Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

08 May 2009

"SWINE FLU" vs INFLUENZA A H1N1

- Gambo sekadar penyeri :P -

Huhu...Ya Allah, lindungilah negara kami dari wabak maut ini. Amin... (doa tau kwn2 semua?) Ok, maklumat di bawah mungkin dapat membantu korang mengetahui sedikit sebanyak perkara berhubung dgn wabak ini :

1) Apakah Selesma Babi? (Lantak arrr aku nak tulis gak perkataan BABI tu w'pon dah xleh guna perkataan tu kan?)
- Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yg berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A.

2) Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yg wujud?
- Virus selesema babi sentiasa berubah spt. virus influenza yg lain. T'dapat 4 subtypes utama virus influenza A yg diasingkan drp haiwan ini iaitu H1N1 (virus yg biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (selesema burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus swine influenza (selesema babi). Babi boleh dijangkiti lebih drp 1 jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut b'campur dan m'hasilkan virus influenza yg mengandungi gen daripa pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yg b'campur (reassortant). W'pon virus selesema babi pd kebiasaannya adalah spesis yg spesifik dan hanya m'jangkiti babi, namun virus ini boleh menyebabkan penyakit dikalangan manusia. Terbaru, virus influenza yg diasingkan daripada telah dikenalpasti sbg virus H1N1.

3) Di manakah kes jangkitan t'hadap manusia telah t'jadi?
- Mexico, Sepanyol, U.S, Canada dan terbaru Hong Kong.

4) Apakah tanda dan gejala selesema babi pada manusia ?
- Tanda dan gejala selesema babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit2 badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.

5) Adakah babi dan produknya selamat utk dimakan?
- Ya. Tiada bukti mengaitkan selesema babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus selesema babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160'C (darjah celcius), sejajar dgn panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6) Bagaimanakah manusia boleh dijangkiti?
- Manusia selalunya dijangkiti melalui hubungan langsung dgn babi taua persekitaran yg dijangkiti virus selesema babi. T'dapat juga kes di mana manusia yg dijangkiti tidak mempunya sejarah hubungan langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kpd manusia yg telah dilaporkan adalah terhad kdp hubungan secara langsung.

7) Adakah t'dapat vaksin bg melindungi manusia drp jangkitan selesema babi?
- Tiada. Vaksin influenza yg dihasilkan mengikut cadangan WHO tidak mengandungi virus selesema babi. Tidak juga diketahui samada virus bermusim boleh menyediakan pelindungan silang bagi mencegah jangkitan virus selesema babi.

8) Apakah rawatan bagi selesema babi?
- Kebanyakkan kes selesema babi yg dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya drp penyakit itu tanpa memerlukan rawtan dan antiviral.

9) Berapakah tempoh masa jangkitan selesema babi drp manusia kpd manusia yg lain?
- Manusia yg dijangkiti selesema babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari drp tarikh m'dapat jangkitan. Kanak2 terutamanya yg masih kecil b'potensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yg lebih panjang.

10) Apakah yg dilakukan utk melindungi diri anda drp sakit?
- Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit spt selesema. Ambil langkah2 berikut :
* Jika batuk/bersin, lindungi mulut anda dgn tisu/sapu tgn. Buang tisu yg digunakan ke dlm tong sampah.

* Basuh tgn dgn sabun dan air bersih.

* Amalkan kebersihan diri. Basuh dgn kerap t'utama selepas anda batuk. Pembersih tgn berasaskan alkohol sgt b'kesan.

* Cuba elakkan b'hubung rapat dgn mereka yg sakit.

* Jika anda sakit/selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dgn org lain bg memastikan anda tidak menjangkiti mereka.

* Elakkan drp menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

* Segera dptkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda2 dan gejala penyakit setelah pulang dari negara/kawasan yg dijangkiti selesema babi.


Utk maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CRPC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan M'sia di talian 03-8883 0200/03-8883 0300 atau email ke crpc@moh.gov.my


P/s : Untung gak kojer kat Jabatan Kesihatan ni, byk info leh dpt. Atau korang leh g kat web MOH utk lain2 info. TQ

4 comments:

Misya Idris said...

kena sakit ni kena samak tak? :P

aku ngan diey bahaya kan - sebab kitorang slalu selsema. tapi selsema kitorang tak haram...

:P

zino said...

maklumat berguna utk di kongsi tq..

zieha said...

hee..info yang bagus..tk u..nie camne yek nk gie overseas..nie..takut lah plak,nmpknya kena pakai topeng mulut arrr..huhuhu

Ada Dalina said...

baby tiger : jaga2..yg halal leh jadik haram gakkk... :P

zino : no prob...sharing is caring...

zieha : huhu..byk plan batal nk travel...hold la dulu, biar reda sket menda alah nih...