissa said...

sharing is caring..ekekkeke

Mommy Lily said...

thanks for the info

sgt berguna kpd kita yg ada baby kan

slmt hari raya !

lily lotus said...

tq for the info dear!
berhati2 lah kita sume yerr...

Niza Lisa said...

ada, nice facts... later i'll email you the facts about our plastic containers...lagi serammm...huhu

Ada Ayrissa said...

lily lotus : huhu....same2..

niza lisa : ok..thanx...ader kan email add kiter?

masviona said...

bagus info nih...tq adda

Ada Ayrissa said...

masviona : same2...