Mr. Zairezal's Family


~NAK BUAT SIDE INCOME, KLIK BANNER NI~

17 January 2011

Family Planning...


Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat-ubatan atau prosedur pembedahan. Pencegahan kehamilan membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Hasil kajian dan penemuan perubatan kini terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan, kehidupan sosial dan jarak kandungan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio.

Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran;
1. Pil pencegahan hamil (OCP)
2. Alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
3. Implan pencegah kehamilan
4. Suntikan pencegah kehamilan
5. Topi serviks
6. Diafragma
7. Kondom untuk wanita
8. Kondom untuk lelaki
9. Megikat tiub
10. Vasektomi
11. Kaedah berkala (perancangan keluarga semulajadi)
12. Pengunduran
13. Menyusukan

Ok...kita terus pegi kepada pilihan yg aku gunakan. Aku pilih yg no. 4 kat atas tu.

4. Suntikan pencegah kehamilan
  • Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.
  • Suntikan ini mengandungi hormon seperti progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur yang matang).
  • Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya diberikan setiap 3 bulan sekali.
  • Ia menjadikan aliran haid sedikit dan boleh menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
  • Contoh: Depo Provera
  • Peratus kegagalan: 1%
Ermm, aku start amik injection tu bulan September 2010. So far, aku tidak mengalami efection yg teruk2. Dan apa yg dia ckp ia menjadikan aliran haid sedikit itu mmg betul. Dan alhamdulillah, period aku mmg on time setiap bulan cuma dia kuar sikit2 la. Tambahan daripada di atas, DR. kata kalo period kita kuar lebih pada 15 hari kita kena stopkan kaedah suntikan nih, kena try test kaedah lain pulak. Sbb katanya kalo period lebih 15 hari hormon tersebut tidak serasi dengan kita. Dan benda yg paling x best yg DR. bgtau, sgtlah susah untuk turunkan berat badan. Means, berat badan kita akan berada di paras yg sama atau makin naikkkk!!! *&^%$#@!!! Tensen2...tapi, ader jugak kes (my fren) weight dia turun dgn mendadak. Sampai org ckp dia cam org sakit. Huhuhu...aku rasa semua tu depends on kita punya hormon dlm badan la kan? Sapa2 yg dah cuba then dia rasa cam x selesa tu better beralih ke kaedah lain. For me, so far i rasa ok jerk! Hehehe...sherasi bersama gitu. Pasal kenaikan berat badan tu x dapek la den nak nolong. But so far aku rasa aku masih boleh control lg weight ni. InsyaAllah, amalkan pemakanan yg sehat yer u olls? ;)

Owh yer, hampir terlupa...Kenapa aku pilih tajuk ni pada hari ni.?Aku rasa family planning ni sgt penting bagi kita. Tp kalo pasangan yg mmg nak anak ramai sampai cukup nak buat team bola tu silalah abaikan yer? Heheheee...bg aku dan Cik Abg Chomel, family planning ni sgt baik utk pembangunan keluarga. I means, di samping utk kesihatan si ibu ia juga dapat memberikan kita peluang dan masa untuk lebih tekun mendidik anak2 dan dpt menguruskan rumahtangga dengan baik. Dari segi ekonomi juga ia turut memainkan peranan. Jgnlah sampai keperluan keluarga dan anak2 terabai dek kerana kita x mampu utk memenuhi keperluan mereka. Apapon, KUALITI lebih penting daripada KUANTITI!!! Sapa setuju angkat tgnnnn... :P

Oklah, kalo ditanya bila untuk anak No. 3 aku? Jawapannya kita tunggulah 4-5 tahun lagi yer? Biar stabil2 dulu kadaannnya. Baik dari segi ekonomi, kesihatan dll. Kepada yg ingin maklumat lanjut berkenaan dgn family planning ni, bolehlah pergi kat website ini; http://www.metromaternity.com/contraceptive-m.html

Sekian, terima kasih.


14 comments:

r33n adnan said...

stujuuuu bangatttt...

IDAZS said...

setuju!

"kualiti lebih penting drp kuantiti" suka ayat nie. heheheh

en_me said...

ghitewww.. ehehe

Diana Din said...

Ko tertinggal no.14 iaitu kaedah menggunakan maajun... Sila hubungi saya untuk mendapatkan Maajun Anggun Bistari (MAB) hari ni... hehe...

Mana-mana kaedah pun x per, asalkan "selamat"...

Ada Dalina said...

cik reen, hehehe...

idazs, yeszaaa...

en_me, a'ah...ghiteww ler.. :P

diey, sempat lg mu promote oakkk? hahahha....

Anonymous said...

yap saya angkat tangan ....he..he..
tp kakak takut la nak kene injct jer..sy rancangan sendiri lg...wat masa nie selamat lg

Ada Dalina said...

ct, hehe..mmg seriau abislah tiap kali nak kena injek tu...hahahha....debar usah ckp...tp nk wat camner, plan sndiri x menjadi la dek, tu yg kuar Asyfa tuh...kui3...

[leily.laily] said...

dh tak plan dh, wishlist 2011 mau tambah lg satu.. hikhikhik.. =)

@}--niEra-- said...

sy stu ju...angkat tangan nih

syariza09 said...

4-5 thn, uikss lamanya tu

Ada Dalina said...

Leily, waaa...chaiyok2..sonok sebenarnya peknen nih wpon penat..

niera, hehehe...

syariza, a'ah...nk rehat lama sket..heheheh :P

rozie rahman said...

aku tgh struggle ni,ekekekeke..

tengkuyu said...

Sebelum ni amik no.4 tu..dan terbukti berat badan sentiasa mencanak naik...Dr. advice ambil pil. Berat badan tak naik...tapi susah nak turun...semuanya still depend on our diet...

Ada Dalina said...

ummiaqeef, hahahhaa...

tengkuyu, tuhla...so far, i leh control lg weight..diet seimbang tu penting sebenarnya... ;)