Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan utk meneruskan sisa2 kehidupan pada tahun baru ini. Tahun 1430 H baru saja menjelma dan disusuli pula tahun 2009 pada hari esok. 2008 terpaksa aku tinggalkan dgn 1001 suka duka kehidupan. Perjalanan kehidupan yg x pernah sunyi dari apa jua masalah. Kembara rindu yg tak pernah sampai ke penghujungnya. Dan cubaan dan dugaan yg kadang2 menggoncang keimanan insan kerdil spt ku.. Hari ini; 31.12.2008 merupakan hari terakhir kita di tahun 2008. Org kata tahun 2008 ni 'ong' sbb ader No. 8...Hehehe..itu fahaman org2 cina la. Tp. bagi aku, 'ong' pada tahun 2008 ni adalah hadiah yg paling berharga yg x pernah aku terima sepanjang hidup ku adalah lahirnya Nur Ayrissa Zairezal pada 06.02.2008. Kehadiran dia dlm hidup kami melengkapkan segala-galanya. Aku bersyukur kerana diberi peluang utk bergelar seorg ibu. Terima kasih Tuhanku atas anugerah terindah ini. Aku bersumpah akan menjaga amanah yg Kau berikan kpdku ini sebaik mungkin....
2008 jua kulalui dgn segala macam perit jerit kehidupan. Ya Allah, andai segala dugaan-Mu ini menandakan tanda kasih sayang-Mu terhadapku, teruskanlah Ya Allah...kerana dgn kasih syg-Mu inilah aku mampu bertahan menjadi setabah2 manusia. Dgn kasih syg-Mu ini jugalah membuatkan aku lebih bersemangat utk menghadapi hari2 yang mendatang. Biar beronak dan berliku kehidupanku sbg seorg anak, kakak, isteri dan ibu, aku sanggup Ya Allah...kerana aku pasti segala dugaan dan cabaran yg Kau berikan kdpku pasti ader sesuatu yg indah yg sedang menanti...Tiada pengharapan yg besar bgku cuma cukupla sekadar Kau memberkati perjalanan hidupku dan sentiada memayungi aku dgn taufik dan hidayah-Mu...Biar selebat manapon air mata kedukaan yg mengalir, aku pasrah dan redha atas segala yg Kau tentukan atas hidupku...Cuma aku pohon dari-Mu, kuatkanlah semangatku dan tetapkanlah imanku untuk menempuh segala onak dan duri ini. Andai di tahun baru ini ujian yg Kau berikan lg mencabar ketabahaku, aku redha Ya Allah...kerana hanya pada-Mu aku berserah...
Sebagai manusia biasa, aku juga ingin mengecap bahagia seperti insan lain. Dan aku percaya, korang diluar sana pon sama kan?Hehehehhe.....Terima kasih atas segalanya dan terima kasih jua kerana menggembirakan hidup aku. Semoga tahun 2009 yg akan menjelang esok akan membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Semoga segala apa yg kita impikan akan tercapai dan semoga kita semua menjadi insan yg lebih baik dari sebelum ini. Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H dan 2009 dariku untuk mu!!! :))
Sekian, terima kasih.
P/s : Wahhhh...mentang2 tahun baru, layout & header Cik Puan Adda nih pon dah tuko baru yek? Hehehehehe.....Mestila, dlm mood tahun baru, semuanya mesti nak baru...Kui3...!!! Tema header colourful sbb nak tahun 2009 dipenuhi dgn warna warni kehidupan. Cewahhh...tema background black plak sbb x kira perjalanan kita gelap ke cerah ke, kita kena terus gagah melangkah...kan?X gitu? Huahauhauha....